Saturday, December 29, 2012

Semester

Bosan.

Semester kali ini . Shah Alam .

Sama seperti semester lepas . Dungun .

Tapi tak sama dengan

2 semester dahulunya. Puncak Alam .



Asasi Sains. 2010/2011



Saturday, December 22, 2012

Mimpi


Gadis suci

kutemui semalam dalam mimpi,
Di cuaca cerah
Di taman indah
Sinar mata seribu seri.

Tiada cela penuh cahaya
Dia datang
Dia memandang
Setangkai teratai senyum di kepala.

Lembut langkah berayun tenang,
Lambang kesucian
Penuh keagungan
"Gadis suci" ciptaan tuhan.

Tapi mimpi mainan khayal,
Tersedar sudah
Di pagi indah
Hilang mimpi penuh kesal.

Sampai kini terpeluk tanya,
'Benarkah dia
sungguh dia'
Antara hidup semua manusia?

Usman Awang(1950)


Sunday, December 2, 2012

Business Computing UiTM semester 3


course yang aku ambil pada semester 3. sebenarnya yg dibawah ini semua dipanggil course. dulu aku tak tahu pun, aku anggap course tu macam cth: Bachelors of chemical engineering, Bachelors of computer sciences... rupanya subjek2 yg kita ambil tu dipanggil course, dan 'kos' tu dipanggil Programme.

contoh macam aku sekarang ni.
Programme: Bachelors of Science Computer(Hons) Business Computing
course outline semester 3:

CSC570 ( XML PROGRAMMING )

ITM441 ( INFORMATION MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR )

ITS410 ( FUNDAMENTALS OF INFOMATION SYSTEMS )

ITS450 ( INTRODUCTION TO E-BUSINESS )

ITS472 ( DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS )

QMT437 ( OPERATIONAL RESEARCH )


dan ada dua lagi course, Presentation Skill dan National Kesatria.

dulu baru-baru masuk semester 1 baru lah aku tahu... Course dan Programme ada beza. :D

pada semester2 yang dah lepas aku ade amik C++ Programming, fundamentals of computer sciences, object oriented Java Programming, Data communication and networking, information system developement,, Interactive multimedia, economics, probability and statistics, operational research, logic and proving technique, principle & practice of management.
yang semester akan datang kemudianlah aku bagitau.


sape2 yang rase mcm menarik je tengok course aku ni boleh la try apply... belajar business dan computer... zaman sekarang ni perniagaan dah banyak menggunakan teknologi maklumat dan pengurusan maklumat untuk memudahkan perniagaan diorang. kalau korang ada minat dalam business memang satu kelebihan untuk korang... sebenarnya aku pun kurang minat dengan business, baru nak slow-slow.... insyaAllah akan datang minat tu. lulz~



~al-kisah~

Tuesday, November 20, 2012

Kawan Minta Makanan Kita?

Seperti tajuk aku tulis 'Kawan Minta Makanan Kita'. jadi apa yang aku nak cakap tentang ini?
ada dalam satu situasi Bob membeli chicken chop di kedai dan membawa balik makanan tu ke rumah. maklumlah sebagai seorang pelajar di universiti, dalam satu rumah ada dalam 6-9 orang. kalau dok hostel tu paling maksimum 8 orang. Bila sampai sahaja dalam bilik Bob terus menuju ke mejanya dan membuka bungkusan makanan... Bob ni kepenatan dan lapar baru habis kelas, tengah kelaparan sangat2 agaknya. baru sesuap makanan dia makan, seorang kawannya datang meminta "Nak Sikit!"... Ali menangguh dahulu niat makannya, diberikan kepada kawannya makanan tu. Bob menyambung makan balik, tapi tak lama kemudian seorang lagi kawan datang meminta "fuyooo nak sikit!", Bob terpaksa berhenti makan dan diberikan kepada kawannya... kadang2 perkara ini berulang hingga 2-4orang kawan meminta makanannya. bila difikirkan... tinggal berapa banyak agaknya Makanan Bob tu. kenyang ke tak Bob tu makan?

  
Sebenarnya aku cakap mcm ni... kadang bila seseorang kawan kita makan, kemudian ada la seorang yang datang dekat dan cakap "Nak sikit!" . sebagai seorang kawan, korang bagi je la dia nak rasa...
TAPI. Pernah tak orang yang dok minta makan tu terfikir apa perasaan kawan dia tu. mungkin ade sesetengah cakap "alah tak kisah la kongsi makan, kan lebih bagus"


Aku ada pendirian aku sendiri... aku tak suka ganggu kawan aku makan. kadang tu kita makan maggi tak seberapa je pun, ade jugak orang nak mintak. katakanlah ada kawan aku makan... dia makan spagetti. Woww sedap kan... dan aku ada perkara yang aku tak suka. iaitu mengganggu kawan aku yang makan spagetti tu. aku gunakan istilah mengganggu lah senang sket... korang yang dok mintak makan tu tak rase macam mengganggu ke?

kalaulah dalam situasi kawan aku yang makan spagetti tu offer makanan dia tu... aku selalunya akan cakap "takpelah... makan la dulu." bukannya aku tak teringin nak rasa, ade la sikit keinginan tu... tapi korang jangan ganggu masa dia menikmati makanan tu, dia ada hak menikmati dengan tenang makanan yang dia beli tu. biarlah dia makan, jangan lah meminta-minta mase dia makan. biar dia nikmat betul2 makanan tu... biar dia puas betul2... kemudian kalau ada rezeki korang mungkin dia akan tinggalkan sedikit untuk korang. bila dah habis dia punya dok nikmati makan tu... barulah korang ambil kalau dia x habis atau dia offer makanan tu.


kesian dia tak dapat nikmati makanan tu dengan tenang... sebab korang dok mintak2.. kalau dalam bilik tu ade 4 orang, memang siap beraturlah mintak makanan kat dia. hilang kenikmatan dan keamanan dia menjamah makanan.

ini antara perkara aku kurang suka, boleh dikatakan kurang beradab. jangan sesekali ganggu kawan korang nak makan. biarkan dia makan. kalau korang nak, pergi beli sendiri... biarkan kawan korang nikmati makanan dari duit dia tu dulu. jangan kurang adab... belum sempat dia nak makan, dah bunyi "perhh sedapnya... nak sikit"... senyap sudah. biarlah dia makan, kita hormati hak dia.

kadang2 aku annoying tengok member2 yg dok minta makan kat member lain padahal dia makan baru berapa banyak je. dalam situasi aku sendiri pun ada jugak jadi... aku tak tahu lah nak cakap macam mana... mungkin dah terbiasa kot diorang ni.

kongsi makanan memang perkara yang baik... tapi kadang2 korang kena fikir sendiri macam mana cara nak beradab dengan orang lain dan hormati mereka. kalau betul timing korang mintak makan tu, fikir-fikirkan adakah tindakan tu betul atau kurang beradab.

mungkin kadang kita tak boleh nak elak kan.... bila dah bawa makan masuk bilik, mesti la kawan kita dok usha je kita makan. kadang tu bagi la rase sikit. tu kalau seorang dua boleh la... kalau dah ramai2 mintak tu korang fikir2 lah jugak... kesian kat kawan yg nk makan tu.

Manggi Rm1.60 yg ciput pun nak... berapa lah sangat maggi tu. pergi buat sendiri je senang. haha

~al-kisah~

Monday, November 19, 2012

Dugaan emosi.

Aku dah lama tak update blog ni kan... dah lama. dan jarang2 pulak updated sejak tamat Asasi dua tahun lepas. ada juga sikit aku update cerita masa aku di UiTM Kampus Dungun dulu... kemudian aku berpindah ke Kampus Shah Alam masa semester 3... yupp aku dalam semester 3 sekarang di Kampus Shah Alam. dalam Jurusan Perkomputeraan Perniagaan. bukanlah satu jurusan pilihan dan diminati.... tapi aku sedang berusaha sedaya upaya melawan diri aku sendiri. ini takdir tuhan...

bayangkan lah aku dulu student Asasi Sains... tetiba masuk Fakulti Sains Komputer dan Matematik. ok baiklah... masuk Fakulti tu boleh diterima lagi lahh kot. tapi jurusan sekarang ni yang melibatkan Perniagaan membuatkan aku pening kepala dan merana jiwa dan raga.

kalau nak dihuraikan kisah aku sejak semester 1 memang dugaannya sangat besar dan melawan emosi. macam mane pun aku bersyukur aku dah sambung degree selepas Asasi dulu. nak kata result teruk sangat takde lah... cuma kesilapan yang dilakukan pihak uitm masa Asasi dulu membuatkan aku tersesat dalam jurusan ini sekarang. aku redha.. aku redha...
boleh dikatakan jurusan yang melibatkan business adalah antara perkara yang benci, tak suka. ada hikmahnya? mungkin... teruskan berjuang melawan perasaan dan melalui dugaan2 sebagai pelajar. aku sedih juga... mungkin ada hikmahnya.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


In shaa Allah...


perjalanan aku masih jauh. aku tidak tahu apa yang ada dihadapan. aku kena bersedia... walaupun masih kecundang lagi dengan emosi dan minat sendiri sehingga sekarang.




Sunday, October 28, 2012

Sekarang dimana?


Ini gambar yang aku ambil di UiTM Kampus Shah Alam... kalau dulu aku selalu tangkap gambar laut sebab dulu aku berada di UITM Dungun. sekarang aku dah pindah ke Shah Alam. hmmm... untuk minggu pertama aku pergi ke Bangunan Fakulti Sains Komputer dan Matematik dengan jalan kaki je. nak kata dekat tu boleh laa... tapi yang susahnya kena lalu bukit2. sampai je fakulti perpeluh dah aku.

Kalau sape2 yang biasa tengok tempat ni mungkin tahu dimana lokasinya.
Berdekatan dengan Kolam Renang. :)

Btw, walaupun dah pindah Shah Alam... aku still ade semangat kampus Dungun. haha boleh katakan Kampus Dungun lebih santai dan rileks berbanding sini. sebab ade ombak dan angin laut. :)

Wednesday, October 10, 2012

Aku pindah ke Shah Alam

Pada 21 September aku dah berpindah kampus ke Shah Alam. aku takde lagi kat UiTM Dungun... apa yang aku nak katakan, kenangan di Dungun selama setahun ada yang menyeronokkan dan ada yang sebaliknya. BTW UiTM Kampus Dungun tempat yang menarik. ketenangan dari sibuk belajar dapat dicari di sana.

apa yang penting kawan2 di Dungun. antara yang terbaik.
senior2 bizzcom di Dungun antara senior yang terbaik aku ada.
Lecturer di Dungun antara yang terbaik aku pernah jumpa.

Asher di Shah Alam sekarang :)

Thursday, August 2, 2012

Tak mungkin

Ta' mungkin:
Itek haus di-atas ayer,
Ayam kebulor di-atas padi.
Ta' mungkin:
Di-atas bangkai mati langau,
Di-belakang kerbau kurus si-bangau.
Ta'mungkin:
Di-lubok ikan mati memerang,
Di-reban ayam kempunan musang.
Ta' Mungkin!

(-Rosmina Saidi)

Thursday, July 26, 2012

Bizzcom(Bachelor in Science Business Computing)

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)(Perkomputeran Perniagaan) . UiTM .
Bizzcom UiTM Dungun.



Sunday, June 24, 2012

Termenung keseorangan

Di UiTM Kampus Dungun...
aku tak tahu nak buat apa masa ini. Jam lebih kurang pukul 5p.m hari Khamis.
kebanyakan masa aku akan bergerak seorang diri.
Ke kelas, Kafe makan, Library...
sampai masa aku terasa bosan dan tahu mahu balik ke Kolej lagi.
aku duduk dan memandang rumput hijau dan kerusi biru disana.
termenung sekejap... sambil makan Kek Batik yang aku baru beli tadi.
aku Bosan... bosan masa ini. mungkin aku bosan di tempat ini.
 aku tak tahu nak buat apa dan hendak ke mana.
macam tiada hala tuju. alahai...

Aku terus duduk dikerusi dan memandang rumput hijau dan bangunan sekitar.
Kerusi biru itu tempat pelajar adakan sesi bergambar.
aku takkan ada gambar sekelas untuk semester ini. sebab bilangan pelajar terlalu sedikit
3 orang... Asyraf(aku),Syimir,Saiful.
aku duduk dikerusi dan termenung... apalah nasib akan terjadi semester akan datang.
adakah aku akan terbiasa bersendirian di Kampus ini sehingga tahun akhir.
bersendirian meneruskan hidup remaja sebagai pelajar. oh tidakk... aku tak sanggup. :(

Kelas MGT presentation

Aku memang suka bawa laptop dimana-mana shj dalam Kampus.
memang akan selalu ada dalam Beg galas aku.
biarkan mereka buat presentation.
giliran aku dah lepas. sambil2 itu aku buka laptop dan Online. haha
pensyarah harus faham student CS mmg suka pada Komputer dan teknologi.
oh~ kelas Management. bosannya kau... =.=

Minah brutal

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2..
Wait n c minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : Sso what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau
ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je..
Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

♥ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu... ♥

Friday, June 22, 2012


Aku menikmati ribut di Hadapan Kampus Aku.
Mega Awan di langit.
Angin kencang menepis kesunyian aku.
aku tak sendirian, angin menerpa memelukku.

Sunday, June 17, 2012

Kajian Minat

INVESTIGATIF : Analitikal, rasional dan saintifik
Anda merupakan seorang individu yang analitikal, berdikari dan suka terlibat dengan aktiviti penyelidikan. Anda menganggap diri sendiri sebagai seorang yang rasional, mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan gemar terlibat dalam kajian-kajian berbentuk saintifik. Kebiasaannya, anda lebih selesa bekerja secara sendirian daripada berkumpulan. Anda suka membaca buku-buku bercorak saintifik dan teknikal. Anda mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan suka berfikir untuk mencari fakta kepada sesuatu jawapan. Walau bagaimanapun, anda agak kurang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial.REALISTIK :

Praktikal, berstruktur dan orientasi tugas

Anda merupakan seorang individu yang praktikal dan suka menjurus kepada orientasi kehidupan masakini daripada masa lepas. Anda mempamirkan pemikiran yang berstruktur dan lebih suka mengambil pendekatan penyelesaian masalah dari membiarkan sesuatu perkara itu berlarutan. Anda lebih cenderung memilih aktiviti yang menggunakan objek, mesin, perkakas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Anda seorang yang bertanggungjawab dan seringkali menunjukkan tingkahlaku daya saing dan tegas diri. Anda lebih suka kepada aktiviti yang bersifat ‘hands-on’ serta ‘outdoor’ yang memerlukan koordinasi kemahiran diri dan kekuatan fizikal. Anda seorang yang lebih suka kepada suasana kerja yang berbentuk orientasi tugas (action-oriented) daripada banyak bercakap, menggunakan tulisan atau kemahiran interpersonal.
SOSIAL
 : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia

Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.
Cadangan Program Akademik yang bersesuaian dengan Profil Minat Kerjaya Anda

Bil.Kod UiTMKod UPUNama ProgramStatus Kelayakan
1HS110E2031DIPLOMA KEJURURAWATAN
2HS115E2034DIPLOMA PEMULIHAN CARA KERJA
3HS114E2035DIPLOMA FISIOTERAPI

Gilaa... semua Kos ni memang aku Minat gilos lah! memang ini minat aku. *ehemm Kejururawatan sebab ada kaitan dengan sains. so aku terima.

Saturday, June 16, 2012

Alive

"Everyone makes mistakes at times
It's not something embarrassing
Don't waste these scars
Keep on going laughing, and it'll all be good
With all the regrets I've gone through
I'll be a person with taste
Even turn sadness into a wind
Keep on going strong, and it'll all be good"
"Dare datte shippai wa suru nda

Hazukashii koto janai
Kono kizu o muda ni shinai de
Waratte arukereba ii
Takusan no koukai o matotte
Aji no aru hito ni naru sa
Kanashimi mo kaze ni kaete
Tsuyoku susunde ikereba ii"

Wednesday, June 13, 2012

HAR, "Mempertahankan Hak Kita"

Harun Aminurrashid(HAR) tidak berpuashati dengan sikap taukeh-taukeh dan wakil-wakil Cina di dalam majlis-majlis Mesyuarat yang mendakwa bahawa merekalah yang telah banyak berjasa dan memberi kemakmuran di tanah melayu. Mereka menuntut persamaan hak seperti kerakyatan, tanah dan kemudahan-kemudahan lain dengan alasan mereka telah membantu penjajah inggeris memajukan negeri ini. Di samping itu HAR berfikiran bahawa orang Cina sangat gembira di atas ketinggalan orang melayu dalam segala lapangan akibat daripada kedatangan orang asing di Tanah Melayu. Ini jelas apabila HAR gambarkan sikap orang Cina terhadap nasib orang melayu, seperti berikut:

Aku senang aku kaya
orang melayu habis ku daya!
Habis ku halau masuk paya
aku bersenang di jalan raya.

Hartanya habis dapat ku tipu
undurlah ia ke gunung menumpu
habislah semuanya dapat ku sapu
menggelemparlah Melayu seperti kena palu.

Demikianlah perasaan si tongsan itu
memandang kita rendahnya tentu
dikira melayu semuanya batu
tiada bersuara walau dilutu

Dengan sebab itu mereka bersuara
kepada pemerintah ia berkira
meminta kekuasaan menjadi perwira
kecurangan pemerintah ia nan mara.

-(Harun Aminurrashid,"Mempertahankan Hak Kita", Warta Jenaka, 19 April 1936, hlm. 9)

*sedang menaip-naip, Lokasi Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Dungun. :)

Tuesday, June 12, 2012

Indah Hidup Tapi

"hidup x selalunya indah...tapi yang indah itu akan menjadi kenangan..."
Ayat ini aku baca status dari salah seorang pengguna Facebook.

aku tertarik dengan ayat ini. tak tahu kenapa... ia buat aku berfikir lama.

Hidup tak selalunya indah, Tapi yang tak indah itu takkan dikenang
Hidup tak selalunya indah, Tapi .... apa yang aku fikirkan ialah penggunaan 'Tapi' dalam sesuatu ayat. dalam bahasa Inggeris 'But'.

aku tukar sedikit ayat diatas tu.
"yang indah itu akan menjadi kenangan... tapi hidup x selalunya indah..."
"yang akan menjadi kenangan itu indah... tapi selalunya x hidup indah..."

aku gunakan perkataan yang sama tapi disusun berlainan dalam ayat ini, mewujudkan struktur berlainan tapi maksud sama ingin disampaikan.

bagi aku dalam menggunakan perkataan 'tapi', perkataan ini akan memusnahkan harapan kenyataan pertama...
Contoh dalam perbualan korang semua. ada seorang kawan datang nak pinjam duit dan korang cakap pada dia " Duit aku memang ada, Tapi aku nak bayar Yuran Kelas la"... apa yang penting dalam ayat ni, dia tak bagi pinjamkan duit lah. kenyataan "Duit aku memang ada" nampak seperti tidak menghampakan. tetapi musnah apabila ada perkataan 'tapi', aku nak bayar yuran Kelas.

dalam ayat menggunakan 'tapi' yang aku biasa dengar.. kenyataan pertama selalunya tidak menghampakan tetapi apabila masuk kenyataan kedua yang dimulakan 'tapi' keseluruhan ayat akan menghampakan anda.
sebab itu aku agak berfikir lama dengan ayat:
"hidup x selalunya indah...tapi yang indah itu akan menjadi kenangan..."
 Kenyataan pertama sudah menghampakan... kemudian selepas 'tapi' ia adalah kenyataan menggembirakan. kedua-dua kenyataan perlu saling berkait tentang apa yang hendak diceritakan.

jadi aku cuba tukar sedikit.
"yang indah itu akan menjadi kenangan... tapi hidup x selalunya indah..."  Kenyataan pertama tidak menghampakan, maksud saya adalah bukan negatif. tetapi apabila masuk kenyataan kedua dimulakan dengan 'tapi' keseluruhan ayat dipengaruhi dengan "tapi hidup x selalunya indah"... Kenyataan selepas 'Tapi' menguasai keseluruhan ayat.

tapi kebiasaannya begitulah ayat yang kita selalu katakan.
"Saya dah siap assignment, TAPI tertinggal di dalam bilik"
"Saya nak pergi ke MesraMall, TAPI takde kawan nak teman"
"Saya nak teman awak pergi library, TAPI saya ada hal sekarang"
"Saya suka dia, TAPI dia tak suka saya" <--- kenyataan kedua mengecewakan

Jarang rasenya orang akan kata
"saya jarang pula pergi ke pantai, TAPI saya suka angin di pantai"
aku rase ada yg tak kena dengan ayat ini. jadi kita tukar.
"Saya suka angin di pantai, Tapi saya jarang pula pergi ke pantai"

hmmm... aku rase ayat itu adalah ayat yang menggunakan perkataan 'tapi' tetapi bukan menghampakan sebaliknya mengembirakan.  "hidup x selalunya indah...tapi yang indah itu akan menjadi kenangan..." btw aku tetap rase mcm janggal ayat ni. ada kemungkinan orang yang menggunakan struktur ayat begini berada dlm kondisi keterujaan untuk menceritakan sesuatu perkara itu. ini terjadi secara sepontan ketika kita mahu menyampaikan dan secara terus ia tidak mengambil kira lagi struktur ayatnya.

walaupun perkara simple, tapi aku suka berfikir... memang stail aku. hehe
melalui struktur bahasa yg ditulis secara spontan sebenarnya kita boleh baca sedikit sebanyak tentang seseorang. sebab apa aku kata begitu adalah kerana medium penulisan dalam Sosial dunia maya kadang-kala agak dipengaruhi kelakuan dan emosi kecualilah kalau bentuk penulisan karangan berformat dan formal.

Terima kasih sudi baca saya mengarut di sini. hehewhew~ :D

*takde la mengarut sangat. serius. tiada niat buruk.

Sunday, May 27, 2012

How To Be Alone. :)


tak jadi masalah baginya.
kadangkala kita perlu juga hidup dan melakukan sesuatu bersendirian.
itu semua bukan satu masalah besar.


If you are at first lonely, be patient.
If you’ve not been alone much, or if when you were, you weren’t okay with it, then just wait. You’ll find it’s fine to be alone once you’re embracing it.
We can start with the acceptable places, the bathroom, the coffee shop, the library, where you can stall and read the paper, where you can get your caffeine fix and sit and stay there. Where you can browse the stacks and smell the books; you’re not supposed to talk much anyway so it’s safe there.
There is also the gym, if you’re shy, you can hang out with yourself and mirrors, you can put headphones in.
Then there’s public transportation, because we all gotta go places.
And there’s prayer and mediation, no one will think less if your hanging with your breath seeking peace and salvation.
Start simple. Things you may have previously avoided based on your avoid being alone principles.
The lunch counter, where you will be surrounded by “chow downers”, employees who only have an hour and their spouses work across town, and they, like you, will be alone.
Resist the urge to hang out with your cell phone.
When you are comfortable with “eat lunch and run”, take yourself out for dinner; a restaurant with linen and Silverware. You’re no less an intriguing a person when you are eating solo desert and cleaning the whip cream from the dish with your finger. In fact, some people at full tables will wish they were where you were.
Go to the movies. Where it’s dark and soothing, alone in your seat amidst a fleeting community.
And then take yourself out dancing, to a club where no one knows you, stand on the outside of the floor until the lights convince you more and more and the music shows you. Dance like no one’s watching because they’re probably not. And if they are, assume it is with best human intentions. The way bodies move genuinely to beats, is after-all, gorgeous and affecting. Dance until you’re sweating. And beads of perspiration remind you of life’s best things. Down your back, like a book of blessings.

Go to the woods alone, and the trees and squirrels will watch for you. Go to an unfamiliar city, roam the streets, they are always statues to talk to, and benches made for sitting gives strangers a shared existence if only for a minute, and these moments can be so uplifting and the conversation you get in by sitting alone on benches, might of never happened had you not been there by yourself. 
Society is afraid of alone though. Like lonely hearts are wasting away in basements. Like people must have problems if after awhile nobody is dating them.
But lonely is a freedom that breathes easy and weightless, and lonely is healing if you make it.
You can stand swathed by groups and mobs or hands with your partner, look both further and farther in the endless quest for company.
But no one is in your head. And by the time you translate your thoughts an essence of them maybe lost or perhaps it is just kept. Perhaps in the interest of loving oneself, perhaps all those “sappy slogans” from pre-school over to high school groaning, we’re tokens for holding the lonely at bay.
Cause if you’re happy in your head, then solitude is blessed, and alone is okay.
It’s okay if no one believes like you, all experience is unique, no one has the same synapses, can’t think like you, for this be relieved, keeps things interesting, life’s magic things in reach, and it doesn’t mean you aren’t connected, and the community is not present, just take the perspective you get from being one person in one head and feel the effects of it.
Take silence and respect it.
If you have an art that needs a practice, stop neglecting it, if your family doesn’t get you or a religious sect is not meant for you, don’t obsess about it.
You could be in an instant surrounded if you need it.
If your heart is bleeding, make the best of it.
There is heat in freezing, be a testament.SOURCE Copyrights: Tanya Davis

Tuesday, May 15, 2012

Semangat yang hilang

Program Survival Mahasiswa. aku ade hadir dalam program ini yang dianjurkan UiTM. Aku nak kongsi satu video 'Berkorban Apa sahaja'. Penceramah suruh semua yang hadir cuba menghayati sebagai watak gadis dalam video ini. Aku tak berapa menghayati sangat... tetapi ada Part dalam video ini membuatkan aku terasa sebak. yang sebaknya bila ini pernah berlaku pada aku sebagai seorang anak.

Part masa gadis ini datang kepada ibunya yang sedang menyapu sampah diluar rumah. Gadis datang ke arah ibunya dan begitu teruja hendak memberitahu sesuatu kepada ibunya, iaitu keputusan Peperiksaan SPM. bila gadis tu tunjukkan sekeping kertas putih pada ibunya, reaksi ibunya yang pada mulanya tertanya-tanya terus bertukar gembira yg tidak terhingga... tangisan kegembiraan seorang ibu.

Babak ini membuatkan aku terasa. imbasan masa lalu tahun 2009 ketika aku mendapat tahu keputusan SPM. kalau aku nak cerita pasal kisah sekolah menengah aku... aku bukanlah Top Student. Masa PMR dahulu keputusan percubaan aku takde langsung A... tetapi aku anggap itu perkara biasa. sebab sebelum2 ini pun aku memang jarang dapat A. Tiba musim peperiksaan PMR... tiada waktu tidur lagi untuk aku. 3 buah buku sejarah aku baca sampai habis dalam satu malam... begitu juga dengan georafi dan lain2... sekurangnya aku usaha. inilah yang dikatakan 'Study Last Minute' hahaha. aku memang sukee buat camtu.

apa yang aku tak jangka ialah keputusan PMR, aku dapat 6A 2B daripada 8 mata pelajaran yang diambil... bagi aku itu pencapaian yang aku sendiri tak jangka. itulah hasilnya bila aku study last minute. haha memang aku ni jenis pemalas... kalau dari awal masih lagi berlengah-lengah... Tapi apa yang rase terkilan tu sebab... aku tak Apply untuk masuk MRSM. sedih jugak laa...
Pada awalnya aku memang takkan jangka aku akan mendapat sehingga 6A. aku fikir kalau aku apply MRSM mungkin sia-sia... mana mungkin aku akan mendapat 6A dengan keputusan A dalam subjek Sains dan Matematik... tapi akhirnya aku berjaya... memang terasa rugi tak Apply MRSM. :(

Tahun 2009, Peperiksaan SPM... macam biasa aku bukan juga Top Student... cikgu tak pandang sangat pun aku. tapi aku tergolong juga dalam pelajar harapan tergolong dalam 20 orang pelajar. Cikgu selalu fokus pada yang dapat cemerlang masa PMR dahulu macam kawan aku yang dapat 9A... Kelas aku masa sekolah dahulu untuk pengetahuan bukan ramai melayu sahaja tetapi kami berbilang Kaum, Melayu, Cina dan India sama banyak. dalam Kelas aku Top student banyak dari Pelajar India. kemudian barulah Pelajar Melayu. Masa Percubaan SPM aku dapat 1A sahaja daripada 10 mata pelajaran. aku dapat A untuk bahasa melayu.... tetapi bila aku kira kertas Jawapan Bahasa Melayu sebenarnya markah aku bukan A- tapi B+... mungkin cikgu saja nak bagi A untuk aku. jadi aku buat bodo je laa... sekurang-kurangnya aku ada A. hehe

Masa peperiksaan SPM yang sebenar... aku memang cuba sebaik mungkin. Baca buku sampai Habis. Malam pun aku study. Buku sejarah memang aku Baca buku teks sampai habis dalam satu malam. Subjek lain2 pun sama... aku cuba nak buat macam PMR aku dulu...
keputusan SPM keluar dan... aku berjaya dapat 7A3B... sekali lagi aku buat kejutan. daripada tiada A langsung masa percubaan dan Alhamdulillah keputusan sebenar aku masa SPM tidak seperti keputusan Percubaan... aku bukan Student Top... ye aku tahu... tiba-tiba nama aku naik dalam sekolah... sebabnya? Pelajar melayu Hanya aku seorang sahaja yang berjaya dapat 7A. lain2... kebanyakan 5A sahaja. pelajar melayu yang dapat 5A itu kebanyakannya adalah dari Straight A masa PMR, mereka adalah Fokus cikgu sekolah untuk dapat Skor tinggi dalam SPM. Bukan macam aku, PMR aku biasa2 je tak macam diorang, mgkin cikgu pun tak ambil perhatian sangat pasal Akademik aku. Tapi aku memang bersyukur. tetapi aku agak kecewa... subjek yang aku sasar untuk mendapat A tidak pulak tercapai... antaranya subjek Biologi.. bagi aku Soalan Biologi ketika itu cukup Senang... tetapi Careless mistake  aku jawab dalam Paper 3. aku redha.. mgkin sebab tu, aku hanya layak dapat B dalam Biologi.

Kejutan tu... Subhanallah... betapa gembiranya ibu-bapa aku masa tu... satu kepuasan bila dapat tengok Parent sendiri gembira dengan apa yang aku usahakan. Bila tengok Video masa Program tu.. aku terbayang-bayang saat mak aku dapat tahu keputusan SPM aku.... yupp percubaan aku takde A pun... Aku bukan student yang menjadi sasara berlambak A. aku student biasa... Junior pun tak tahu pasal aku sangat. tapi bila aku dah habis sekolah... baru lah mereka tahu nama aku. menjadi sebutan2 ramai pula dalam sekolah. From Zero to Hero.

Aku terfikir kembali... apa yang buat masa Degree ni? tak mahukan sejarah lama berulang? kenapa aku macam putus semangat belajar kat uitm Dungun ni? mana semangat aku yang dahulu? Jawab exam masa kat degree pun aku rase macam tak penting... padahal sebenarnya Penting! Aku nak juga sejarah lama itu kembali... semangat aku yang dahulu... Aku nak tengok wajah kegembiraan ibu-bapa aku sekali lagi...
tolonglah... tolonglah... berikanlah aku semangat belajar di uitm Dungun... pupuklah minat untuk aku belajar perkara yang aku Benci... semangat yang hilang... kembalilah... :(



Sunday, May 13, 2012

Majlis di waktu malam yang telah aku hadiri.

Ada satu majlis telah aku hadiri pada hari sabtu. ini pandangan aku sebagai ahli kepada komuniti persatuan tersebut. pandangan bebas dari aku sendiri sebagai pemerhati.
perjalanan majlis tersebut pada pandangan aku tidak berjalan lancar dan agak tidak terurus. terutama dari segi perancangan jadual. seperti yang dimaklumkan ahli-ahli majlis akan berkumpul di pantai pada pukul 4.00pm. pada waktu tersbut ahli dikehendaki berkumpul dan dibahagikan kepada kumpulan bertujuan untuk sukaneka yang akan diadakan pada waktu 5.00pm berikutnya. ya, aku tahu ragam2 ahli ini kadang2 ada yang tidak menepati waktu. itu perkara biasa. oleh kerana itu mereka dikehendaki berkumpul awal pada pukul 4.00. pada jangkaan ahli akan tiba pada pukul 4.30pm. tetapi sangkaan meleset kerana kebanyakan ahli berkumpul pada pukul 5.00pm-5.15pm. antara faktornya mungkin kerana mengambil masa untuk solat asar pada 4.27pm di rumah. sehinggalah pukul 5.15pm ahli masih lagi tidak dibahagikan kepada kumpulan.
pada pendapat bebas saya, ahli tiba pada pukul 5.15pm mungkin kerana menjangkakan tidak ada surau(tempat solat) berdekatan kawasan tersebut.
perancangan penjadualan aktivti sangat penting untuk meyakinkan ahli-ahli mengapa mereka perlu hadir pada waktu sekian dan apa akan dilakukan pada waktu itu.

pada pukul 5.30pm semua ahli sudah berkumpul dan arahan diberikan kepada semua ahli supaya beratur dalam satu baris bertujuan untuk membahagikan mereka kepada 5 kumpulan. antara kelemahan yang ada disitu adalah kominiti yang menguruskan majlis tidak tahu berapa orang ahli yang hadir dan siapa yang patut turut serta dalam aktiviti sukanekan/permainan kerana tiada kedatangan yang diambil. dengan jumlah ahli yang sedikit pasti tiada masalah untuk mengambil kedatangan kesemuanya. untuk menguruskan kesemua ahli mungkin akan mengambil masa seperti pembahagian kumpulan. pada awalnya tiada perancangan bagaimana mereka ingin menguruskan pembahagian ahli, jadi pada waktu tersebut agak tidak terurus. arahan dari ketua sangat penting dan perancangan dari ketua sebelum bermulanya majlis juga penting supaya semua ahli komuniti majlis lebih jelas apa tugasan mereka pada waktu2 tertentu.

Dari segi jemputan para penyarah sangat mengecewakan. ada pensyarah yang dijemput tetapi jumlah sebenar pensyarah yang dapat hadir tidak dapat dipastikan. lebih sesuai jika pensyarah dimaklumkan supaya memberi maklum balas samada mereka dapat hadir atau tidak pada majlis tersebut. dengan itu jumlah sebenar pensyarah dapat diketahui. dengan itu jika ada sebarang perubahan dapat dilakukan segera.
dari apa yang saya lihat pensyarah dimaklumkan untuk hadir sukaneka dan mereka akan turut serta bersama pelajar. tetapi tidak dipastikan samada pensyarah tersebut sudah dimaklumkan bahawa mereka turut serta dalam sukaneka atau tidak. semua ahli2 tertanya siapa pensyarah yang akan hadir. sebagai komuniti pengurusan majlis mereka patut tahu apa tindakan mereka sekiranya pensyarah hadir pada waktu sukaneka. Arahan dari ketua sangat penting kerana semua perancangan majlis perlu diketahui ketua.
saya ada terdengar seorang ahli memberitu ahli lain bahawa ada kelibat pesyarah sudah hadir. tetapi kehadiran pensyarah tersebut tidak disambut oleh ketua mahupun komuniti jawatankuasa majlis. pensyarah tiba ketika ketua dan biro berkenaan sibuk membahagikan kumpulan sukaneka jadi pensyarah yang hadir umpama tidak diendahkan dan beberapa minit kemudian mereka pulang. apa yang ingin saya tekankan disini perancangan yang teratur sangat perlu oleh ketua majlis. komuniti ahli jawatankuasa majlis perlu menjemput pensyarah yang hadir dan memaklumkan apa yang perlu pensyarah itu lakukan sebaik sahaja mereka tiba.

perancangan asal aktivti sukaneka akan disertai oleh pensyarah dan ahli-ahli. mungkin kerana jumlah pensyarah yang hadir tidak dapat dipastikan dan kemudian mendapat tahu bahawa pensyarah yang hadir tidak ramai. pemerhatian saya, pensyarah yang hadir tidak memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti sukaneka jadi saya tidak tahu samada pensyarah sudah dimaklumkan perjalanan majlis atau tidak. nampak pensyarah itu memberi kek dan diletakkan pada sudut makanan. tidak pasti ketua majlis tahu akan kedatangan pensyarah tersebut. tetapi yang pasti ketua tidak tahu bagaimana ingin meguruskan segala kebarangkalian yang akan berlaku jika rancangan asal tidak berjalan baik.

jika kedatangan pensyarah dapat diketahui sebelum majlis bermula perancangan mungkin dapat diubah.
kelemahan yang paling ketara adalah perancangan jadual. memang tidak dapat dielakkan jika ahli tiba lewat. tetapi cara membahagikan kumpulan pada 5.30pm sudah mengambil masa lama kerana tiada perancangan awal untuk membahagikan kumpulan dan itu dilakukan secara spontan dan perbincangan antara komuniti Ajk majlis berlaku pada saat itu juga.

pada keesokannya seorang pensyarah datang bertanya pada saya "ramai tak lecturer yang datang semalam."
saya balas "tidak tahu" kerana malu ingin khabarkan kelemahan atucara majlis untuk lecturer pada waktu itu.
aktiviti sukaneka agak singkat kerana dilakukan pada waktu petang. tetapi ada baiknya juga perancangan ditukar supaya tidak berlaku kecelaruan iaitu menjemput pensyarah hadir pada malamnya untuk aktiviti BBQ. matlamat utama kehadiran pensyarah ini adalah untuk beramah mesra antara ahli dan pensyarah...
mungkin kelemahan ini dapat diperbaiki untuk masa2 akan datang

Perempuan itu cantik

Ada suatu hari masa aku gi makan di Kafe Kapas bersama dengan geng Sekretariat aku.
kitorang dah habis makan dan saje lepak2 kat situ lagi. Mase tu ada Tiq dan Awie diorang pergi bayar makan. aku seorang ada kat meja makan masa tu...
aku ternampak seorang perempuan dengan kawan2 dia makan di satu sudut. aku perhatikan dia dan aku tersenyum... bila Tiq dan Awie datang balik ke meja makan... aku cakap kat Tiq " Perempuan tu cantik" sambil memandang perempuan tu.
aku cuma nak tengok apa respon diorang macam mana bila aku cakap macam tu...
Tiq balas "Habis laa..Asher dah jadi kaki usha pmpn macam Apeng dahhh. haha".
sebenarnya aku bukan nak jawapan macam tu.

perempuan yang aku kata Cantik tu sebenarnya Saiz dia XXL. sebab apa aku kata dia cantik?
kebiasaan orang dia tak pandang pun orang yang bersaiz XXL. aku cakap dia cantik sebab... ya, semua pmpn dilahirkan dengan kecantikan masing-masing. disebabkan saiz fizikal dia yang agak besar mungkin dia tidak mendapat perhatian orang ramai...

Aku cuba yakinkan pada Tiq "perempuan itu cantik".... dan kemudian aku tersenyum sambil berkata "kalau dia kurus mesti orang kata dia Cantik kan. kadang2 manusia ni kejam."

Aku kata semua ini berdasarkan pengalaman sendiri... dahulu aku gemuk. betul. saiz XXL mesti orang tak pandang. segala tanggapan negatif akan orang lain fikir. dia gemuk jadi dia kuat makan, bila dia kuat makan mesti dia ini pemalas.

Yang berbadan besar berbaju putih itu adalah aku. 3 tahun yang lepas. aku pernah rasa apa perasaannya jadi insan yang bersaiz XXL. tiada daya tarikan fizikal dan rupa paras. Dengan tubuh badan macam ni aku cepat letih... baru berlari beberapa meter aku sudah tercungap-cungap. Nak cari saiz baju pun susah... orang lain boleh bergaya dengan macam2 baju. aku... baju biasa sahaja. dan baju itu sahaja yang akan jadi kegemaran. aku akan cari baju yang longgar, taknak orang nampak badan aku yang gempal.

kadang2 aku ada berasa merendah diri dengan keadaan fizikal aku. ya, aku gemuk. aku tak marah orang kata aku begitu. tetapi memang aku gemuk. biarlah... orang pandang rupa paras dan fizikal dahulu sebelum mengenali seseorang dengan lebih mendalam.
sampai masa aku kata.. "dah lama aku gemuk, aku nak merasa bagaimana jadi orang yang sihat dan kurus".
kemudian aku cuba kurangkan berat badan... dengan penuh disiplin... aku seronok berat aku semakin berkurang. semakin bersemangat nak kurangkan berat. dari 90kg... sehinggalah 67kg... sampai tahap aku cuba kurangkan lagi 67kg tu kepada 65kg... tapi tak dapat. mungkin itulah tahap minimum aku boleh capai walaupun dengan senaman yang banyak.


Ini gambar aku sebelum masuk asasi... berat masa ni mungkin dalam 70kg. dah naik sikit.

Aku dapat rasa berubahan pada diri aku, berubahan dari segi bagaimana pandangan orang terhadap diri aku... dengan tinggi 176cm dan berat 70kg.
orang kata aku tinggi. sejak itu aku menjadi perhatian orang... dahulunya tidaklah seperti ini.


Pandangan orang ramai terhadap aku sudah berbeza dahulunya aku XXL sekarang lain.
aku tak salahkan tanggapan manusia yang berbeza itu kepada individu berlainan. tetapi memang itulah lumrah kehidupan... tak kira lah jika aku gemuk atau kurus. tampan atau comot. Aku tetap diri aku.
jika aku jadi gemuk kembali... aku sudah tak kisah. aku tetap sama....pandangan kali pertama orang ramai pada seseorang individu boleh cetuskan pelbagai tanggapan. itu hanya tanggapan, tetapi orang itu tidak akan mengenali seseorang itu tanpa mendekati dan berbual untuk memahami dia. Tak kira jika seuatu hari aku jadi gemuk kembali. aku tetap aku.

aku yang berada di tengah gambar
aku sudah merasai bagaimana jadi Individu yang berbeza. aku anggap diri aku 3tahun lepas dan sekarang ini dua individu yang berbeza kerana tanggapan orang ramai juga berbeza terhadap aku. sungguh berbeza.

jadi aku memahami bagaimana perasaannya. jadi aku tetap mahu katakan "perempuan itu cantik".


~al-kisah~






Malu kerana Tewas Permainan emosi

Aku cuba membenci orang yang aku suka supaya aku tak cemburu lagi.
yang lebih teruknya jika aku cemburu tanpa dikesannya dan suka tanpa diketahuinya juga.
Kawan aku kata "itu adalah lumrah lelaki sukakan pada perempuan"
ya betul, aku memang dilahirkan begitu. dan aku akui lumrah aku memang begitu.
Aku bukan lelaki yang mudah untuk menyukai perempuan sebarangan. harap aku jumpa gadis yang matang. aku halang perasaan suka itu kerana batasan agama dan adat. harap aku dapat kawalnya.

Selama ini aku cuba jauhi seseorang perempuan yang aku suka supaya tidak lahir perasaan mahukannya.
tetapi entah kenapa aku tewas dalam beberapa bulan ini. aku malu dengan diri aku sendiri. Malu
aku anggap perjalanan aku masih jauh. harap aku akan semakin matang.
Jika sudah sampai masanya, harap aku ada cukup kuat mengawal emosi aku.

Aku selalu kata "Aku taknak Syok Sendiri". mungkin istilah ini aku seorang sahaja yang faham dlm situasi aku.
dan aku juga selalu kata "Ini permainan emosi" dalam permainan ada Kalah dan Menang.

3 tahun lagi bila aku baca entry ini. harap aku kata 'bodoh' pada diri aku sendiri.