Program Survival Mahasiswa. aku ade hadir dalam program ini yang dianjurkan UiTM. Aku nak kongsi satu video 'Berkorban Apa sahaja'. Penceramah suruh semua yang hadir cuba menghayati sebagai watak gadis dalam video ini. Aku tak berapa menghayati sangat... tetapi ada Part dalam video ini membuatkan aku terasa sebak. yang sebaknya bila ini pernah berlaku pada aku sebagai seorang anak.
Part masa gadis ini datang kepada ibunya yang sedang menyapu sampah diluar rumah. Gadis datang ke arah ibunya dan begitu teruja hendak memberitahu sesuatu kepada ibunya, iaitu keputusan Peperiksaan SPM. bila gadis tu tunjukkan sekeping kertas putih pada ibunya, reaksi ibunya yang pada mulanya tertanya-tanya terus bertukar gembira yg tidak terhingga... tangisan kegembiraan seorang ibu.
Babak ini membuatkan aku terasa. imbasan masa lalu tahun 2009 ketika aku mendapat tahu keputusan SPM. kalau aku nak cerita pasal kisah sekolah menengah aku... aku bukanlah Top Student. Masa PMR dahulu keputusan percubaan aku takde langsung A... tetapi aku anggap itu perkara biasa. sebab sebelum2 ini pun aku memang jarang dapat A. Tiba musim peperiksaan PMR... tiada waktu tidur lagi untuk aku. 3 buah buku sejarah aku baca sampai habis dalam satu malam... begitu juga dengan georafi dan lain2... sekurangnya aku usaha. inilah yang dikatakan 'Study Last Minute' hahaha. aku memang sukee buat camtu.
apa yang aku tak jangka ialah keputusan PMR, aku dapat 6A 2B daripada 8 mata pelajaran yang diambil... bagi aku itu pencapaian yang aku sendiri tak jangka. itulah hasilnya bila aku study last minute. haha memang aku ni jenis pemalas... kalau dari awal masih lagi berlengah-lengah... Tapi apa yang rase terkilan tu sebab... aku tak Apply untuk masuk MRSM. sedih jugak laa...
Pada awalnya aku memang takkan jangka aku akan mendapat sehingga 6A. aku fikir kalau aku apply MRSM mungkin sia-sia... mana mungkin aku akan mendapat 6A dengan keputusan A dalam subjek Sains dan Matematik... tapi akhirnya aku berjaya... memang terasa rugi tak Apply MRSM. :(
Tahun 2009, Peperiksaan SPM... macam biasa aku bukan juga Top Student... cikgu tak pandang sangat pun aku. tapi aku tergolong juga dalam pelajar harapan tergolong dalam 20 orang pelajar. Cikgu selalu fokus pada yang dapat cemerlang masa PMR dahulu macam kawan aku yang dapat 9A... Kelas aku masa sekolah dahulu untuk pengetahuan bukan ramai melayu sahaja tetapi kami berbilang Kaum, Melayu, Cina dan India sama banyak. dalam Kelas aku Top student banyak dari Pelajar India. kemudian barulah Pelajar Melayu. Masa Percubaan SPM aku dapat 1A sahaja daripada 10 mata pelajaran. aku dapat A untuk bahasa melayu.... tetapi bila aku kira kertas Jawapan Bahasa Melayu sebenarnya markah aku bukan A- tapi B+... mungkin cikgu saja nak bagi A untuk aku. jadi aku buat bodo je laa... sekurang-kurangnya aku ada A. hehe
Masa peperiksaan SPM yang sebenar... aku memang cuba sebaik mungkin. Baca buku sampai Habis. Malam pun aku study. Buku sejarah memang aku Baca buku teks sampai habis dalam satu malam. Subjek lain2 pun sama... aku cuba nak buat macam PMR aku dulu...
keputusan SPM keluar dan... aku berjaya dapat 7A3B... sekali lagi aku buat kejutan. daripada tiada A langsung masa percubaan dan Alhamdulillah keputusan sebenar aku masa SPM tidak seperti keputusan Percubaan... aku bukan Student Top... ye aku tahu... tiba-tiba nama aku naik dalam sekolah... sebabnya? Pelajar melayu Hanya aku seorang sahaja yang berjaya dapat 7A. lain2... kebanyakan 5A sahaja. pelajar melayu yang dapat 5A itu kebanyakannya adalah dari Straight A masa PMR, mereka adalah Fokus cikgu sekolah untuk dapat Skor tinggi dalam SPM. Bukan macam aku, PMR aku biasa2 je tak macam diorang, mgkin cikgu pun tak ambil perhatian sangat pasal Akademik aku. Tapi aku memang bersyukur. tetapi aku agak kecewa... subjek yang aku sasar untuk mendapat A tidak pulak tercapai... antaranya subjek Biologi.. bagi aku Soalan Biologi ketika itu cukup Senang... tetapi Careless mistake aku jawab dalam Paper 3. aku redha.. mgkin sebab tu, aku hanya layak dapat B dalam Biologi.
Kejutan tu... Subhanallah... betapa gembiranya ibu-bapa aku masa tu... satu kepuasan bila dapat tengok Parent sendiri gembira dengan apa yang aku usahakan. Bila tengok Video masa Program tu.. aku terbayang-bayang saat mak aku dapat tahu keputusan SPM aku.... yupp percubaan aku takde A pun... Aku bukan student yang menjadi sasara berlambak A. aku student biasa... Junior pun tak tahu pasal aku sangat. tapi bila aku dah habis sekolah... baru lah mereka tahu nama aku. menjadi sebutan2 ramai pula dalam sekolah. From Zero to Hero.
Aku terfikir kembali... apa yang buat masa Degree ni? tak mahukan sejarah lama berulang? kenapa aku macam putus semangat belajar kat uitm Dungun ni? mana semangat aku yang dahulu? Jawab exam masa kat degree pun aku rase macam tak penting... padahal sebenarnya Penting! Aku nak juga sejarah lama itu kembali... semangat aku yang dahulu... Aku nak tengok wajah kegembiraan ibu-bapa aku sekali lagi...
tolonglah... tolonglah... berikanlah aku semangat belajar di uitm Dungun... pupuklah minat untuk aku belajar perkara yang aku Benci... semangat yang hilang... kembalilah... :(
baru lagi ke kat uitm dungun?best apa tepi pantaiii
ReplyDeletedah nak masuk semester ketiga nanti. uitm dungun bestt! tapi.. hmmm ade rase something yg x seronok, classmate x bnyk. :(
ReplyDelete