kitorang dah habis makan dan saje lepak2 kat situ lagi. Mase tu ada Tiq dan Awie diorang pergi bayar makan. aku seorang ada kat meja makan masa tu...
aku ternampak seorang perempuan dengan kawan2 dia makan di satu sudut. aku perhatikan dia dan aku tersenyum... bila Tiq dan Awie datang balik ke meja makan... aku cakap kat Tiq " Perempuan tu cantik" sambil memandang perempuan tu.
aku cuma nak tengok apa respon diorang macam mana bila aku cakap macam tu...
Tiq balas "Habis laa..Asher dah jadi kaki usha pmpn macam Apeng dahhh. haha".
sebenarnya aku bukan nak jawapan macam tu.
perempuan yang aku kata Cantik tu sebenarnya Saiz dia XXL. sebab apa aku kata dia cantik?
kebiasaan orang dia tak pandang pun orang yang bersaiz XXL. aku cakap dia cantik sebab... ya, semua pmpn dilahirkan dengan kecantikan masing-masing. disebabkan saiz fizikal dia yang agak besar mungkin dia tidak mendapat perhatian orang ramai...
Aku cuba yakinkan pada Tiq "perempuan itu cantik".... dan kemudian aku tersenyum sambil berkata "kalau dia kurus mesti orang kata dia Cantik kan. kadang2 manusia ni kejam."
Aku kata semua ini berdasarkan pengalaman sendiri... dahulu aku gemuk. betul. saiz XXL mesti orang tak pandang. segala tanggapan negatif akan orang lain fikir. dia gemuk jadi dia kuat makan, bila dia kuat makan mesti dia ini pemalas.
Yang berbadan besar berbaju putih itu adalah aku. 3 tahun yang lepas. aku pernah rasa apa perasaannya jadi insan yang bersaiz XXL. tiada daya tarikan fizikal dan rupa paras. Dengan tubuh badan macam ni aku cepat letih... baru berlari beberapa meter aku sudah tercungap-cungap. Nak cari saiz baju pun susah... orang lain boleh bergaya dengan macam2 baju. aku... baju biasa sahaja. dan baju itu sahaja yang akan jadi kegemaran. aku akan cari baju yang longgar, taknak orang nampak badan aku yang gempal.
kadang2 aku ada berasa merendah diri dengan keadaan fizikal aku. ya, aku gemuk. aku tak marah orang kata aku begitu. tetapi memang aku gemuk. biarlah... orang pandang rupa paras dan fizikal dahulu sebelum mengenali seseorang dengan lebih mendalam.
sampai masa aku kata.. "dah lama aku gemuk, aku nak merasa bagaimana jadi orang yang sihat dan kurus".
kemudian aku cuba kurangkan berat badan... dengan penuh disiplin... aku seronok berat aku semakin berkurang. semakin bersemangat nak kurangkan berat. dari 90kg... sehinggalah 67kg... sampai tahap aku cuba kurangkan lagi 67kg tu kepada 65kg... tapi tak dapat. mungkin itulah tahap minimum aku boleh capai walaupun dengan senaman yang banyak.

Ini gambar aku sebelum masuk asasi... berat masa ni mungkin dalam 70kg. dah naik sikit.
Aku dapat rasa berubahan pada diri aku, berubahan dari segi bagaimana pandangan orang terhadap diri aku... dengan tinggi 176cm dan berat 70kg.
orang kata aku tinggi. sejak itu aku menjadi perhatian orang... dahulunya tidaklah seperti ini.

Pandangan orang ramai terhadap aku sudah berbeza dahulunya aku XXL sekarang lain.
aku tak salahkan tanggapan manusia yang berbeza itu kepada individu berlainan. tetapi memang itulah lumrah kehidupan... tak kira lah jika aku gemuk atau kurus. tampan atau comot. Aku tetap diri aku.
jika aku jadi gemuk kembali... aku sudah tak kisah. aku tetap sama....pandangan kali pertama orang ramai pada seseorang individu boleh cetuskan pelbagai tanggapan. itu hanya tanggapan, tetapi orang itu tidak akan mengenali seseorang itu tanpa mendekati dan berbual untuk memahami dia. Tak kira jika seuatu hari aku jadi gemuk kembali. aku tetap aku.
jadi aku memahami bagaimana perasaannya. jadi aku tetap mahu katakan "perempuan itu cantik".
aku tak salahkan tanggapan manusia yang berbeza itu kepada individu berlainan. tetapi memang itulah lumrah kehidupan... tak kira lah jika aku gemuk atau kurus. tampan atau comot. Aku tetap diri aku.
jika aku jadi gemuk kembali... aku sudah tak kisah. aku tetap sama....pandangan kali pertama orang ramai pada seseorang individu boleh cetuskan pelbagai tanggapan. itu hanya tanggapan, tetapi orang itu tidak akan mengenali seseorang itu tanpa mendekati dan berbual untuk memahami dia. Tak kira jika seuatu hari aku jadi gemuk kembali. aku tetap aku.
aku yang berada di tengah gambar
aku sudah merasai bagaimana jadi Individu yang berbeza. aku anggap diri aku 3tahun lepas dan sekarang ini dua individu yang berbeza kerana tanggapan orang ramai juga berbeza terhadap aku. sungguh berbeza. jadi aku memahami bagaimana perasaannya. jadi aku tetap mahu katakan "perempuan itu cantik".
~al-kisah~
Ohhh.. awak buat sy tringt balik time 1st time sy jumpe awk balik mase kelas cuti skola.. dulu mase awak form 3, sy slalu marah awak kan.. tp sy bukan marah sbb fizikal tau, sy marah sbb sy dulu rase mcm awak suke main dlm kelas, seryes! So imagine my suprise mase jumpe awak balik. Name awak mase tu sgt familiar tp rupe awak dah sgt beze DAN, awak giler rajin tanye soklan plak tu.. sy ingt lagi satu assignment, awak sorg je yg siap buat esok tu. Dah klas bape minggu, baru sy cam awak balik.. itu pun lepas brape mlm kot dok tpk nape la name awak familiar sgt (aside from the fact name kite mmg dkt nak same pun heheh..)
ReplyDelete