Wednesday, February 14, 2018

Unknown fear

Fear of unknown

Ketakutan yang sudah biasa ada pada manusia sejak kita lahir lagi untuk survival. Tapi aku nak sentuh "fear of unknown" ni dalam pemikiran kita yang dewasa ini secara sedar atau tidak. Kegusaran sesuatu perkara yang kita tak pasti atau jelas tapi dikatakan ia membawa ancaman/mudarat lalu membawa kita konklusi mudah untuk lebih percaya perkara itu betul disampaikan dan patut dipercayai.

Naluri kita ni bila berhadapan ancaman, dia ada dua pilihan "Flight or Fight". Lari untuk hidari, atau lawan.

Mungkin kebanyakan kita biasa dengar perkataan "konspirasi" atau Agenda, Muslihat. Dimana sesuatu pendedahan maklumat dikata secara mengejut tentang sesuatu isu yang membawa ketakutan dan kegusaran pada kita kerana ia ada mudarat keatas kita.

Ini membawa kita supaya patut risaukan dan takut sedangkan kita tidak mendalami apa maklumat disampaikan. Sebab kita akan lebih fokus pada takut pada mudaratnya yang disampaikan. Secara sedar atau tidak, ia memerangkap kita dalam fear of unknown.

Untuk keluarkan kita dari perangkap pemikiran ini. Fahami maklumat tentang sesuatu perkara itu lebih meluas, tanpa terlalu terus yakin berpihak pada pemberi maklumat tapi sebaliknya wujudkan curiosity/rasa ingin tahu dan wujudkan rasa meragui sesuatu perkara sehingga kita jelas. Jangan wujudkan "bias" pada siapa memberi maklumat cerita, tak kira dia title doktor, saintis atau orang berpengaruh. Ragui dahulu. Cari pengetahuan secara tidak berpihak.

Supaya kita tidak mudah2 mempercayai sesuatu yang kita sendiri tidak tahu.
Seperti contoh berita viral semasa "Milo ada gula".
"Gula itu toksik", "biskut dibuat dari bahan plastik" ,Tak kira apa2 isu akan datang, berhenti sebentar dan fikirkan dulu.

"The highest point of ignorence is when you reject something you dont know anything about"

Sekian dari Gempaksher
Korang tahu Dihydrogen Monoxide tu apa? Ia cuma nama sebutan molekul kimia air. H2O. Itu saja.