bayangkan lah aku dulu student Asasi Sains... tetiba masuk Fakulti Sains Komputer dan Matematik. ok baiklah... masuk Fakulti tu boleh diterima lagi lahh kot. tapi jurusan sekarang ni yang melibatkan Perniagaan membuatkan aku pening kepala dan merana jiwa dan raga.
kalau nak dihuraikan kisah aku sejak semester 1 memang dugaannya sangat besar dan melawan emosi. macam mane pun aku bersyukur aku dah sambung degree selepas Asasi dulu. nak kata result teruk sangat takde lah... cuma kesilapan yang dilakukan pihak uitm masa Asasi dulu membuatkan aku tersesat dalam jurusan ini sekarang. aku redha.. aku redha...
boleh dikatakan jurusan yang melibatkan business adalah antara perkara yang benci, tak suka. ada hikmahnya? mungkin... teruskan berjuang melawan perasaan dan melalui dugaan2 sebagai pelajar. aku sedih juga... mungkin ada hikmahnya.
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
In shaa Allah...
perjalanan aku masih jauh. aku tidak tahu apa yang ada dihadapan. aku kena bersedia... walaupun masih kecundang lagi dengan emosi dan minat sendiri sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment