ada dalam satu situasi Bob membeli chicken chop di kedai dan membawa balik makanan tu ke rumah. maklumlah sebagai seorang pelajar di universiti, dalam satu rumah ada dalam 6-9 orang. kalau dok hostel tu paling maksimum 8 orang. Bila sampai sahaja dalam bilik Bob terus menuju ke mejanya dan membuka bungkusan makanan... Bob ni kepenatan dan lapar baru habis kelas, tengah kelaparan sangat2 agaknya. baru sesuap makanan dia makan, seorang kawannya datang meminta "Nak Sikit!"... Ali menangguh dahulu niat makannya, diberikan kepada kawannya makanan tu. Bob menyambung makan balik, tapi tak lama kemudian seorang lagi kawan datang meminta "fuyooo nak sikit!", Bob terpaksa berhenti makan dan diberikan kepada kawannya... kadang2 perkara ini berulang hingga 2-4orang kawan meminta makanannya. bila difikirkan... tinggal berapa banyak agaknya Makanan Bob tu. kenyang ke tak Bob tu makan?
TAPI. Pernah tak orang yang dok minta makan tu terfikir apa perasaan kawan dia tu. mungkin ade sesetengah cakap "alah tak kisah la kongsi makan, kan lebih bagus"
kalaulah dalam situasi kawan aku yang makan spagetti tu offer makanan dia tu... aku selalunya akan cakap "takpelah... makan la dulu." bukannya aku tak teringin nak rasa, ade la sikit keinginan tu... tapi korang jangan ganggu masa dia menikmati makanan tu, dia ada hak menikmati dengan tenang makanan yang dia beli tu. biarlah dia makan, jangan lah meminta-minta mase dia makan. biar dia nikmat betul2 makanan tu... biar dia puas betul2... kemudian kalau ada rezeki korang mungkin dia akan tinggalkan sedikit untuk korang. bila dah habis dia punya dok nikmati makan tu... barulah korang ambil kalau dia x habis atau dia offer makanan tu.
ini antara perkara aku kurang suka, boleh dikatakan kurang beradab. jangan sesekali ganggu kawan korang nak makan. biarkan dia makan. kalau korang nak, pergi beli sendiri... biarkan kawan korang nikmati makanan dari duit dia tu dulu. jangan kurang adab... belum sempat dia nak makan, dah bunyi "perhh sedapnya... nak sikit"... senyap sudah. biarlah dia makan, kita hormati hak dia.
kadang2 aku annoying tengok member2 yg dok minta makan kat member lain padahal dia makan baru berapa banyak je. dalam situasi aku sendiri pun ada jugak jadi... aku tak tahu lah nak cakap macam mana... mungkin dah terbiasa kot diorang ni.
kongsi makanan memang perkara yang baik... tapi kadang2 korang kena fikir sendiri macam mana cara nak beradab dengan orang lain dan hormati mereka. kalau betul timing korang mintak makan tu, fikir-fikirkan adakah tindakan tu betul atau kurang beradab.
mungkin kadang kita tak boleh nak elak kan.... bila dah bawa makan masuk bilik, mesti la kawan kita dok usha je kita makan. kadang tu bagi la rase sikit. tu kalau seorang dua boleh la... kalau dah ramai2 mintak tu korang fikir2 lah jugak... kesian kat kawan yg nk makan tu.
Manggi Rm1.60 yg ciput pun nak... berapa lah sangat maggi tu. pergi buat sendiri je senang. haha
~al-kisah~
No comments:
Post a Comment