"hidup x selalunya indah...tapi yang indah itu akan menjadi kenangan..."
Ayat ini aku baca status dari salah seorang pengguna Facebook.
aku tertarik dengan ayat ini. tak tahu kenapa... ia buat aku berfikir lama.
Hidup tak selalunya indah, Tapi yang tak indah itu takkan dikenang
Hidup tak selalunya indah, Tapi .... apa yang aku fikirkan ialah penggunaan 'Tapi' dalam sesuatu ayat. dalam bahasa Inggeris 'But'.
aku tukar sedikit ayat diatas tu.
"yang indah itu akan menjadi kenangan... tapi hidup x selalunya indah..."
"yang akan menjadi kenangan itu indah... tapi selalunya x hidup indah..."
aku gunakan perkataan yang sama tapi disusun berlainan dalam ayat ini, mewujudkan struktur berlainan tapi maksud sama ingin disampaikan.
bagi aku dalam menggunakan perkataan 'tapi', perkataan ini akan memusnahkan harapan kenyataan pertama...
Contoh dalam perbualan korang semua. ada seorang kawan datang nak pinjam duit dan korang cakap pada dia " Duit aku memang ada, Tapi aku nak bayar Yuran Kelas la"... apa yang penting dalam ayat ni, dia tak bagi pinjamkan duit lah. kenyataan "Duit aku memang ada" nampak seperti tidak menghampakan. tetapi musnah apabila ada perkataan 'tapi', aku nak bayar yuran Kelas.
dalam ayat menggunakan 'tapi' yang aku biasa dengar.. kenyataan pertama selalunya tidak menghampakan tetapi apabila masuk kenyataan kedua yang dimulakan 'tapi' keseluruhan ayat akan menghampakan anda.
sebab itu aku agak berfikir lama dengan ayat:
"hidup x selalunya indah...tapi yang indah itu akan menjadi kenangan..."
Kenyataan pertama sudah menghampakan... kemudian selepas 'tapi' ia adalah kenyataan menggembirakan. kedua-dua kenyataan perlu saling berkait tentang apa yang hendak diceritakan.
jadi aku cuba tukar sedikit.
"yang indah itu akan menjadi kenangan... tapi hidup x selalunya indah..." Kenyataan pertama tidak menghampakan, maksud saya adalah bukan negatif. tetapi apabila masuk kenyataan kedua dimulakan dengan 'tapi' keseluruhan ayat dipengaruhi dengan "tapi hidup x selalunya indah"... Kenyataan selepas 'Tapi' menguasai keseluruhan ayat.
tapi kebiasaannya begitulah ayat yang kita selalu katakan.
"Saya dah siap assignment, TAPI tertinggal di dalam bilik"
"Saya nak pergi ke MesraMall, TAPI takde kawan nak teman"
"Saya nak teman awak pergi library, TAPI saya ada hal sekarang"
"Saya suka dia, TAPI dia tak suka saya" <--- kenyataan kedua mengecewakan
Jarang rasenya orang akan kata
"saya jarang pula pergi ke pantai, TAPI saya suka angin di pantai"
aku rase ada yg tak kena dengan ayat ini. jadi kita tukar.
"Saya suka angin di pantai, Tapi saya jarang pula pergi ke pantai"
hmmm... aku rase ayat itu adalah ayat yang menggunakan perkataan 'tapi' tetapi bukan menghampakan sebaliknya mengembirakan.
"hidup x selalunya indah...tapi yang indah itu akan menjadi kenangan..." btw aku tetap rase mcm janggal ayat ni. ada kemungkinan orang yang menggunakan struktur ayat begini berada dlm kondisi keterujaan untuk menceritakan sesuatu perkara itu. ini terjadi secara sepontan ketika kita mahu menyampaikan dan secara terus ia tidak mengambil kira lagi struktur ayatnya.
walaupun perkara simple, tapi aku suka berfikir... memang stail aku. hehe
melalui struktur bahasa yg ditulis secara spontan sebenarnya kita boleh baca sedikit sebanyak tentang seseorang. sebab apa aku kata begitu adalah kerana medium penulisan dalam Sosial dunia maya kadang-kala agak dipengaruhi kelakuan dan emosi kecualilah kalau bentuk penulisan karangan berformat dan formal.
Terima kasih sudi baca saya mengarut di sini. hehewhew~ :D
*takde la mengarut sangat. serius. tiada niat buruk.
No comments:
Post a Comment