Di UiTM Kampus Dungun...
aku tak tahu nak buat apa masa ini. Jam lebih kurang pukul 5p.m hari Khamis.
kebanyakan masa aku akan bergerak seorang diri.
Ke kelas, Kafe makan, Library...
sampai masa aku terasa bosan dan tahu mahu balik ke Kolej lagi.
aku duduk dan memandang rumput hijau dan kerusi biru disana.
termenung sekejap... sambil makan Kek Batik yang aku baru beli tadi.
aku Bosan... bosan masa ini. mungkin aku bosan di tempat ini.
aku tak tahu nak buat apa dan hendak ke mana.
macam tiada hala tuju. alahai...
Aku terus duduk dikerusi dan memandang rumput hijau dan bangunan sekitar.
Kerusi biru itu tempat pelajar adakan sesi bergambar.
aku takkan ada gambar sekelas untuk semester ini. sebab bilangan pelajar terlalu sedikit
3 orang... Asyraf(aku),Syimir,Saiful.
aku duduk dikerusi dan termenung... apalah nasib akan terjadi semester akan datang.
adakah aku akan terbiasa bersendirian di Kampus ini sehingga tahun akhir.
bersendirian meneruskan hidup remaja sebagai pelajar. oh tidakk... aku tak sanggup. :(
No comments:
Post a Comment