Harun Aminurrashid(HAR) tidak berpuashati dengan sikap taukeh-taukeh dan wakil-wakil Cina di dalam majlis-majlis Mesyuarat yang mendakwa bahawa merekalah yang telah banyak berjasa dan memberi kemakmuran di tanah melayu. Mereka menuntut persamaan hak seperti kerakyatan, tanah dan kemudahan-kemudahan lain dengan alasan mereka telah membantu penjajah inggeris memajukan negeri ini. Di samping itu HAR berfikiran bahawa orang Cina sangat gembira di atas ketinggalan orang melayu dalam segala lapangan akibat daripada kedatangan orang asing di Tanah Melayu. Ini jelas apabila HAR gambarkan sikap orang Cina terhadap nasib orang melayu, seperti berikut:
Aku senang aku kaya
orang melayu habis ku daya!
Habis ku halau masuk paya
aku bersenang di jalan raya.
Hartanya habis dapat ku tipu
undurlah ia ke gunung menumpu
habislah semuanya dapat ku sapu
menggelemparlah Melayu seperti kena palu.
Demikianlah perasaan si tongsan itu
memandang kita rendahnya tentu
dikira melayu semuanya batu
tiada bersuara walau dilutu
Dengan sebab itu mereka bersuara
kepada pemerintah ia berkira
meminta kekuasaan menjadi perwira
kecurangan pemerintah ia nan mara.
-(Harun Aminurrashid,"Mempertahankan Hak Kita", Warta Jenaka, 19 April 1936, hlm. 9)
*sedang menaip-naip, Lokasi Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Dungun. :)
No comments:
Post a Comment