Anda merupakan seorang individu yang analitikal, berdikari dan suka terlibat dengan aktiviti penyelidikan. Anda menganggap diri sendiri sebagai seorang yang rasional, mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan gemar terlibat dalam kajian-kajian berbentuk saintifik. Kebiasaannya, anda lebih selesa bekerja secara sendirian daripada berkumpulan. Anda suka membaca buku-buku bercorak saintifik dan teknikal. Anda mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan suka berfikir untuk mencari fakta kepada sesuatu jawapan. Walau bagaimanapun, anda agak kurang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial.REALISTIK :
Praktikal, berstruktur dan orientasi tugas
Anda merupakan seorang individu yang praktikal dan suka menjurus kepada orientasi kehidupan masakini daripada masa lepas. Anda mempamirkan pemikiran yang berstruktur dan lebih suka mengambil pendekatan penyelesaian masalah dari membiarkan sesuatu perkara itu berlarutan. Anda lebih cenderung memilih aktiviti yang menggunakan objek, mesin, perkakas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Anda seorang yang bertanggungjawab dan seringkali menunjukkan tingkahlaku daya saing dan tegas diri. Anda lebih suka kepada aktiviti yang bersifat ‘hands-on’ serta ‘outdoor’ yang memerlukan koordinasi kemahiran diri dan kekuatan fizikal. Anda seorang yang lebih suka kepada suasana kerja yang berbentuk orientasi tugas (action-oriented) daripada banyak bercakap, menggunakan tulisan atau kemahiran interpersonal.
SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia
Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.
Cadangan Program Akademik yang bersesuaian dengan Profil Minat Kerjaya Anda
Bil. | Kod UiTM | Kod UPU | Nama Program | Status Kelayakan |
---|---|---|---|---|
1 | HS110 | E2031 | DIPLOMA KEJURURAWATAN | |
2 | HS115 | E2034 | DIPLOMA PEMULIHAN CARA KERJA | |
3 | HS114 | E2035 | DIPLOMA FISIOTERAPI |
Gilaa... semua Kos ni memang aku Minat gilos lah! memang ini minat aku. *ehemm Kejururawatan sebab ada kaitan dengan sains. so aku terima.
No comments:
Post a Comment