Sunday, August 25, 2013

Tayar motosikal 150cc ke bawah


Kali ini aku nak cerita tentang tayar motosikal.
Dalam dunia motosikal ni aku agak baru lagi, tapi nak kongsi sikit apa yang aku tahu.

Beberapa minggu lepas aku tukar tayar belakang motosikal dengan tayar FKR RS900.
Harga Rm75 saiz 80/90 - 17. Bagi aku Rm75 tu bukan the best price agaknnye. Kalau murah lagi aku taktau boleh dapat berapa.
RS900 Bagi aku bunga tayar ni tebal, mungkin makan masa lama sikit untuk hilang bunga.
Corak bunya pula terlalu memanjang ke hadapan akan menyebabkan kurang cengakaman ketika brek.
Bunga tayar agak besar, jadi 'area of contact' antara tayar dengan jalan agak kurang terutama pada bahagian tengah tayar. perlu berhati-hati sikit ketika memperlahankan motosikal terutama ketika jalan basah dan licin. jika dilihat alur bunga untuk guna ketika jalan basah mungkin tiada masalah ketara.
Pada bahagian tepi tayar aku tak pasti. tayar ni tak sebagus tayar compund lembut ketika membelok, grip mungkin kurang. Bunga tayar ni boleh tahan lama sebelum haus sepenuhnya.

Aku tukar tayar disebabkan bunga pada tayar motosikal sebelum ni dah habis.
           Tayar sebelum ni guna jenama VIVA saiz 80/90 -17.
80 menunjukkan kelebaran tayar dalam milimeter Manakala 90 menunjukkan ketinggian tayar adalah 90% dari kelebaran tayar.

             Tayar ada macam2 jenama. Antara tayar yang terbaik pendapat orang ramai adalah jenama Bridgestone Battlax.
Nak pilih tayar bergantung pada kegunaan setiap hari. Ada tayar jenis tahan lama untuk riding jauh. ada juga jenis tayar terbaik untuk yang selalu suka layan corner atau istilah meleper orang kata.
Ada sesetengah orang suka tayar yang bagus untuk selekoh mengiring pada kelajuan tinggi.
Ada juga yang mahu tayar bagus untuk jalan basah dan long distance.

               Kalau tayar mahal macam Bridgestone sudah tentu bagus untuk layan corner, sebabnya jenis getah digunakan adalah soft compound(kalau tak silap). Soft compund ni jenis lembut, orang kata lekat atas jalan kalau layan corner. Tapi tayar jenis soft compound ni cepat haus... Biasalah secara logik, geseran tayar pada jalan akan menyebabkan tayar haus, Tapi tayar soft ni lagi cepat haus. Tayar2 mahal biasanya lebih lembut atau serdehana lembut atau campuran untuk menguatkan grip tayar di atas jalan. Bridgestone battlax harga hampir Rm300.

                 Tayar aku guna ni.. Medium atau hard compound, kalau tak silap lah.
Kalau guna motosikal untuk kegunaan jalan jauh, carilah tayar jenis hard compund supaya tak cepat haus.

                Alur corak bunga pada tayar bertujuan untuk aliran air ketika jalan basah. Pasti kilang2 tayar ada buat research and developement(R&D) tentang corak bunga tayar mereka.
Kalau dilihat pada litar lumba MotoGP. Tayar yang digunakan mereka langsung tiada bunga... Tetapi ketika litar basah kerana hujan mereka akan tukar tayar yang mempunyai alur corak.

                 Tayar MotoGP mempunyai campuran compund getah. mungkin 3 atau lebih. Pada tayar bahagian tengah diletakkan compound keras untuk elakkan bahagian tengah cepat haus pada jalan litar lurus.
Pada bahagian tepi, diletak coumpoud lebih lembut bertujuan untuk beri lebih cengkaman ketika motosikal menyelekoh pada kelajuan tinggi. Kenapa tayar motogp tiada bunga tayar? Sebabnya mereka nak beri lebih 'Area of contact' antara tayar dengan jalan litar supaya lebih banyak cengkaman.
 Bahagian tepi tayar yang gunakan compound lembut cepat haus tetapi memberi lebih cengkaman.

             Tekanan angin tayar... Berkenaan tekanan tayar, aku dah search macam2 kat google sebab nak dapatkan tekanan yang bagus untuk motosikal. Tekanan tayar motosikal aku sekarang ni. Tayar belakang 200, Tayar depan 180.

            Tayar ada sesetengah orang selalu isi 250Pa-280kPa... termasuk aku masa mula2 guna motosikal dulu. Sebenarnya tekanan tinggi(250 keatas) ni lebih sesuai kalau naik motosikal berdua dan beban lebih kurang 150kg keatas(tengok tayar masing2 lah). Dulu(masa sekolah) aku selalu salah tanggapan kalau isi angin pada tayar, lagi tinggi nombor maksudnya lagi banyak angin...Pada pam angin tu tulis kPa atau Psi. itu adalah tekanan angin bukan volume angin. Jadi kita mengukur ukur tekanan angin. kebanyakan kereta pun guna 190kPa-230kPa. kPa adalah Kilopascal. Psi(pound force square inch)

Fakta menarik : Air minuman tin Pepsi-cola mempunyai tekanan dalaman kira-kira 207kPa/30Psi pada suhu 16 darjah celcius.

               tekanan tayar motosikal depan biasanya aku akan letak kurang dari tayar belakang. Sebabnya beban penunggang lebih pada tayar belakang. kalau tak percaya cuba tengok posisi korang masa naik motosikal. mengisi angin tayar pulak janganlah terlalu keras... ada sesetengah orang ingat kalau tayar keras dengan tekanan angin, motosikal boleh gerak lebih laju.

                Tayar jugak berfungsi sebagai penyerap hentakan selain dari absorber pada motosikal. kalau absorber selalu kena hentakan kuat disebabkan tayar terlalu keras, jangka hayatnya akan berkurang dan boleh juga menyebabkan tayar cepat rosak. Jadi tekanan angin tayar yang tinggi tidak sesuai. Tekanan angin standard bagi motosikal kapcai(moped) adalah : 175kpa hadapan, 200kpa belakang. Tayar hadapan yang terlalu keras akan menyebabkan kurang cengkaman ketika memperlahankan(brek) motosikal.

Kalau korang isi angin terlalu banyak, Bahagian tengah tayar akan cepat haus. tayar akan haus dengan tidak sekata... ini gambar2 sumber dari FKR malaysia.

Bila tayar terlalu kurang tekanan, Tayar akan cepat haus pada bahagian sisi..
Yang terbaiknya adalah tekanan jangan terlalu tinggi atau jangan terlalu rendah.
Aku cuba maksimumkan 'Area of thread contact' dengan jalan. Apa guna kilang tayar buat corak tayar kalau kita cuma guna sebahagian sahaja seperti dalam gambar(under inflation, over inflation). Pasti corak bunga yang dipaten ada fungsi dan kelebihan bila bersentuh dengan permukaan jalan..
tayar jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Isi tekanan tayar sepatutnya.

                Bagi aku tekanan tayar ni penting juga ketika ambil selekoh. Tidak bermakna lebih tinggi tekanan lebih bagus. Ketika motosikal membelok pada kelajuan tinggi, beban motosikal akan menekan tayar pada permukaan jalan lebih tinggi berbanding motosikal bergerak lurus, ini disebabkan angular momentum, camber thrust dan centrifugal force(rujuk buku fizik). Shock absorber motosikal akan compress(menekan) disebabkan centrifugal force ketika cornering. Pada sudut 45 darjah ketika motosikal membelok mengiring, dikatakan beban akan lebih 50% dari berat asal motosikal yang menekan tayar pada permukaan jalan. Jadi ini akan memberi kelebihan ketika cornering dimana tayar mempunyai 50% lebih grip berbanding motosikal bergerak tegak di jalan lurus... grip seperti ini juga berkait dengan jenis tayar dan juga tekanan angin dalam tayar. Jadi kalau korang seorang pengguna motosikal yang suka meleper(cornering) motosikal, jangan isi tekanan angin tayar terlalu tinggi. Ikut seperti disarankan pihak pengeluar motosikal. 175kpa hadapan dan 200kpa belakang. Bergantung pada berat penunggang.

                   Contoh jika berat motosikal itu 200kg termasuk penunggang, ketika cornering berat keseluruhan akan jadi melebihi asal iaitu 200kg hingga 300kg menekan tayar pada permukaan jalan. Mass motosikal tetap sama 200kg tetapi weight berubah disebabkan centrifugal force yg terhasil dari graviti bumi. Tayar yang terlalu keras(sangat2), menyebabkan tayar tak dapat menyerap tekanan yang dikenakan pada permukaan jalan dengan sebaik mungkin. Apabila tekanan dalam tayar terlalu tinggi, elasticity(kekenyalan) tayar untuk bertindak pada permukaan jalan akan berkurang dan boleh menyebabkan gelincir. Topik ini masih berkaitan tayar motosikal 150cc kebawah. Tayar 250cc keatas lain kisahnya sikit, sebab tayar mereka lebih lebar dan besar

Sekarang aku dah tak suka isi dengan tekanan tinggi.. sebab ketika selekoh, mungkin tayar pada bahagian tepi tak dapat digunakan sebaik mungkin antara sebabnya tayar terlalu membulat dan kurang efektif... Ada satu kawasan tepi tayar akan dinamakan "chicken strip" dimana bahagian tayar tak digunakan.
Dinamakan chicken strip sebab penunggang itu dikatakan takut(chicken) untuk selekoh mengiring dengan lebih tajam sehingga kawasan tepi tayar itu boleh digunakan.. boleh nampak chicken strip ni sebab ada beza antara kawasan tayar digunakan dengan tidak digunakan. Setiap orang mungkin ada strip ni pada tayar motosikal walaupun strip itu halus

Aku pun ada juga strip ni, terutama pada tayar hadapan sebab tayar tu dah lama. Tayar belakang strip nampak kecil sebab sejak dapat pengetahuan ni dan tukar tayar baru, aku dah selalu gunakan sebaik mungkin setiap kawasan pada tayar.

Aku tak suka ada sesetengah orang melabel penunggang motosikal 150cc kebawah semua mat rempit bila mereka bawa motosikal dengan selekoh mengiring dan bawa motosikal dengan laju memecut.
Apa beza motosikal 250cc ke atas jika lakukan perkara sedemikian? tiada siapa yang pertikaikan.
Lagipun istilah mat rempat ni dihangatkan dengan filem2 tempatan dan juga berita di televisyen...Kalau begitu motosikal berkuasa tinggi, semuanya boleh dikatakan mat rempit. Mereka jarang bawa dengan kelajuan ditetapkan undang2.. laju sentiasa memecut dijalanan.
Sebab motosikal berkuasa tinggi orang akan memandang pemiliknya golongan kaya, tidak akan membahayakan diri di jalanan, mempunyai gaya, golongan elit dan intelektual.

Istilah samseng jalanan lebih sesuai diberikan Jika: Memandu tanpa mengikut undang2, Membahayakan pengguna jalan raya lain serta diri sendiri, dan berlumba haram. Bila guna istilah berlumba, mestilah ada pesaingnya... mana ada orang berlumba sorang2. haha

Utamakan keselamatan ketika menunggang. Walaupun bawa motosikal berkuasa rendah pakailah pakaian yang selamat... Seluar pendek, T-shirt pendek dan selipar sangat tak sesuai. Aku pernah tengok Vlog mat saleh masa dia bawa motosikal di Malaysia... Dia kata penunggang motosikal malaysia tak utamakan keselamatan di jalan raya. Geleng kepala dia tengok.

Setakat ini sahaja perkongsian. 






45 comments:

  1. jadi?konklusion tayar ap yg paling elok digunakan ? pnjang sangat...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dgn kegunaan harian, Dah tentu lagi mahal lagi sedap guna. Tapi tak semua org nak tayar mahal2. Macam tayar bridgestone Battlax contohnya. Mahal. Orang banyak guna layan racing, meleper(cornering), atas litar. Dan jangka hayat tak lama.

      Tayar yg sedap dari segi comfort pernah sy guna untuk kegunaan harian sekarang, Dunlop TT100. Itu yg berbaloi lah walaupun bunga tayar macam klasik je, takde nampak canggih macam alur tayar moden. Rasa selesa sikit bila guna atas jalan kurang rata atau kasar. Langgar lubang pun motor kurang rasa terhentak sangat.

      Tayar Maxxis diamond antara yg terkenal jugak dan mahal sikit dari Dunlop TT100. Pilihan ramai yg ada bajet lebih sikit.

      FKR RS900 yg penah saya guna, dia agak keras jadi kalau atas jalan tu tak rasa comfort sangat lah, motor terasa bunyi vibrate sikit ikut tekstur jalan.

      Ini pandangan pribadi dan pengalaman menggunakan.
      Selamat memilih tayar yg bersesuaian citarasa. :D

      Delete
    2. Kalau setakat menunggang motor diatas trek atau jalan raya dihari panas bunga tayar tiada erti. Kesemua motor lumba tiadaa bunga tayar kerana lebih banyak permukaan tayaar menyentuh jalan maka lebih baik cengkamaannya.
      Bunga tayar diperlukan pada tayar disebabkan hanya satu sahaja yaitu semasa jalan licin kerana hujan ataau hari sedang hujan bertujuan ada sesuatu makenisma atau patern yang boleh menolong memberi anda sedikit cengkaman semasa membrake.
      Tapi diingatkan walau macam mana tebal dan canggih dan terkini sekali pun bunga atau bentuk bunga tayar pada tayar motorsikal anda ketika anda menunggang dijalan yang licin atau berpasir atau ketika hujan dan anda membrake mengejut dan terkunci tayar maka anda tetap akaan jatuh.
      Bunga tayar tidak dapat menyelamaatkan kita dari jatuh didalam situasi yang disebutkan.
      Yang penting kawal kelajuan menutut kadaan dan wajib tahu berapa tekanaan angin tayar pada motorsikal anda yang perlu pada kadaan tersebut, kerana ini semua menyumbang pada keselamaataan kita

      Delete
    3. Betul tu Syahzwan. Bunga tayar bertujuan membantu mengalir air keluar dari antara permukaan tayar dan jalan, buatkan pemanduan terasa lebih selamat dan mengcengkam.
      Memandangkan cuaca di negara kita yang kadang panas kadangkala hujan, biasanya kita akan memilih tayar untuk diguna dalam dua-dua keadaan sekaligus. Ketika hujan dan panas. Jadi kebanyakan pengguna mencari bunga tayar yang membantu dalam dua2 keadaan jalan ini. Jalan yg berpasir tak dapat dinafikan, tiada tayar yang dapat membantu, tetap licin. Kena berhati-hati. Tq Syahzwan. :)

      Delete
  2. Abg gempaqsher, cmne nk kmpiskn blik tayar yg mcm keras..ari tu tuko tayar jname brightstone(bkn bridgestone ye)..keras sgt.,,rupenye lbih angin..tq byk2 ye- dodo rempit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ke pam angin stesen minyak, set tekanan angin yang kita nak. Nanti pam tu akan automatik laraskan tekanan kita pilih tadi.

      Delete
  3. Salam, nak tanya. Mcm mana kalau dekat motor dia tulis 280 kpa utk tayar blakang dan ada penumpang. Sedangkan tayar pula cuma boleh max 225 kpa shj. So nk pakai tekanan yg mana satu? Yg disaran pengeluar motor atau pengeluar tayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut yang disarankan pengeluar tayar. Kadang tayar kita tukar gunakan dah tak sama seperti disarankan pengeluar moto, iaitu Tak sama lagi tayar stok kilang dri pengeluar moto. Biasanya tayar depan tekanan lebih rendah dari belakang

      Delete
    2. macam mana kalau terbalik? maksud saya motor 280kpa, tayar max hingga 350 kpa..

      Delete
    3. Tak perlu letak max hingga 350kpa. Tu cuma menunjukkan tahap maksimum ketahanan tayar dengan tekanan angin. Kita letak biasa2 ja macam dalam post ni.

      Delete
  4. bro, kalau 250cc mcm mane pulak ye bro. berat let sat 53KG dan berat motor 166KG (inclusive full fuel). tayar saiz 110 dan 150.

    ReplyDelete
  5. sy baru tukar tayar Fkr pada moto Lc sy. sebelum ni biasa pakai maxxis. Masalahnya skarang bila brake emrgency time jalan licin disebabkan hujan slalu tayar blakang terkunci dan dah 2-3 kali jadi benda yg sma. sebelum ni sy x pernah ada msalah mcm ni. jadi mengikut penjelasan tuan komponen getah dlm tayar Fkr mungkin myebabkn msalh ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah guna FKR jenis RS900. sekarang guna Dunlop TT100 je. Lepas dah guna Dunlop TT100 ni, mungkin rasa taknak guna dah FKR, Sedap pakai dunlop lagi. Bagi pendapat saya lah.

      Tayar terkunci ni perkara biasa kalau brek belakang, tambahan kalau hujan. Kalau nak elak tayar tu terkunci terus, cuba ubah brek belakang bagi longgar sikit, maksudnya kita akan tekan lebih dalam lagi padel brek belakang baru tayar akan terkunci semasa bergerak. Bahaya juga kalau sedang membelok, tayar belakang terkunci. Dengan adjust ni brek ni, tak lah kita tekan brek sedikit pun akan cengkam hingga terkunci tayar. Kadang masa tukar tayar pomen akan ketatkan sikit brek belakang, jadi tekan dalam sikit je akan cengkam dah. Mungkin brek belakang terlalu cengkam?

      Dalam berhentikan motosikal, 70% kuasa brek adalah pada tayar hadapan. 30% brek tayar belakang.

      tentang tayar FKR ni, berdasarkan pengalaman guna, bagi saya tayar ni mungkin compound getah keras. Sebab saya bandingkan dengan Dunlop TT100 yang tengah pakai sekarang. Lepas saya tukar dari FKR RS900 ke Dunlop TT100, dapat rasa kurang gegaran motor atas jalan. Rasa lebih lembut dan tak kasar. Sebelum ni boleh dapat rasa yang tayar FKR keras, sebab terasa gegaran motor bergerak dan kasar tayar golek atas jalan.

      Boleh jadi sebab FKR tayar compound keras dan alur bunga tirus ini buatkan tayar jadi licin di jalan basah, terutama ketika brek. Untuk keselesaan, saya guna Dunlop TT100 sebab rasa lembut lagi atas jalan banding FKRrs900. Maxxis tak biasa guna lagi, tak dapat nak bagi review.

      Delete
    2. Tayar compound keras(hard-compound) ada kelebihannya juga walaupun kurang cengkaman. Jangka hayat tayar lebih lama, jadi bunga tayar lambat haus untuk perlu digantikan.

      Delete
    3. Tayar maxxis lembut dn cepat sikit haus (ok la kalau bagi peminat meleper).. Cengkaman pada jalan sangat hebat, rapat sampai pemijak kaki pun masih rasa yakin.. Dan membantu dlm menunggang biasa juga (boleh rasa handle moto x mudah goyang).. Sekadar pengalaman pakai maxxis :).. Biasa la ada pro & con.. Tapi jalan basah sesuai kalau corsa sport rain..

      Delete
  6. Saya pernah pakai tayar depan fkr pada lc,brek ketika jalan basah sgt mengecewakan dan pada jln kering.. Skrg pakai tayar depan maxxis volans rm110,jln basah dan kering puas hati.. Nk2 ketika layan selekoh..otw nk tukar tayar blakang dripada fkr ke maxxis jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman guna FKR RS900 ni, boleh kata lepas dah cuba guna sekali memang saya takmau guna dah. Haha Dari pengalaman sendiri, tak berapa sedap pakai. Jalan basah pun memang tak berapa. Bagi saya tayar tu compound getah keras(hard) yang buat kurang cengkam. Entah kualiti material compound macam mana. Atas jalan dapat rasa tayar bising sikit(bila dibanding), dan berasa sikit kasar golek atas jalan. Rasa tak selembut tayar Dunlop TT100 golek atas jalan. Tak pasti lah kalau semua tayar FKR lain selain RS900 jadi yang sama jugak. :)

      Delete
  7. Cuba guna tayar Corsa platinium lak..
    Sedap juga pakai,harga mampu milik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas cadangan corsa platinium. Boleh saya tengok2 pertimbangkan nak guna masa akan datang. Buat masa ni saya guna Michelin Pilot Street. Tayar dia membulat sikit dan sedap nak membelok baring, Getah pun compound agak lembut. Dari segi ketahanan penggunaan lama tak pasti, sebab baru je lagi guna. Boleh rasa beza tayar ni, baru jalan golek sikit dah terasa suam2 panas tayar. Pasir2 halus pun boleh melekat kat tayar. Melekit gak tayar ni. Cengkam. Tapi mahal sikit lah, sekali sekala nak merasa boleh lah. huhu

      Delete
    2. Betul tuan michelin memang melekat terpikat.. Cuma contra nya masa hujan, untuk bunga jenis michelin pilot membuang sikit :)..

      Delete
  8. baru ja tukaq dari fkr ke michelin..size 90/80 RM89..cuma nak tanya tekanan angin brp untuk size ni?!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. murahnya dapat RM89. skrg saya guna michelin saiz sama 90/80 tapi Rm120. mahal. Kalau saya, saya akan isi tayar belakang saya 210-215kpa, Tapi ini disebabkan berat badan saya, 90kg. tayar depan tetap 175-180kpa. Kalau berat badan awak sederhana 60-70kg, boleh je tekanan yang sama 200kpa. tak perlu tingatkan lagi.
      pam angin di stesen minyak diisi ikut tekanan dalam tayar yang kita nak. Nilai bacaan kpa itu adalah tekanan tayar bukan jumlah angin dimasukkan. Jadi tak kira lah tayar besar atau kecil, jika kita isi 200kpa, tayar tetap akan dalam tekanan yang sama 200kpa. Tak semestinya tayar lebih lebar kena isi tekanan lebih. Sesuaikan tekanan tayar dengan beban penunggang atau bersama pembonceng. Kalau ada orang bonceng dibelakang biasanya saya akan isi tekanan 220-240kpa di belakang. Sesuaikan ikut beban. :)

      Delete
  9. Lc135

    Dunlop tt100 70/90 depan
    Maxxis diamond 80/90 belakang

    Pam tayar

    70/90 210/215 psi
    80/90 220 psi

    ReplyDelete
  10. Satu ja nak tanya, maxxis diamond ma3-d dengan samurai swallow. Mana satu lagi baik ? Terutamanya time corner.

    ReplyDelete
  11. FKR x berapa ok untuk jalan basah...saya pernah pakai sebelum ni..motor menggelongsor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. FKR memang tak bagus masa basah. Saya pun menggelongsor. Bahaya, Kena lebih hati2 masa jalan basah. Setakat yang saya dah cuba, Michelin Pilot Street lebih baik dalam dua keadaan basah dan kering. Lebih yakin masa brek dan selekoh. Cuma tayarnya harga lebih mahal sikit.

      Delete
  12. Assalamualaikum tuan..saya baru pasang tayar baru Metzeler SPORTEC™ Street utk Y15zr..depan 80/90 dan blkg 110/70...saya baru perasan yang bunga dia mcm terbalik..bila tgk kat tayar tu rotation x betul..kalau ikut roataion bunga tayar jadi mcm terbalik...rasanya kedai tu salah pasang bunga terbalik atau mmg betul ikut spec.....bahaya tak kalau time corner dan time hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah tayar memang ada yang terbalik bunga depan banding bunga belakang. tapi ikut pada jenis model tayar. Biasa tayar akan ada direction tayar pada sidewall untuk rujukan pemasangan.

      Delete
    2. Biasanya bila berbunga2 tayar dia dh ada tanda rotation tayar tu kedepan atau keblakang

      Delete
  13. Apa kebaikan Dan keburukan kalau guna Tayar sama size depan belakang 90/80???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sesuai. Ia akan mempengaruhi handling mengambil selekoh dan membelok. Bagi tayar motosikal kapchai bersesaran enjin kecil, tayar yang kecil sudah memadai memandangkan kuasa kuda yang rendah. Tayar belakang memerlukan saiz lebih besar dari depan sebab ia memainkan peranan penting menggerakkan motor memecut kedepan, memerlukan contact permukaan tayar dan jalan lebih besar. Lebih stress pada tayar belakang.

      Dan agihan berat pada motosikal lebih menekan pada tayar belakang berbanding tayar depan, termasuk semasa memecut tadi. Menggunakan tayar belakang lebih besar akan panjangkan jangka hayat tayar dari haus serta meningkatkan traction tayar belakang. Semasa memecut agihan berat motosikal akan beralih ke belakang motosikal dan menekan lebih ke tayar belakang, Seperti yang kita tahu memecut agresif boleh buatkan tayar depan terapung dan tayar belakang memainkan perasan menggerakkan motor kedepan.

      Tayar depan sudah memadai dengan saiz lebih kecil kerana kebanyakkan berat motosikal lebih menekan pada tayar belakang. Tayar depan lebih besar akan menambah berat tidak perlu pada depan motosikal, menambah drag dan akan pengaruhi kelincahan memasuki belok. Kita boleh kurangkan bebanan bahagian depan motosikal dengan tayar saiz kecil yang memadai. Tayar depan besar akan mempengaruhi handling.

      Itu kalau melibatkan dinamik pergerakan motosikal. Apapun kebanyakan orang memakai tayar depan besar kerana untuk dapatkan gaya lebih menarik. tiada salah untuk memakai tayar sama besar dengan belakang. Bagi motosikal berkuasa rendah seperti kapchai, ia tidak banyak memberi kesan ketara jika hanya untuk kegunaan harian dan bukan untuk perlumbaan.

      Delete
  14. Assalamualaikum.tuan saya baru pasang tayar IRC 80/90.17 IZ-003 RACIN(IZ-R)Bagaimana dengan keadaan ketahan semasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya belum mencuba tayar IRC ini lagi. Kalau dia jenis soft compoud tak sesuai nak gunakan untuk harian. Sesuai untuk bermain di litar dan hujung minggu meleper. Tayar soft compound mahal jadi tidak economical untuk diguna harian, memang takkan tahan lama. bunga akan cepat haus.

      Delete
  15. Assalamualaikum tuan bagaimana dengan tayar IRC 120/70.17S99TL (58S)IZ-S SUPERSPORT S99

    ReplyDelete
  16. nk tnye...tyr depan tu aq baru beli brbding tyr blkngg..ttp tyr depan tu berombak..tyr blkng elokk jee dye haus...blh tlg explain tk..😂😂..tyr depan aq pkai CRV .blkng xingt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tayar berombak ni kadang disebabkan masalah suspension dah tak elok. Ada yang jadi macam tu disebabkan kita kerap brek kuat. Dia akan nampak satu tebing tinggi dan satu lagi tebing rendah. nampak berombak. Normal.
      Tayar depan memang kita lagi banyak gunakan brek depan berbanding belakang. itu akan buatkan jadi berombak. Boleh jadi juga di tayar belakang kalau kita selalu guna brek belakang atau engine breaking. Perkara ni selalu jadi pada tayar yang banyak jalur bunga.

      Delete
  17. Boss saya pakai y15zr saya sekarang pakai corsa platinum r26 dah haus tayar nih...saya pening nak tukar pirelli diablo rosso corsa atau pakai tayar jenis sama sahaja iatu tayar corsa platinum r26....mane yang terbaik tuk corner eh pirelli atau corsa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tayar pirelli diablo rosso corsa sesuai untuk layan corner sebabkan tayar soft compund dan sesuai atas track. Kalau gunakan untuk harian tak sesuai sebab akan cepat haus dan perlu diganti baru. Jangkahayat pendek.

      Delete
  18. Nk tanyer klu kriss ,dpn 70/90,sm gan blkg brp kpa angin depan dan blkg utk sorg rider,dan berapa kpa angin dpn blkg klu ride berdua

    ReplyDelete
  19. Salam nak tanya kalau Sport Rain nak upgrade apakah calon sesuai? Kegunaan Lagenda dan NS200 dua dua pakai Sport Rain. Nak yg boleh tahan macam Sport Rain plus kering ok basah pun ok? Tq

    ReplyDelete
  20. Saya pengguna Y15zr, rim dan tayar masih standard..kiranya nak tukar rim size 1.4x1.6..apakah saiz dan tayar yg sesuai utk perjalanan jauh dan wet grip yg bagus?

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum, saya guna honda elite bawah 150cc dari seberang perai selatan, pulau pinang. tayar apa yang sesuai untuk saya guna jika nak ke kuala lumpur, jarak perjalanan dalam 6 jam, tayar yang sesuai untuk semua cuaca?

    ReplyDelete