Gempaksher. aku cerita sikit tentang nama blog aku ni. Kenapa nama gempaksher?
Kisahnya bermula sejak Asasi Sains. Pada masa tu aku baru nak wujudkan blog. Blog pun taktau la menatang ape dalam tenet ni.
Ada kawan aku nama dia Rashid. Dia ni classmate aku dulu, seorang blogger sejak sekolah lagi. aku selalu nampak dia menaip-naip, kongsi cerita dan pendapat dalam blog. termasuklah aktiviti harian dia.
secara jujurnya... aku mula aktif dengan segala jenis online ni selepas SPM. Rumah aku memang takde internet. Dulu ada, tapi dah lama ditamatkan sejak rumah dah tak guna line telefon. aku tak tahu apa2 tentang laman sosial. Masa aku tingkatan 3, aku ade dengar tentang Frienster dan Myspace. aku cuma dengar2 je tapi aku tak tahu langsung benda apa. aku kadang2 ade jugak pergi cybercafe online, tapi kebanyakan masa aku main games je... biasalah budak2 lagi.
Selepas SPM, baru aku mula sibuk online. itupun bukan dekat Rumah tapi di cybercafe... biasalah bila lepas SPM mulalah sibuk online nak isi borang UPU, Matrikulasi, dan sebagainya.
Laman Sosial aku yang pertama, FACEBOOK. aku mula buat akaun facebook masa kat rumah sepupu. dioranglah yang tolong buatkan untuk aku. lepas Spm aku kerap jugak online facebook kat cybercafe dan aku jumpa banyak kawan2 lama. Facebook antara yang pertama aku terjebak dalam Laman Sosial
Berbalik kepada kisah Blogger. OK, ini kira aku nak melangkah lebih lagi dalam Laman Sosial. aku wujudkan Blog dengan bantuan dari kawan aku, Rashid. aku cuba fahamkan konsep blog, usha blog kawan2, macam mana diorang 'blogging'. Ini blog kawan aku, Thegentsintux. Untuk pengetahuan, aku agak kurang tulis blog dalam BI. mungkin aku kurang yakin sikit. takut nanti lintang pukang ayat BI aku. haha
Berkenaan nama "gempaksher". Semasa Asasi kawan2 panggil dengan gelaran Asyer,Asher,Usher. yang mana2 je lah asalkan sebutan bunyi nak dekat sama. tapi most diorang eja Usher. Perhh mcm penyanyi Usher pulak. tapi aku lebih suka ejaan Asyer sebab nama aku Asyraf.
Biasalah bila orang panggil Usher, kadang2 diorang kasi sebut lagi pendek nama panggilan kita jadi "sher".
aku tak tahu nak letak nama ape untuk blog. Dalam masa sama, dulu sangat terpengaruh dengan Komik keluaran Gempakstarz. komik2 diorang memang best. Dulu lah, sekarang aku dah kurang minat baca komik. Yang paling aku suka komik karya Zint, Kaoru, Keith dan C2V. So dalam kepala aku dok terfikir "gempak", "gempakz", "gempaks" dll... akhirnya aku sebut Gempaksher. Jadi aku belasah je la letak Gempaksher. sebab kawan aku tu pun letak nama belasah je aku tengok...
Jadi Gempaksher adalah gabungan "gempak" dan "sher" panggilan pendek aku. Aku tak tahu lah ade ape yang gempak. belasah je bro...
Kemudian aku mulalah mencuba laman sosial yang lain. antaranya, Tumblr, Twitter, Wordpress, Formspring, Youtube, Google+.... Myspace aku ade akaun, tapi mungkin dah lama gila tak pernah dah buka. jadi aku anggap dah takde lah. aku pun dah lupa password dan ID.
ooo mcmtu...dah agak msti ada pengaruh drpd mjalah gempak tu.
ReplyDeleteigtkan slalu join forum website gempak.org :-D
Forum pun baru je nak cuba2... 1st forum, MalaysianBiker.com itupun baru sgt2 join. Lily ada join forum ape lagi?
Deleteada jugak la join2 mcm2 e.g: gempak.org,syok.org,lowyat.net,carigold,cari.com
Deleteslalu tgok forum2 ni tp jarang sumbangkan apa2.just baca2 & cari apa2 link yg leh download...
yg slalu tgok gempak.org la...sbb simple je forum tu. tp tu la, asal nak taip gempak.org tu mesti tersalah masuk ke gempaksher ni... :-P