Perjalanan dari Parit Buntar ke Batu Ferringhi dalam sejam.
Kalau tengok dalam google map jauh dalam 70km dari Parit Buntar.
Aku keluar selepas asar. Sebenarnya aku keluar sebab nak cari minyak enjin jenama petronas sebab dah pergi 5 tempat Mesra Petronas tapi tak ada Engine oil yang aku nak. 5 tempat tu antaranya di Pusat bandar PB, Kg.Kedah, Bandar Baharu, Sg,bakap, dan Simpang Lima.
Perhhh sampai 5 tempat tetap tak ada. Apakah yang teruk sangat niii.... Engine oil yang dicari tu 'Petronas Syntium Moto 4SP, 10w-50'... Harga mahal sebab full-synthetic bersama ester. Aku dah search macam2 dan buat perbandingan Data Spesifikasi minyak... Aku rasa ini yang terbaik antara kesemua jenama. Tapi kena test pada engin dulu, aku tak pasti mungkin ada spesifikasi yang aku terlepas pandang.
Aku masuk Tol Jawi dan teruskan perjalanan ke utara... Kedai Mesra Petronas kat highway mesti ada semua jenis engine oil. Jadi aku berhenti di Perhentian seberang jaya kot? Lupa dah hentian mana aku berhenti... Memang ada minyak yang aku cari. Kemudian aku teruskan perjalanan ke utara. Entah macam mana tengah naik motor tu fikir2... akhirnya aku masuk susur ke Georgetown. Sebelum naik jambatan ada Tol... Aku ingatkan motosikal free je, rupanya kena bayar jugak. Rm1.40 untuk motosikal. Dalam hati aku fikir:
"Dasyat betol penang ni, Nak masuk kawasan pulau kena bayar duit walaupun motosikal"
"Nak masuk guna Feri memang confirm kena bayar"
Jadi nak masuk kawasan pulau memang takde yang free. Kalau naik feri tanpa kenderaan aku tak sure kena bayar ke tak.
Ini kali pertama aku lalu jambatan merentasi laut dengan motosikal. Apa yang aku boleh katakan. AWESOME! Memang best naik motosikal lalu jambatan... angin agak kuat dan rasa sejuk sikit, mungkin sebab berada di tengah2 laut. Rasa macam makan angin naik jambatan ni... santai je bawa motor. selalunya aku melalui jambatan dengan kereta. Aku sempat merakam lokasi kejadian. Suasana petang tu sangat redup dan tak berapa nak cantik pemandangan.
Untuk pengetahun aku memang tak tahu jalan kat kawasan Pulau ni... Yang kebiasaan pernah lalu cuma ke arah Queensbay sebab selepas jambatan masuk lane kiri untuk ke Queensbay. Tapi kali ini aku ke arah kanan selepas jambatan. Aku ada tengok laluan jalan kat google maps(dah 3hari usha laluan ke Batu Ferringhi)... Sign Board tulis "Batu Feringghi" dan "Tanjung Bungah" memang memudahkan aku. Jadi aku ikut je signboard ni... Bawak motosikal dalam pulau memang best. Kawasan Penang ni macam KL dah... tapi senang kata macam singapore lah sebab kawasan pulau. Aku tertarik dengan laluan basikal yang disediakan. Di atas permukaan jalan sebelah kiri diletak tanda berbasikal untuk pengguna basikal. Bagus lah diorang buat macam ni... menggalakkan orang naik basikal, Mungkin pelancong asing berminat naik basikal? lagipun kawasan takde la panas terik, sepanjang jalan biasanya ada pokok. Kalau sape yang tahu jalanraya dia lebih kurang macam jalan dari Ampang ke KLCC yang ada banyak2 pokok tu... Ini apa yang aku tengok lah sepanjang jalan dari Jambatan ke Batu Ferringhi. kawasan lain kat penang taktau lah.
Ada satu kawasan jalan ni memang best... Memang jarang kereta atau motosikal bawa perlahan. terutama penunggang motosikal, diorang memang laju memanjang... Aku nampak orang yang berumur pun pandu motosikal laju kat jalan ni. Cuma ada la sesetengah kereta bawa perlahan, mungkin sebab tak biasa. Jalan ni memang berliku-liku dan berbukit dekat dengan laut. Apa yang aku boleh katakan... laluan ni memang best.
Setelah aku tiba di Batu Ferringhi... kawasan dia memang best. Banyak pelancong asing masa ni. Aku berhentikan motosikal kat kawasan yang aku biasa berhenti. tempat aku berhenti tu ada jual jagung rebus dalam cawan Rm3.00... terus aku beli dan jalan2 kat kawasan pantai. Kasut Crocs aku dibuka sebab nanti pasir masuk dalam kasut, jadi berkaki ayam sahajalah aku jalan kat tepi pantai...
kawasan boleh dikatakan 90% pelancong asing... kalau ada penduduk tempatan kat pantai tu kebanyakan beach boy yang bekerja.
Aku duduk kejap makan jagung rebus... Pelancong asing banyak jugak dari timur tengah sebab kebanyakan perempuan berjubah hitam dan sesetengahnya berpurdah. Bila dah berada dikelilingi pak arab... aku sampai kat satu kawasan ni... ada penduduk tempatan tu offer untuk main parachute. Tapi dia cakap omputeh dengan aku... Aishhh aku nampak macam pak arab ka? Pak arab ni biasanya berjambang dan badan tegap. Tapi mungkin sebab dah banyak sangat pak Arab kat situ, aku pulak berjambang dan badan besar macam pak arab, dan dia pun dah kompius nak beza.... tapi yang kurengnya, aku takde la hidung mancung macam pak arab tuu.. :(
Kadang diorang panggil pelancong arab untuk main parachute atau jet ski. "Ya Ammar, Parachute?" "Ahmad, you want parachute?"... diorang pakai belasah je panggil nama.
Ada beberapa gambar aku tangkap dan video untuk dikongsi.
Perempuan ni aku kompius sikit. sebab dia ada gali lubang punya lah dalam masa aku lalu... Pastu dalam gambar ni aku tengok dia macam dah kambus... dia ada tanam ape2 ke? mungkin saje2 je kot. haha
Ini Video orang main Parachute. Aku dah lupa harganya... Mahal jugak la. Harga ikut range sejauh mana kita nak.. 1km, 2km, 3km. Selain tu Jet ski pun ada... Harga Rm150 untuk 30minit.
Bersiar-siar di kawasan pantai.... Tapi waktu petang ni terlalu redup.. Langit pun nampak mendung(bukan mendung hujan). Jadi pemandang laut agak kurang menarik. Lama dah aku tak dengar bunyi ombak sejak dah pindah dari Dungun... Kalau di Kampus Dungun dulu, hari2 aku dengar ombak.
Aku sampai rumah dalam pukul 8.00 malam... Ini pengalaman pertama aku naik motosikal di Highway waktu malam... Waktu malam aku agak risau terutama kalau naik motosikal. Kebiasaannya aku pandu kereta... jadi aku tahu lah macam mana penglihatan pemandu kereta terhadap motosikal. ada sesetengah lampu motosikal kurang cahaya lampu belakang... Jadi sepanjang perjalanan aku selalu nyalakan lampu signal terutama bila ada kereta berdekatan di belakang atau didepan.
Dalam perjalan aku berhenti di R&R Juru kalau tak silap. Berhenti Maghrib dan isi minyak motosikal... Aku suka merantau sorang2... Kalau ada motosikal besar, mungkin aku nak naik motosikal hingga ke Thailand.... nak cari pengalaman merantau. Kalau boleh lagi jauh, aku nak naik motosikal hingga ke India. haha. Naik motosikal ni bezanya... kita lebih jelas dengan apa yang ada disekeliling kita sepanjang perjalanan... Lebih jelas dengan suasana persekitaran.
Kalau ada rezeki.... InsyaAllah nak merantau sorang2 ke Eropah dan Timur tengah.. Kena kumpul duit dulu. Ataupun aku kerja terus kat luar negara. HEHE
~Al-Kisah~
No comments:
Post a Comment