"RON97 minyak untuk orang kaya"
"orang miskin je guna RON95"
Dulu aku selalu mengisi minyak kereta. Minyak petrol ada dua jenis kalau korang tengok kat stesen minyak antaranya yang paling ketara adalah warna pemegang pam, Hijau/merah atau Kuning. Pam warna hitam untuk diesel. Zaman dulu sebelum harga minyak naik... Ada satu jenis petrol ni memang tak akan diusik. sebabnya itu petrol berplumbum... petrol yang dimaksudkan adalah RON92.
Sebelum tahun 2008 kebanyakan orang guna minyak RON97. Pam warna hijau... Pada 2008 berlaku perubahan yang aku sendiri tak sedar(tak ambik kisah) perubahan minyak di stesen petrol. Harga minyak pasaran dunia tidak stabil pada tahun tersebut dimana berlaku kenaikan harga minyak mendadak. Ron97 yang kebiasaan orang guna pada ketika itu dah jadi mahal. asal harga Rm1.92 per liter telah naik menjadi Rm2.70 per liter pada 5 Jun 2008. Kenaikan sangat mendadak dan mengejutkan orang ramai. Pada hari tersebut aku masih ingat pada waktu malam selepas diumumkan kenaikan.... Orang ramai berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta sebelum hari kenaikan harga tersebut tepat pada 12 tgh malam.
Pada 22 ogos 2008 harga petrol Ron97 diturunkan Rm2.55 per liter. kemudian diturunkan lagi 10sen pada 25 september 2008... berlaku beberapa siri penurunan harga dalam 10sen secara berperingkat sehingga 16 Disember 2008 dimana harga Ron97 Rm1.80 per liter.
RON97 Rm1.80 per liter? Murahkan berbanding sekarang ini tahun 2013?
Pada ketika itu Ron92 memang orang tak guna sebab petrol tu ada plumbum.. tak sesuai untuk kebanyakan kereta keluaran baru.
Tahun 2009 berlaku perubahan petrol yang aku sendiri tak sedar... sebabnya di stesen minyak aku cuma tengok pam warna hijau atau kuning shj. Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95 dan mula dijual pada harga Rm1.75 sebelum dinaikkan kepada Rm1.80.... Pada hari yang sama juga, harga RON 97 naik kepada RM 2.05. Berlaku perubahan yang aku sendiri lambat nak faham.... Kemudian ramai orang menggunakan Pam warna kuning sebab pam warna kuning dah jadi petrol tanpa plumbum. Pam hijau/merah(Ron97) dah naik harga dan banyak orang beralih arah ke pam kuning. Jenis petrol Ron95 sehingga sekarang ini, 27 ogos tahun 2013(tarikh blog ditulis) menjadi Rm1.90 bermula sejak 3 Disember 2010.
Aku masih keliru dengan pam warna kuning... aku ingatkan pam kuning adalah minyak yang sama sebelum tahun 2009. rupanya RON92 dan ditukar RON95... RON 97 pula ditukar fungsi menjadi minyak premium dan harganya diapungkan separa mengikut pasaran. Minyak premium seperti yang korang lihat di stesen minyak sekarang seperti Shell V-power sebagai contoh.
Harga paling murah setakat ini adalah Ron95. Harga Ron97 pula jadi petrol premium harganya lebih mahal. Nak gunakan V-power Ron97? orang mesti ingat minyak ni ada power sebab V-Power! hahah. Orang dah mula kata Ron95 kita guna sekarang ni takda kualiti macam Ron97... Dulu aku hampir percaya benda ni. Tapi aku rasa skeptikal dengan pandangan ni... Aku mula nak tahu lebih mendalam, aku malas nak angguk je dengar orang cakap, sekurangnya aku nak ada pengetahuan tentang ni... Apa beza Ron97 dan Ron95?
Ron97 menunjukkan 97% kandungan Octane dan selebihnya 3% heptane
Aku akan terangkan mengguna istilah bahasa inggeris sebab aku belajar sains dalam BI. :)
Octane adalah hydrocarbon dengan chemical formula C8H18. Ini menunjukkan octane mempunyai 8 carbon atoms dan 18 hydrogen atoms. octane ada 18 structure isomers... kalau bab ni panjang cerita lah.
Ron82,92,95,98... Menunjukkan Octane rating. Mereka mengkelaskan kandungan octane untuk kegunaan enjin automotif... Petrol yang masuk ke dalam combustion chamber enjin akan dimampatkan, mempunyai kecenderungan untuk self-igniting sebelum tiba fasa dinyalakan melalui Spark plug. Antaranya ialah minyak yang mempunyai kandungan octane rendah. Jadi untuk mengelakkan petrol terbakar sebelum tiba fasa letupan, maka petrol yang mempunyai kandungan octane yang tinggi diperlukan. Mekanisma enjin terbahagi kepada 4 fasa iaitu intake, compression, power, dan exhaust.
Apabila gas dimampatkan, particle gas akan bergerak laju menghentam dinding permukaan dan menyebabkan tekanan meningkat... Apabila particle gas bergerak laju ia akan semakin memanas dan ditambah dengan suhu kepanasan enjin ketika berfungsi.
Pembakaran octane:
2 C8H18 + 25 O2 → 16 CO2 + 18 H2O
Hasilkan 16 molecule carbon dioxide dan 18 molecule of water.
untuk mudahkan imaginasi apa yang berlaku dalam enjin, rujuk gambar.
Petrol dengan kandungan Octane yang berbeza memainkan peranan ketika fasa Compression.
kandungan octane yang rendah boleh menyebabkan proses compression tidak lengkap disebabkan petrol terbakar awal("knocking") tanpa dinyalakan dengan spark plug pada fasa 'Power'. Kandungan udara dimampatkan bersama sebelum dinyalakan untuk mengasilkan explosion force...
Mampatan di dalam combustion chamber berbeza mengikut enjin kenderaan. Cara untuk mengetahui mampatan adalah dengan merujuk compression ratio. Contoh seperti motosikal modenas xcite130 mempunyai ukuran bore 53.0mm dan stroke 59.1mm. Bagi memudahkan untuk memahami lihat gambar dibawah. Bore adalah diameter Piston, stroke adalah panjang dilalui piston yg bergerak sebelum dan selepas mampatan..
Compression ratio adalah Nisbah volume of the combustion chamber ketika kapasitinya yang terbesar dengan ketika kapasitinya yang terkecil(Combustion phase). seperti gambar dibawah.
Motosikal aku berkapasiti 130cc dan mempunyai compression ratio 10:1
Compression ratio mungkin berbeza bagi sesetengah enjin. Seperti contoh Motosikal BMW K1200RS mempunyai compression ratio 13:1. tetapi motosikal ini mempunyai sensor "ping" atau "knocking" dan electronic control unit.. Jadi perkara seperti "knocking" ketika fasa mampatan campuran udara-petrol dapat dikawal dan dielakkan. Ada juga kereta pada tahun 1981 jenama jaguar dengan compression ratio 12.5:1... Kereta seperti ini perlukan petrol kandungan octane tinggi. Standard enjin kenderaan compression ratio biasanya tidak lebih 11:1. Nissan GTR terbaru pun compression ratio 9.0:1.. kereta sport! mengancam.
Jadi kandungan minimum octane berapa yang cukup untuk compression ratio enjin biasa?
"In 2012, Mazda released new petrol engines under the brand name SkyActiv with a 14:1 compression ratio (U.S. models have a 13:1 compression ratio to allow for 87 AKI octane), to be used in all Mazda vehicles by 2015"
"Motorcycle racing engines can use compression ratios as high as 14:1, and it is common to find motorcycles with compression ratios above 12.0:1 designed for 86 or 87 octane fuel."
Di U.S menggunakan ukuran octane rating dalam AKI. 87 AKI bersamaan RON91
Ron91 sudah mencukupi? Tapi nak lebih selamat takkan la nak guna Ron91. lagipun kat Malaysia tiada Ron91... Ron95 sebenarnya dah mencukupi. High performance engine biasanya dibuat dengan compression ratio yang tinggi.
Ok persoalan lain. Tinggi kandungan Octane(Ron97) maka kuasa enjin meningkat? sebenarnya tiada beza. Walaupun kandungan octane meningkat dimana kandungan carbon, hydrogen meningkat untuk dibakar bersama oxygen tetapi prestasi tetap sama. Sebab? Power output untuk engine bergantung pada energy densities petrol dibakar. Petrol yang mempunyai perbezaan octane rating tetap mempunyai densities petrol yang sama ketika dimampat bersama udara di dalam enjin... tiada beza apa2 sebab enjin tetap memampat densities udara-petrol yang sama untuk dibakar bergantung pada kapasiti enjin. TETAPI apa yang membuatkan RON97 di malaysia lebih baik dari RON95? sebabnya ia adalah petrol premium seperti Shell V-power... Sebenarnya tak semestinya Ron97 semua bagus. Contoh : Petrol Ron95 Syarikat A lebih baik dari Petrol Ron97 Syarikat B... Nampak tak? Ini bergantung pada jenama petrol yang anda guna. Jadi Ron95 dan Ron97 tiada beza kalau korang guna kat kereta Waja... Yang bezanya cuma petrol pengeluaran syarikat itu sendiri sama ada mempunyai kelebihan berbanding petrol syarikat lain ataupun tidak.
Kereta apa yang perlu guna Ron97 supaya tidak "knocking"? knocking ni boleh merosakkan enjin... sebab proses di dalam enjin terganggu. Kereta Turbocharged Subaru impreza WRX mempunyai compression ratio 8.0:1... kereta Sport tuu tapi compression ratio 8.0:1? sebabnya dia mempunyai turbocharged, dan tak semestinya mampatan tinggi memberi lebih kuasa tetapi effectiveness kuasa pada peringkat optimum itu penting... Turbocharge perlu setting performance bersama compression ratio engin supaya dapat prestasi terbaik. Tapi kalau korang rasa kereta korang sangat power dan mempunyai compression ratio yang tinggi, gunalah Ron97... Biasanya kereta yang prestasi tinggi mempunyai turbo dan mahal harganya... Kalau rasa2 macam bawa kereta formula 1 boleh la cari kandungan octane tinggi. Kereta Formula 1 mempunyai compression ratio 18:1 dan enjin berputar hingga 18,000RPM! Mereka perlukan RON102 kan? Tak, mereka boleh guna kandungan octane biasa yang dijual di pasaran.
Dr. Lisa Lilley seorang jurutera F1 ferrari. F1 Fuel's Research Octane menetapkan kandungan octane perlu antara 95-102. Tetapi mereka cuma gunakan antara 91-98 mengikut pam standard mereka untuk kereta F1... Kereta F1 rev dengan tinggi hingga 18,000rpm. pembakaran enjin F1 terlalu cepat sehingga tiada pre-ignition(knocking) akan berlaku. Dia juga mengatakan 99% petrol untuk jentera F1 adalah sama kandungan boleh didapati di stesen pam biasa. -->> Klik Sumber
Kereta Turbocharger dan Supercharger eloklah gunakan Ron97. sebabnya? Sistem Turbocharger berfungsi untuk meningkatkan power output dengan memampatkan udara sebelum masuk ke dalam bahagian pembakaran enjin. Kelebihan memampat udara ini membolehkan enjin mempunyai lebih udara dari kebiasaan di dalam combustion cylinder. Lebih banyak udara bermakna lebih banyak petrol akan dimasukkan ke dalam combustion chamber pada satu masa untuk dibakar bersama udara. Turbocharger menggunakan turbin untuk mengepam lebih banyak udara untuk dimampat masuk dan membuatkan lebih banyak petrol juga akan masuk ke dalam combustion chamber... Turbin digerakkan hasil daripada tolakan udara selepas pembakaran dari combustion chamber enjin, Kemudian bergerak melalui turbin sebelum dikeluarkan melalui exhaust gas discharge. Proses pembakaran(explosion), akan menyebabkan kuasa letupan hasil mampatan udara-petrol lebih kuat dari biasa, dengan itu memberi lebih kuasa. Tekanan yang kuat ketika mampatan juga boleh menyebabkan pre-ignited(nyalaan awal) sebelum tiba masanya... Jadi? adakah kereta anda berprestasi tinggi? High performance engine menggunakan mampatan yang lebih tinggi dan memerlukan petrol yg mempunyai kandungan octane tinggi...
Octane dapat menahan tekanan yang tinggi ketika mampatan udara-petrol di dalam enjin. Jadi kandungan octane yg tinggi sesuai digunakan untuk kereta berprestasi tinggi seperti Subaru impreza, Ford mustang, Nissan GTR, Honda Civic type R, Honda integra type R, Satria GTI( Mitsubishi Lancer GSR engine) dan lain2 model lasak dimana korang selalu high-rev rpm dan miliki horsepower tinggi. Kalau rasa kereta korang tak sesuai Ron95, gunakan Ron97... Tapi sekadar pendapat, tak perlulah bazirkan wang untuk sesuatu yang kurang perlu.. Kalau kenderaan cukup guna Ron95, jadi itu sudah memadai... Kecualilah kalau korang nak merasa guna petrol jenis Premium macam V-power.. petrol ni mungkin ada kelebihan pada prestasi enjin, tapi ikut syarikat pengeluar juga.... tak salah guna.
Aku cuba nak perbetulkan tanggapan yang kata RON95 teruk... RON97 lebih bagus. Bagi aku petrol Ron97 bagus sebab ia dijual sebagai petrol premium di stesen minyak. Bukan bagus dengan hanya dibandingkan dengan nombor 95 dan 97. perbezaan 2% nombor shj... Nak tahu petrol mana yang bagus? Carilah stesen minyak yang menjual petrol bagus dan yang dapat meningkatkan performance kenderaan. Contoh stesen yang terdapat diluar sana ialah Petronas, Shell, Caltex, Petron, BhP dan lain2.
Jangan bazirkan wang untuk yang mahal sekiranya yang murah sudah memadai. :)
Dulu aku ade jugak guna V-power untuk motosikal, tapi sekejap je la guna sebab mahal. Saje2 nak test.
Mohon maaf jika ada kesilapan dan kekurangan maklumat.
Sekadar berkongsi maklumat dan pendapat. Peace yaw. :)
~Al-Kisah~
Kalau moto kapcai cr 10.5:1 jimat ke kalau pakai ron 97?
ReplyDeleteKalau motosikal elok juga pakai RON97. Terutama jika kita suka pandu dengan laju dan lasak. Atau masa ride motor di lebuhraya. Sebab dalam keadaan ini enjin kita dalam putaran laju 6-8ribu revolusi per minit. Dengan enjin yang berkerja keras ni, enjin akan cepat panas bila berterusan. Dari pengalaman saya, motor saya lebih lancar guna RON97, kurang gegaran bila bawa laju. Ini dari segi performance. Dari segi penjimatan, bagi saya untuk motosikal kapchai ni tak banyak perbezaan ketara. Disebabkan perbezaan harga RON95 dengan RON97 di negara kita, ini buatkan tiada penjimatan yang ketara.
DeleteKalau lah kata RON97 lagi jimat, kita tetap rugi dengan harga membeli RON97 yang lebih mahal. Bagi saya untuk motorsikal kapcai, tiada perbezaan ketara dalam penjimatan wang. Tapi untuk prestasi enjin, saya lebih suka RON97 diguna dalam motosikal sebabkan ciri2 enjin motosikal lebih kerap pada putaran enjin RPM lebih tinggi banding kereta.
Trm ksh bos. Perkongsian yg sgt2 bermanfaat meskipun di tahun 2017 ini.
ReplyDeleteTerima kasih for sharing. Terbaik
ReplyDelete