Showing posts with label Kapcai. Show all posts
Showing posts with label Kapcai. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

Tayar motosikal 150cc ke bawah


Kali ini aku nak cerita tentang tayar motosikal.
Dalam dunia motosikal ni aku agak baru lagi, tapi nak kongsi sikit apa yang aku tahu.

Beberapa minggu lepas aku tukar tayar belakang motosikal dengan tayar FKR RS900.
Harga Rm75 saiz 80/90 - 17. Bagi aku Rm75 tu bukan the best price agaknnye. Kalau murah lagi aku taktau boleh dapat berapa.
RS900 Bagi aku bunga tayar ni tebal, mungkin makan masa lama sikit untuk hilang bunga.
Corak bunya pula terlalu memanjang ke hadapan akan menyebabkan kurang cengakaman ketika brek.
Bunga tayar agak besar, jadi 'area of contact' antara tayar dengan jalan agak kurang terutama pada bahagian tengah tayar. perlu berhati-hati sikit ketika memperlahankan motosikal terutama ketika jalan basah dan licin. jika dilihat alur bunga untuk guna ketika jalan basah mungkin tiada masalah ketara.
Pada bahagian tepi tayar aku tak pasti. tayar ni tak sebagus tayar compund lembut ketika membelok, grip mungkin kurang. Bunga tayar ni boleh tahan lama sebelum haus sepenuhnya.

Aku tukar tayar disebabkan bunga pada tayar motosikal sebelum ni dah habis.
           Tayar sebelum ni guna jenama VIVA saiz 80/90 -17.
80 menunjukkan kelebaran tayar dalam milimeter Manakala 90 menunjukkan ketinggian tayar adalah 90% dari kelebaran tayar.

             Tayar ada macam2 jenama. Antara tayar yang terbaik pendapat orang ramai adalah jenama Bridgestone Battlax.
Nak pilih tayar bergantung pada kegunaan setiap hari. Ada tayar jenis tahan lama untuk riding jauh. ada juga jenis tayar terbaik untuk yang selalu suka layan corner atau istilah meleper orang kata.
Ada sesetengah orang suka tayar yang bagus untuk selekoh mengiring pada kelajuan tinggi.
Ada juga yang mahu tayar bagus untuk jalan basah dan long distance.

               Kalau tayar mahal macam Bridgestone sudah tentu bagus untuk layan corner, sebabnya jenis getah digunakan adalah soft compound(kalau tak silap). Soft compund ni jenis lembut, orang kata lekat atas jalan kalau layan corner. Tapi tayar jenis soft compound ni cepat haus... Biasalah secara logik, geseran tayar pada jalan akan menyebabkan tayar haus, Tapi tayar soft ni lagi cepat haus. Tayar2 mahal biasanya lebih lembut atau serdehana lembut atau campuran untuk menguatkan grip tayar di atas jalan. Bridgestone battlax harga hampir Rm300.

                 Tayar aku guna ni.. Medium atau hard compound, kalau tak silap lah.
Kalau guna motosikal untuk kegunaan jalan jauh, carilah tayar jenis hard compund supaya tak cepat haus.

                Alur corak bunga pada tayar bertujuan untuk aliran air ketika jalan basah. Pasti kilang2 tayar ada buat research and developement(R&D) tentang corak bunga tayar mereka.
Kalau dilihat pada litar lumba MotoGP. Tayar yang digunakan mereka langsung tiada bunga... Tetapi ketika litar basah kerana hujan mereka akan tukar tayar yang mempunyai alur corak.

                 Tayar MotoGP mempunyai campuran compund getah. mungkin 3 atau lebih. Pada tayar bahagian tengah diletakkan compound keras untuk elakkan bahagian tengah cepat haus pada jalan litar lurus.
Pada bahagian tepi, diletak coumpoud lebih lembut bertujuan untuk beri lebih cengkaman ketika motosikal menyelekoh pada kelajuan tinggi. Kenapa tayar motogp tiada bunga tayar? Sebabnya mereka nak beri lebih 'Area of contact' antara tayar dengan jalan litar supaya lebih banyak cengkaman.
 Bahagian tepi tayar yang gunakan compound lembut cepat haus tetapi memberi lebih cengkaman.

             Tekanan angin tayar... Berkenaan tekanan tayar, aku dah search macam2 kat google sebab nak dapatkan tekanan yang bagus untuk motosikal. Tekanan tayar motosikal aku sekarang ni. Tayar belakang 200, Tayar depan 180.

            Tayar ada sesetengah orang selalu isi 250Pa-280kPa... termasuk aku masa mula2 guna motosikal dulu. Sebenarnya tekanan tinggi(250 keatas) ni lebih sesuai kalau naik motosikal berdua dan beban lebih kurang 150kg keatas(tengok tayar masing2 lah). Dulu(masa sekolah) aku selalu salah tanggapan kalau isi angin pada tayar, lagi tinggi nombor maksudnya lagi banyak angin...Pada pam angin tu tulis kPa atau Psi. itu adalah tekanan angin bukan volume angin. Jadi kita mengukur ukur tekanan angin. kebanyakan kereta pun guna 190kPa-230kPa. kPa adalah Kilopascal. Psi(pound force square inch)

Fakta menarik : Air minuman tin Pepsi-cola mempunyai tekanan dalaman kira-kira 207kPa/30Psi pada suhu 16 darjah celcius.

               tekanan tayar motosikal depan biasanya aku akan letak kurang dari tayar belakang. Sebabnya beban penunggang lebih pada tayar belakang. kalau tak percaya cuba tengok posisi korang masa naik motosikal. mengisi angin tayar pulak janganlah terlalu keras... ada sesetengah orang ingat kalau tayar keras dengan tekanan angin, motosikal boleh gerak lebih laju.

                Tayar jugak berfungsi sebagai penyerap hentakan selain dari absorber pada motosikal. kalau absorber selalu kena hentakan kuat disebabkan tayar terlalu keras, jangka hayatnya akan berkurang dan boleh juga menyebabkan tayar cepat rosak. Jadi tekanan angin tayar yang tinggi tidak sesuai. Tekanan angin standard bagi motosikal kapcai(moped) adalah : 175kpa hadapan, 200kpa belakang. Tayar hadapan yang terlalu keras akan menyebabkan kurang cengkaman ketika memperlahankan(brek) motosikal.

Kalau korang isi angin terlalu banyak, Bahagian tengah tayar akan cepat haus. tayar akan haus dengan tidak sekata... ini gambar2 sumber dari FKR malaysia.

Bila tayar terlalu kurang tekanan, Tayar akan cepat haus pada bahagian sisi..
Yang terbaiknya adalah tekanan jangan terlalu tinggi atau jangan terlalu rendah.
Aku cuba maksimumkan 'Area of thread contact' dengan jalan. Apa guna kilang tayar buat corak tayar kalau kita cuma guna sebahagian sahaja seperti dalam gambar(under inflation, over inflation). Pasti corak bunga yang dipaten ada fungsi dan kelebihan bila bersentuh dengan permukaan jalan..
tayar jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Isi tekanan tayar sepatutnya.

                Bagi aku tekanan tayar ni penting juga ketika ambil selekoh. Tidak bermakna lebih tinggi tekanan lebih bagus. Ketika motosikal membelok pada kelajuan tinggi, beban motosikal akan menekan tayar pada permukaan jalan lebih tinggi berbanding motosikal bergerak lurus, ini disebabkan angular momentum, camber thrust dan centrifugal force(rujuk buku fizik). Shock absorber motosikal akan compress(menekan) disebabkan centrifugal force ketika cornering. Pada sudut 45 darjah ketika motosikal membelok mengiring, dikatakan beban akan lebih 50% dari berat asal motosikal yang menekan tayar pada permukaan jalan. Jadi ini akan memberi kelebihan ketika cornering dimana tayar mempunyai 50% lebih grip berbanding motosikal bergerak tegak di jalan lurus... grip seperti ini juga berkait dengan jenis tayar dan juga tekanan angin dalam tayar. Jadi kalau korang seorang pengguna motosikal yang suka meleper(cornering) motosikal, jangan isi tekanan angin tayar terlalu tinggi. Ikut seperti disarankan pihak pengeluar motosikal. 175kpa hadapan dan 200kpa belakang. Bergantung pada berat penunggang.

                   Contoh jika berat motosikal itu 200kg termasuk penunggang, ketika cornering berat keseluruhan akan jadi melebihi asal iaitu 200kg hingga 300kg menekan tayar pada permukaan jalan. Mass motosikal tetap sama 200kg tetapi weight berubah disebabkan centrifugal force yg terhasil dari graviti bumi. Tayar yang terlalu keras(sangat2), menyebabkan tayar tak dapat menyerap tekanan yang dikenakan pada permukaan jalan dengan sebaik mungkin. Apabila tekanan dalam tayar terlalu tinggi, elasticity(kekenyalan) tayar untuk bertindak pada permukaan jalan akan berkurang dan boleh menyebabkan gelincir. Topik ini masih berkaitan tayar motosikal 150cc kebawah. Tayar 250cc keatas lain kisahnya sikit, sebab tayar mereka lebih lebar dan besar

Sekarang aku dah tak suka isi dengan tekanan tinggi.. sebab ketika selekoh, mungkin tayar pada bahagian tepi tak dapat digunakan sebaik mungkin antara sebabnya tayar terlalu membulat dan kurang efektif... Ada satu kawasan tepi tayar akan dinamakan "chicken strip" dimana bahagian tayar tak digunakan.
Dinamakan chicken strip sebab penunggang itu dikatakan takut(chicken) untuk selekoh mengiring dengan lebih tajam sehingga kawasan tepi tayar itu boleh digunakan.. boleh nampak chicken strip ni sebab ada beza antara kawasan tayar digunakan dengan tidak digunakan. Setiap orang mungkin ada strip ni pada tayar motosikal walaupun strip itu halus

Aku pun ada juga strip ni, terutama pada tayar hadapan sebab tayar tu dah lama. Tayar belakang strip nampak kecil sebab sejak dapat pengetahuan ni dan tukar tayar baru, aku dah selalu gunakan sebaik mungkin setiap kawasan pada tayar.

Aku tak suka ada sesetengah orang melabel penunggang motosikal 150cc kebawah semua mat rempit bila mereka bawa motosikal dengan selekoh mengiring dan bawa motosikal dengan laju memecut.
Apa beza motosikal 250cc ke atas jika lakukan perkara sedemikian? tiada siapa yang pertikaikan.
Lagipun istilah mat rempat ni dihangatkan dengan filem2 tempatan dan juga berita di televisyen...Kalau begitu motosikal berkuasa tinggi, semuanya boleh dikatakan mat rempit. Mereka jarang bawa dengan kelajuan ditetapkan undang2.. laju sentiasa memecut dijalanan.
Sebab motosikal berkuasa tinggi orang akan memandang pemiliknya golongan kaya, tidak akan membahayakan diri di jalanan, mempunyai gaya, golongan elit dan intelektual.

Istilah samseng jalanan lebih sesuai diberikan Jika: Memandu tanpa mengikut undang2, Membahayakan pengguna jalan raya lain serta diri sendiri, dan berlumba haram. Bila guna istilah berlumba, mestilah ada pesaingnya... mana ada orang berlumba sorang2. haha

Utamakan keselamatan ketika menunggang. Walaupun bawa motosikal berkuasa rendah pakailah pakaian yang selamat... Seluar pendek, T-shirt pendek dan selipar sangat tak sesuai. Aku pernah tengok Vlog mat saleh masa dia bawa motosikal di Malaysia... Dia kata penunggang motosikal malaysia tak utamakan keselamatan di jalan raya. Geleng kepala dia tengok.

Setakat ini sahaja perkongsian.