Wednesday, August 28, 2013

Sticker motosikal serabut


Aku rasa macam.... menambah kehodohan pada motosikal. -____-
Pergi kedai sticker. Akhirnya aku beli sticker nombor. satu nombor harga 80sen. jadi dua nombor Rm1.60
Ada beberapa nombor menjadi kegemaran aku. Antaranya angka 1,2 dan 9...
Nombor 19 antara yang paling banyak tertera dalam pengenalan diri aku termasuklah jumlah huruf terdapat pada Nama IC...Nombor alamat rumah, lahir pada 19 haribulan, Tahun 1992. Semuanya kebetulan.

Nombor 92 pula macam biasalah... Geng tahun 1992 bagi sesiapa yang lahir pada tahun ini. Tahun 1999 pula antara tahun yang paling selalu bermain dalam fikiran. Mungkin sebab pada tahun inilah kali pertama aku mengenal tarikh dimana baru masuk belajar Tahun 1.

Konklusinya... Nombor 9 antara paling banyak berada dalam ingatan. Nombor 9 juga merupakan angka terakhir di dalam nombor bulat.

Sebenarnya aku nak kata rugi aku beli sticker 19 tu... tetiba nampak macam hodoh pulak... Warna nombor putih tu sangat ketara boleh nampak dari jauhhhhhhh....... arghhh aku memang takde kerja. Tapi, Mungkin sticker L tu menghodohkan pemandangan jugak... kan?
Tapi nombor 19 tu... aku belasah je la guna. takkan nak tanggalkan pulak. lagi rugi.
aku tak mahu motosikal aku nampak serabut dengan sticker macam motosikal racing... Setakat macam ni takde la serabut sangat kan? sticker L tu dikecualikan. :3

Tuesday, August 27, 2013

Solo Ride Batu Ferringhi


Semalam aku berkesempatan ke Batu Ferringhi.
Perjalanan dari Parit Buntar ke Batu Ferringhi dalam sejam.
Kalau tengok dalam google map jauh dalam 70km dari Parit Buntar.

Aku keluar selepas asar. Sebenarnya aku keluar sebab nak cari minyak enjin jenama petronas sebab dah pergi 5 tempat Mesra Petronas tapi tak ada Engine oil yang aku nak. 5 tempat tu antaranya di Pusat bandar PB, Kg.Kedah, Bandar Baharu, Sg,bakap, dan Simpang Lima.

Perhhh sampai 5 tempat tetap tak ada. Apakah yang teruk sangat niii.... Engine oil yang dicari tu 'Petronas Syntium Moto 4SP, 10w-50'... Harga mahal sebab full-synthetic bersama ester. Aku dah search macam2 dan buat perbandingan Data Spesifikasi minyak... Aku rasa ini yang terbaik antara kesemua jenama. Tapi kena test pada engin dulu, aku tak pasti mungkin ada spesifikasi yang aku terlepas pandang.

Aku masuk Tol Jawi dan teruskan perjalanan ke utara... Kedai Mesra Petronas kat highway mesti ada semua jenis engine oil. Jadi aku berhenti di Perhentian seberang jaya kot? Lupa dah hentian mana aku berhenti... Memang ada minyak yang aku cari. Kemudian aku teruskan perjalanan ke utara. Entah macam mana tengah naik motor tu fikir2... akhirnya aku masuk susur ke Georgetown. Sebelum naik jambatan ada Tol... Aku ingatkan motosikal free je, rupanya kena bayar jugak. Rm1.40 untuk motosikal. Dalam hati aku fikir:

"Dasyat betol penang ni, Nak masuk kawasan pulau kena bayar duit walaupun motosikal"
"Nak masuk guna Feri memang confirm kena bayar"

Jadi nak masuk kawasan pulau memang takde yang free. Kalau naik feri tanpa kenderaan aku tak sure kena bayar ke tak.

Ini kali pertama aku lalu jambatan merentasi laut dengan motosikal. Apa yang aku boleh katakan. AWESOME! Memang best naik motosikal lalu jambatan... angin agak kuat dan rasa sejuk sikit, mungkin sebab berada di tengah2 laut. Rasa macam makan angin naik jambatan ni... santai je bawa motor. selalunya aku melalui jambatan dengan kereta. Aku sempat merakam lokasi kejadian. Suasana petang tu sangat redup dan tak berapa nak cantik pemandangan.




Untuk pengetahun aku memang tak tahu jalan kat kawasan Pulau ni... Yang kebiasaan pernah lalu cuma ke arah Queensbay sebab selepas jambatan masuk lane kiri untuk ke Queensbay. Tapi kali ini aku ke arah kanan selepas jambatan. Aku ada tengok laluan jalan kat google maps(dah 3hari usha laluan ke Batu Ferringhi)... Sign Board tulis "Batu Feringghi" dan "Tanjung Bungah" memang memudahkan aku. Jadi aku ikut je signboard ni... Bawak motosikal dalam pulau memang best. Kawasan Penang ni macam KL dah... tapi senang kata macam singapore lah sebab kawasan pulau.  Aku tertarik dengan laluan basikal yang disediakan. Di atas permukaan jalan sebelah kiri diletak tanda berbasikal untuk pengguna basikal. Bagus lah diorang buat macam ni... menggalakkan orang naik basikal, Mungkin pelancong asing berminat naik basikal? lagipun kawasan takde la panas terik, sepanjang jalan biasanya ada pokok. Kalau sape yang tahu jalanraya dia lebih kurang macam jalan dari Ampang ke KLCC yang ada banyak2 pokok tu... Ini apa yang aku tengok lah sepanjang jalan dari Jambatan ke Batu Ferringhi. kawasan lain kat penang taktau lah.

Ada satu kawasan jalan ni memang best... Memang jarang kereta atau motosikal bawa perlahan. terutama penunggang motosikal, diorang memang laju memanjang... Aku nampak orang yang berumur pun pandu motosikal laju kat jalan ni. Cuma ada la sesetengah kereta bawa perlahan, mungkin sebab tak biasa. Jalan ni memang berliku-liku dan berbukit dekat dengan laut. Apa yang aku boleh katakan... laluan ni memang best.



Setelah aku tiba di Batu Ferringhi... kawasan dia memang best. Banyak pelancong asing masa ni. Aku berhentikan motosikal kat kawasan yang aku biasa berhenti. tempat aku berhenti tu ada jual jagung rebus dalam cawan Rm3.00... terus aku beli dan jalan2 kat kawasan pantai. Kasut Crocs aku dibuka sebab nanti pasir masuk dalam kasut, jadi berkaki ayam sahajalah aku jalan kat tepi pantai...
kawasan boleh dikatakan 90% pelancong asing... kalau ada penduduk tempatan kat pantai tu kebanyakan beach boy yang bekerja.

Aku duduk kejap makan jagung rebus... Pelancong asing banyak jugak dari timur tengah sebab kebanyakan perempuan berjubah hitam dan sesetengahnya berpurdah. Bila dah berada dikelilingi pak arab... aku sampai kat satu kawasan ni... ada penduduk tempatan tu offer untuk main parachute. Tapi dia cakap omputeh dengan aku... Aishhh aku nampak macam pak arab ka? Pak arab ni biasanya berjambang dan badan tegap. Tapi mungkin sebab dah banyak sangat pak Arab kat situ, aku pulak berjambang dan badan besar macam pak arab, dan dia pun dah kompius nak beza.... tapi yang kurengnya, aku takde la hidung mancung macam pak arab tuu.. :(

Kadang diorang panggil pelancong arab untuk main parachute atau jet ski. "Ya Ammar, Parachute?" "Ahmad, you want parachute?"... diorang pakai belasah je panggil nama.

Ada beberapa gambar aku tangkap dan video untuk dikongsi.






Perempuan ni aku kompius sikit. sebab dia ada gali lubang punya lah dalam masa aku lalu... Pastu dalam gambar ni aku tengok dia macam dah kambus... dia ada tanam ape2 ke? mungkin saje2 je kot. haha




Ini Video orang main Parachute. Aku dah lupa harganya... Mahal jugak la. Harga ikut range sejauh mana kita nak.. 1km, 2km, 3km. Selain tu Jet ski pun ada... Harga Rm150 untuk 30minit.

Bersiar-siar di kawasan pantai.... Tapi waktu petang ni terlalu redup.. Langit pun nampak mendung(bukan mendung hujan). Jadi pemandang laut agak kurang menarik. Lama dah aku tak dengar bunyi ombak sejak dah pindah dari Dungun... Kalau di Kampus Dungun dulu, hari2 aku dengar ombak.

Aku sampai rumah dalam pukul 8.00 malam... Ini pengalaman pertama aku naik motosikal di Highway waktu malam... Waktu malam aku agak risau terutama kalau naik motosikal. Kebiasaannya aku pandu kereta... jadi aku tahu lah macam mana penglihatan pemandu kereta terhadap motosikal. ada sesetengah lampu motosikal kurang cahaya lampu belakang... Jadi sepanjang perjalanan aku selalu nyalakan lampu signal terutama bila ada kereta berdekatan di belakang atau didepan.

Dalam perjalan aku berhenti di R&R Juru kalau tak silap. Berhenti Maghrib dan isi minyak motosikal... Aku suka merantau sorang2... Kalau ada motosikal besar, mungkin aku nak naik motosikal hingga ke Thailand.... nak cari pengalaman merantau. Kalau boleh lagi jauh, aku nak naik motosikal hingga ke India. haha. Naik motosikal ni bezanya... kita lebih jelas dengan apa yang ada disekeliling kita sepanjang perjalanan... Lebih jelas dengan suasana persekitaran.

Kalau ada rezeki.... InsyaAllah nak merantau sorang2 ke Eropah dan Timur tengah.. Kena kumpul duit dulu. Ataupun aku kerja terus kat luar negara. HEHE

~Al-Kisah~







Jenis Petrol RON97, RON95 di Malaysia dan keperluan kenderaan

Pernah tak korang dengar
"RON97 minyak untuk orang kaya"
"orang miskin je guna RON95"

Dulu aku selalu mengisi minyak kereta. Minyak petrol ada dua jenis kalau korang tengok kat stesen minyak antaranya yang paling ketara adalah warna pemegang pam, Hijau/merah atau Kuning. Pam warna hitam untuk diesel. Zaman dulu sebelum harga minyak naik... Ada satu jenis petrol ni memang tak akan diusik. sebabnya itu petrol berplumbum... petrol yang dimaksudkan adalah RON92.

Sebelum tahun 2008 kebanyakan orang guna minyak RON97. Pam warna hijau... Pada 2008 berlaku perubahan yang aku sendiri tak sedar(tak ambik kisah) perubahan minyak di stesen petrol. Harga minyak pasaran dunia tidak stabil pada tahun tersebut dimana berlaku kenaikan harga minyak mendadak. Ron97 yang kebiasaan orang guna pada ketika itu dah jadi mahal. asal harga Rm1.92 per liter telah naik menjadi Rm2.70 per liter pada 5 Jun 2008. Kenaikan sangat mendadak dan mengejutkan orang ramai. Pada hari tersebut aku masih ingat pada waktu malam selepas diumumkan kenaikan.... Orang ramai berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta sebelum hari kenaikan harga tersebut tepat pada 12 tgh malam.

Pada 22 ogos 2008 harga petrol Ron97 diturunkan Rm2.55 per liter. kemudian diturunkan lagi 10sen pada 25 september 2008... berlaku beberapa siri penurunan harga dalam 10sen secara berperingkat sehingga 16 Disember 2008 dimana harga Ron97 Rm1.80 per liter.

RON97 Rm1.80 per liter? Murahkan berbanding sekarang ini tahun 2013?
Pada ketika itu Ron92 memang orang tak guna sebab petrol tu ada plumbum.. tak sesuai untuk kebanyakan kereta keluaran baru.

Tahun 2009 berlaku perubahan petrol yang aku sendiri tak sedar... sebabnya di stesen minyak aku cuma tengok pam warna hijau atau kuning shj. Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95 dan mula dijual pada harga Rm1.75 sebelum dinaikkan kepada Rm1.80.... Pada hari yang sama juga, harga RON 97 naik kepada RM 2.05. Berlaku perubahan yang aku sendiri lambat nak faham.... Kemudian ramai orang menggunakan Pam warna kuning sebab pam warna kuning dah jadi petrol tanpa plumbum. Pam hijau/merah(Ron97) dah naik harga dan banyak orang beralih arah ke pam kuning. Jenis petrol Ron95 sehingga sekarang ini, 27 ogos tahun 2013(tarikh blog ditulis) menjadi Rm1.90 bermula sejak 3 Disember 2010.

Aku masih keliru dengan pam warna kuning... aku ingatkan pam kuning adalah minyak yang sama sebelum tahun 2009. rupanya RON92 dan ditukar RON95... RON 97 pula ditukar fungsi menjadi minyak premium dan harganya diapungkan separa mengikut pasaran. Minyak premium seperti yang korang lihat di stesen minyak sekarang seperti Shell V-power sebagai contoh.

Harga paling murah setakat ini adalah Ron95. Harga Ron97 pula jadi petrol premium harganya lebih mahal. Nak gunakan V-power Ron97? orang mesti ingat minyak ni ada power sebab V-Power! hahah. Orang dah mula kata Ron95 kita guna sekarang ni takda kualiti macam Ron97... Dulu aku hampir percaya benda ni. Tapi aku rasa skeptikal dengan pandangan ni... Aku mula nak tahu lebih mendalam, aku malas nak angguk je dengar orang cakap, sekurangnya aku nak ada pengetahuan tentang ni... Apa beza Ron97 dan Ron95?

Ron95 menunjukkan 95% kandungan Octance dan selebihnya 5% heptane.
Ron97 menunjukkan 97% kandungan Octane dan selebihnya 3% heptane

Aku akan terangkan mengguna istilah bahasa inggeris sebab aku belajar sains dalam BI. :)

Octane adalah hydrocarbon dengan chemical formula C8H18. Ini menunjukkan octane mempunyai 8 carbon atoms dan 18 hydrogen atoms. octane ada 18 structure isomers... kalau bab ni panjang cerita lah.
Ron82,92,95,98... Menunjukkan Octane rating. Mereka mengkelaskan kandungan octane untuk kegunaan enjin automotif...  Petrol yang masuk ke dalam combustion chamber enjin akan dimampatkan, mempunyai kecenderungan untuk self-igniting sebelum tiba fasa dinyalakan melalui Spark plug. Antaranya ialah minyak yang mempunyai kandungan octane rendah. Jadi untuk mengelakkan petrol terbakar sebelum tiba fasa letupan, maka petrol yang mempunyai kandungan octane yang tinggi diperlukan. Mekanisma enjin terbahagi kepada 4 fasa iaitu intake, compression, power, dan exhaust.




Apabila gas dimampatkan, particle gas akan bergerak laju menghentam dinding permukaan dan menyebabkan tekanan meningkat... Apabila particle gas bergerak laju ia akan semakin memanas dan ditambah dengan suhu kepanasan enjin ketika berfungsi.

Pembakaran octane:
2 C8H18 + 25 O2 → 16 CO2 + 18 H2O
Hasilkan 16 molecule carbon dioxide dan 18 molecule of water.

untuk mudahkan imaginasi apa yang berlaku dalam enjin, rujuk gambar.



Petrol dengan kandungan Octane yang berbeza memainkan peranan ketika fasa Compression.
kandungan octane yang rendah boleh menyebabkan proses compression tidak lengkap disebabkan petrol terbakar awal("knocking") tanpa dinyalakan dengan spark plug pada fasa 'Power'. Kandungan udara dimampatkan bersama sebelum dinyalakan untuk mengasilkan explosion force...

Mampatan di dalam combustion chamber berbeza mengikut enjin kenderaan. Cara untuk mengetahui mampatan adalah dengan merujuk compression ratio. Contoh seperti motosikal modenas xcite130 mempunyai ukuran bore 53.0mm dan stroke 59.1mm. Bagi memudahkan untuk memahami lihat gambar dibawah. Bore adalah diameter Piston, stroke adalah panjang dilalui piston yg bergerak sebelum dan selepas mampatan..


Compression ratio adalah Nisbah volume of the combustion chamber ketika kapasitinya yang terbesar dengan ketika kapasitinya yang terkecil(Combustion phase). seperti gambar dibawah.



Motosikal aku berkapasiti 130cc dan mempunyai compression ratio 10:1
Compression ratio mungkin berbeza bagi sesetengah enjin. Seperti contoh Motosikal BMW K1200RS mempunyai compression ratio 13:1. tetapi motosikal ini mempunyai sensor "ping" atau "knocking" dan electronic control unit.. Jadi perkara seperti "knocking" ketika fasa mampatan campuran udara-petrol dapat dikawal dan dielakkan. Ada juga kereta pada tahun 1981 jenama jaguar dengan compression ratio 12.5:1... Kereta seperti ini perlukan petrol kandungan octane tinggi. Standard enjin kenderaan compression ratio biasanya tidak lebih 11:1. Nissan GTR terbaru pun compression ratio 9.0:1.. kereta sport! mengancam.

 BMW K1200RS


Jadi kandungan minimum octane berapa yang cukup untuk compression ratio enjin biasa?

"In 2012, Mazda released new petrol engines under the brand name SkyActiv with a 14:1 compression ratio (U.S. models have a 13:1 compression ratio to allow for 87 AKI octane), to be used in all Mazda vehicles by 2015"

"Motorcycle racing engines can use compression ratios as high as 14:1, and it is common to find motorcycles with compression ratios above 12.0:1 designed for 86 or 87 octane fuel."

Di U.S menggunakan ukuran octane rating dalam AKI. 87 AKI bersamaan RON91

Ron91 sudah mencukupi? Tapi nak lebih selamat takkan la nak guna Ron91. lagipun kat Malaysia tiada Ron91... Ron95 sebenarnya dah mencukupi. High performance engine biasanya dibuat dengan compression ratio yang tinggi.

Ok persoalan lain. Tinggi kandungan Octane(Ron97) maka kuasa enjin meningkat? sebenarnya tiada beza. Walaupun kandungan octane meningkat dimana kandungan carbon, hydrogen meningkat untuk dibakar bersama oxygen tetapi prestasi tetap sama. Sebab? Power output untuk engine bergantung pada energy densities petrol dibakar. Petrol yang mempunyai perbezaan octane rating tetap mempunyai densities petrol yang sama ketika dimampat bersama udara di dalam enjin... tiada beza apa2 sebab enjin tetap memampat densities udara-petrol yang sama untuk dibakar bergantung pada kapasiti enjin. TETAPI apa yang membuatkan RON97 di malaysia lebih baik dari RON95? sebabnya ia adalah petrol premium seperti Shell V-power... Sebenarnya tak semestinya Ron97 semua bagus. Contoh : Petrol Ron95 Syarikat A lebih baik dari Petrol Ron97 Syarikat B... Nampak tak? Ini bergantung pada jenama petrol yang anda guna. Jadi Ron95 dan Ron97 tiada beza kalau korang guna kat kereta Waja... Yang bezanya cuma petrol pengeluaran syarikat itu sendiri sama ada mempunyai kelebihan berbanding petrol syarikat lain ataupun tidak.

Kereta apa yang perlu guna Ron97 supaya tidak "knocking"? knocking ni boleh merosakkan enjin... sebab proses di dalam enjin terganggu. Kereta Turbocharged Subaru impreza WRX mempunyai compression ratio 8.0:1... kereta Sport tuu tapi compression ratio 8.0:1? sebabnya dia mempunyai turbocharged, dan tak semestinya mampatan tinggi memberi lebih kuasa tetapi effectiveness kuasa pada peringkat optimum itu penting... Turbocharge perlu setting performance bersama compression ratio engin supaya dapat prestasi terbaik.  Tapi kalau korang rasa kereta korang sangat power dan mempunyai compression ratio yang tinggi, gunalah Ron97... Biasanya kereta yang prestasi tinggi mempunyai turbo dan mahal harganya...  Kalau rasa2 macam bawa kereta formula 1 boleh la cari kandungan octane tinggi. Kereta Formula 1 mempunyai compression ratio 18:1 dan enjin berputar hingga 18,000RPM! Mereka perlukan RON102 kan? Tak, mereka boleh guna kandungan octane biasa yang dijual di pasaran.

Dr. Lisa Lilley seorang jurutera F1 ferrari. F1 Fuel's Research Octane menetapkan kandungan octane perlu antara 95-102. Tetapi  mereka cuma gunakan antara 91-98 mengikut pam standard mereka untuk kereta F1... Kereta F1 rev dengan tinggi hingga 18,000rpm. pembakaran enjin F1 terlalu cepat sehingga tiada pre-ignition(knocking) akan berlaku. Dia juga mengatakan 99% petrol untuk jentera F1 adalah sama kandungan boleh didapati di stesen pam biasa. -->> Klik Sumber

Kereta Turbocharger dan Supercharger eloklah gunakan Ron97. sebabnya? Sistem Turbocharger berfungsi untuk meningkatkan power output dengan memampatkan udara sebelum masuk ke dalam bahagian pembakaran enjin. Kelebihan memampat udara ini membolehkan enjin mempunyai lebih udara dari kebiasaan di dalam combustion cylinder. Lebih banyak udara bermakna lebih banyak petrol akan dimasukkan ke dalam combustion chamber pada satu masa untuk dibakar bersama udara. Turbocharger menggunakan turbin untuk mengepam lebih banyak udara untuk dimampat masuk dan membuatkan lebih banyak petrol juga akan masuk ke dalam combustion chamber... Turbin digerakkan hasil daripada tolakan udara selepas pembakaran dari combustion chamber enjin, Kemudian bergerak melalui turbin sebelum dikeluarkan melalui exhaust gas discharge. Proses pembakaran(explosion), akan menyebabkan kuasa letupan hasil mampatan udara-petrol lebih kuat dari biasa, dengan itu memberi lebih kuasa. Tekanan yang kuat ketika mampatan juga boleh menyebabkan pre-ignited(nyalaan awal) sebelum tiba masanya... Jadi? adakah kereta anda berprestasi tinggi? High performance engine menggunakan mampatan yang lebih tinggi dan memerlukan petrol yg mempunyai kandungan octane tinggi...



Octane dapat menahan tekanan yang tinggi ketika mampatan udara-petrol di dalam enjin. Jadi kandungan octane yg tinggi sesuai digunakan untuk kereta berprestasi tinggi seperti Subaru impreza, Ford mustang, Nissan GTR, Honda Civic type R, Honda integra type R, Satria GTI( Mitsubishi Lancer GSR engine) dan lain2 model lasak dimana korang selalu high-rev rpm dan miliki horsepower tinggi. Kalau rasa kereta korang tak sesuai Ron95, gunakan Ron97... Tapi sekadar pendapat, tak perlulah bazirkan wang untuk sesuatu yang kurang perlu.. Kalau kenderaan cukup guna Ron95, jadi itu sudah memadai... Kecualilah kalau korang nak merasa guna petrol jenis Premium macam V-power.. petrol ni mungkin ada kelebihan pada prestasi enjin, tapi ikut syarikat pengeluar juga.... tak salah guna.


Ford Mustang GT


Aku cuba nak perbetulkan tanggapan yang kata RON95 teruk... RON97 lebih bagus. Bagi aku petrol Ron97 bagus sebab ia dijual sebagai petrol premium di stesen minyak. Bukan bagus dengan hanya dibandingkan dengan nombor 95 dan 97. perbezaan 2% nombor shj... Nak tahu petrol mana yang bagus? Carilah stesen minyak yang menjual petrol bagus dan yang dapat meningkatkan performance kenderaan. Contoh stesen yang terdapat diluar sana ialah Petronas, Shell, Caltex, Petron, BhP dan lain2.
Jangan bazirkan wang untuk yang mahal sekiranya yang murah sudah memadai. :)
Dulu aku ade jugak guna V-power untuk motosikal, tapi sekejap je la guna sebab mahal. Saje2 nak test.

Mohon maaf jika ada kesilapan dan kekurangan maklumat.
Sekadar berkongsi maklumat dan pendapat. Peace yaw. :)

~Al-Kisah~








Sunday, August 25, 2013

Tayar motosikal 150cc ke bawah


Kali ini aku nak cerita tentang tayar motosikal.
Dalam dunia motosikal ni aku agak baru lagi, tapi nak kongsi sikit apa yang aku tahu.

Beberapa minggu lepas aku tukar tayar belakang motosikal dengan tayar FKR RS900.
Harga Rm75 saiz 80/90 - 17. Bagi aku Rm75 tu bukan the best price agaknnye. Kalau murah lagi aku taktau boleh dapat berapa.
RS900 Bagi aku bunga tayar ni tebal, mungkin makan masa lama sikit untuk hilang bunga.
Corak bunya pula terlalu memanjang ke hadapan akan menyebabkan kurang cengakaman ketika brek.
Bunga tayar agak besar, jadi 'area of contact' antara tayar dengan jalan agak kurang terutama pada bahagian tengah tayar. perlu berhati-hati sikit ketika memperlahankan motosikal terutama ketika jalan basah dan licin. jika dilihat alur bunga untuk guna ketika jalan basah mungkin tiada masalah ketara.
Pada bahagian tepi tayar aku tak pasti. tayar ni tak sebagus tayar compund lembut ketika membelok, grip mungkin kurang. Bunga tayar ni boleh tahan lama sebelum haus sepenuhnya.

Aku tukar tayar disebabkan bunga pada tayar motosikal sebelum ni dah habis.
           Tayar sebelum ni guna jenama VIVA saiz 80/90 -17.
80 menunjukkan kelebaran tayar dalam milimeter Manakala 90 menunjukkan ketinggian tayar adalah 90% dari kelebaran tayar.

             Tayar ada macam2 jenama. Antara tayar yang terbaik pendapat orang ramai adalah jenama Bridgestone Battlax.
Nak pilih tayar bergantung pada kegunaan setiap hari. Ada tayar jenis tahan lama untuk riding jauh. ada juga jenis tayar terbaik untuk yang selalu suka layan corner atau istilah meleper orang kata.
Ada sesetengah orang suka tayar yang bagus untuk selekoh mengiring pada kelajuan tinggi.
Ada juga yang mahu tayar bagus untuk jalan basah dan long distance.

               Kalau tayar mahal macam Bridgestone sudah tentu bagus untuk layan corner, sebabnya jenis getah digunakan adalah soft compound(kalau tak silap). Soft compund ni jenis lembut, orang kata lekat atas jalan kalau layan corner. Tapi tayar jenis soft compound ni cepat haus... Biasalah secara logik, geseran tayar pada jalan akan menyebabkan tayar haus, Tapi tayar soft ni lagi cepat haus. Tayar2 mahal biasanya lebih lembut atau serdehana lembut atau campuran untuk menguatkan grip tayar di atas jalan. Bridgestone battlax harga hampir Rm300.

                 Tayar aku guna ni.. Medium atau hard compound, kalau tak silap lah.
Kalau guna motosikal untuk kegunaan jalan jauh, carilah tayar jenis hard compund supaya tak cepat haus.

                Alur corak bunga pada tayar bertujuan untuk aliran air ketika jalan basah. Pasti kilang2 tayar ada buat research and developement(R&D) tentang corak bunga tayar mereka.
Kalau dilihat pada litar lumba MotoGP. Tayar yang digunakan mereka langsung tiada bunga... Tetapi ketika litar basah kerana hujan mereka akan tukar tayar yang mempunyai alur corak.

                 Tayar MotoGP mempunyai campuran compund getah. mungkin 3 atau lebih. Pada tayar bahagian tengah diletakkan compound keras untuk elakkan bahagian tengah cepat haus pada jalan litar lurus.
Pada bahagian tepi, diletak coumpoud lebih lembut bertujuan untuk beri lebih cengkaman ketika motosikal menyelekoh pada kelajuan tinggi. Kenapa tayar motogp tiada bunga tayar? Sebabnya mereka nak beri lebih 'Area of contact' antara tayar dengan jalan litar supaya lebih banyak cengkaman.
 Bahagian tepi tayar yang gunakan compound lembut cepat haus tetapi memberi lebih cengkaman.

             Tekanan angin tayar... Berkenaan tekanan tayar, aku dah search macam2 kat google sebab nak dapatkan tekanan yang bagus untuk motosikal. Tekanan tayar motosikal aku sekarang ni. Tayar belakang 200, Tayar depan 180.

            Tayar ada sesetengah orang selalu isi 250Pa-280kPa... termasuk aku masa mula2 guna motosikal dulu. Sebenarnya tekanan tinggi(250 keatas) ni lebih sesuai kalau naik motosikal berdua dan beban lebih kurang 150kg keatas(tengok tayar masing2 lah). Dulu(masa sekolah) aku selalu salah tanggapan kalau isi angin pada tayar, lagi tinggi nombor maksudnya lagi banyak angin...Pada pam angin tu tulis kPa atau Psi. itu adalah tekanan angin bukan volume angin. Jadi kita mengukur ukur tekanan angin. kebanyakan kereta pun guna 190kPa-230kPa. kPa adalah Kilopascal. Psi(pound force square inch)

Fakta menarik : Air minuman tin Pepsi-cola mempunyai tekanan dalaman kira-kira 207kPa/30Psi pada suhu 16 darjah celcius.

               tekanan tayar motosikal depan biasanya aku akan letak kurang dari tayar belakang. Sebabnya beban penunggang lebih pada tayar belakang. kalau tak percaya cuba tengok posisi korang masa naik motosikal. mengisi angin tayar pulak janganlah terlalu keras... ada sesetengah orang ingat kalau tayar keras dengan tekanan angin, motosikal boleh gerak lebih laju.

                Tayar jugak berfungsi sebagai penyerap hentakan selain dari absorber pada motosikal. kalau absorber selalu kena hentakan kuat disebabkan tayar terlalu keras, jangka hayatnya akan berkurang dan boleh juga menyebabkan tayar cepat rosak. Jadi tekanan angin tayar yang tinggi tidak sesuai. Tekanan angin standard bagi motosikal kapcai(moped) adalah : 175kpa hadapan, 200kpa belakang. Tayar hadapan yang terlalu keras akan menyebabkan kurang cengkaman ketika memperlahankan(brek) motosikal.

Kalau korang isi angin terlalu banyak, Bahagian tengah tayar akan cepat haus. tayar akan haus dengan tidak sekata... ini gambar2 sumber dari FKR malaysia.

Bila tayar terlalu kurang tekanan, Tayar akan cepat haus pada bahagian sisi..
Yang terbaiknya adalah tekanan jangan terlalu tinggi atau jangan terlalu rendah.
Aku cuba maksimumkan 'Area of thread contact' dengan jalan. Apa guna kilang tayar buat corak tayar kalau kita cuma guna sebahagian sahaja seperti dalam gambar(under inflation, over inflation). Pasti corak bunga yang dipaten ada fungsi dan kelebihan bila bersentuh dengan permukaan jalan..
tayar jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Isi tekanan tayar sepatutnya.

                Bagi aku tekanan tayar ni penting juga ketika ambil selekoh. Tidak bermakna lebih tinggi tekanan lebih bagus. Ketika motosikal membelok pada kelajuan tinggi, beban motosikal akan menekan tayar pada permukaan jalan lebih tinggi berbanding motosikal bergerak lurus, ini disebabkan angular momentum, camber thrust dan centrifugal force(rujuk buku fizik). Shock absorber motosikal akan compress(menekan) disebabkan centrifugal force ketika cornering. Pada sudut 45 darjah ketika motosikal membelok mengiring, dikatakan beban akan lebih 50% dari berat asal motosikal yang menekan tayar pada permukaan jalan. Jadi ini akan memberi kelebihan ketika cornering dimana tayar mempunyai 50% lebih grip berbanding motosikal bergerak tegak di jalan lurus... grip seperti ini juga berkait dengan jenis tayar dan juga tekanan angin dalam tayar. Jadi kalau korang seorang pengguna motosikal yang suka meleper(cornering) motosikal, jangan isi tekanan angin tayar terlalu tinggi. Ikut seperti disarankan pihak pengeluar motosikal. 175kpa hadapan dan 200kpa belakang. Bergantung pada berat penunggang.

                   Contoh jika berat motosikal itu 200kg termasuk penunggang, ketika cornering berat keseluruhan akan jadi melebihi asal iaitu 200kg hingga 300kg menekan tayar pada permukaan jalan. Mass motosikal tetap sama 200kg tetapi weight berubah disebabkan centrifugal force yg terhasil dari graviti bumi. Tayar yang terlalu keras(sangat2), menyebabkan tayar tak dapat menyerap tekanan yang dikenakan pada permukaan jalan dengan sebaik mungkin. Apabila tekanan dalam tayar terlalu tinggi, elasticity(kekenyalan) tayar untuk bertindak pada permukaan jalan akan berkurang dan boleh menyebabkan gelincir. Topik ini masih berkaitan tayar motosikal 150cc kebawah. Tayar 250cc keatas lain kisahnya sikit, sebab tayar mereka lebih lebar dan besar

Sekarang aku dah tak suka isi dengan tekanan tinggi.. sebab ketika selekoh, mungkin tayar pada bahagian tepi tak dapat digunakan sebaik mungkin antara sebabnya tayar terlalu membulat dan kurang efektif... Ada satu kawasan tepi tayar akan dinamakan "chicken strip" dimana bahagian tayar tak digunakan.
Dinamakan chicken strip sebab penunggang itu dikatakan takut(chicken) untuk selekoh mengiring dengan lebih tajam sehingga kawasan tepi tayar itu boleh digunakan.. boleh nampak chicken strip ni sebab ada beza antara kawasan tayar digunakan dengan tidak digunakan. Setiap orang mungkin ada strip ni pada tayar motosikal walaupun strip itu halus

Aku pun ada juga strip ni, terutama pada tayar hadapan sebab tayar tu dah lama. Tayar belakang strip nampak kecil sebab sejak dapat pengetahuan ni dan tukar tayar baru, aku dah selalu gunakan sebaik mungkin setiap kawasan pada tayar.

Aku tak suka ada sesetengah orang melabel penunggang motosikal 150cc kebawah semua mat rempit bila mereka bawa motosikal dengan selekoh mengiring dan bawa motosikal dengan laju memecut.
Apa beza motosikal 250cc ke atas jika lakukan perkara sedemikian? tiada siapa yang pertikaikan.
Lagipun istilah mat rempat ni dihangatkan dengan filem2 tempatan dan juga berita di televisyen...Kalau begitu motosikal berkuasa tinggi, semuanya boleh dikatakan mat rempit. Mereka jarang bawa dengan kelajuan ditetapkan undang2.. laju sentiasa memecut dijalanan.
Sebab motosikal berkuasa tinggi orang akan memandang pemiliknya golongan kaya, tidak akan membahayakan diri di jalanan, mempunyai gaya, golongan elit dan intelektual.

Istilah samseng jalanan lebih sesuai diberikan Jika: Memandu tanpa mengikut undang2, Membahayakan pengguna jalan raya lain serta diri sendiri, dan berlumba haram. Bila guna istilah berlumba, mestilah ada pesaingnya... mana ada orang berlumba sorang2. haha

Utamakan keselamatan ketika menunggang. Walaupun bawa motosikal berkuasa rendah pakailah pakaian yang selamat... Seluar pendek, T-shirt pendek dan selipar sangat tak sesuai. Aku pernah tengok Vlog mat saleh masa dia bawa motosikal di Malaysia... Dia kata penunggang motosikal malaysia tak utamakan keselamatan di jalan raya. Geleng kepala dia tengok.

Setakat ini sahaja perkongsian. 






Thursday, August 22, 2013

Bila ada motosikal "Show Off"

Penunggang motosikal di jalan raya ada satu jenis "pesyen" sikit terutama orang2 muda ni.

Contoh macam tadi. Dalam satu jalan yang lurus, Kawasan kampung(Dari PB ke Tanjung Piandang). Aku kadang2 waktu petang akan naik motor bagi panas enjin, saje je jalan2 kawasan kampung. Dalam perjalanan aku potong motosikal Yamaha 125zr yg ada penumpang belakang sebab dia slow. Kalau ikutkan dia takde la slow mane, cuma aku je yang laju(100km/h) sebab memang aku nak laju pun time tu. Aku potong biase je... takde la nak potong laju2, karang dia ingat aku nak ajak race pulak...takde faedah aku nak layan.
Di kawasan kampung diorang memang biasa tak pakai helmet. tapi aku ni dah terbiasa pakai helmet atas faktor keselamatan.

Lepas beberapa saat dia pulak potong balik. mak aihhh punya laju dia potong, siap usha aku kat belakang lagi... Aku biar je. Aku tahu la dia nak Show off motosikal 125zr dia tu. Mungkin dia ada tengok motosikal aku tulis 130. TAPI. Motosikal 4 lejang dan 2 lejang ada perbezaan ketara dari segi kuasa enjin... Aku tak heran dia nak potong camtu, biarlah. Memang diakui motosikal dia ada power.... Kalau aku nak ikut laju dengan dia memang aku kurang cerdik lah. Walaupun beza 5cc kapasiti enjin tetapi Kuasa kuda dan Torque 125zr lebih tinggi. Kuasa kuda Yamaha 125zr adalah 13kw@8000rpm manakala motosikal aku Modenas X-cite130 adalah 7.4kw@7,500rpm. Beza 5.6kw.!

Rate combustion untuk motosikal 2 lejang lebih tinggi dari 4 lejang tetapi 2 lejang tidak efficient dari segi penggunaan minyak petrol.

Kalau sape2 biasa gunakan motosikal di kawasan bandar... Ada sesetengah golongan penunggang motosikal, Semasa berhenti di lampu isyarat, Bila lampu hijau... berdesup laju memecut.. kadang2 tu nak Show off motosikal dia lah paling power dalam banyak2 tu. Ini perkara biasa hari2 terjadi... Sama ada orang tu nak Show off atau memang dia suka bawa laju. Perkara macam ni biasanya golongan muda2 selalu buat... Perempuan pun ada gak, tapi biasanya diorang jenis bawak scooter(malas tukar gear agaknye).

Motosikal aku memang standard. Aku tak penah modified ape2 untuk kasi motor laju, Cuma aku akan cuba kekalkan performace motosikal standard asal utk yg terbaik... Buat ape nak laju kalau setakat naik Kapcai... Kalau nak laju lebih baik korang beli motosikal 250cc keatas, tak payah pening2 nak modified bagi laju. Yang penting, Pakai topi keledar dan tunggang secara berhemah, tak kira powerlah macam mana pun motosikal anda... Hargailah nyawa.

Sedutan filem Remp-IT. Motosikal Yamaha 125zr.
Kadang2 motor ni agak memekakkan telinga.




Kereta Sewa. Proton Savvy.

IPOH. Nama tempat ni dah lupa. Waterfront.
Kawasan Sungai.

Beberapa hari lepas aku dengan member sewa kereta untuk pergi melawat kawan di Ipoh.
Dapat tahu kereta sewa di sekitar area Parit Buntar agak mahal sikit untuk sewa sehari. Rm120 sehari.
Jadi kami pergi ke Kulim, berdekatan Politeknik sana... kawan aku ni dah biasa sewa kat sana sebab dia bekas pelajar Poli disitu. Jadi kami ambil keputusan ambil kereta sewa di kulim...

Sampai dekat sana... Sewa kereta untuk sehari Rm90. kira boleh la... Semua kereta Manual kecuali Kenari. Tapi kenari sewa Rm100.. macam biasa lah kebanyakan kereta sewa adalah Viva. Kitorang kena sewa dua Kereta sebab 8 orang akan pergi Ipoh... Aku dah biasa bawak kereta sewa Viva masa kat Dungun dulu... tetiba aku nampak kereta Savvy! terus aku amik kereta sewa tu dan member aku sorang lagi ambil kereta Viva.... Sewa 1 kereta Rm90 sehari.. Aku sebenarnya agak berminat proton savvy ni... kalau kategori kereta kecil, aku lebih suka Savvy berbanding viva Tapi malangnya Savvy dah stop pengeluaran kat Malaysia... Aku saje nak test kereta Savvy, teringin punya pasal...




Kereta aku sewa tu warna hijau... kalau antara design Savvy dan Viva... Savvy nampak lebih kukuh dan stabil dari segi reka bentuk... mungkin sebab bumbung dia nampak lebih rendah dan lebar sedikit dari Viva. Ada orang kata Savvy huduh sikit... Tapi bagi aku, kereta Savvy kalau dah makeup lawa jugak.
Aku dah lama tak bawak kereta manual, selalu bawak kereta Auto je... Yang paling spoil pedal Clutch Savvy ni punya lah tinggi! banyak kali kereta termati enjin. Bikin malu weyhh! Ambil masa jugak nak biasakan dengan clutch dia.... clutch tinggi sangat... sebelum ni aku bawak kereta Wira manual abang aku, clutch dia rendah je... Tapi Savvy ni clutch tinggi, xtau la kenapa. Kalau dlm jalan sesak memang lenguh jugak la nak tekan pedal clutch...

Aku dah biasa bawak kereta Viva, Unser, Honda city, Wira, Naza Citra, Alza, Saga(baru)... Dan tiba masa test Savvy pulak...  Enjinnya 1.2 Litre. jadi ada kelebihan dari kereta sewa Viva... Dari segi ruang dalam, lebih kurang Viva je.. dan bagi aku selesa. Design dalaman Savvy lebih cantik sikit dari Viva... HorsePower kereta ni 55kW@5,500rpm. kira ok la untuk 1.2 litre punya kerata. takde la kuat sangat.. Myvi 1.3 pun 67kW@6,000rpm. ... aku suka jugak Myvi. Kategori kereta banyak generasi muda guna

Laluan highway utara-selatan Plus... ada satu laluan ni, aku agak suka... A-B
A-B adalah laluan curam berliku, berbukit dan gaung... Kat sini ada Terowong Ipoh.

Aku dah biasa bawak kereta Unser... kereta Toyota Unser ni memang berat walaupun enjin 1.8litre... Cara pemanduan aku, sebelum naik laluan bukit, aku akan pecut sehingga 120km/h tanpa drop kelajuan. Tapi kalau drop pun punca sebab ada kereta tak reti2 nak ke laluan kiri bila dah slow, pemandu jenis macam ni aku bengang sikit...

Aku berusaha kekal 120km/h ada sebab... Tapi kalau ada kereta lain kacau memang bengang jugak la..
Kereta Auto bila naik bukit, dia akan automatik tukar gear rendah.. jadi aku nak elak tukar gear rendah awal... sebabnya nak jimat penggunaan minyak. Jadi aku akan biar kereta ada momentum untuk naik. Tapi bila dah drop below 80km/h, macam biasalah, kereta Unser ni akan tukar gear rendah untuk naik bukit.

Berkenaan kereta Savvy yang aku pandu... Kereta ni ok naik bukit. mungkin sebab kereta kecil dan ringan.. aku senang dapat maintan speed 90-100km/h masa naik bukit. Pecutan savvy pun bagus... Cuma sebab kapasiti enjin 1.2litre jadi pada 120km/h rpm dah naik tinggi sikit.. tak sama dengan kereta 1.8litre.
Dalam kereta aku ada 4 orang termasuk aku... Tension jugak bawak diorang lalu kawasan mcm ni.. menjerit-jerit risau lalu kawasan ni sebab aku bawa laju masa selekoh.. sebenarnya tak laju mana pun, aku rase biasa je. naik bukit 90-100km/h. Turun bukit 80-100km/h... Aku rase aku bawak macam biasa je... diorang ni tak pernah lalu kawasan mcm ni ke apa? setiap kali aku lalu kawasan ni bawa macam biasa, parent aku dok sebelah pun tak bising.

Yang aku suka dengan savvy ni adalah handling... kawalan kereta ni memang bagus utk kategori kereta kecil. cornering tak terasa sangat dan sedap(Handling by Lotus). Aku tak pasti la kereta kategori kecil yg lain macam mana.. setakat ni aku berpuas hati la handling kereta ni. Masa turun bukit selekoh tajam memang sedap membelok... Laluan menuju ke utara menuruni bukit, ada tempat ni memang selekoh tajam dan curam... Tapi sebab aku dah biasa, takde risau pape, lagi syiok ade la... Masa ni la boleh pusing stering. kalau memanjang jalan straight bosan jugak.

Member aku sorang lagi yang bawa kereta Viva, time tu dia dah kecut perut bawak kereta, mungkin sebab 1st time lalu kawasan macam tu. lagipun dia orang kelantan, mgkin tak biasa kat area situ.



Ada orang kata... Chassis pada Proton Saga baru asalnya sama dengan chassis kereta Savvy. orang kata lah... mungkin betul lah kot.

Proton savvy aku cuba paling laju 145km/h. itupun aku laju sebab bengang ada kereta Innova cucuk belakang. haha
Aku search internet.. Top Speed Savvy adalah 170km/h.. Kira ok jugak untuk kategori kereta kecik mcm ni Tapi walaupun top speed 170km/h tak semestinya kereta ni stabil pada top speed tu, kalau sape hati kering boleh la cuba... Aku malas nak bawa laju sangat... Buat ape laju2, aku bawa penumpang. nanti bising pulak diorang. Tambahan pulak, bunga kat tayar kat Savvy tu dan tak berapa ada. bahaya! Alhamdulillah takde hujan sepanjang perjalanan.
Perjalanan mula selepas asar dari PB ke Ipoh. Kitorang balik ke PB waktu malam lebih kurang pukul 12am. Melawat dua Rumah. Gerbang malam dan Waterfront.

~Al-Kisah~

Sunday, August 18, 2013

Dua tayar. Fizik

Sejak ada motosikal aku dah mula tertarik dengan kenderaan motosikal. Kalau ada masa lapang aku akan cuba search google untuk cari maklumat tentang motosikal. Sebenarnya Fizik tentang kenderaan dua tayar ni lebih menarik berbanding kereta... Kalau bab kenderaan, pengajian yang berkaitan di ipta/ipts adalah program Mekanikal Automotif, mungkin program mcm ni akan lengkapkan ilmu aku dengan teori2 fizik automotif. tapi... erm.. cukuplah sekadar hobi sebab minat aku lebih kepada biologi.

Motosikal membelok biasanya dengan mengiringkan motosikal dengan bentuk tayarnya yg bulat. berbanding kereta, tayar rata tanpa lekuk bulat seperti motosikal. Satu istilah baru yang aku belajar adalah 'Camber thrust'. Aku masa Asasi Sains ada belajar tentang fizik, antaranya seperti Angular momentum, Torque, Momentum, Force dll. ada jugak kaitan, Cuma Camber thrust takde belajar(tak ingat ade belajar ke tak)... Aku jenis suka kaji apa2 sahaja yang aku minat. Mungkin sesetengah orang menggunakan motosikal tak pernah ambil kisah pun hal ni. sekadar ikut pada pomen kata... Aku susah nak percaya 100% kat pomen.... Dengan itu, aku dapatkan pengetahuan dgn google.. sebelum aku pergi bengkel motosikal, aku akan google dulu. Lebih bagus jika kita ada pengetahuan daripada menurut shj apa orang kata.


Jika korang belajar Sains seperti fizik... Setiap pergerakan harian, dalam fikiran mesti akan muncul hukum2 fizik. Teori2 fizik yang dah belajar, dalam aktiviti harian mesti korang tahu kesan yang berlaku dari hukum fizik... Setiap pergerakan sepatutnya korang boleh buat prediction pros and cons, contoh seperti berapa kelajuan maksimum untuk kereta membelok tanpa terbabas sebab korang boleh rasa sendiri force yang terhasil ketika membelok dengan ambil kira kondisi kenderaan sekali. walaupun prediction, tak tepat dengan pengiraan, asas fizik macam ni sekadar cukup untuk pengetahuan.



Dulu aku tak tahu bab motosikal dan selalu kata memandu motosikal ni bahaya(sebab tu ambil lesen kereta dulu sebelum lesen motor).., sekarang aku baru tahu sikit2 pasal motor(sejak dapat lesen L) haha. Motosikal ketika membelok, ada menghasilkan drift. Wow... dulu aku dok ingat motosikal time nak belok, tayar kena sentiasa lekat di atas jalan supaya tak tergelincir. sebenarnya membelok pada kelajuan tinggi ada menggelincir pada tayar belakang yg memberi kuasa membelok. sejak tu aku semakin nak tahu tentang motosikal. serius menarik.! kalau ikut logik, takdenye tayar 100% friction lekat atas jalan.


Boleh cuba usha cara Casey Stoner membelok.
cuba perhatikan tayarnya di atas trek.
setiap pelumba mungkin ada skill masing2

Lesen aku baru L je(dah 7bulan)... Cuma lesen kereta shj dah lesen penuh. aku pulak dah makin minat dengan kelajuan. ehemm ingat "kelajuan membunuh', safety first... disebabkan aku dah makin suka dengan kelajuan, jadi aku pilih motosikal.... Sebab utamanya adalah dari segi kos membeli. Dengan harga Rm40,000 mungkin dapat beli Proton Saga. kalau nak bawa laju... hmm rase macam tak best pulak. kalau nak lagi best kena beli kereta kuasa tinggi lagi... Mungkin harga nak dekat Rm150,000. perhh... (Cukai kereta malaysia tinggi)

Motosikal dengan harga Rm40,000 mungkin dapat motosikal kuasa tinggi dah... dalam 500cc hingga 700cc. top speed kat highway pun boleh cecah 220km/h dengan mudah dan feeling membelok dgn motosikal lain sikit... Tapi perlu diingatkan, Keselamatan perlu diutamakan. Nak bawa laju2 tu kenalah cekap memandu. Pakai full protection dari kepala sampai ke kaki. sebab kalau jatuh takde la sampai luka2 kulit dan hilang tempurung lutut... aku pernah tengok dalam video, seorang rider ni jatuh dari motosikal pada kelajuan tinggi dan dia selamat walaupun dia terseret sampai 100meter. Baju yang dipakai penting utk elak kulit tersagat di atas jalan... Cuba fikir dgn kelajuan 20km/h shj, jika kulit kita kena atas jalan. Apa jadi? Sakit jugak oh! tak kira apa motosikal, cubalah utamakan keselamatan.

Ade je kereta kat rumah kalau nak pandu... Tapi sejak motor aku ade kat rumah, aku jarang naik kereta. aku lebih suka naik motosikal. Aku dah lebih selesa dgn motor, lebih cepat sampai kalau lalu bandar...
Kalau naik kereta agak lambat sikit nak redah kesesakan jalan raya... bab kereta, aku selalu kena ubah seat pemandu ke belakang. Kaki aku panjang, so kena la jauh sikit posisi kerusi dgn pedal minyak, kalau tidak lutut tersangkut kat stering... dan bila aku adjust seat, ruang tempat duduk di belakang aku jadi sempit. lol

Sasaran aku nak motosikal Naza Blade 250. Sebab motosikal ni murah berbanding motosikal 250cc yang lain... 250cc cukup lah untuk permulaan penunggang baru. jangan bandingkan kapasiti motosikal dan kereta... motosikal dengan kapasiti 250cc pun dah cukup laju untuk tanding dengan kereta 1000cc. motosikal lebih ringan ye.. dengar dari member aku, Abang dia ada motosikal ni... Top speed dalam 180km/h shj... kira ok lah untuk riding long distance dlm 200km.
Kalau nak lagi selesa dan lebih kuasa, belilah 650cc. Harga untuk Naza Blade650 pun ok jugak.

sumber : Kaparmotors.com

Harga dipaparkan Rm14,288

Kalau nak banding motosikal aku sekarang ni... erkk... sekadar keperluan nak gerak je. 130cc Jenama Modenas. beli pun 2nd hand. Motor tahun 2006. Sudah berusia 7 tahun motosikal niii... Kalau nak bawa laju tu takde la sangat. Top speed 120km/h... takde duit derr nak beli motosikal mahal2. Dengan harga Rm1700 cash je aku mampu beli hasil duit simpanan kumpul tanpa usik perbelanjaan ptptn...

Benda bila kita beli dgn duit sendiri, memang rasa sayang gila... Sebab kita tahu, bukan senang nak cari duit, tambahan student belum kerja macam aku ni. Nak beli barang mewah2 tu... Tunggulah dah kerja nanti.

Saturday, August 17, 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013


Keceriaan Raya Pertama
Lokasi di Kuala Kangsar, Perak
Bersama 3 orang sepupu lelaki.


Tuesday, August 13, 2013

Raya ke-5, Isnin

Selamat Hari Raya!
aktiviti raya pada hari pertama biasanya akan ke Kuala Kangsar.
menziarah dulu tok(perempuan) aku kat Parit Buntar kemudian baru ke Kuale.

Raya kedua ada kat rumah, cuma agak tak free nak beraya rumah orang lain sebab ada saudara mara kat rumah. Malam tu pergi Penang dgn saudara-mara jalan2 kat Padang Kota. takde la jauh sangat PB ke Pulau, cuma 40minit.

Raya ketiga baru la aku ada masa nak pergi rumah member. aktiviti ziarah mula pukul 2.00pm. haha
dalam empat buah rumah shj pergi beraya... Waktu malam, tarak ada apa aktiviti. macam biasa dok bilik.

Raya keempat.
Ziarah Paksu sekeluarga kat Kulim... Kulim pun takde la jauh. dalam 30minit shj. itu pun pergi time petang pukul 3.30pm. takde ape pun buat masa raya keempat... Bila fikirkan, orang kita ni ada banyak hari beraya... sampai seminggu! Haha. bagi aku Raya cuma sehari je. Yang ada extra sampai seminggu tu pandai2 la penuhkan dgn aktiviti ziarah-menziarahi.

Raya Kelima.
Kebosanan jugak lah.. takde buat ape pun... aku dok bilik seharian. Kalau ada kat rumah, TV kadang2 je aku tengok. Aku selalu duduk dalam bilik melayan laptop. Kalau online tu macam2 aku google, nak menambah ilmu pengetahuan lah agaknye... Facebook tu macam biasa, aku On je memanjang walaupun kadang aku takde pun depan laptop ataupun keluar rumah.
Sebab bosan takde buat ape... aku mulalah merayap dengan motosikal aku bila waktu petang2... Harini aku pergi merayap lebih jauh sampai masuk Highway. Meronda sampai ke Butterworth harini. sampai kat MegaMall, aku ronda2 keliling bangunan tu kejap... pastu patah balik ke PB. perjalan makan masa dalam 1 jam jugak la...
Aku saje nak test motosikal untuk perjalanan jauh... Abah aku selalu kata motosikal aku teruk takleh travel jauh2... So, aku test la dulu ketahanan motosikal ni. Takde la teruk sangat moto ni... ok je sebenarnya. lepas dah travel dalam 72km, baru aku observe motosikal, kot lah ada bunyi apa atau tayar gelong.

Takde apa yang menarik nak update... cuma Raya kali ni lebih OK sikit la dari tahun lepas. Mungkin sebab ada Abang aku beraya sekali dan Sepupu satu geng ada sekali. Abang aku tahun lepas dia beraya kat Melaka rumah sebelah isteri dia... Kakak aku tahun ni, hmmm... aku tak sure. Dimanakah beliau? 

Rumah makcik aku di Sayong. satu-satunya rumah yang aku dapat
rasa suasana beraya di Kampung. Aku takde datuk nenek tinggal di kampung mcm ni,
ini je la suasana kampung aku ade kalau berhari-raya.
Tok kat PB pun tinggal kat kawasan taman perumahan
dan dialah sahaja yang aku ada sekarang.


Bendang dekat rumah Pakcik aku. Memang CUN buat tempat bergambo ramai2.
Terbaik punya hijau dan ade bukit2 belakang tu.

Thursday, August 1, 2013

Nama Blog dan Permulaan.

Gempaksher. aku cerita sikit tentang nama blog aku ni. Kenapa nama gempaksher?
Kisahnya bermula sejak Asasi Sains. Pada masa tu aku baru nak wujudkan blog. Blog pun taktau la menatang ape dalam tenet ni.

Ada kawan aku nama dia Rashid. Dia ni classmate aku dulu, seorang blogger sejak sekolah lagi. aku selalu nampak dia menaip-naip, kongsi cerita dan pendapat dalam blog. termasuklah aktiviti harian dia.
secara jujurnya... aku mula aktif dengan segala jenis online ni selepas SPM. Rumah aku memang takde internet. Dulu ada, tapi dah lama ditamatkan sejak rumah dah tak guna line telefon. aku tak tahu apa2 tentang laman sosial. Masa aku tingkatan 3, aku ade dengar tentang Frienster dan Myspace. aku cuma dengar2 je tapi aku tak tahu langsung benda apa. aku kadang2 ade jugak pergi cybercafe online, tapi kebanyakan masa aku main games je... biasalah budak2 lagi.

Selepas SPM, baru aku mula sibuk online. itupun bukan dekat Rumah tapi di cybercafe... biasalah bila lepas SPM mulalah sibuk online nak isi borang UPU, Matrikulasi, dan sebagainya.
Laman Sosial aku yang pertama, FACEBOOK. aku mula buat akaun facebook masa kat rumah sepupu. dioranglah yang tolong buatkan untuk aku. lepas Spm aku kerap jugak online facebook kat cybercafe dan aku jumpa banyak kawan2 lama. Facebook antara yang pertama aku terjebak dalam Laman Sosial

Berbalik kepada kisah Blogger. OK, ini kira aku nak melangkah lebih lagi dalam Laman Sosial. aku wujudkan Blog dengan bantuan dari kawan aku, Rashid. aku cuba fahamkan konsep blog, usha blog kawan2, macam mana diorang 'blogging'.  Ini blog kawan aku, Thegentsintux. Untuk pengetahuan, aku agak kurang tulis blog dalam BI. mungkin aku kurang yakin sikit. takut nanti lintang pukang ayat BI aku. haha

Berkenaan nama "gempaksher". Semasa Asasi kawan2 panggil dengan gelaran Asyer,Asher,Usher. yang mana2 je lah asalkan sebutan bunyi nak dekat sama. tapi most diorang eja Usher. Perhh mcm penyanyi Usher pulak. tapi aku lebih suka ejaan Asyer sebab nama aku Asyraf.
Biasalah bila orang panggil Usher, kadang2 diorang kasi sebut lagi pendek nama panggilan kita jadi "sher".

aku tak tahu nak letak nama ape untuk blog. Dalam masa sama, dulu sangat terpengaruh dengan Komik keluaran Gempakstarz. komik2 diorang memang best. Dulu lah, sekarang aku dah kurang minat baca komik. Yang paling aku suka komik karya Zint, Kaoru, Keith dan C2V. So dalam kepala aku dok terfikir "gempak", "gempakz", "gempaks" dll... akhirnya aku sebut Gempaksher. Jadi aku belasah je la letak Gempaksher. sebab kawan aku tu pun letak nama belasah je aku tengok...
Jadi Gempaksher adalah gabungan "gempak" dan "sher" panggilan pendek aku. Aku tak tahu lah ade ape yang gempak. belasah je bro...

 


Kemudian aku mulalah mencuba laman sosial yang lain. antaranya, Tumblr, Twitter, Wordpress, Formspring, Youtube, Google+.... Myspace aku ade akaun, tapi mungkin dah lama gila tak pernah dah buka. jadi aku anggap dah takde lah. aku pun dah lupa password dan ID.