Monday, November 28, 2011

Jangan Terlalu menyukai, Jangan Terlalu membenci.


Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda menyintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi ,buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.

Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya…..

Saturday, November 19, 2011

Kolej Gemia

Kolej Gemia

Kolej Gemia ada 3 blok bangunan. Gemia 1 & 2 dihuni oleh Siswi, Gemia 3 dihuni oleh Siswa.
Kolej Gemia
siswa/siswi degree part1 2011 semua tinggal kat Gemia. termasuklah aku. 1 bilik 4 orang untuk siswa di blok gemia3, jadi aku kena bayar yuran kolej RM210.
Bagi Siswi pulak RM340, 1 bilik untuk 3 orang. kitorang dapat tinggal dalam Kolej untuk semester 1 je.
semester 2 aku kene cari rumah sewa kat luar Kampus. masalah tak cukup kolej untuk student tu kira biasa laa... student degree la yg banyak kena dok luar. :(
di Gemia tak ada Cafe makan. terpaksa jalan jauh beli makan. diploma cuti kami susah nak dpt beli makan. kebanyakan Cafe tutup, boleh dikatakan semua. Cafe tenggol jarak dlm 600 meter tutup, Cafe redang jarak dlm 750 meter pun tutup. Cafe kapas jarak dlm 2km buka cuma waktu kerja. waktu cuti ditutup jadi kami pun jadi kebuloq lahh. haihhh... nasib baik la ade backup malam2 gerai burger bukak kt Gemia. cukup la alas perut.

Sunday, November 6, 2011

eskem wall's :D

aku suka makan aiskrim, terutama kalo aiskrim McD!
setelah sekian lama aku tinggal di UiTM Dungun, nak beli aiskrim wall's ni xde peti ais pulak kat kolej.
peti ais mmg ade la... tapi tak feeling la makan kat sane. kene sejuk betul2 baru best.
selalunye kalo aku beli aiskrim ni, aku akan habiskan sorang2.
tapi ade la kadang2 parent aku cedok sikit. heheh
oh, ni bukan perisa favourite aku. aku suka yang ade marshmallow ngn butterscotch.
nak kata sedap tu... biase je laa... aiskrim McD lagi sedap.
feeling oh melantak aiskrim sorang2 pastu mengadap laptop. :P
selalunye aiskrim ni akan habis dlm masa sehari. paling minimum dlm sejam. HAHA

Saturday, November 5, 2011

Nikmatnya!

nikmatnya dapat balik rumah. dapat jumpa parent dan keluarga masing2.
alhamdulillah aku masih dapat merasa nikmat yang Allah kurniakan.
nikmat ada ibu-bapa. sampai je di Parit Buntar, tangan mak yang aku capai dahulu.
itu nikmat sebenarnya. tapi ade sesetengah orang mungkin belum tersedar. alhamdulillah kita masih lagi dapat kucup tangan mak ayah masing, masih dapat tengok lagi muka diorang, dengar suara diorang.

dalam perjalanan balik dari UiTM Dungun ke Parit buntar ambil masa dalam 9jam sengah.
buat pertama kalinya aku merentasi  negeri kelantan. Negeri yang terakhir yang aku belum pernah pergi di semenanjung. Bas berenti rehat di hentian batu melintang. aku tanya fiqri " ni kawasan kelantan ke?" fiqri cakap ye. jadi aku jadi excited nak turun bas. yeahhh... buat pertama kali kaki ini menjejak di negeri kelantan. Hahaha...
jadi semua negeri di semananjung ni aku dah pernah pergi. :)

dalam bas agak meriah dengan suara orang yg dok seat belakang. memang semua dok cakap Utara je dalam bas. dah lame aku tak dengar lohgat utara. aku pun ade la tergelak dengan lawak2 diorang dalam bas.
aku dok Parit buntar. jadi majoriti cakap utara. tapi sejak aku dah tinggalkan sekolah menengah, dah jarang aku cakap utara. lagipun aku dengan family cakap mcm biase je.

seriously aku seronok dengar ade orang cakap utara. tambahan kalo ade la budak pmpn cakap utara.
dalam kelas programming C++ dpt la aku dngar siket2 ade orang ckp utara. 2 orang perempuan dalam kelas programming memang ckp utara. hahaha.. best2 dngaq depa cakap.

aku rase aku patut asah lagi loghat utara aku bila balik Parit buntaq nieh. hehe

Nikmatnya balik rumah! dah 2bulan aku dok Dungun. Bosan! study, study, study~ cukuplah... aku nak rehat kat rumah cuti midsem ni pulak.

pagi2 aku drive kereta bawak abah pegi beli daging nk buat rendang
kawasan dekat ngn pasar basah di Pusat Bandar sesak dengan kereta.
esok kan hari raya Aidiladha~
anak perantau parit buntar sudah balik ke kampung halaman masing2. :)

~al-kisah~

Thursday, October 20, 2011

Kenapalah aku di UiTM Dungun ni??

aku dapat Temuduga SPA untuk kali ke-2. untuk kali ke-2 ni bukan aku mintak. tapi dipanggil.
classmate aku dah la 7 orang je. tetiba dengar sorang tu beriya-iya pegi temuduga SPA dan berharap dapat jadi Nurse. haihhh... tension aku. dah la kelas pun tak ramai. tak meriah.

aku Pon dapat gak! tapi aku tak pergi. aku dapat pilihan temuduga sebagai jururawat dan pembantu perubatan. SPA! ok... SPA memang la orang cakap dapat tajaan, habis belajar dapat kerje.
Tapi! takkan la aku nak berpatah balik amik Diploma? aku masuk ASASI SAINS. dah membazirkan 2 semester di Asasi Sains. kalo aku tahu nak amik SPA memang dah lame aku belah dari Asasi mase semester1 lagi. sekarang aku dah amik Ijazah Sarjana Muda Sains (perkomputeran pernigaan)(kepujian) di UiTM Dungun.

Ingat aku suke dengan ape aku dapat ni?? sebenarnye takk... tapi aku redha... mungkin ade Hikmahnye aku dapat Kos ni. mungkin masa depan aku akan lebih baik? hanya Allah yang tahu.
so... aku dah gunakan masa setahun kat Asasi Sains. aku tak rase nak amik Diploma.
memang sekarang ni Asasi Sains yang orang cakap budak-budak terpilih la dikatakan. lepas habis asasi aku dapat degree business computing. lain dari ape yang aku belajar masa Asasi. sekarang dalam business computing subjek yang aku susah nak belajar iaitu Ekonomi!
aku xde basic ekonomi dan aku tak suka Subjek ni. ape yang aku suka? Science! science!

ekonomi aku teruk... aku tak dapat kejar lagi ape yg aku dah belajar... masih lagi blurr...
buku ekonomi lagi dasyat dari buku sejarah. lagi cepat aku tertido mase bace. haihhhh...

Bab Programming C++. buat mase ni aku tak rase yang mende ni Susah terlampau. sekarang baru belajar yang biase-biase je. belum lagi yang tahap extreme punye programming. aku tak cakap mende ni senang. cuma kena buat banyak latihan programming baru la nanti boleh paham.
kalo setakat baca buku programming C++ memang susah la nak Paham! kena cuma practice yerr...
cukuplah bagi aku serabut bila dengar ade Classmate tu macam nak belah dari Kos business computing ni.
takkan sebab subjek programming C++?? rilek laa.. cuba belajar perkara baru.
aku ni! ekonomi! dorang ade basic ekonomi mase matrik. aku takde. lagi la mencabar bagi aku nak belajar mende tu.
Dorang xde basic programming. aku pun xde. sama rata kan? fair? tapi aku lagi lah... nak kejar subjek ekonomi tu. kadang2 rase macam berputus asa dah...
semester akan datang pulak belajar Business. untuk pengetahuan. subjek yang paling aku tak suka iaitu business!!! tak suka langsung! langsung! xde kaitan dengan Sains! gila sedihhh! :'(

Friday, October 14, 2011

Trust

"Trust No One, especially women" -Athos the three musketeer.
boleh jadi perempuan yang dikatakan adalah perempuan yang tidak dikenali atau baru kenal.
Tetapi kita kena percaya kepada Mak dan adik beradik sendiri, bukan kepada perempuan yang tidak dikenali. hahaha

aku pun susah jugak sebenarnye nak percaya kat perempuan tak dikenali atau yang baru aku kenal dalam 2-3 tahun je. risau...
kerana mereka juga boleh membuatkan lelaki jadi tidak keruan, sangat berharap dan mabuk kepayang. berhati-hatilah. serik dah aku tengok kawan aku jadi macam ni.
bermain-main emosi di dalam dunia mereka. keh3...

Sunday, September 25, 2011

Usher Group A5

Perlu menjadi diri sendiri.
Usher masa asasi group A5 dengan Usher di UiTM Dungun same je.
Kelas aku ade 6 orang je, mungkin rapat sikit lah. tu semua xde beza.

Tapi kenangan di Puncak Alam bersama rakan seperjuangan sentiasa dalam ingatan.
"Aku bukan setakat rindu Palam. Aku rindu rakan rakan seperjuangan kat Palam. Palam takkan jadi satu tempat yg best kalau bukan kita semua yg bersama sama memeriahkan tempat tu dgn kenangan kenangan yg akan kekal dlm ingatan" - afiq.
aku ni pendiam jugak, jarang nak sembang2 merapu. tapi aku sengaja lagak cool dan enjoy dengan Kelas yang seramai 6 orang.
aku taknak dorang rasa Bosan.

jujurnya aku sangat enjoy dengan 7 orang geng lelaki Group A5, Housemate dan jiran rumah aku.
>_<

Saturday, September 24, 2011

Setakat ini di kampus

Belakang kampus ada Bukit yang berhutan.
hadapan Kampus Laut China selatan.

disebabkan Kolej kediaman aku, Gemia3 belakang bukit yang berhutan banat.
ade macam2 haiwan aku ade nampak setakat ini.

haiwan pertama: Babi hutan. masa tu waktu pagi-pagi buta aku nak ke surau. ada 4 ekor semuanya. tengah dok korek-korek Tong sampah. nampak je terus 4 ekor tu lari.

Haiwan Kedua: Monyet. masa tu petang sikit. monyet-monyet tu merentasi laluan pejalan kaki nak ke pokok sebelah. Comel la pulook. haha

Haiwan Ketiga: Lembu-Lembu Liar tengah meragut rumput berdekatan Tasik. tanduk panjang-panjang gak.

Haiwan keempat: Burung kecik warna Merah. cantik warna burung tu. Seriously nampak Unik. masa tu burung tu sesat termasuk dalam surau. dok terbang kat siling surau. tiba-tiba. panggg! langgar kipas dan terus jatuh. burung tu jadi keras tak gerak. mati dah laa tu… Kesian…

Haiwan kelima: memerang berwarna hitam. aku pun tak pasti tu memerang atau tak, tapi dari segi fizikal macam memerang. sekumpulan memerang berada di tepi Tasik, ade yang tengah berguling-guling. comel gak.

Haiwan Keenam: monyet hidung panjang. aku taktau nak panggil monyet ape. rasenye tu monyet hidung belanda kot. kawan aku la yang nampak.

lain-lain cerita dari Blog orang lain ade nampak Badak sumbu.-.-

ade terbaca dari Blog seseorang. Belakang kampus UiTM Dungun iaitu Bukit berhutan tu merupakan Hutan Simpan.
dan…. UiTM ade buat tapak camping. Kem Gemia kat Hutan tu.
A resort Kampus.

Tuesday, September 20, 2011

Tepi laut Dungun

Lokasi Berhampiran Pintu Utama UiTM Dungun.
lepas dah tunggu setengah jam dalam Kelas, Ustaz tak muncul2 jadi kami pun pergi ke tepi pantai sebab teringin nak tengok pantai kt Dungun ni.
Kami… tak ramai pun… Kelas aku ade 4 orang je.

Van berwarna Kuning tu gelarannya van Kunyit. Van tu je la yang dapat bawak student UiTM Dungun ke kawasan sekitar Dungun. sekali perjalanan Rm1.50
kebanyakan kelas aku batal sebab bilangan pelajar sikit. tunggu lepas hari khamis ni baru kelas mula macam biase.

Saturday, September 17, 2011

Suasana baru di Kampus UiTM Dungun

Belakang kampus ada Bukit yang berhutan.
hadapan Kampus Laut China selatan.

disebabkan Kolej kediaman aku, Gemia3 belakang bukit yang berhutan banat.
ade macam2 haiwan aku ade nampak setakat ini.

haiwan pertama: Babi hutan. masa tu waktu pagi-pagi buta aku nak ke surau. ada 4 ekor semuanya. tengah dok korek-korek Tong sampah. nampak je terus 4 ekor tu lari.

Haiwan Kedua: Monyet. masa tu petang sikit. monyet-monyet tu merentasi laluan pejalan kaki nak ke pokok sebelah. Comel la pulook. haha

Haiwan Ketiga: Lembu-Lembu Liar tengah meragut rumput berdekatan Tasik. tanduk panjang-panjang gak.

Haiwan keempat: Burung kecik warna Merah. cantik warna burung tu. Seriously nampak Unik. masa tu burung tu sesat termasuk dalam surau. dok terbang kat siling surau. tiba-tiba. panggg! langgar kipas dan terus jatuh. burung tu jadi keras tak gerak. mati dah laa tu… Kesian…

ade terbaca dari Blog seseorang. Belakang kampus UiTM Dungun iaitu Bukit berhutan tu merupakan Hutan Simpan.
dan…. UiTM ade buat tapak camping. Kem Gemia kat Hutan tu.
A resort Kampus.

Thursday, September 15, 2011

Perjalanan keluar dari Kampus UiTM Dungun

Pengalaman pertama aku keluar dari kampus nak ke Pekan Dungun sebab nak beli barang2 alat tulis semua.Terengganu negeri yang agak asing bagi aku. tak pernah lagi aku ke terengganu sebelum ni.yang bertanda Merah tu Laluan setiap hari aku akan ke Kelas. Kiraan jarak guna GoogleMap 1.44Km. kalau jalan Kaki memang Terasa sangat jauhnya. mungkin bagi yang dah biasa rase dekat je.ramai student kat sini Naik basikal ke Kelas. aku tinggal di Gemia3 jauhhh...
jadi aku ade la jugak rase nak naik basikal ke Kelas nanti.basikal tu macam penting la aku rasa. perjalan berjalan kaki dalam 18 minit. kalaulah ade hal penting, korang kena ke Pejabat atau Kelas tak ke susah nanti? elok jugak ade basikal, senang sikit urusan.

untuk ke pintu pagar utama lagi la jauh. mungkin dalam 1.7Km camtu.
aku terpaksa ke Pintu utama UiTM kalo nak keluar. dekat luar UiTM Dungun ade banyak Van Kuning tulis 'bas sekolah'. Van ni lah yang akan bawak kitorang ke Pekan Dungun atau mane yang berdekatan dungun.
tambang Rm1.50.

Keluar je dari pintu pagar utama, ade abang tu jerit panggil aku naik Van. "cepat nak Laki lagi sorang ni"
seat depan boleh duduk 2 orang. sebab yang dok depan tu laki jadi aku duduk la sebelah dia. Seat belakang penuh dengan perempuan.

Pekan Dungun takde ape sangat pun. aku pergi ke kedai buku beli file, buku, kertas.
pastu buat Kunci Bilik. Jalan2 kejap... takde pape pun...Deretan kedai je.
ade la kedai kasut, kedai baju, pusat pakaian hari-hari, Mydin, Kedai komputer, 7eleven.
lain2 mungkin ade lagi.

mase nak balik. Van tunggu dekat dengan 7eleven . sampai je depan 7Eleven pastu ade Van kuning tu berenti. ade abang tu dalam Van, aku pun terus je naik seat depan. mungkin abang tu tengok aku beli minyak rambut Gel. pastu dye sembang la dengan aku siap tunjuk-tunjuk gel rambut dye. dok tanye elok ke Gel ni? abang pakai ok ke? keras x?
dengan ade slang Ganu nye lagi, aku pun macam ade paham tak paham je dye cakap. tapi aku redah buat paham je. yang aku risau kot dye tak paham aku pulak. aku pun bedal la buat slang ganu tapi bunyi macam Kelantan je. hahaha.

Perjalanan balik Lalu di sepanjang pantai. wahh best gak layan ni.
dengan lagu Halimah Jongang abang tu pasang. bhahah! XD
Sampai je Uitm aku kena lalui lagi jalan yang jaoh!
dari pintu pagar utama k Gemia. Sabor je la... terpaksa keluar ke pekan sebab dalam UiTM ni macam takde pape je. tension gak aku. letih ar nak keluar ke pekan. haihhh..

Wednesday, September 14, 2011

Perniagaan ,business

aku Belajar Business Computing di UiTM. buat masa ni aku tak tahu lagi tentang ape.
Kelas pun baru mula je. Aku dah mula tanam azam nak buat yang terbaik tak kira la ape Kos aku amik.
Aku dah jumpa Tempat makan yang best kat Kolej Kapas.
tempat makan yang dekat dengan kawasan Pantai.
kawasan Open. Best la lepak makan malam-malam.
A Resort Kampus, UiTM DUNGUN!
Iyeloo~

Tuesday, September 13, 2011

Mee hailam tunggu 1 jam.

Selepas tamat MDS kat uitm dungun. esok malamnye aku jalan2 cari makan kat tempat terdekat.
lepas semayang isyak di surau aku pergi ke kolej tenggol.
aku order mee hailam, hanif roomate aku nasi pattaya.
ade 1 gerai je pun kat situ. orang pun kire belum ramai lagi la lepas isyak.

tapi aku terpaksa tunggu lama! lepas isyak order makan. pukul 10.15 baru makanan siap. korang kire la berape lame. seriously aku dah serik nak order makanan panas kat situ kalau malam.
Lauk pun kurang pelbagai kat situ. kat kolej Gemia tempat aku takde tempat makan jadi kitorang pergi ke kolej tenggol.

Kecewanye aku.
mee hailam harga Rm4.00. 
aku rase mee hailam standard macam kat uitm puncak alam pun Rm3.50
lauk pun tak banyak jenis. ayam kecik tapi 2ringgit. kecewanye.
aku suke makan tempe lagipun murah je kan.
Tempe pun takde kat situ~

kalau nak pegi tempat makan lain, aku terpaksa jalan jauh.
mungkin dlm 10 minit camtu.
aku kena import basikal dari rumah.
senang sikit aku nak jalan mane2 dalam kampus.
Basikal adalah kenderaan utama di UiTM Dungun.
^___^
 

Monday, September 12, 2011

Perjalanan Ke UiTM Dungun

buat pertama kali. pada 5 september 2011 perjalanan aku ke Pantai Timur.
dari Parit Buntar ke Dungun. lalu lebuhraya utara-selatan, genting highland, lebuhraya karak, lebuhraya pantai timur, pahang, terengganu. buat pertama kali ambik mase 12 jam. =.=

dalam perjalanan ke Genting, aku jadi Jakun gile. Bukak tingkap kereta kat luar sejuk! rupanye aku dah kat kawasan Genting highland! haha
disebabkan aku lalu genting, jadi aku masuk pada pertengahan lebuhraya karak. Parok minyak kereta weh naik bukit genting highland.

Bila dah keluar dari Lebuhraya pantai timur lalu laa ikut jalan biase. seyes aku boleh jadi gila dok dalam kereta. bila sampai kawasan mane ntah kat terengganu, siaran radio langsung takde! gila lah... dah nak termuntah dok dalam kereta je.

bagi aku Dungun jaoh! sabor je la nak pegi UiTM Dungun.
aku tido kat Hotel UiTM Dungun. sebab jaoh kan, jadi kena la cari tempat nak tido dulu.
nanti gambar lain kat uitm Dungun aku akan updated lagi

aku baru lagi kan.. jadi tak tahu la nak kata best ke tak kat sini.
Aku amik Program Business Computing. atau nama stylo lagi Bizzcom. hahaha

Saturday, August 20, 2011

Destinasi baru

Last entry 15 july 2011
aku rase macam lame la jugak tak update.
Lepas habis Asasi Sains 17 Mac 2011
terus aku tak bukak Blog aku dah.
Blog aku ni banyak tentang Asasi Sains Aku dulu.
sekarang semua tu tinggal kenangan. :'(
selamat tinggal UiTM Puncak Alam

lepas ni aku bukan lagi di UiTM Puncak Alam
6 september 2011
aku akan berada di UiTM Dungun, Terengganu. oyeahhh...!
3 tahun aku akan belajar kat sana.
Lepas ni akan mula aktif balik lah update.
Di UiTM kampus Dungun!


Friday, July 15, 2011

KL-MELAKA

pemandangan dari times square
Kota A Famosa Melaka waktu malam pukul 2 pagi.
Baru habis jalan2 ke Kuala Lumpur dan Melaka. memang aku enjoy habis.!
lepas berhenti kerja jadi cashier KFC aku guna duit gaji aku yang tak seberapa tuh pergi KL dan melaka hangout dengan kawan-kawan Asasi aku. Tapi ada beberapa perkara tak mengizinkan untuk aku pergi jalan2 jumpe kawan2 kat kelantan. jadi perjalanan aku sampai melaka sahaja.

Monday, July 4, 2011

Tumblr Gempaksher. silakan...

sekarang ni aku banyak bukak http://www.tumblr.com/

lebih kurang macam Blog tapi lebih menarik sebenarnye dari blogger.
orang akan tanye "ape Blog kau" tapi untuk Tumblr orang akan tanye "ape Tumblr kau"

Yup, Tumblr lagi menarik. cuma bezanye. korang tak boleh search dari Google atau lain2. korang kena tahu Link Tumblr tu. macam Tumblr aku ni http://gempaksher.tumblr.com/. aku tetap guna Gempaksher same macam Blog aku dalam blogger.
Korang boleh berhubung antara pengguna Tumblr yang dah korang Follow. boleh reblog orang lain punye Entry. dan kenbanyakan entry yang selalu kene reblog adalah gambar dan quotes. gambar-gambar dalam Tumblr best. ade jugak sesetengah orang reblog gambar je.  tapi jangan risau lah kalo ade orang lain reblog korang punye Tumblr. sebab pemilik asal entry tu tetap akan dinyatakan walau sebanyak mane orang tu dah reblog. kalau taknak orang reblog, korang boleh la setting akaun dalam Tumblr tu.

dari ape yang aku tengok Tumblr ni selalunya orang akan letak entry yang pendek-pendek tapi menarik. Kelebihan dalam Blogger, satu dunia boleh search cari Blog korang. tapi dalam Tumblr tak boleh. aku pun tak pasti kenapa.
aku pun baru dalam 3 bulan guna Tumblr.
Themes yang korang boleh guna dalam Tumblr pun Cun-cun gak.

Dipersilakan berkunjung ke Tumblr Gempaksher. http://gempaksher.tumblr.com/.
Tak tau lah kot aku dok merapu je pasal Tumblr kan.. bla. bla. blaa..
Peace yo..! takdak hal lah. cuba lah buat Tumblr korang sendiri.!

SIGN UP HERE www.tumblr.com/




Wednesday, April 20, 2011

langkah pertama bermula. tempat itu dekat dihatiku~

Walaupun dah habis Asasi Sains kat UiTM Puncak Alam tapi UiTM tetap dekat dihati.

aku sekarang cume tinggal gelaran bekas student UiTM bukan lagi student.
Lepas Asasi aku diberi peluang melalui UPU untuk belajar kat mane-mane universiti. UM,UKM,UPM,UUM, Unimas,Unimap dan banyak lagi… kalo aku study asasi kat UIAM memang tak dapat dah belajar kt Universiti lain.

Kalau orang tanye “kenape nak study lagi kat UiTM, unversiti lain dah xde ke?” jawapan nye simple. UiTM dihatiku. Haha… macam lagu UiTM dihatiku tuu.
aku suke dengan suasana belajar kat UiTM. Mungkin laa… 


bukan setakat UiTM dekat dihati, naib canselor UiTM pun dekat dihati pelajar2 UiTM.
name dye Dato'prof. Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar atau name pendeknye dato' Sahol.
mase mula-mula aku masuk UiTM dulu, ade yang suka gunakan perkataan 'ayahanda'. contohnye macam dato Sahol dah anggap semua student UiTM umpama macam anak2 dye sendiri. 
kat UiTM Puncak Alam pun ade orangnye, tapi aku dah tak ingat name dye. haha... kalo tak silap dye jawatan  student affair and alumni.



dulu ade kawan aku pitam mase cycling. disebabkan kawasan UiTM puncak Alam besar amat. jadi kitorang tak tawu nak buat ape. aku cycling group ade dalam 5 orang. orang pun xde kt kawasan tu, pusat kesihatan pun tutup. yang ade cume phone je la dalam poket. ingat nak panggil ambulan tapi nombor ambulan lak x tawu. maklumlah kami ni student baru lagi kat Puncak alam, ape pun xtawu.
yang ade cume nombor student affair and alumni. name dye Adnan omar kot kalu tak silap lah...
aku telefon dye, cakap ade student pitam, kami ade kat kawasan bukit2 signboard UiTM. ingat nak mintak tolong dye call ambulan. tapi dye lak suh aku call ambulan. huh.!?
kalu aku tawu nombor ambulan, aku xde lah nak tefon dye. adoyai...  kawan aku tu tengah gelong lagi, pening-pening. pastu banyak lak dye soal siasat. "buat ape kat sana", "knape pegi sampai sane". kalo dah cycling memang la merate tempat kami pegi. kalo tidak ape gune buat laluan basikal.

haihhhh.... letih btol laa aku aku ckp ngn dye. last2 aku cakap xpe la, ade kawan lain bawak moto nak tolong. 
susah sangat nak cakap ngan dye. macam xnak tolong pun ade. :(

hadoyaiii..... sabor je ler.~


Tuesday, April 19, 2011

One wish.

A bus full of ugly people met an accident

All of them died.
Before entering heaven, they have given one wish.

The 1st said: Make me beautiful.

And it happened.

Thea rest followed w/ the same wish.

When it came to the last person he was laughing.

The voice ask him why he was laughing.

voice: What is your wish?

last person: Make them all ugly again!



tak kira umur, boleh popular dalam youtube.

Zaman sekarang ni nak popular gune youtube,  facebook.
Ade seorang gadis tempatan yang agak muda Umur 16 tahun. Sangat popular dalam YouTube  dan facebuk. Nama dye Najwalatif. First time aku dengar dye nyanyi lagu ‘carta hati’ yang digubah sendiri. Boleh tahan budak 16 tahun ni nyanyi.! Tu pon kawan aku yang share najwalatif kat facebook. Kalu tidak aku pun tak tawu.


Blog dye pon dah cecah 4000 follower, termasuk aku dah jadi follower la jugak… aku rase  dye ni anak muda tempatan yang popular sekarang ni dalam youtube. Sekolah lagi, tapi aku tengok facebook, dye ni selalu buat show kat merata tempat kalo ade orang mintak. Yang mintak dye buat show tu mungkin dari fans dye. Dalam majlis kahwin atau lain2 lagi. Mungkin laa… 


kalo nak order baju tuleh 'najwa latif' pon ade dalam facebuk. 
OMK...! dye ade baju fans sendiri. 


Selain najwa latif ade la sorang lagi sebaya dengan aku, Ainan tasneem. Dye ni pun bleh tahan gak popular. Cume mungkin sekarang ni agak menyepi sikit, sebab dye belajar kat matrik gopeng. Mesti la kene focus belajar, tambahan lagi kalo dok matrikulasi.
Kire dua orang ni popular menerusi nyanyian dorang dalam youtube.


Lain-lain… dorang buat video kat youtube.


Yang popular dan aku suke tengok dalam youtube antaranya: mathlufi, maria atau name ‘shortnap’ dlm youtube. dan anwar hadi. Maria ni agak ke arah viewer perempuan sket, tapi viewer lelaki layan je. kalo anwar hadi bleh la sket2 layan. Ade banyak lagi aku rase, tapi macam ta ingat pulok. 
aku cume kongsi youtube orang tempatan je, yang luar negara ade lagi banyak.!



OMK*= oh mak kau
~al-kisah~
 lagu carta hati by najwa latif.
nak play video ni dari blog aku mungkin ade ganguan bunyi sket. 
jadi korang bleh search sendiri dalam youtube.

annoying...! masuk ke senarai facebook chat blacklist


Semua orang mesti ade facebook kan? Laman social ni memang popular sekarang ni. Pastu aku ade dengar pulak tentang Twitter. 


Twitter aku tak berape tawu… ade la buat akaun Twitter, tapi jarang bukak.



sesetengah orang ade friend FB yang berlambak-lambak. Kalau ade orang request, dye mesti approve je tak kire lah sape orang tu. Sometimes, orang tu mungkin agak annoying.    Rase macam nak hempok ngan buku je. Kalau dah tahap hempok ngan buku, tu kire korang tengah study la agaknye…



mungkin ade sesetengah orang tak tahu fungsi yang ade dalam facebook chat. ade orang kalau offline chat, semua friend dye xleh nak chat. macam aku nieh, aku bahagikan friend dalam chat. jadi, kalau aku rase friend aku tu agak annoying, aku letak dye dalam list blacklist. :D   sebab kadang2 time aku study, aku biar facebook online. Jadi malas la nak layan chat, friend tu lak jenis yang suke chating tak habeh-habeh. Tergendala niat nak bace buku.
ade sorang perempuan arab masuk dalam blacklist aku. sebabnye, dye slalu chat ngan aku tengah2 malam, pastu chatting BI. dah la BI aku hampeh sket. hampeh sikit je laa, ta banyak. senang citer aku malas nak chatting dalam BI... 




Ade sesetengah orang, ade friend facebuk dye Selalu kaco status yang dibuat, tag gambo tak tentu pasal. ditambah pulak kenal dye pon tidak. dah cukup menyampah la kire nye “lu bikin gua panas”. Senang je.. tekan je unfriend kat wall dye. Kalo agak2 macam tak selamat korang block orang tu. Jadi dye dah xleh cari korang dalam facebuk. Totally name korang dalam facebuk dah lenyap dari dye.




Sejak dah bertahun wujud facebook dah macam2 diupgrade.  Terutama wajah baru kat wall. Banyak gile orang cakap “huduh gile facebuk baru”. Tapi bile dah lame2, dah ta kisah. Layan jer. . sebenarnye ade banyak privacy yang korang bleh setting. Aku pon tak tawu ape lagi privacy yang bleh setting. Ta kisah la… asalkan bleh layan berfacebuk. 


 ~Al-kisah~ 
Ade Masalah?

Monday, April 18, 2011

cari Kerja restoran fast food.

Lepas Matrikulasi dan asasi. Kompem ramai yang nak cari keje. Tambahan pulak kali ni kemasukan Ijazah agak lambat. Bulan september baru nak masuk, kire lepas raye laa…


first, aku mesti la nak
gaji banyak.
Kerja senang, macam dalam air-cond ke. Ye dak?

Kerja yang pertame aku fikir kat hometown aku mestila KFC. Aku bajet kerja kat fastfood ni gaji banyak. Tapi ikut tempat gak laa… macam tempat aku ni Rm3.50 sejam.

aku ade peluang nak keje KFC sebab aku tengok Kfc tempat aku dah bukak 24hour. So, mesti nak cari pekerja.

kalo Nak kerja, Manager nak aku buat no.ahli KWSP, buat akaun Maybank, suntik vaksin.
Suntik vaksin ni kire macam biase la kalo nak keje kat restoran.  Nak kerja nye pasal, suntik pon boleh laa. Bukan nye sakit pun. Kalo dulu mase kecik, orang slalu kecoh kalo kene suntik sakit. Mungkin mase kecik la yang sakit. Tapi sekarang ni, ape sakit pon tak rase.
Yang aku agak sedih sikit, pekerja2 xleh ade janggut. Aku dah la memang nk simpan janggut. Tapi nak buat mcm mane…
Sekarang aku kene tunggu panggilan untuk mula kerja. Baju KFC deposit bayar Rm50.
 Aku suke makan KFC sejak dari kecik, jadi aku bajet kalo keje kat KFC bleh makan ayam hari-hari. Haha… pekerja dapat elaun makan. kompem lepas ni aku muak makan ayam KFC. 
ni gambo pakcik jual Ayam Goreng. :D

Saturday, April 16, 2011

Repost, main Code Rahsia dalam facebook.


"Inbox me any number between 1 and 10000 - I'll make the number as a code to write a thing that I like about you in my status. Only you and me know what your number is."

Korang gunekan ayat kat atas ni buat status facebook.
Kemudian kawan2 yg tengok status tu akan message korang dengan nombor 1 sampai 10000. Kalaulah kawan korang tu berminat nak message nombor.

Kalaulah korang pulak nampak status kawan2 tulis mcm ayat atas nieh. Korang boleh la hantar msg nombor kat dye. Contoh: “ni no. aku 14255 :D”

Pastu kawan yg dapat msg akan gune no.14255 dalam status.
“14255, ko lah best friend aku kenal kat sekolah, perwatakan ko yang selamba. Jujurnye ko ni baik hati la”
Ni contoh je…

I'll make the number as a code to write a thing that I like about you in my status. Only you and me know what your number is."

Jadi no.14255 bila dye letak dalam status pastu cakap sesuatu. Hanye korang dan dye tu je tawu. Orang yang bace akan kompius dan tak paham dengan status tu. bila orang yg xtawu tentang code rahsia bace status yang blambak-lambak dengan nombor2 dye pon mesti keliru.

Selalunye orang akan cakap benda yang dye suka tentang orang yang hantar nombor tu. Tapi ade jugak yang meluahkan perasaan macam-macam. ade Cakap “ko ni suke sangat kutuk aku, jadi aku pun agak menyampah la sket ngn ko”. 
Jadi nak cakap sesuatu tu mgkin agak berlapis la dikatakan bile gune status facebook.



Dulu aku ade gak main status macam ni. Mungkin sebab dah bosan kot malam tu dok study je dalam bilik. 
Layan facebook sekejap ape salahnye kan…

ni contoh mase aku main code rahsia kat facebook dulu:
status2 orang yang respond dengan nombor yang aku message.

"1992.thx ar..aku taw slalu gurau kn.tp mamat sorunk tu dok ingt gaduh.haha...thx savekn tmpt aku jgak.so sem 2..kter dua kena struggle gler2laa kot kn?=)"

"1992! Umm, 4892 suruh ko pm aku eh? Haha. Ko sangat cool. Minus the fact yg ko kuat makan! Haha aku pon sama gak. Nanti kita lawan siapa lagi terer makan lah ye. Lol. Thanx bab jadi member 4892 ni. Kalau x nanti tade spe nak kawan dgn dia *Bak kata dia la. Hehe*"

"1908 :: em, 1st time aq nmpk ko kt kafe bawah tu koottt...tapi aq amek mse yg agk lme utk cam mke ko..hahha..mle2 aq igt ko ni garang,tapi tak....ko ni mmg tahu byk rahsia aq....geram jer!! em...byk sgt pasal ko aq bole tules.....heheheh....."

"1919-i just know him.. i tink he is very sopan one but with full of excitement inside, comel n menjadi rebutan buat dlm class. waaahh kau hot dlm cara yg berbeza, sgt xambil kisah wat ppl tink, very spontan .. tp agak speechlass.. jrg gler ckp ngan kau, haha harap sabar my gengs mmg suke kacau kau.. bcoz u hott.. skali jln mcm hero filem plak.."

Wokeh, korang bleh la try kat facebook.

 
~al-kisah~


Tuesday, April 5, 2011

Kenangan Asasi Sains batch 2010/2011 di Puncak Alam

Video ni pernah ditayangkan mase Grand Dinner Asasi sains kat Shah Alam convention centre(SACC).
banyak kejutan dalam Video tu, terutama bile ade student yang gambar dorang masuk dalam video tu.
gambar2 ni mungkin kebanyakan diambil dari facebook. mungkin kot...

Terima kasih kepada ahli-ahli committe yang buatkan video ni.


Tuesday, March 29, 2011

Asasi Sains UiTM. Kampus Puncak Alam. bagi aku Best.



Aku baru je lepas habis Asasi Sains UiTM Puncak Alam sesi 2010/2011. Keputusan SPM aku biase je, bukan semua A. Bagi aku disebabkan Kemasukan Batch aku ni agak Banyak dalam 2000 orang. Jadi ramai student Lepasan SPM 2009 ade peluang nak masuk. Kalau nak dibandingkan dengan batch sebelumnye dalam 500 orang.

Tapi student Asasi Batch 2009/2010 tinggal kat Shah Alam. Batch aku lak tinggal Kat Kampus Puncak Alam.













Yang masuk Asasi ni semuanye Pandai-pandai kot. Sebab result SPM semuanye gempak.

Untuk Batch yang akan datang Sesi 2011/2012 Mungkin Tetap kat Kampus Puncak Alam.

UiTM kampus Puncak Alam ni kampus baru dan bakal jadi Kampus Induk UiTM menggantikan Shah Alam.

Mase aku Masuk Kampus Puncak Alam, belum lagi 100peratus dah siap. Cume 1 fasa je dah siap. Bakal siap dalam bertahun-tahun lagi. Kalo cakap Puncak Alam, UiTM Puncak Alam ni memang atas Puncak Bukit. Sangat cantik pemandangan kat sini. Sejauh mata memandang, korang boleh nampak Klang. Boleh nampak Shah Alam kot… sebab ade satu hari aku nampak macam ade 4 menara masjid Shah Alam dari Puncak Alam.

Yang pastinye, korang boleh nampak Genting Highland.

Keselesaan. Aku suke Bilik aku mase Asasi. Orang cakap rumah macam Apartment. Dalam 1 rumah ade 4 bilik, 1 tandas. Dalam bilik dikongsi 2 orang. Cakap tentang Tandas, tak payah nak berebut lah.. bilik mandi ade 2. Kalo dah tak sabar sangat pegi je lah rumah sebelah.

Bilik Aku A2301B.
A2-menunjukkan Blok Angsana 2.
3-Maknanya Aras 3.
01 – rumah No.1
B- bilik B, bilik yang kedua.


Bilik ni agak selesa bagi aku.



Meja study pon cukup besar untuk barang aku berselerak.



kalau ade masa lapang, tengok movie kat Laptop.

Selama tinggal kat Bilik tu, bagi aku selesa. tilam pun sedap… nak online internet pun senang pakai LAN cable. Ade port LAN kat tepi meja.

Bagi aku tempat Blaja Asasi sains UiTM sangat selesa. Kalau nak dibandingkan dengan kalo aku masuk Matrikulasi. Aku tak biase masuk Matrik. Tapi aku rase Tempat aku lagi selesa.

Cara Belajar lebih kurang macam ala Universiti, Bukan lagi macam sekolah Asrama atau sekolah menengah dulu.

Mase Pendaftran aku dulu. Memang sesak sangat-sangat. Asasi Sains + Asasi kejuruteraan datang pada hari yang sama. Total semuanya nak dekat 3000 orang ,ditambah lagi dengan ibu-bapa yang datang.

Hari Ahad, pendaftaran kolej sangat letih, kalo datang lambat… parking kereta kat kawasan Fakulti, lepas tu kene naik Bas yang sesak dengan orang ke kolej kediaman. Banyak Ibu bapa yang tak puas hati mase tu. Tapi biasela orang cakap, ini lah julungkali Kampus Puncak Alam ambil student yang ramai macam tu. Memang tak terkawal…

Aku terpaksa naik Bas sorang2 tinggal barang aku ngan parent aku kat fakulti. Sebab terlampau sesak dengan orang yang nak naik Bas. Aku pegi daftar dulu kat Kolej Kediaman.



mase ni ade FiFa 2010, ramai orang tengok TV kat Raflesia
Dah habis daftar, masuk bilik. Mulalah hari yang membosankan selama 4 hari, minggu destini siswa.


Abang2 PM (pembantu mahasiswa) la yang tolong mase minggu Destini Siswa. Ajar macam mane nak Isi Borang pendaftaran masuk Fakulti. Lepas dah daftar, kene tunggu Kad Matrik siap. Lepas Kad Matrik Dah Siap… secara Rasminye digelar Pelajar UiTM. Asasi sains.





Ni tangga yang hari2 aku lalu




Ni semua classmate aku, baru habis lecture.

Kalo nak ke lecture atau kelas. Kene la lalu ikut tangga batu cave Puncak Alam. Ade macam-macam gelaran, termasuklah tangga Maut.

Tangga tu memang meletihkan! ade dalam 2+ + anak tangga. Kalau tak silap dalam 214 anak tangga kot. Kalo rase ade banyak duit singgit, boleh la naik Bas balik ke bilik. Xpayah la lalu ikut tangga. Mahal la naik Bas..!




dewan lecture, 200 seat


Lecture


Kelas Tutorial



Makmal Biologi, Physics, Chemistry. Group A5


Selalunye kalo nak pegi kelas tutorial, berjalan kaki dalam 15 minit.

Jadual Kelas takde la padat sangat sampai ke petang. Ikut jadual, kadang2 ade ruang masa antara kelas. Jadi dalam antara ruang masa tu, boleh la balik ke bilik tido kejap. Aku dulu dorang susun Group Ikut Nama. Nama aku Asyraf, jadi aku dalam Group A5. Semua dalam group aku nama dorang mula dengan huruf A.



cycling




tunggu Bas, Shah Alam balik Ke Puncak Alam

Hari Sabtu, Ahad. Mase mula-mula asasi memang rase tak sabar2 nak keluar outing. Tapi bila dah masuk sem2 aku macam dah malas sket nak outing.

Kalau tak pegi ke mane Waktu pagi atau petang boleh la riadah di sekitar kampus. Ramai orang yang jogging. Dan yang terbaru mase sem2, boleh naik basikal kat Kampus. Basikal tu pinjam. Siap bagi helmet lagi. Keselamatan la kot…


Rumah aku, A2301



Banyak Kenangan mase kat Asasi ni. Yang aku paling ingat sekali mase dengan housemate dan classmate aku. Belajar santai kadang2…

Tapi tak boleh la santai sangat, focus study gak. Jangan result teruk, nanti menyesal lak.

Aku rase, aku takkan dapat suasana Macam Asasi lagi walaupun aku dah sambung degree.

Kalo korang tanye aku. Aku cakap Best..!

Aku tak pernah lagi rase tinggal kat Asrama. Jadi Asasi Sains ni kali pertama aku tinggal dengan kawan2. Housemate,roomate, classmate.


Aku, pemandangan matahari terbenam dari tingkat 9





~al-Kisah~