Aku baru je lepas habis Asasi Sains UiTM Puncak Alam sesi 2010/2011. Keputusan SPM aku biase je, bukan semua A. Bagi aku disebabkan Kemasukan Batch aku ni agak Banyak dalam 2000 orang. Jadi ramai student Lepasan SPM 2009 ade peluang nak masuk. Kalau nak dibandingkan dengan batch sebelumnye dalam 500 orang.
Tapi student Asasi Batch 2009/2010 tinggal kat Shah Alam. Batch aku lak tinggal Kat Kampus Puncak Alam.
Yang masuk Asasi ni semuanye Pandai-pandai kot. Sebab result SPM semuanye gempak.
Untuk Batch yang akan datang Sesi 2011/2012 Mungkin Tetap kat Kampus Puncak Alam.
UiTM kampus Puncak Alam ni kampus baru dan bakal jadi Kampus Induk UiTM menggantikan Shah Alam.
Mase aku Masuk Kampus Puncak Alam, belum lagi 100peratus dah siap. Cume 1 fasa je dah siap. Bakal siap dalam bertahun-tahun lagi. Kalo cakap Puncak Alam, UiTM Puncak Alam ni memang atas Puncak Bukit. Sangat cantik pemandangan kat sini. Sejauh mata memandang, korang boleh nampak Klang. Boleh nampak Shah Alam kot… sebab ade satu hari aku nampak macam ade 4 menara masjid Shah Alam dari Puncak Alam.
Yang pastinye, korang boleh nampak Genting Highland.
Keselesaan. Aku suke Bilik aku mase Asasi. Orang cakap rumah macam Apartment. Dalam 1 rumah ade 4 bilik, 1 tandas. Dalam bilik dikongsi 2 orang. Cakap tentang Tandas, tak payah nak berebut lah.. bilik mandi ade 2. Kalo dah tak sabar sangat pegi je lah rumah sebelah.
Bilik Aku A2301B.
A2-menunjukkan Blok Angsana 2.
3-Maknanya Aras 3.
01 – rumah No.1
B- bilik B, bilik yang kedua.
Bilik ni agak selesa bagi aku.
Meja study pon cukup besar untuk barang aku berselerak.
kalau ade masa lapang, tengok movie kat Laptop.
Selama tinggal kat Bilik tu, bagi aku selesa. tilam pun sedap… nak online internet pun senang pakai LAN cable. Ade port LAN kat tepi meja.
Bagi aku tempat Blaja Asasi sains UiTM sangat selesa. Kalau nak dibandingkan dengan kalo aku masuk Matrikulasi. Aku tak biase masuk Matrik. Tapi aku rase Tempat aku lagi selesa.
Cara Belajar lebih kurang macam ala Universiti, Bukan lagi macam sekolah Asrama atau sekolah menengah dulu.
Mase Pendaftran aku dulu. Memang sesak sangat-sangat. Asasi Sains + Asasi kejuruteraan datang pada hari yang sama. Total semuanya nak dekat 3000 orang ,ditambah lagi dengan ibu-bapa yang datang.
Hari Ahad, pendaftaran kolej sangat letih, kalo datang lambat… parking kereta kat kawasan Fakulti, lepas tu kene naik Bas yang sesak dengan orang ke kolej kediaman. Banyak Ibu bapa yang tak puas hati mase tu. Tapi biasela orang cakap, ini lah julungkali Kampus Puncak Alam ambil student yang ramai macam tu. Memang tak terkawal…
Aku terpaksa naik Bas sorang2 tinggal barang aku ngan parent aku kat fakulti. Sebab terlampau sesak dengan orang yang nak naik Bas. Aku pegi daftar dulu kat Kolej Kediaman.
mase ni ade FiFa 2010, ramai orang tengok TV kat Raflesia
Dah habis daftar, masuk bilik. Mulalah hari yang membosankan selama 4 hari, minggu destini siswa.
Abang2 PM (pembantu mahasiswa) la yang tolong mase minggu Destini Siswa. Ajar macam mane nak Isi Borang pendaftaran masuk Fakulti. Lepas dah daftar, kene tunggu Kad Matrik siap. Lepas Kad Matrik Dah Siap… secara Rasminye digelar Pelajar UiTM. Asasi sains.
Ni tangga yang hari2 aku lalu
Ni semua classmate aku, baru habis lecture.
Kalo nak ke lecture atau kelas. Kene la lalu ikut tangga batu cave Puncak Alam. Ade macam-macam gelaran, termasuklah tangga Maut.
Tangga tu memang meletihkan! ade dalam 2+ + anak tangga. Kalau tak silap dalam 214 anak tangga kot. Kalo rase ade banyak duit singgit, boleh la naik Bas balik ke bilik. Xpayah la lalu ikut tangga. Mahal la naik Bas..!
dewan lecture, 200 seat
Lecture
Kelas Tutorial
Makmal Biologi, Physics, Chemistry. Group A5
Selalunye kalo nak pegi kelas tutorial, berjalan kaki dalam 15 minit.
Jadual Kelas takde la padat sangat sampai ke petang. Ikut jadual, kadang2 ade ruang masa antara kelas. Jadi dalam antara ruang masa tu, boleh la balik ke bilik tido kejap. Aku dulu dorang susun Group Ikut Nama. Nama aku Asyraf, jadi aku dalam Group A5. Semua dalam group aku nama dorang mula dengan huruf A.
cycling
tunggu Bas, Shah Alam balik Ke Puncak Alam
Hari Sabtu, Ahad. Mase mula-mula asasi memang rase tak sabar2 nak keluar outing. Tapi bila dah masuk sem2 aku macam dah malas sket nak outing.
Kalau tak pegi ke mane Waktu pagi atau petang boleh la riadah di sekitar kampus. Ramai orang yang jogging. Dan yang terbaru mase sem2, boleh naik basikal kat Kampus. Basikal tu pinjam. Siap bagi helmet lagi. Keselamatan la kot…
Rumah aku, A2301
Banyak Kenangan mase kat Asasi ni. Yang aku paling ingat sekali mase dengan housemate dan classmate aku. Belajar santai kadang2…
Tapi tak boleh la santai sangat, focus study gak. Jangan result teruk, nanti menyesal lak.
Aku rase, aku takkan dapat suasana Macam Asasi lagi walaupun aku dah sambung degree.
Kalo korang tanye aku. Aku cakap Best..!
Aku tak pernah lagi rase tinggal kat Asrama. Jadi Asasi Sains ni kali pertama aku tinggal dengan kawan2. Housemate,roomate, classmate.
Aku, pemandangan matahari terbenam dari tingkat 9
~al-Kisah~
skarang hanya tinggal memori. :)
ReplyDeletesalam,saudara, saya ader soalan.alhamdulillah,saya ditwrkan untuk ke asasi sains uitm,cumer boleyh ker waktu dftr nanti kiter tukar ke asasi kejuruteraan? and saudara futher course aper bagi degree?btw entry nih sgt membantu.terima kasih!=)
ReplyDeleteENTRY NYH SGT MEMBANTU LAA.. THANKS..
ReplyDeletethanks abang cos dah menambahkn semangat nk masuk asasi sains uitm :)
ReplyDeletehaha . thanks 4 da in4. sgt brgune la utk saye ni :))
ReplyDeleteinsyaallah bestt ;) jom study !
ReplyDeletethnx for the info... sgt m'bantu for me yg dpt tawaran Asasi Sains kat UiTM Puncak Alam. semangat dah ni.. :P thnx :)
ReplyDeletethnx 4 the info!!
ReplyDeletebesh sangat..semangat.x saba.etc lahh
ReplyDeletejust wondering, cmne dorg tetapkn roomate housemate tu ah? :)
ReplyDeleteceycey buat entry psl palam ni, tetiba dpt attention juniors.
ReplyDeletecik aneen qiha,
lau ade kwn2 sama kt sana, nnt nk dftar tu, bwk dorang keliling pinggang.
nanti masa akak senior nk bg kunci tu,
cakap nk satu rumah.
insyaallah dia bg. tp semua kena ada skali r masa tu.
Cuna Cukcuk, skrg dah dapat Asasi Sains tapi nak tukar engineering? hmmm, xde lak dengar ade org tukar kos mase dulu..
ReplyDeletetapi Kalo ambik sains Still bleh pegi Kos engineering dgn Medic. sebab dlm Asasi Sains ade blaja fizik dgn Biologi. tapi UiTM lebihkan Asasi Sains untuk masuk Kos Medic. klo still smbung kejuruteraan dlm degree, Asasi sains boleh Asasi kejuruteraan pun boleh. :D
saya mgkin nak ambik Kos Fisioterapi. skrg kne tggu UPU fasa Ke-2. semoga berjaya ye kat Asasi Nnti.
Mase pendaftaran nnti, tak tawu la mcam mane untuk batch 2011/2012. kalo dlu semua org daftar pada hari yg same. so, mmg kelam kabut, jalan sesak. tapi dngar untuk Batch 2011/2012 dorg buat hari2 yg b'beza.
ReplyDeletekalo mase saye dulu daftar, mase dtg nak ambik Kunci Rumah, dye bagi kunci ikut aturan Rumah dan Aras tingkat. 1st dtg dpt tingkat bwh,rumah yang last skali dapat tingkat 8, setiap rumah disusun ikut No.rumah gak. kalo korg dtg dgn kawan skli, mgkin dpt 1 rumah. atau 1 bilik. klo nak senang bgtawu kat org pndaftran tu, ckp nak 1 bilik. klo dlu bleh pilih roomate. sekarang ni xtawu mcm mane dorg tetapkan. kalo boleh pilih roomate kire ok la. :)
Asasi Sains 2010/2011 dalam kenangan. skrg abg dah Habis Asasi.ade bnyk kwn Asasi abg dari merata tempat. Still Contact lagi ngn dorg. mmg kami rindukan untuk tinggal kat Puncak Alam macam dulu. jadi Pelajar Asasi balik. :P hari2 pegi ke Lecture Hall, Lab, Kelas tutor, outing mcm dulu. kenangan dengan roomate dalam rumah. Suasana tu mmg takleh lupa, takkan same lagi kalo smbung Degree kat Uni mane2. hmmm... semuanye dlm kenangan. :D
ReplyDeletewaa..xcited neh. kite pun bakal jejakkan kaki ke uitm puncak alam pd 6/9 nih. arap2 semua bejalan lancar. :)
ReplyDeleteaku search tangga batu caves palam kat google. pastu jumpa blog ko. aku budak palam jugak dulu. group E1 =)
ReplyDeleteKurakuraygslow~ Group E? nama mula dari huruf ape ea?
ReplyDeleteaku Group A5. selamat berkenalan hehe =D
abang2 nak tanya...best x computing???kikiki...
ReplyDeletethnks m'bantu sgt..huhuhu :)
ReplyDeleteSalam nk tye laptop pakai tak mase first sem tuk assignment ke?
ReplyDeletew'salam. mase 1st sem dulu aku takde laptop. ade la jwb soalan dlm online physic. tapi sbab xde laptop aku pinjam laptop kwn jap, tu pun pinjam sbab nk online haha. sem kedua baru aku beli laptop. tp kbnyakan masa aku dok Online je guna laptop tu dlm bilik hhehe. Assignment ade la sket2 je pakai laptop mcm assignment Bio tu. dngar korg nnti ade subjek BEL dan CTU, jadi ada 6 la korg belajar. kitorg batch 2010/2011 dulu takde. takde la bnyk sgt guna laptop nk menaip2. mcm nak buat Lab Report physic, Bio, Chemistry ada kena beli buku. nnti isi report dlm buku tu. carik kertas tu terus hantar je. So, x bnyk la guna menaip kalau beli laptop. Kalau 2nd Sem tu ade nak hntar assignment pakai taip komputer.
ReplyDeleteLampu meja ada tak? Kalau nak study sampai lewat malam, ada bilik khas tak? yang available 24/7?
ReplyDeleteLampu meja... erk xde. dalam bilik tu ada dua lampu. kalau nak study & roomate tido slalunya saya tutup satu lampu tapi still cerah jugak laa... kdg2 roomate xkisah, masing2 faham la nk study utk Test atau quiz. kat Ruang tamu ada ruang kalau taknak kacau Roomate tido. Ruang tamu tu kosong je, boleh gak nak study situ. cuma takde bangku dan meja je la. kat tingkat 1 ade surau dan bilik bacaan/TV. jrg org study kt bilik bacaan/TV selalunye tngok TV je. haha
ReplyDeletebdk asasi sains kna ddk dgn bdk asasi sains jgk ka??ka blh cmpur dgn bdk asasi engrng jgk...
ReplyDeletebatch korang ni x pasti mcm mana. tapi mcm batch dulu2 memang Asasi semua dok dalam 1 Blok bangunan. ada jugak sket2 blok yang campur engin dgn sains. kbnyakannya sains dan engin diletak setempat. cth Blok A4:sains, A3:Engin, A2:sebelah kiri blok engin, sblh knan blok Sains. haha xde sket2 je la campur.
ReplyDeleteEntri ni menaikkan semangat terus..Asyraf..awak A tu bnyak mna?heehehe..nk minta tlg jawab ja...sy 4 ja tapi teringin nk masok asasi undang2 uitm...harap2 jawab yee..
ReplyDeleteCleopatra Chenta Amira, saya 7A masa minta masuk Asasi Sains dulu, memang 1st choice minta Asasi! heheh. Alhamdulillah berbaloi, banyak kenangan kat Asasi ni.
ReplyDeleteTapi 4A nak masuk Asasi Undang2 UiTM boleh je. InsyaAllah. tapi mungkin bukan di Kampus Puncak Alam. masa saya dulu, Asasi Undang2 ada kat dua tempat. Satu di Shah Alam dan satu lagi Di UiTM Sungai petani. setahu saya di uitm sungai petani untuk student keputusan 5A dan kebawah. awak cuba je Apply. mungkin ada rezeki. Goodluck! :)
Huhh untung nyee abg nie dpt asasi ..
ReplyDeleteHrap sgt dpt asasi engineering kt puncak alam ..
Smua bnda baru spe tak nak ..fuhh
Lmbt g dpt result .. hmm
Harapan menggunung nk msuk asasi ..
Thanks share abg :-)
Asasi seronok! Walaupun dah 3 tahun berlalu...Tapi kenangan dgn kawan2 tu masih kekal dlm ingatan. kena cepat sesuaikan dgn suasana Asasi, jgn leka, saya dulu 1st batch Asasi di puncak Alam, semua masih baru. semoga awak dpt Asasi engin Puncak Alam! capailah cita2 awak. insyaAllah. :)
Deletesalam,, masa asasi dulu abang masuk uitm pda bulan brpe ye lpas result kuar??
ReplyDeletesalam. Hanif, saya masuk 23 Mei 2010. Biasanya pada bulan Mei pendaftaran Asasi. Result SPM xsure keluar bile tahun tu.
Deletenak tanya nii, kalau ambek asasi sains, boleh sambung dalam bidang maths x untuk degree?
ReplyDelete#saya lepasan spm
Lepasan asasi sains boleh sambung semua bidang sains, termasuk math dan sains komputer, Business, Bahasa, Kejuruteraan. Bidang math ni pun ada banyak cabang.. setakat ni yang tahu ada sains matematik, management mathematics, statistic, actuari, computational mathematics di UiTM. Kalau nak sambung bidang sains selepas tamat Asasi sains sangat meluas. Tapi bergantung result asasi dan syarat kelayakan bidang tersebut di ipta.. ade je member asasi saya sambung math. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. .bro. .:)seronok baca entri ne.sy memang dah lama skodeng P.alam ni.hihu but unfortunetly sy just dpt 5A for SPM. .subjek sains sy fizik je A.yang len B kcuali bio(C+) kut.soalan sy. .ada can x sy nk dpt asasi kejuruteraan kat cni?
ReplyDeleteAssalamualaikum. .bro. .:)seronok baca entri ne.sy memang dah lama skodeng P.alam ni.hihu but unfortunetly sy just dpt 5A for SPM. .subjek sains sy fizik je A.yang len B kcuali bio(C+) kut.soalan sy. .ada can x sy nk dpt asasi kejuruteraan kat cni?
ReplyDeleteWaalaikummusalam Nadleo Junior. :)
DeleteInsyaAllah ada rezeki. Masa dulu intake masih tak seramai yg skrg. selepas batch saya, intake utk asasi dngr khabarnya ada meningkat sedikit, mgkin peluang utk dpt asasi UiTM lebih tinggi skrg. Pengalaman dlu, ada juga kawan kelas Asasi sains sy yg dpt 5A. Yang dapat 3A pun ada juga tapi kesemua subjek lain gred B. Walaupun result spm 3A, tapi kawan saya dpt skor pointer 4.00 kedua-dua semester.. Asasi kejuruteraan pun lebih kurang sama, cuma biologi tak belajar lah... Asasi Sains dan kejuruteraan kedua-dua ada peluang sambung ijazah kejuruteraan. Apply lah kedua-dua ni. Good luck Nadleo! Semoga berjaya sambung bidang yg diminati! :D
Amin. .:). .lega sy mendengarnya. .thanks for helping. .semOga dirahmati Allah s.w.t
DeleteLepasan asasi sains uitm ada peluang ke oversea tak? Kalau ada begaimana peluang nya susah ke senang?
ReplyDeleteSaya xpasti tntg ni. Tapi biasanya peluang bljr ke luar negara melalui tawaran biasiswa JPA atau mana biasiswa lain dan akan belajar di institusi persediaan ke luar negara contoh mcm INTEC UiTM. persediaan ada sijil tertentu(A-level) ikut negara. Kawan saya ada bljr ke luar negara lepas Asasi, samada dia memohon biasiswa tertentu atau perbelanjaan sendiri seperti Medic mesir/indonesia kemudiannya pula baru memohon JPA.
DeleteKalau masa asasi boleh mohon JPA, tapi cuma utk biasiswa dalam negara.
Boleh cuba cari mana2 yg tawarkan biasiswa ke luar negara dgn kelayakan sijil asasi, tak semestinya JPA shj. kawan saya lepas Asasi ada mohon KLE USM. international medical programme.
Nak futrher dentistry @oversea after asasi :(
Deletekalau lps asasi asasi sains bleh tak smbg ijazah kejuruteraan
ReplyDeleteYup.. Sambung kejuruteraan pun boleh jugak. Asasi Sains dikira asas belajar sains. kebanyakan program ijazah boleh masuk termasuklah kejuruteran. :)
DeleteWah, mcm best je uitm puncak alam ni....rasa tertarik lepas baca entri ni. Maaf, saya ingin bertanya, kemasukan asasi ni semestinya dapat A untuk semua atau sebahagian subjek sains ye?
ReplyDeleteHye, Vio.Tak semuanya mesti keputusan A baru dapat masuk. Ikut rezeki juga. Penting A dalam subjek sains. Tapi kawan asasi saya ada juga sesetengahnya tak dapat A dalam sains, paling kurang pun B+, B. Letaklah Asasi Sains pilihan pertama dlm UPU, Ada rezeki dapatlah studi di kampus Puncak Alam ni. :)
Deleteassalam. saya dapat 8a.tpi biology saya c+ ;'(( . rasanya layak ke asasi sains? tq
ReplyDeletewsalam syarifah. awak apply lah utk asasi sains uitm, saya sokong pilihan awak. tp apa yg saya nasihatkan, apa2 keputusan yg awak dpt nanti awk kena terima dgn redha, jgn terlalu berharap, nanti awak akan kecewa if awk tak dpt apa yg awk harapkan tu. kita tawakal kpd Allah. kebarangkalian awak dpt tu ada. Mmg asasi sains mementingkan subjek sains, InsyaAllah ada rezeki awak. semoga awak berjaya nanti, pilih bidang yg awak minat ye. teruskan usaha ke arah tu. :)
Delete