Monday, March 7, 2011

Semakin hampir ke penghujungnya.

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku akan tinggalkan Asasi sains.

lepas habis Final Exam. kami kena kosongkan bilik. 


dah setahun aku tinggal dalam bilik sama. dan pada mulanya sem1 aku ade roomate. 
sem2 pulak dia dah pindah ke Kolej Sime Darby.  
sebelum ni tak pernah tinggal Hostel. jadi Ariff la roomate yang mula-mula sekali aku pernah ade. 
Fahmi Ca, Noor Haziq, Ijan(syamsul rizan), Azwan dan Ise(farisan) dorang semua ni housemate aku.
pengalaman pertama ade roommate dan housemate.

dan sekarang sem2 aku tinggal sorang2 dalam bilik. 
bilik B sekarang jadi milik aku.. haha... 
2 katil single gabung jadi 1. 
meja study ade dua, satu untuk letak laptop, satu lagi meja nak study.
hmm… aku masih ingat lagi Ariff. Bagus jugak kalo dia ade lagi kat UiTM ni jadi roommate aku.

aku akan ingat kenangan Asasi Sains, kawan-kawan UiTM Puncak Alam dan pengalaman aku kt Universiti ni.

Tidak lah selalunya gembira, tak juga selalunya sedih dan kecewa.

iNi semua asam garam kehidupan.
Pengalaman yang dewasakan diri, mematangkan diri.

aku berkenalan dengan ramai orang yang datang dari serata negeri. bermacam loghat daerah, ragam, dan personaliti. 
ade gak stail orang yang aku baru pernah jumpe. 
ade gak yang sosial, pemalu, merendah diri, sensitif, dan suke bergosip.... 
ade stail playboy and playgirl. -_-".. insyaAllah xde org yg mcm tu...

Dari Tadika ke sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah. Akhirnya ke Universiti. Semua ni proses mematang diri untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Banyak lagi yang aku akan lalui…
zaman berkerja, berkahwinan dan usia tua kelak.


sekarang ni aku sibuk study. Final Exam tinggal beberapa hari lagi.
semua ni demi masa depan aku. 
jadi aku kena mencorakkan masa depan aku dari awal... InsyaAllah.
kita merancang, Allah yang menentukan.

~Bermula dengan baik dan akhirilah dengan baik~



1 comment: