Belakang kampus ada Bukit yang berhutan.
hadapan Kampus Laut China selatan.disebabkan Kolej kediaman aku, Gemia3 belakang bukit yang berhutan banat.
ade macam2 haiwan aku ade nampak setakat ini.
haiwan pertama: Babi hutan. masa tu waktu pagi-pagi buta aku nak ke surau. ada 4 ekor semuanya. tengah dok korek-korek Tong sampah. nampak je terus 4 ekor tu lari.
Haiwan Kedua: Monyet. masa tu petang sikit. monyet-monyet tu merentasi laluan pejalan kaki nak ke pokok sebelah. Comel la pulook. haha
Haiwan Ketiga: Lembu-Lembu Liar tengah meragut rumput berdekatan Tasik. tanduk panjang-panjang gak.
Haiwan keempat: Burung kecik warna Merah. cantik warna burung tu. Seriously nampak Unik. masa tu burung tu sesat termasuk dalam surau. dok terbang kat siling surau. tiba-tiba. panggg! langgar kipas dan terus jatuh. burung tu jadi keras tak gerak. mati dah laa tu… Kesian…
Haiwan kelima: memerang berwarna hitam. aku pun tak pasti tu memerang atau tak, tapi dari segi fizikal macam memerang. sekumpulan memerang berada di tepi Tasik, ade yang tengah berguling-guling. comel gak.
Haiwan Keenam: monyet hidung panjang. aku taktau nak panggil monyet ape. rasenye tu monyet hidung belanda kot. kawan aku la yang nampak.
lain-lain cerita dari Blog orang lain ade nampak Badak sumbu.-.-
ade terbaca dari Blog seseorang. Belakang kampus UiTM Dungun iaitu Bukit berhutan tu merupakan Hutan Simpan.
dan…. UiTM ade buat tapak camping. Kem Gemia kat Hutan tu.
A resort Kampus.
No comments:
Post a Comment