aku dapat Temuduga SPA untuk kali ke-2. untuk kali ke-2 ni bukan aku mintak. tapi dipanggil.
classmate aku dah la 7 orang je. tetiba dengar sorang tu beriya-iya pegi temuduga SPA dan berharap dapat jadi Nurse. haihhh... tension aku. dah la kelas pun tak ramai. tak meriah.
aku Pon dapat gak! tapi aku tak pergi. aku dapat pilihan temuduga sebagai jururawat dan pembantu perubatan. SPA! ok... SPA memang la orang cakap dapat tajaan, habis belajar dapat kerje.
Tapi! takkan la aku nak berpatah balik amik Diploma? aku masuk ASASI SAINS. dah membazirkan 2 semester di Asasi Sains. kalo aku tahu nak amik SPA memang dah lame aku belah dari Asasi mase semester1 lagi. sekarang aku dah amik Ijazah Sarjana Muda Sains (perkomputeran pernigaan)(kepujian) di UiTM Dungun.
Ingat aku suke dengan ape aku dapat ni?? sebenarnye takk... tapi aku redha... mungkin ade Hikmahnye aku dapat Kos ni. mungkin masa depan aku akan lebih baik? hanya Allah yang tahu.
so... aku dah gunakan masa setahun kat Asasi Sains. aku tak rase nak amik Diploma.
memang sekarang ni Asasi Sains yang orang cakap budak-budak terpilih la dikatakan. lepas habis asasi aku dapat degree business computing. lain dari ape yang aku belajar masa Asasi. sekarang dalam business computing subjek yang aku susah nak belajar iaitu Ekonomi!
aku xde basic ekonomi dan aku tak suka Subjek ni. ape yang aku suka? Science! science!
ekonomi aku teruk... aku tak dapat kejar lagi ape yg aku dah belajar... masih lagi blurr...
buku ekonomi lagi dasyat dari buku sejarah. lagi cepat aku tertido mase bace. haihhhh...
Bab Programming C++. buat mase ni aku tak rase yang mende ni Susah terlampau. sekarang baru belajar yang biase-biase je. belum lagi yang tahap extreme punye programming. aku tak cakap mende ni senang. cuma kena buat banyak latihan programming baru la nanti boleh paham.
kalo setakat baca buku programming C++ memang susah la nak Paham! kena cuma practice yerr...
cukuplah bagi aku serabut bila dengar ade Classmate tu macam nak belah dari Kos business computing ni.
takkan sebab subjek programming C++?? rilek laa.. cuba belajar perkara baru.
aku ni! ekonomi! dorang ade basic ekonomi mase matrik. aku takde. lagi la mencabar bagi aku nak belajar mende tu.
Dorang xde basic programming. aku pun xde. sama rata kan? fair? tapi aku lagi lah... nak kejar subjek ekonomi tu. kadang2 rase macam berputus asa dah...
semester akan datang pulak belajar Business. untuk pengetahuan. subjek yang paling aku tak suka iaitu business!!! tak suka langsung! langsung! xde kaitan dengan Sains! gila sedihhh! :'(
sabar...sabar...jgn emo. kna study lbey skit dari org len coz kita xde basic....aku pon x suka sbjek organization management aku....benci2
ReplyDelete