Friday, December 25, 2015

Manusia tanpa Imaginasi, hambar.

Manusia tanpa imaginasi memang akan terasa hambar.

Kalau korang buat sesuatu jenaka pada manusia begini, korang akan terasa jenaka korang sangat hambar disebabkan oleh dia. Dia tak dapat tangkap apa yang lawaknya. Dia tak dapat bayangkan.

Imaginasi adalah satu keadaan mental berkenaan pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara, ingatan(memori) dan kepercayaan. Imaginasi memainkan peranan dalam memahami diri kira sendiri dan orang lain. Termasuklah bagaimana kita melihat sesuatu perkara yang telah berlaku, masa akan datang dan mengubahlihat senario sebenar. Bagi aku, seorang penulis, pengarang novel mempunyai imaginasi yang sangat baik. Macam sebuah novel, pengarang membentuk watak seseorang dan menghidupkan watak dengan personaliti. Personaliti itu adalah hasil imaginasi dia. Sehingga dapat membawa pembaca untuk merasai personaliti rekaan itu. Yup, pembaca pun berimaginasi juga.

Kita tak dapat lari dari imaginasi sesuatu. Ia juga dalam satu bentuk pemikiran kita. Kalau tidak, hidup memang akan hambar. Kosong macam kertas A4 putih.

Ouh, aku terbayang kertas kosong pulak.


Imaginasi ni pun membantu mengingat sesuatu. Buat matematik pun kadang2 aku gunakan imaginasi kalau nak cepat. Orang kata congak lah.
(Tapi serius skill matematik dan fizik aku sangat karat dah sekarang)

Terutama bila congak jawapan sesuatu equation. Macam menulis dalam otak. Nak menulis dalam otak ni kena ada daya ingatan(short term) yang kuat. Contoh macam soalan ni jalan kira ada 6 steps untuk dapat jawapan. Dah tulis sampai ke step ke-5, korang tak dapat recall imagine balik step ke-4. Hasilnya semua musnah. Sebab tu aku kata kena ada ingatan yang kuat kalau nak guna imaginasi dalam bab ni. 1st gunakan memori, dan 2nd guna imaginasi untuk bina sesuatu dari memori. Eh, Bunyi macam kreativiti kan? Kreativiti ni kalau korang dapat cipta sesuatu hasil dari imaginasi. Kalau tidak ia kekal lah imaginasi sendiri.

Kalau tiada imaginasi, mungkin Albert Einstein pun tak dapat fikir theory of relativity E=MC2. Aku rasa lah, sebab Einstein pun banyak tekankan bab imaginasi.

"I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." - Albert Einstein

Aku tak setuju ni. Knowledge first! Baru boleh imaginasi!

Wednesday, December 23, 2015

I did it My Way



And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain
I've lived a life that's full
I traveled each and every highway
And more, much more than this, I did it my way


Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do and saw it through without exemption
I planned each charted course, each careful step along the byway
And more, much more than this, I did it my way

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall and did it my way


I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside, I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way
"Oh, no, oh, no, not me," I did it my way

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels and not the words of one who kneels
The record shows I took the blows and did it my way


Frank Sinatra - My Way

~gempaksher~

Sunday, December 20, 2015

Kenapa lah kita kena fikir pasal orang lain?

Pergi ke kedai gunting rambut atau senang dikatakan saloon rambut. Owner kedai tu boleh kata kenal lah dengan aku. Parking kereta seberang jalan depan kedai. Dah lama jugak tak gunting rambut kedai tu sejak parent aku dah tak buka berniaga. Yup dulu parent aku ada kedai sebelah saloon rambut tu. Sebab itulah dia kenal kami sekeluarga.

Banyak pembaharuan dalam kedai tu... Maklumlah dah 4tahun dah pun berlalu. Dari jauh aku perhati memang ramai lagi orang dalam saloon tu. Semuanya perempuan. Aku ni jenis tak suka menunggu. Dah berdiri depan kedai, mulah berfikir nak ke kedai sebelah satu lagi atau tak. Kalau dua-dua pun penuh, how?

Akhirnya aku masuk jugak. Ramai customer, jadi aku terpaksa tunggu giliran.

Dah dalam 15minit aku pun mula lah rasa bosan. Henset dalam poket langsung aku tak keluarkan. Lagipun henset aku tu takde internet, takde kredit. Bosan jugak lah... Terfikir nak keluar dan jenguk kedai satu lagi. Kalau tak penuh boleh terus aku gunting.

Aku mula berfikir... kenapa akan rasa serba salah kalau dah tunggu lama 15minit dan terus keluar kedai ni? Kalau ikutkan konsep pelanggan, pelanggan berhak pilih perkhidmatan yang dia mahu tanpa paksaan. Tapi nak melangkah keluar tu rasa serba salah.

Dalam fikiran aku bermonolog.
"Kenapa lah kita kena fikirkan pasal orang lain. Boleh je aku nak keluar kedai ni. Tapi apa auntie ni kata pulak, nampak macam tak elok terus keluar macam tu. Tadi masuk kedai kata nak gunting rambut. Kadang bila kita nak buat keputusan kenapa kena juga ambil kira pasal orang. Nak hidup harmoni dengan orang-ramai kadang kita kena ketepikan prinsip kita. Bila ada orang disekeliling kita, sesuatu keputusan kena ambil kira siapa yang akan terkesan sama, why? why?"

Aku tunggu jugak, sampailah dia panggil aku. Hasilnya memang dia potong kemas. Harga pun murah. Aku tak sure lah murah ke tak. Tapi bila banding kedai kat JB yang aku selalu gunting, JB mahal lagi. Beza 4ringgit.

Mengambil kira hati dan perasaan orang lain... mungkin boleh kata kita ni sopan dan beradab. Kan? Ataupun sebab antie tu kenal aku. Alahhh lama sangat kot dia tak nampak muka aku. Tetiba dia tegur

"Eh, you selalu gunting rambut kat sini kan?"

Dia cam muka aku. Cuma dia tak sure dia pernah tengok masa bila. Yup, aku anak tokey kedai sebelah. 4 tahun lepas. Aku explain lah kat dia aku ni siapa.







Thursday, December 17, 2015

Beberapa hari sebelum surat berhenti

Aku terbaring di atas lantai. Memandang kipas siling. Bilik aku yang berkongsi dengan 7 orang lagi, cuma ada beberapa orang waktu petang tu. Macam biasa musim exam, jadi ada yang berada di bilik ada yang studi kat luar.

"Weh, kau tak pergi exam ke?"

Aku termenung tengok siling, fikiran aku dah kosong. Sekosongnya... Aku dah malas nak fikir. Ini semua menyeksakan. Cuba bertenang. Semua perbualan dengan rakan bilik tu, aku jawab sangat tenang. Aku menjawab dengan selamba.

"Tak..."

"Kau ni gile lah asrap, ade ke exam tak pegi"

Aku dah plan nak berhenti... Tak boleh teruskan lagi. Walaupun dalam fikiran aku, masa depan aku semua dah hancur. Aku kecewa, sedih, tak dapat tanggung seksa ni lagi. Aku dah letih... Sangat menyakitkan fikir ini semua. Sampai ke tahap aku dah tak boleh fikir lagi. Macam orang putus harapan. Tapi still boleh senyum dengan member. Palsu. Aku tak pernah cerita masalah aku dengan semua member. Cuma dengan beberapa orang sahaja. Aku dah lama bertahan, bersendirian... Akhirnya memakan diri.

Ni semua dah hancur, aku taknak fikir lagi. aku dah tak nampak apa2 pada masa depan aku.
Apa yang aku fikir... aku cuma nak tamatkan ini semua. Taknak buang masa lagi.

Keputusan dah muktamad, Surat berhenti akan aku isi dan hantar. Semua dah pun aku fikirkan dan ambil kira dari A hingga Z. Ambil kira banyak pandangan. Sebab-sebab aku patut berhenti dan fikir apa perancangan aku selepas ni. Kalau tetiba aku berhenti sebab yang suka2 saja, itu memang kerja gila lah. Dan itulah apa yang kawan2 aku ni nampak pada aku. Aku tak ceritakan pun semua perkara kat diorang.

Tapi still belum boleh berasa lega, selagi aku tak hantar dan setelkan semua. Dan tinggalkan tempat ni. Aku dah benci FSKM masa tu. Tempat tu menyedihkan.

-Kolej Perindu, UiTM S.Alam
Julai 2012.

Saturday, December 12, 2015

Oh Usher: That's what i call love

Aku add wechat someone yang dah lama aku remove sebab dia tak active. Nampak gambar dengan seorang lelaki. yeahh dia perempuan lah. Seseorang yang aku minat dulu. Tak la banyak aku pernah borak dengan dia, biasa-biasa. Then aku lost contact. Ni lah aku baru add balik.

Ini logik yang kita akan biasa dengar, bila minat/suka seseorang try to get her lah. Yes, aku try. Mungkin tak kesampaian sangat kot. So, aku tak push dah diri sendiri. Macam seorang loser gak lah. Itu terpulang korang nak kata apa. Still dalam lost contact tu teringat gak lah dia ni. Hmmm dasyat betul penangan dia. Cuma masalah aku ni, aku seorang yang sentimental, susah lupa pasal orang.

Bila baru add ni nampak gambar dia dengan seorang lelaki. assumption, Mungkin pakwe dia kot. Tapi aku tak lah rasa frust pun walaupun minat tapi tak dapat pun tackle dia. Btw aku memang tak pandai tackle perempuan, sebab tu aku tak try. Prinsip aku cuma, jadilah diri sendiri. Tak perlu ikut orang yang pandai ngorat makwe, manis mulut, caring gila(kadang diorang ni hipokrit bagi pendapat aku).

Ada juga beberapa siri minat pada seseorang. Tipu ahh kalau tak pernah nak minat sape2 kan. Kecuali kau gay/lesbian. Paling sikit pun akan ada sikit lah korang minat kat sape2. Kalau korang still kata tak ada, maknanya korang menafikan fitrah yang begitu cantik dan indah. Secara subconcious korang pernah minat someone sekarang ni, atau suatu masa dulu. Dah, takyah korang nafikan lagi.

Siri yang pertama... Minat, dan aku confess. Tapi macam biasa lah, aku ni tak pandai ngorat. Pastu aku blah camtu je. Tak try pun. Dan aku pemalu. Bukan cara aku untuk sentiasa texting selalu dengan perempuan, gunakan ayat manis dan caring. Sebab aku bukanlah sesiapa. Kadang tu aku fikir macam jaga batas pergaulan gak. Kalau aku ni suami ok gak lah kan. Seterusnya, perempuan siri pertama ni aku tengok setahun kemudian ada pakwe. Aku tak menyesal pun dia tak jadi makwe(calon) aku. Tapi apa yang buat aku lega, dia bahagia. Sejak tu... aku fikir dan fikir. kenapa aku tak menyesal pun tak dapat tackle dia. Tapi aku rasa gembira dia dah ada pakwe dan dia pun bahagia.

Sejak tu aku capai satu konklusi buat diri sendiri... "Kalau kau suka/cinta seseorang, tak semestinya perlu memiliki. Asalkan kau nak dia bahagia, dimana secara tak langsung kau pun rasa bahagia tu. Tak semestinya bahagia dengan kita. Kau yakin dia bahagia dengan kau?"... Fall in love tu ada juga indah rupanya.

Siri kedua.. yang aku add wechat ni. Nampak macam sorang lelaki. Kalau itu pakwe dia ok lah. Asalkan dia bahagia. Kahwin tu harap jemputlah aku, walaupun aku tak dapat nak pergi sebab tengah studi. Tapi entahlah dah Setahun kan lost contact... macam2 boleh jadi. Entah2 dia dah kahwin. Tapi itu benda yang baik bagi dia kalau dah kahwin.

Bagi sesetengah orang bila cerita bab macam ni, seperti "geli-geli", jiwang... Macam kau akan dipandang "eh, tak habis2 cerita cinta/jiwang". Tapi "love" adalah salah satu cara untuk kau nak mengenali dunia sekeliling. Bagaimana pandangan kau terhadap sesuatu. Tak semestinya pasal manusia, kesukaan kau terhadap apa2 pun. Apa yang kau rasa dan cuba terjemahkan dengan cara sendiri.

Salah satu topik yang korang boleh cuba uji keupayaan korang berfikir memahami sesuatu, sebab perkara ini berlaku dalam dunia sekeliling kita. Banyak perkara yang aku tulis dalam ni adalah apa yang difikir. Boleh kata 80% yang aku tulis, tak pernah keluarkan dari mulut percakapan. Sama ada pasal topik ni atau dalam post2 yang sebelum. Cuma apa yang ada dalam fikiran dan aku cuba tuliskan disini. Ada banyak masa bersendirian dapat meluangkan masa berfikir dari apa yang dibaca, dilihat, dirasa, dilalui. Menulis sahaja cara yang dapat aku ekpresi apa yang difikir untuk orang lain fahami. Nak gambarkan, bagaimana dunia ini dilihat pada sudut pandangan aku. Iye dak?

Itulah falsafah.

Selamat bercuti. Cuti Semester!
Next Chapter. Tahun depan aku akan posting latihan di Segamat.




Wednesday, November 18, 2015

Lelaki vs Wanita : Kecenderungan memilih pasangan?

       Ini tajuk yang agak menarik untuk aku kongsikan hasil bacaan dalam buku psikologi.
Perkara yang aku tertarik nak tahu sebenarnya, setelah lama aku berfikir dan tertanya. Benda ni lelaki dan perempuan suka debatkan.

        Biasanya perempuan banyak aku baca dalam status di facebook mengatakan
"Rupa saja hensem, tapi pemalas tak guna juga". Contohnya lah. Mereka memberikan daya tarikan yang patut ada pada seseorang itu selain rupa paras.

        Seperti mahu mengatakan bahawa rupa paras bukanlah yang diutamakan. Ada kateria lain yang lebih penting dari rupa. Tapi ada juga perempuan yang cenderung pada rupa paras juga. Bagi aku rupa paras ni bonus! Daya tarikan rupa merupakan bonus tambahan. Mungkin kita dah banyak dengar pandangan orang berkongsi dalam laman sosial dan juga hasil perbualan. Bagi aku ini tak cukup. Aku mahukan yang lebih kukuh dan bersebab. Kebanyakan pandangan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian individu itu sendiri.


Jadi kita lihat pula perspektif daya tarikan dari segi psikologi.

Daya tarikan yang paling asas bagi manusia seperti kita adalah melibatkan kesihatan. Nampak macam boring. Kesihatan? apa yang menariknya dan kaitan dengan daya tarikan?

         Pernah tak korang berangan bila lihat seseorang yang kacak/cantik, membayangkan bagaimana jika korang kahwin dengan dia dan dapat anak. Mesti comel anak tu.. macam anak artis yang baru-baru ni. contoh. Pernah terbayangkan? Kalau tak pernah, jadi korang patut cuba bayangkan. 50/50 rupa anak akan mengikut rupa paras ibu dan ayah mereka. Apa kaitannya dengan kesihatan? Membawa kelansungan genetik yang baik dan sihat.

          Bentuk wayah yang simetri(seimbang). Kateria ini dikaji oleh para pengkaji ia menjadi salah satu daya tarikan. Boleh dikaitkan dengan keabnormalan perkembangan dan genetik yang tidak bagus atau masalah kesihatan melibatkan bentuk wajah tidak simetri. Ada juga korang pernah tengok orang memiliki mata dia sepet sebelah, mulut senyum senget sebelah atau seumpamanya yang tidak simetri pada wayah. Memang nanti korang kata, "Tak pernah pulak aku nilai benda2 ni semua". Yup, korang manusia yang mempunyai naluri, tak sedar perkara detail. Dan fitrah. Kadang benda ni tak perasan pun, Kita lihat seseorang kemudian rasa tertarik dengan rupa dia. Tapi kalau ada something wrong dengan muka dia, boleh perasan lah jugak kan. Itu lah simetri wayah.




         Wanita. Nisbah waist-to-hip. Sorry lah aku nak cakap. Lelaki lebih tertarik melihat perempuan yang pinggul lebar. Tapi itu normal kan? Bukankah itu suatu ciri fizikal yang menarik ada pada perempuan. Ok, ini berkaitan dengan psikologi. Harap tak ada yang kaitkan larangan agama, "Jangan usha bontot perempuan lama-lama", Kalau dah terpandang nak buat macam mana. Tapi sekali terpandang cukup lah, atau patut elak sebenarnya. Aku just nak explain, lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik. Tak lupa nak sebut juga antara ciri fizikal yang lain adalah payudara. Ia juga melambangkan kesuburan.




          Apa kaitan dengan kesihatan? Di serata dunia, lelaki lebih memilih perempuan yang mempunyai nisbah rendah, sederhana waist-to-hip ratio dimana ia berkait dengan potensi reproduksi wanita. Ia menunjukkan seseorang wanita itu sihat dan muda. Mesti pernah tengok yang pinggang ramping gila, pinggul lebar. Macam kerengga! Orang tua-tua kata, perempuan macam ni senang nak beranak. Tapi itu ada benar juga dari segi perubatan kesihatan

           Dimudahkan, manusia berevolusi diprogram untuk berkelakuan seperti ini untuk meningkatkan potensi reproduksi mereka. Sebab apa lelaki/perempuan memilih kateria ini.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih berminat berbanding wanita dalam isu mencari yang mudacerdas dan punyai tarikan fizikal pada pasangan sebab ciri-ciri ini dikaitkan potensi reproduktif yang tinggi.

           Aku nak kaitkan juga lah dari segi perubatan yang aku belajar. Perempuan yang pertama kali mengandung pada umur yang sudah lanjut(cnth 35tahun) cenderung mengalami komplikasi ketika mengandung. Kahwin awal, better bagi perempuan. Awal yang tidaklah terlalu awal. you know what i mean.

             Kajian seterusnya menunjukkan perempuan meletakkan keutamaan pada prospektif kerja, status sosial dan potensi kewangan pasangan lelaki. Kerana ciri-ciri ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menggunakannya sebagai sumber membesarkan anak. Pernah dengar, perempuan sukakan lelaki yang pandai cari duit?


Nampak segakkan lelaki yang memakai uniform ini. Tak kira lah rupa macam mana pun tetap nampak menarik. Sebab apa? Uniform ni pun dah melambangkan status ekonomi dia macam mana. Perempuan yang belakang tu pula pakai baju pramugari. Bila dengar pramugari je mesti dalam otak dah terfikir, mesti cantik-cantik. Hakikatnya tak semestinya semua cantik. kan?


Karakter lelaki: Lebih meletak penekanan potensi pasangan pada daya tarikan fizikal(Rupa paras dan fizikal)
Karakter perempuan : Menunjukkan lebih berminat pada potensi pasangan yang memiliki harta-kewangan dan status sosial.

             Tapi... kalau korang fikir balik, kajian ni menunjukkan perempuan lebih berfikir panjang sebab pilih sesuatu itu untuk long-term? Kahwin dengan lelaki yang membolehkan mereka anak-beranak hidup senang kemudiannya. Kejap. Biar aku teruskan lagi.

              Dalam kajian, sebagai contoh apabila wanita ini ditanya apa yang mereka pilih untuk pasangan short-term(untuk hubungan seks), mereka memilih daya tarikan fizikal sama seperti mana lelaki memilih.
Jadi nak kata lelaki ni fikir short-term saja lah? Tak. Seperti yang aku kata daya tarikan fizikal ada berkait rapat dengan kesihatan dimana akan membawa zuriat yang baik. Membawa genetik yang bagus. Fizikal yang menarik itu boleh berkait rapat dengan kesuburan wanita dan lelaki.

              Kita lihat pula, bagaimana wanita yang mempunyai daya tarikan yang tinggi menilai potensi pasangan. Mereka ini pula sedar akan potensi mereka mendapat pasangan yang nilai tinggi. Mereka mahukan pasangan yang mempunyai potensi status ekonomi dan daya tarikan fizikal. Korang tengok sendiri dalam TV perempuan cantik biasanya kahwin dengan?

             Wanita ni kadang sukar diramal. kitar haid mainkan peranan juga mempengaruhi dalam memilih pasangan. Apabila wanita berada di pertengahan kitar haid mendekati ovulasi iaitu dimana mereka di fasa subur, pemilihan mereka berubah kepada lelaki yang memiliki wajah maskulin, berbadan tegap, daya tarikan wayah, dan karakter dominan.

              Ada kajian dilakukan pada 'strippers' perempuan, hasilnya mendapati strippers ni mendapat lebih duit keuntungan dalam satu malam ketika mereka dalam tempoh paling subur. Tak pasti samada ini disebabkan daya tarikan pada wajah ketika waktu subur ataupun disebabkan penari strippers ni lebih kerap mendekati pelanggan disebabkan mereka bermotivasi secara seksual ketika subur.


Melalui apa yang dikaji oleh ahli psikologi. Apa yang korang dapat simpulkan. Ini psikologi dari segi Evolutionary perspective.




Friday, November 13, 2015

Kenangan sekolah rendah?

Aku terbaca tweet dalam twitter tentang kongsikan peristiwa/perkara kat sekolah rendah yang korang tak dapat lupakan.

Aku pun mulakan berfikir... apa yang aku tak lupa lagi setakat ni.
then aku teringat dulu aku pernah tulis 'surat cinta' pertama aku.

Serius surat cinta budak sekolah rendah memang hampeh gila.
Sekarang aku cuma boleh senyum je lah bila teringat balik.

Ada budak perempuan ni dikira femes jugak kat sekolah sebab anak cikgu. Point untuk jadikan seseorang budak perempuan tu menarik... adalah sebabkan femes je.. Budak perempuan ni ada geng 2-3 orang yang selalu follow sekali kemana-mana saja.

Ada suatu hari dia lalu selisih aku kat tangga. Nama dia ni Shirah(bukan nama sebenar). Kawan dia yang tegur aku dan cakap dengan selamba

"Weh, Shirah suka kat hang"
Aku balas simple. "Ok, hmmm.." dan blah lalu tak ambil kisah.

Padahal time tu aku dah perasan gila. Hahaha. feeling. Ada orang suka kat aku beb.
Ok, korang jangan ambil serius cerita aku ni. Ni cerita zaman dulu, otak tak matang lagi. Budak-budak.

Kemudian aku melaksanakan plan aku. Macam kebiasaan budak2 lain pun pernah buat. Aku ikut stail diorang buat iaitu 'surat cinta'. Dulu mana ada sms. Semua main surat. Nampak tak zaman dulu2 lagi awesome dan lejen? Budak sekarang dah tak rasa benda ni semua. Abang aku yang sekolah menengah time tu pun main surat-surat lagi. Mana ada henset nak sms. Facebook lagi lah takde nak stalking kan? instagram? Blog? No no no... Belum ada lagi zaman tu. Nak tengok gambar orang pun susah. Kena minta gambar sekeping baru dapat tengok simpan.

Bila dah tulis surat tu, aku pass kat budak kelas aku yang kenal dengan Shirah ni. Shirah ni budak kelas sebelah. Aku bagi kat member aku ni... Tak sempat sampai kat Shirah, baru beberapa minit dia dah baca surat tu dan gelak2. Hahah hampeh. Tapi surat aku tu simple je, just nak penjelasan betul ke dia suka aku. Aku tak reti letak ayat drama jiwang atau novel.

Surat tu pun diserahkan... kemudian esoknya aku dapat reply. Dasat gak. Bau wangi.
Aku baca surat tu dan... hmmm. Dulu aku baca takde lah gelak2, cuma macam pelik2 sikit je lah. Kalau sekarang ni, bila aku teringat balik apa yang dia tulis memang aku gelak2. Baru darjah 5 dah tulis "cinta", "Shirah sayang kat hang". Dasat gak la budak zaman sekolah rendah. Pengaruh mana taktau lah.

Ada jugak yang femes bila budak perempuan bagi surat cinta kat cikgu praktikal. Cikgu muda lah katakan. Bagi yang kantoi tu, siap dibacakan lagi surat tu dalam perhimpuanan. Serius jiwang menggunung, siap fikir kahwin bagai.

Bersambung pasa Shirah ni... Kemudian aku dapat tahu yang dia ni memain ja. Dia suka 'skandal' merata. Esoknya waktu petang. Aku tak ingat dah ada aktiviti apa waktu petang tu. Aku jumpa dengan shirah dan member dia kat sekolah. aku tengah kayuh2 basikal dalam sekolah. Shirah ni ada jurucakap dia sendiri, iaitu member dia. Entah kenapa dia yang tak cakap.

"Weh kalau hang sayang shirah bagi dia seringgit"
Katanya dia takda duit.
Ceittt aku pun duit sikit je, itupun mak bagi. Memang tak la aku nak bagi kat dia.
So, aku dah rasa lain macam. Nampak dah permainan ini semua.
Nampak tak aku time sekolah rendah dah matang boleh fikir?? Haha

Aku lupakan je lah Shirah tu...
Tapi yang aku still ingat, aku simpan bertahun jugak la surat yang dia bagi tu atas almari. Sekarang ni dah hilang sejak ada kemas2 masa dulu. Baru je nak buat kenangan bila dah besar. hmmmm...

Itu surat cinta pertama. Tak cinta sangat lah pun... macam hampeh je bila aku fikir balik. Kecik2 lagi dah jiwang bukan kemain. Ayat mana lah dia ciplak. Cuma aku je ayat formal lagi. ;)

Semua orang ada cerita mereka sendiri kan?
Nak cerita pasal aku jiwang masa sekolah menengah? Pernah, tapi tak jiwang mana sangat. Just suka someone ni masa tingkatan dua. Kemudian peristiwa ni mengubah pandangan aku terhadap perempuan sehingga sekarang. Aku takkan ikut apa yang budak sekolah lain buat iaitu 'couple' or 'bercinta'. Sehingga sekarang ni, ia jadi prinsip aku. Sama ada tindakan sesuatu itu perlu atau tidak. Jika perlu, bilakah waktunya? Matang.

Monday, October 26, 2015

Berkelah oktober

Sejak dua hari ni fikiran aku agak terganggu. Buatkan aku hilang fokus.
Perkara yang sentiasa berlegar dalam ruang fikiran.
Entah lah.
Mungkin teringat seseorang atau sesuatu.
Itu rahsia aku. dan complicated.

Biasanya kita takkan jadi macam ni, kecuali kalau ada sesuatu peristiwa atau perkara yang buatkan kita teringat-ingat atau risaukan. Harap esok kembali normal setelah beberapa hari ni jadi macam ni. Taklah aku mengelamun... Sampai mandi pun aku terambil sabun shower letak kat rambut. Nampak disitu aku takleh fokus apa yang aku tengah buat.

2 hari lepas pergi berkelah... Dan apa yang aku dapat rasa. Teringat jugak lah macam feeling dengan kawan-kawan sekelas dulu kat UiTM Dungun. Macam mana kitorang lepak borak2, Gurau2 masa dulu. Yeah. Sebab kawan sekelas aku dulu ada lelaki dan majoritinya perempuan. Tak macam sekarang ni majoriti lelaki. Susah sebenarnya aku nak selesakan dengan orang aku baru kenal. Tambahan kalau perempuan. Tapi dengan geng ni ada lah sikit rasa boleh masuk.

Sekarang bulan oktober... aku check balik post sebelum ni. Rasa macam tak cukup banyak dan menarik.
Sebelum Tahun 2015 meninggalkan... Aku akan cuba post sebanyak mungkin. Dan letak topik menarik. Topik yang menarik tu biasanya hasil dari apa yang aku baca.

Saturday, October 24, 2015

How to Fight Loneliness

How to fight loneliness
Smile all the time
Shine you teeth til meaningless
Sharpen them with lies

And whatevers going down
Will follow you around
Thats how you fight loneliness
You laugh at every joke
Drag your blanket blindly
Fill your heart with smoke
And the first thing that you want
Will be the last thing you ever need
Thats how you fight it

Just smile all the time
Just smile all the time
Just smile all the time
Just smile all the time 

-Wilco-
 

Weh Usher!

Biasanya blog aku ni ditaip pada lewat malam. Suasana ni yang aku suka sebab roomate aku tidur. Kadang2 lah dia dah tidur. Ada masa dia tak tidur lagi, baring je atas katil layan henset.

Tapi asalkan dia stay kat katil. Jangan ke hulur-hilir lalu belakang aku. Aku tengah nak menaip nih.

Sebenarnya aku takda apa nak diborakkan dalam blog buat masa ni.
Biasanya ilham aku nak menaip ni tercetus bila aku membaca buku atau melalui sesuatu pengalaman.
Esok aku akan sertai dengan member klinik ke Tanjung Balau. Aku jarang ada dengan member keluar ramai2. Ikutkan ni aku fikir banyak kali nak ikut atau tak. Aku cuba pujuk hati supaya pergi.

"Pergi lah. Sekali sekala kau join dengan member ramai2, bukan selalu ada peluang ni."

"Takkan asyik nak jalan sorangan dengan motor kau je"

"Cubalah bersosial dengan ramai orang"

"Apa yang kau risaukan ni?"

"Macam ada sesuatu yang kau risaukan"

"Masih ingat kenangan keluar dengan member kelas, masa semester 1 degree di UiTM Dungun?"

"Best kan? Kau mesti rindu diorang semua dan kenangan tu. Kawan 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki tu"

"Kau sebenarnya dah lama tak keluar lepak dengan member macam ni"

"Kau risaukan apa?"

"Ahhh aku rindukan gelaran usher, terngiang kenalan dulu sebutkan nama ni"

*Monolog*

Di sini kebanyakan gelar aku dengan nama AV. Sebenarnya aku kurang suka. Nama tu diorang beri sebab nak mudahkan beza nama yang sama dalam kelas. Apa yang aku dapat rasakan pada gelaran tu... seperti sesuatu yang kosong, aku rasa hambar. Entah kenapa. Tapi gelaran Usher tu banyak nostalgiknya. Bila aku dengar orang panggil nama ni, aku rasa... ahh rindu. Nama tu diguna sejak aku di UiTM Puncak Alam, Dungun, Shah Alam. 3 tempat.

"Weh, usher!"


--1.40am--
 Sabtu.
--24 oktober 2015.--

Friday, October 16, 2015

Kenangan tetap kenangan.

Ruang blog sudah terbuka dari tadi, aku mencari ilham apa nak ditaip masuk.
Kita renungkan apa yang telah terjadi pada hari kita hari ini. then... aku terfikir akan masa lalu.

khamis, 15 oktober 2015. gempaksher... 
typing...



Pernah tak kau rasa merindui sesuatu perkara pada masa lalu. Ambil contoh apa2 sahaja.
Pada aku, aku rindukan zaman Asasi Sains aku pada tahun 2010-2011.
Kalau korang rindu, pernah tak rasa nak pergi ke tempat itu semula?

Ya, dulu aku dah buat perkara ni. Aku rindukan UiTM Puncak Alam tempat aku belajar Asasi dulu.
Dalam hati kata "Aku nak ke sana, supaya terubat rindu di hati".
Jadi aku pergi ke kampus itu berseorangan dengan motosikal.

 Apa yang dapati di kampus tu...
Cumalah sebuah kampus yang kosong dan hambar.
Aku cuma mampu memerhati sekeliling kawasan dan mengingati apa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Dalam masa tu, aku termenung berfikir...
Dimanakah semua yang rindukan selama ini?
kenapa aku tak jumpa?
Apa yang korang perlu tahu dan aku berpegang bahawa, Masa lalu adalah suatu tempat yang sangat jauh. Kenangan asasi itu sangat jauh. Aku mungkin tak akan dapat kembali lagi ke sana.

Masa lalu yang dirindui, dimana sekarang ini cuma menjadi kenangan shj.
Kenangan ia adalah cantuman dari masa, tempat, manusia dan emosi.
Gabungan yang bermacam ransangan untuk wujudkan suatu perasaan pada suatu waktu tertentu.



Apa yang sudah hilang ketika aku pergi ke kampus itu adalah masa, manusia tertentu(sahabat) dan emosi. Gabungan masa, tempat dan manusia tertentu(sahabat) ini mewujudkan suatu emosi yang pernah berlaku pada masa lalu. Dan emosi itu mungkin tidak akan sama lagi tanpa 3 ransangan ini, yang tepat pada waktu itu.

Aku cuba untuk fahami bahawa perkara yang lalu tak akan kembali.

Seterusnya, Pernah tak korang merindui kawan yang dulu korang pernah rapat. "Pernah rapat", maksud aku sekarang tidaklah serapat dulu. Kawan itu pernah belajar sama tempat dengan kita. Setiap hari bersama.

Aku pun pernah terfikir perkara ni... kawan aku masa asasi dulu, kitorang rapat. Boleh borak macam2 perkara.
Tapi sejak kami tak belajar di tempat yang sama, masing2 sudah dengan haluan belajar sendiri.
Kami jarang berbual. Maksudnya tidaklah rapat seperti dahulu, setiap hari berjumpa.

Sekarang dia bersama dengan kawan di tempat belajarnya.
Aku pula bersama kawan baru di tempat belajar aku. Perkara ni bagi aku perkara biasa.
Ada sesetengah orang tak boleh move on, still kata
"kitorang dah tak rapat macam dulu, Aku rindu kau yang dulu".
Korang rindukan emosi yang tercetus suatu masa dahulu, pada masa dan suatu tempat bersama dengan kawan tersebut.



Kadang aku cuba sedaya upaya untuk move on apa yang sudah lepas.Sebab ia seperti mengikat kau untuk terbang bebas. membelenggu. Termasuklah kenangan terbaik bersama kawan-kawan suatu ketika dahulu. Sedar bahawa kenangan tetap menjadi kenangan. Nikmati apa yang sekarang ini. Mungkin suatu hari nanti apa yang kau alami pada hari ini akan kau rindui pada masa akan datang.


Tapi, ingat. Silaturahim perlu sentiasa dijaga walaupun kau dah jarang berjumpa.


Disebabkan perkara ini seperti sudah berulang berkali dalam hidup aku, jadi aku sudah lali. Maklumat, memori yang tersimpan dalam ingatan, kau berfikir, buatkan proses belajar berlaku. Kita semua sedang belajar.



Wednesday, October 14, 2015

Cuba fikir, Decision making. Why you should forget the past.

Kali ni aku nak ceritakan tentang membuat keputusan.

Ada kisah tentang seseorang bernama Asraf. Dia seorang yang mempunyai keputusan yang baik dalam SPM, menyambung Asasi Sains kemudian melanjut pelajaran peringkat Ijazah teknologi maklumat. Pada awal semester pengajian keputusannya semester sangat baik, kemudian semakin menurun. Semasa dalam semester 4, beliau mula merasakan untuk berhenti belajar ijazah tersebut dan memikirkan alternatif lain, disebabkan:

1. Beliau dapati sukar untuk meminati bidang tersebut jika kerja nanti
2. Pencapaian akademik semakin menurun kerana hilang motivasi untuk minat bidang tersebut.
3. Beliau tidak mahu membuang masa lagi untuk teruskan lagi bidang yang tidak diminati tersebut.

Kemudian beliau mendengar pendapat orang lain akan keputusannya.

1. Asraf akan membazirkan apa yang diusahakan selama 4 semester dalam pengajian tersebut.
2. Asraf cuma tinggal 3 semester sahaja lagi untuk habiskan pengajian. Rugi. Sikit je lagi.
3. Asraf akan rugi tak dapat sijil ijazah.

Seterusnya. Kisah tentang sepasang suami isteri menonton wayang. Filem tersebut sangat hambar. Sejam kemudian si suami berbisik kepada isterinya "Jom lah, kita balik rumah". Isterinya pula membalas: "No way. takkan kita nak bazirkan tiket wayang Rm20 yang kita dah bayar". "Tapi itu bukanlah sebab kita perlu berada dalam wayang ni sampai habis," protes si suami. "Duit itu sudahpun tiada, Ini adalah sunk cost fallacy sedang berlaku - a thinking error!"

Sama seperti situasi Asraf tadi, pendapat orang mengatakan bahawa beliau sudahpun melaburkan banyak masa iaitu 2 tahun dan wang untuk pengajian tersebut, jika dia berhenti sekarang semuanya akan sia-sia.



Sunk cost fallacy sangat bahaya bila ia melibatkan kita melaburkan banyak masa, wang dan tenaga. Jenis pelaburan begini menyebabkan seseorang teruskan walaupun dia sudahpun berdepan dengan kehilangan apa dilaburnya. The more we invest, the greater the sunk cost are, dan maka akan jadi lebih tinggi keterpaksaan untuk teruskan.

Pada masa itu asraf sudah bermonolog "Buat apa aku bazirkan lagi 3 semester untuk habiskan belajar yang aku tak minat. Lebih baik aku gunakan 3 semester itu untuk sesuatu yang aku minat dan berbaloi".

The Concorde adalah salah satu contoh projek yang merugikan. Ia melibatkan kerjasama antara Britain dan Perancis, mereka sudahpun lama menyedari perniagaan Supersonic Aircraft tidak akan berjaya, tapi mereka teruskan untuk melaburkan wang yang banyak dalam projek ini sekadar untuk menutup malu. Menutup projek ini akan membuatkan seperti mengaku kegagalan mereka. sunk cost fallacy, ia membawa kepada sesuatu yang akan lebih memakan kos dan error of judgement.

"Saya sudah sampai ke tahap ini..."
"Saya sudahpun membaca banyak tentang buku ini..."
"Saya sudah menghabiskan dua tahun dalam pengajian ini..."
Sunk cost fallacy...

Decision making yang rational memerlukan korang untuk melupakan apa kos yang sudah dibelanja. Tak kira berapa banyak sudah dilaburkan, Penilaian tentang kos untuk akan datang dan kebaikannya sesuatu tindakan/keputusan perlu diambil kira.

 
Amerika yang melanjutkan penglibatan mereka dalam perang vietnam disebabkan pemikiran... "Kita sudahpun banyak yang kita korbankan untuk perang ini, Ini adalah satu kesilapan jika kita menyerah sekarang"


Monday, October 12, 2015

 

 Dalam dunia ni kita adalah pakar dalam memahami diri kita sendiri.
Bukanlah pakar kaunselor yang dirasa memahami kita dan bukanlah orang lain.
Mereka cuma membantu kita memahami diri sendiri.
Kita yang lebih tahu sejarah dan selok belok kehidupan sendiri.
Apa yang kita rasa dan alami.

Kita tidaklah sentiasa sempurna dalam semua perkara, kadang-kala lakukan kesilapan
Itu juga perlu kita fahami. Terima kekurangan dan kelemahan diri.
Jangan terlalu menghukum diri atas kesilapan. Penerimaan diri.
Masih ada masa dan ruang pada masa akan datang
Masa yang sudah lalu merupakan suatu tempat yang sangat jauh

Live Your Life

-12 oktober 2015-
-12.41 A.M-
-Gempaksher- 
JB