Ini tajuk yang agak menarik untuk aku kongsikan hasil bacaan dalam buku psikologi.
Perkara
yang aku tertarik nak tahu sebenarnya, setelah lama aku berfikir dan
tertanya. Benda ni lelaki dan perempuan suka debatkan.
Biasanya perempuan banyak aku baca dalam status di facebook mengatakan
"Rupa
saja hensem, tapi pemalas tak guna juga". Contohnya lah. Mereka
memberikan daya tarikan yang patut ada pada seseorang itu selain rupa
paras.
Seperti mahu mengatakan bahawa rupa
paras bukanlah yang diutamakan. Ada kateria lain yang lebih penting dari
rupa. Tapi ada juga perempuan yang cenderung pada rupa paras juga. Bagi
aku rupa paras ni bonus! Daya tarikan rupa merupakan bonus tambahan.
Mungkin kita dah banyak dengar pandangan orang berkongsi dalam laman
sosial dan juga hasil perbualan. Bagi aku ini tak cukup. Aku mahukan
yang lebih kukuh dan bersebab. Kebanyakan pandangan yang diberikan
adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian individu itu sendiri.
Jadi kita lihat pula perspektif daya tarikan dari segi psikologi.
Daya
tarikan yang paling asas bagi manusia seperti kita adalah melibatkan
kesihatan. Nampak macam boring. Kesihatan? apa yang menariknya dan
kaitan dengan daya tarikan?
Pernah tak korang
berangan bila lihat seseorang yang kacak/cantik, membayangkan bagaimana
jika korang kahwin dengan dia dan dapat anak. Mesti comel anak tu..
macam anak artis yang baru-baru ni. contoh. Pernah terbayangkan? Kalau
tak pernah, jadi korang patut cuba bayangkan. 50/50 rupa anak akan
mengikut rupa paras ibu dan ayah mereka. Apa kaitannya dengan kesihatan? Membawa kelansungan genetik yang baik dan sihat.
Bentuk wayah yang simetri(seimbang). Kateria ini dikaji oleh para
pengkaji ia menjadi salah satu daya tarikan. Boleh dikaitkan dengan
keabnormalan perkembangan dan genetik yang tidak bagus atau masalah
kesihatan melibatkan bentuk wajah tidak simetri. Ada juga korang pernah
tengok orang memiliki mata dia sepet sebelah, mulut senyum senget
sebelah atau seumpamanya yang tidak simetri pada wayah. Memang nanti
korang kata, "Tak pernah pulak aku nilai benda2 ni semua". Yup, korang
manusia yang mempunyai naluri, tak sedar perkara detail. Dan fitrah.
Kadang benda ni tak perasan pun, Kita lihat seseorang kemudian rasa
tertarik dengan rupa dia. Tapi kalau ada something wrong dengan muka
dia, boleh perasan lah jugak kan. Itu lah simetri wayah.
Wanita. Nisbah waist-to-hip. Sorry
lah aku nak cakap. Lelaki lebih tertarik melihat perempuan yang pinggul
lebar. Tapi itu normal kan? Bukankah itu suatu ciri fizikal yang
menarik ada pada perempuan. Ok, ini berkaitan dengan psikologi. Harap
tak ada yang kaitkan larangan agama, "Jangan usha bontot perempuan
lama-lama", Kalau dah terpandang nak buat macam mana. Tapi sekali
terpandang cukup lah, atau patut elak sebenarnya. Aku just nak explain,
lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik. Tak lupa nak sebut juga antara ciri fizikal yang lain adalah payudara. Ia juga melambangkan kesuburan.
Apa kaitan dengan kesihatan? Di serata dunia, lelaki lebih memilih
perempuan yang mempunyai nisbah rendah, sederhana waist-to-hip ratio
dimana ia berkait dengan potensi reproduksi wanita. Ia menunjukkan
seseorang wanita itu sihat dan muda. Mesti pernah tengok yang pinggang
ramping gila, pinggul lebar. Macam kerengga! Orang tua-tua kata,
perempuan macam ni senang nak beranak. Tapi itu ada benar juga dari segi
perubatan kesihatan
Dimudahkan, manusia berevolusi diprogram untuk berkelakuan seperti ini
untuk meningkatkan potensi reproduksi mereka. Sebab apa lelaki/perempuan
memilih kateria ini.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih
berminat berbanding wanita dalam isu mencari yang mudacerdas dan punyai
tarikan fizikal pada pasangan sebab ciri-ciri ini dikaitkan potensi
reproduktif yang tinggi.
Aku nak kaitkan
juga lah dari segi perubatan yang aku belajar. Perempuan yang pertama
kali mengandung pada umur yang sudah lanjut(cnth 35tahun) cenderung
mengalami komplikasi ketika mengandung. Kahwin awal, better bagi
perempuan. Awal yang tidaklah terlalu awal. you know what i mean.
Kajian seterusnya menunjukkan perempuan meletakkan keutamaan pada
prospektif kerja, status sosial dan potensi kewangan pasangan lelaki.
Kerana ciri-ciri ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menggunakannya
sebagai sumber membesarkan anak. Pernah dengar, perempuan sukakan lelaki yang pandai cari duit?
Nampak segakkan lelaki yang memakai uniform ini. Tak kira lah rupa macam mana pun tetap nampak menarik. Sebab apa? Uniform ni pun dah melambangkan status ekonomi dia macam mana. Perempuan yang belakang tu pula pakai baju pramugari. Bila dengar pramugari je mesti dalam otak dah terfikir, mesti cantik-cantik. Hakikatnya tak semestinya semua cantik. kan?
Karakter lelaki: Lebih meletak penekanan potensi pasangan pada daya tarikan fizikal(Rupa paras dan fizikal)
Karakter perempuan : Menunjukkan lebih berminat pada potensi pasangan yang memiliki harta-kewangan dan status sosial.
Tapi... kalau korang fikir balik, kajian ni menunjukkan perempuan lebih
berfikir panjang sebab pilih sesuatu itu untuk long-term? Kahwin dengan
lelaki yang membolehkan mereka anak-beranak hidup senang kemudiannya.
Kejap. Biar aku teruskan lagi.
Dalam
kajian, sebagai contoh apabila wanita ini ditanya apa yang mereka pilih
untuk pasangan short-term(untuk hubungan seks), mereka memilih daya
tarikan fizikal sama seperti mana lelaki memilih.
Jadi nak kata
lelaki ni fikir short-term saja lah? Tak. Seperti yang aku kata daya
tarikan fizikal ada berkait rapat dengan kesihatan dimana akan membawa
zuriat yang baik. Membawa genetik yang bagus. Fizikal yang menarik itu
boleh berkait rapat dengan kesuburan wanita dan lelaki.
Kita lihat pula, bagaimana wanita yang mempunyai daya tarikan yang
tinggi menilai potensi pasangan. Mereka ini pula sedar akan potensi
mereka mendapat pasangan yang nilai tinggi. Mereka mahukan pasangan yang
mempunyai potensi status ekonomi dan daya tarikan fizikal. Korang
tengok sendiri dalam TV perempuan cantik biasanya kahwin dengan?
Wanita ni kadang sukar diramal. kitar haid mainkan peranan juga
mempengaruhi dalam memilih pasangan. Apabila wanita berada di
pertengahan kitar haid mendekati ovulasi iaitu dimana mereka di fasa
subur, pemilihan mereka berubah kepada lelaki yang memiliki wajah
maskulin, berbadan tegap, daya tarikan wayah, dan karakter dominan.
Ada kajian dilakukan pada 'strippers' perempuan, hasilnya mendapati
strippers ni mendapat lebih duit keuntungan dalam satu malam ketika
mereka dalam tempoh paling subur. Tak pasti samada ini disebabkan daya
tarikan pada wajah ketika waktu subur ataupun disebabkan penari
strippers ni lebih kerap mendekati pelanggan disebabkan mereka
bermotivasi secara seksual ketika subur.
Melalui apa yang dikaji oleh ahli psikologi. Apa yang korang dapat simpulkan. Ini psikologi dari segi Evolutionary perspective.
The best titanium trim hair cutter - TITanium Art
ReplyDeleteThe titanium damascus knives best titanium trim ecosport titanium hair cutter - TITanium stiletto titanium hammer Art titanium price per pound - The trekz titanium headphones perfect and authentic shave, and the best treatment.