Aku terbaca tweet dalam twitter tentang kongsikan peristiwa/perkara kat sekolah rendah yang korang tak dapat lupakan.
Aku pun mulakan berfikir... apa yang aku tak lupa lagi setakat ni.
then aku teringat dulu aku pernah tulis 'surat cinta' pertama aku.
Serius surat cinta budak sekolah rendah memang hampeh gila.
Sekarang aku cuma boleh senyum je lah bila teringat balik.
Ada budak perempuan ni dikira femes jugak kat sekolah sebab anak cikgu. Point untuk jadikan seseorang budak perempuan tu menarik... adalah sebabkan femes je.. Budak perempuan ni ada geng 2-3 orang yang selalu follow sekali kemana-mana saja.
Ada suatu hari dia lalu selisih aku kat tangga. Nama dia ni Shirah(bukan nama sebenar). Kawan dia yang tegur aku dan cakap dengan selamba
"Weh, Shirah suka kat hang"
Aku balas simple. "Ok, hmmm.." dan blah lalu tak ambil kisah.
Padahal time tu aku dah perasan gila. Hahaha. feeling. Ada orang suka kat aku beb.
Ok, korang jangan ambil serius cerita aku ni. Ni cerita zaman dulu, otak tak matang lagi. Budak-budak.
Kemudian aku melaksanakan plan aku. Macam kebiasaan budak2 lain pun pernah buat. Aku ikut stail diorang buat iaitu 'surat cinta'. Dulu mana ada sms. Semua main surat. Nampak tak zaman dulu2 lagi awesome dan lejen? Budak sekarang dah tak rasa benda ni semua. Abang aku yang sekolah menengah time tu pun main surat-surat lagi. Mana ada henset nak sms. Facebook lagi lah takde nak stalking kan? instagram? Blog? No no no... Belum ada lagi zaman tu. Nak tengok gambar orang pun susah. Kena minta gambar sekeping baru dapat tengok simpan.
Bila dah tulis surat tu, aku pass kat budak kelas aku yang kenal dengan Shirah ni. Shirah ni budak kelas sebelah. Aku bagi kat member aku ni... Tak sempat sampai kat Shirah, baru beberapa minit dia dah baca surat tu dan gelak2. Hahah hampeh. Tapi surat aku tu simple je, just nak penjelasan betul ke dia suka aku. Aku tak reti letak ayat drama jiwang atau novel.
Surat tu pun diserahkan... kemudian esoknya aku dapat reply. Dasat gak. Bau wangi.
Aku baca surat tu dan... hmmm. Dulu aku baca takde lah gelak2, cuma macam pelik2 sikit je lah. Kalau sekarang ni, bila aku teringat balik apa yang dia tulis memang aku gelak2. Baru darjah 5 dah tulis "cinta", "Shirah sayang kat hang". Dasat gak la budak zaman sekolah rendah. Pengaruh mana taktau lah.
Ada jugak yang femes bila budak perempuan bagi surat cinta kat cikgu praktikal. Cikgu muda lah katakan. Bagi yang kantoi tu, siap dibacakan lagi surat tu dalam perhimpuanan. Serius jiwang menggunung, siap fikir kahwin bagai.
Bersambung pasa Shirah ni... Kemudian aku dapat tahu yang dia ni memain ja. Dia suka 'skandal' merata. Esoknya waktu petang. Aku tak ingat dah ada aktiviti apa waktu petang tu. Aku jumpa dengan shirah dan member dia kat sekolah. aku tengah kayuh2 basikal dalam sekolah. Shirah ni ada jurucakap dia sendiri, iaitu member dia. Entah kenapa dia yang tak cakap.
"Weh kalau hang sayang shirah bagi dia seringgit"
Katanya dia takda duit.
Ceittt aku pun duit sikit je, itupun mak bagi. Memang tak la aku nak bagi kat dia.
So, aku dah rasa lain macam. Nampak dah permainan ini semua.
Nampak tak aku time sekolah rendah dah matang boleh fikir?? Haha
Aku lupakan je lah Shirah tu...
Tapi yang aku still ingat, aku simpan bertahun jugak la surat yang dia bagi tu atas almari. Sekarang ni dah hilang sejak ada kemas2 masa dulu. Baru je nak buat kenangan bila dah besar. hmmmm...
Itu surat cinta pertama. Tak cinta sangat lah pun... macam hampeh je bila aku fikir balik. Kecik2 lagi dah jiwang bukan kemain. Ayat mana lah dia ciplak. Cuma aku je ayat formal lagi. ;)
Semua orang ada cerita mereka sendiri kan?
Nak cerita pasal aku jiwang masa sekolah menengah? Pernah, tapi tak jiwang mana sangat. Just suka someone ni masa tingkatan dua. Kemudian peristiwa ni mengubah pandangan aku terhadap perempuan sehingga sekarang. Aku takkan ikut apa yang budak sekolah lain buat iaitu 'couple' or 'bercinta'. Sehingga sekarang ni, ia jadi prinsip aku. Sama ada tindakan sesuatu itu perlu atau tidak. Jika perlu, bilakah waktunya? Matang.
haha...rasa mcm pernah baca cerita ni kt post awal2 blog acap.
ReplyDeleteSebelum ni ada cerita pasal ni. Tapi mungkin tak detail sangat. Haha
Delete