Ruang blog sudah terbuka dari tadi, aku mencari ilham apa nak ditaip masuk.
Kita renungkan apa yang telah terjadi pada hari kita hari ini. then... aku terfikir akan masa lalu.
khamis, 15 oktober 2015. gempaksher...
typing...
Pernah tak kau rasa merindui sesuatu perkara pada masa lalu. Ambil contoh apa2 sahaja.
Pada
aku, aku rindukan zaman Asasi Sains aku pada tahun 2010-2011.
Kalau
korang rindu, pernah tak rasa nak pergi ke tempat itu semula?
Ya,
dulu aku dah buat perkara ni. Aku rindukan UiTM Puncak Alam tempat aku
belajar Asasi dulu.
Dalam hati kata "Aku nak ke sana, supaya terubat
rindu di hati".
Jadi aku pergi ke kampus itu berseorangan dengan
motosikal.
Apa yang dapati di kampus tu...
Cumalah sebuah kampus yang
kosong dan hambar.
Aku cuma mampu memerhati sekeliling kawasan dan
mengingati apa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.
Dalam masa tu, aku termenung berfikir...
Dimanakah semua yang rindukan
selama ini?
kenapa aku tak jumpa?
Apa yang korang perlu tahu dan aku
berpegang bahawa, Masa lalu adalah suatu tempat yang sangat jauh.
Kenangan asasi itu sangat jauh. Aku mungkin tak akan dapat kembali lagi
ke sana.
Masa lalu yang dirindui, dimana sekarang ini cuma menjadi kenangan shj.
Kenangan ia adalah cantuman dari masa, tempat, manusia dan emosi.
Gabungan yang bermacam ransangan untuk wujudkan suatu perasaan pada
suatu waktu tertentu.
Apa yang sudah hilang ketika aku pergi ke kampus
itu adalah masa, manusia tertentu(sahabat) dan emosi. Gabungan masa,
tempat dan manusia tertentu(sahabat) ini mewujudkan suatu emosi yang
pernah berlaku pada masa lalu. Dan emosi itu mungkin tidak akan sama
lagi tanpa 3 ransangan ini, yang tepat pada waktu itu.
Aku cuba untuk fahami bahawa perkara yang lalu tak akan kembali.
Seterusnya, Pernah tak korang merindui kawan yang dulu korang pernah
rapat. "Pernah rapat", maksud aku sekarang tidaklah serapat dulu. Kawan
itu pernah belajar sama tempat dengan kita. Setiap hari bersama.
Aku
pun pernah terfikir perkara ni... kawan aku masa asasi dulu, kitorang
rapat. Boleh borak macam2 perkara.
Tapi sejak kami tak belajar di tempat
yang sama, masing2 sudah dengan haluan belajar sendiri.
Kami jarang
berbual. Maksudnya tidaklah rapat seperti dahulu, setiap hari berjumpa.
Sekarang dia bersama dengan kawan di tempat belajarnya.
Aku pula
bersama kawan baru di tempat belajar aku. Perkara ni bagi aku perkara
biasa.
Ada sesetengah orang tak boleh move on, still kata
"kitorang dah
tak rapat macam dulu, Aku rindu kau yang dulu".
Korang rindukan emosi
yang tercetus suatu masa dahulu, pada masa dan suatu tempat bersama
dengan kawan tersebut.
Kadang aku cuba sedaya upaya untuk move on apa yang sudah lepas.Sebab ia
seperti mengikat kau untuk terbang bebas. membelenggu. Termasuklah
kenangan terbaik bersama kawan-kawan suatu ketika dahulu. Sedar bahawa
kenangan tetap menjadi kenangan. Nikmati apa yang sekarang ini. Mungkin
suatu hari nanti apa yang kau alami pada hari ini akan kau rindui pada
masa akan datang.
Tapi, ingat. Silaturahim perlu sentiasa dijaga walaupun kau dah jarang berjumpa.
Disebabkan perkara ini seperti sudah berulang berkali dalam hidup aku, jadi aku sudah lali. Maklumat, memori yang tersimpan dalam ingatan, kau berfikir, buatkan proses belajar berlaku. Kita semua sedang belajar.
No comments:
Post a Comment