Aku terbaring di atas lantai. Memandang kipas siling. Bilik aku yang berkongsi dengan 7 orang lagi, cuma ada beberapa orang waktu petang tu. Macam biasa musim exam, jadi ada yang berada di bilik ada yang studi kat luar.
"Weh, kau tak pergi exam ke?"
Aku termenung tengok siling, fikiran aku dah kosong. Sekosongnya... Aku dah malas nak fikir. Ini semua menyeksakan. Cuba bertenang. Semua perbualan dengan rakan bilik tu, aku jawab sangat tenang. Aku menjawab dengan selamba.
"Tak..."
"Kau ni gile lah asrap, ade ke exam tak pegi"
Aku dah plan nak berhenti... Tak boleh teruskan lagi. Walaupun dalam fikiran aku, masa depan aku semua dah hancur. Aku kecewa, sedih, tak dapat tanggung seksa ni lagi. Aku dah letih... Sangat menyakitkan fikir ini semua. Sampai ke tahap aku dah tak boleh fikir lagi. Macam orang putus harapan. Tapi still boleh senyum dengan member. Palsu. Aku tak pernah cerita masalah aku dengan semua member. Cuma dengan beberapa orang sahaja. Aku dah lama bertahan, bersendirian... Akhirnya memakan diri.
Ni semua dah hancur, aku taknak fikir lagi. aku dah tak nampak apa2 pada masa depan aku.
Apa yang aku fikir... aku cuma nak tamatkan ini semua. Taknak buang masa lagi.
Keputusan dah muktamad, Surat berhenti akan aku isi dan hantar. Semua dah pun aku fikirkan dan ambil kira dari A hingga Z. Ambil kira banyak pandangan. Sebab-sebab aku patut berhenti dan fikir apa perancangan aku selepas ni. Kalau tetiba aku berhenti sebab yang suka2 saja, itu memang kerja gila lah. Dan itulah apa yang kawan2 aku ni nampak pada aku. Aku tak ceritakan pun semua perkara kat diorang.
Tapi still belum boleh berasa lega, selagi aku tak hantar dan setelkan semua. Dan tinggalkan tempat ni. Aku dah benci FSKM masa tu. Tempat tu menyedihkan.
-Kolej Perindu, UiTM S.Alam
Julai 2012.
tak semestinya keputusan yang kita buat ni baik untuk kita sb perjalanan kita masih jauh. tnya yang lebih berpengalaman. tanya orf tertntu bgaimna mereka boleh truskan. salam ziarah. bye
ReplyDeleteSalam fatyn. Perkara ni dah berlaku 3tahun lepas. Saya saje Flashback situasi dulu. :D.
DeleteSekarang saya di tempat belajar baru, bidang yang saya minat. Rezeki tajaan belajar dan kerja. Agak terumbang-ambing sekejap selepas berhenti tu. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Sekarang dah bertambah baik. Sebab keputusan berhenti tu dah ambil kira semua perkara termasuk kesan jangka masa panjang, berjumpa dengan kaunselor tanya pendapat, dekan fakulti dan pensyarah fakulti saya sendiri. Thanks menziarah blog gempaksher. :D
Alhamdulillah. Sekrg sy pula masih antra dua. Antra minat dan masa depan. Haha.sy pilih untuk teruskan. Oh ya, sy kolej nursing at k.pilah
ReplyDeletesalamm bro , jalan cerita hampir sama , matrik > uitm> kskb , tempuh alam u degree , bezanya alam kskb baru akan bermulaa jan nti . :') wish me luck thenn :D boleh lah share pasal kskb jb tq !
ReplyDeleteHai Hakak Kening. Tahniah dapat sambung di KSKB. :D
DeleteSelamat menempuh suasana baru jadi pelatih. Bersedia dari segi mental dan fizikal yg mencabar tapi best. Pengalaman di KSKB nanti sesuatu yg berbeza dgn zmn kita belajar sebelum ni kt UiTM. ;D