Sunday, November 23, 2014

Tulisan dinding #2

Pesakit ni ibarat mutiara syurga. Kau ambil mutiara ni setiap hari. Senang dapat pahala dan mudah juga dapat dosa jika kau tak jaga dia dengan baik. Setiap hari rasanya kau jumpa berpuluh jenis orang. Inilah pendapat yang aku dengar dari orang.

Masa aku berhenti belajar degree dan pilih jadi MA, aku tak terfikir pasal gaji. Aku cuma fikir tentang minat aku. Aku cuma nak ikut cita-cita aku yang dulu... "Aku minat nak kerja hospital". Dah tentu sasaran aku tinggi nak jadi doktor atau sekurangnya sijil degree kerja di hospital. Tapi mungkin bukan rezeki aku jadi doktor. Rezeki aku dapat kerja hospital, walaupun lambat.

Tahukah... Masa aku masuk diploma mikrob dulu lepas quit degree, aku still terfikir nak jadi doktor, Aim pointer tinggi. "'Always aim for the Moon, even if you miss, you'll land among the stars"
Mungkin suatu hari nanti kau compare gaji dengan kawan2 kau yang belajar degree sama-sama dulu. Beza. Tapi ingat, Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Rezeki masing2. 

Harini... Aku dapat something. Bual dengan seorang staff. tentang kehidupan.

Saturday, November 22, 2014

Tulisan dinding #1

Banyak kali juga aku terfikir nak tinggal di luar negara seorangan. Sekurangnya aku dapat lupakan banyak perkara yang menghantui diri. Itu salah satu sebab juga kenapa aku suka travel seorangan ke sesuatu tempat, sebagai satu hobi dan cara melupakan sesuatu.

Semalam aku mimpi beli motosikal kuasa besar. Betapa seronoknya rasa dapat naik motosikal macam tu. Aku dapat pergi ke tempat lebih jauh seorangan tanpa halangan. Sekurangnya fikiran aku tidak berada di tempat sama. Ke tempat lain, dan rasai sesuatu yang baru. Nampak perkara baru.

.......................................................

Buat masa sekarang aku baru habis pra-klinikal seminggu. Berbaki seminggu lagi sebelum aku boleh balik bercuti. Apa yang aku boleh katakan... mencabar. Aku tak boleh nak ceritakan secara detail. Ada satu masa aku tiba-tiba rasa sebak tengok pesakit dengan seorang ahli keluarga dia. Ini kali pertama aku rasa sebak. Untuk mengelakkan mata aku berair, aku pandang ke arah lain. Yup, boleh cover lagi mata aku ni. Tak nampak sangat air mata. Aku masa tu pakai mask dan glove pandang kawan aku. Cuba pandang dia, nak tahu adakah dia rasa sama macam apa aku rasa tadi, sebak. Kami berempat ada disitu, di tempat yang dikatakan Zon tahap kritikal dan sebahagian lagi kami ada di Zon lain.

Berbaki seminggu lagi. Esok mula minggu tugas shift pagi.

11.24pm
22 November 2014



Saturday, August 2, 2014

Victorian couple


Ini gambar yang aku ambil dari sebuah buku psychology and human behavior kat library. Buku tu agak menarik bagi aku yang selalu curious dengan apa yang aku selalu nampak di sekeliling. Antara bab yang aku baca dalam buku tu tentang Love and Relationship dan Rejection. Victorian couple ni mengingatkan aku tentang orang zaman dulu2 kita. Macam tok(nenek) aku, dia kata kahwin ketika umur 15 tahun. Tolak ke tepi tentang isu status kestabilan kewangan orang zaman dulu. Mereka biasanya kerja biasa2, macam kita baca dalam sejarah, orang melayu jarang melakukan pekerjaan perniagaan di bandar. Ini semua disebabkan dasar pemerintah kolonial dulu yang ingin mengekalkan orang melayu dengan ekonomi tradisional yang biasanya berada di kampung2. Tapi tokwan(datuk) dia kerja sebagai polis. Aku tak nak sentuh tentang victorian couple ni sangat sebab aku dah lupa nak huraikan apa yang aku baca.

Buku itu menerangkan konsep love and relationship. Ilmu kan... jadi apa salah kita tambah pengetahuan, walaupun bagi sesetengah orang perkara ni macam poyo je kalau baca atau remeh. Selagi dinamakan membaca, itu dikira ilmu lah. Input2 masuk dalam fikiran kita. Sehingga sekarang aku masih ingat perbezaan Passionate love dan Companionate love. Antara dua ni, aku lebih suka Companionate love yang cenderung kekal lama sehingga mati. Passionate love ni biasanya pada orang mula2 ghairah bercinta macam orang2 muda ni. Sebabkan aku curious dengan cara bercinta orang muda sekarang ni... ini yang membuatkan aku nak faham pemikiran mereka. Eh, bukan kah aku juga orang muda. Ya, aku pun tergolong tapi aku tiada pengalaman cinta anak muda. Tapi aku lebih dapat rasakan compassionate love tu bagaimana.

Antara beberapa konsep dan istilah yang aku catit dalam henset.
1.Sternberg triangle
2. type of love: Passionate love, companionate love
3. two dimension of attachment: Anxiety and avoidance
4. Committment, Rejection, Loneliness, Rejection sensitivity, Unrequitted love, Demeanor

Ok benda ni panjang lebar nak cerita, mungkin aku kena research balik dan cari buku tu kat library.
Ada konsep tentang bagaimana seseorang itu mula berhubung dgn seseorang(attachment).

Benda ni dah lama aku baca... baru nak kongsi2 sikit. tak semua aku cerita. sekadar cerita2 separuh ni je. hoho

Kolej: Helmet hilang pulak.

Baru bawak motosikal aku ke JB. Hantar gunakan khidmat KTMB. Sekejap je, dalam 2 hari dah sampai.
Pergi JB sentral naik teksi, nak balik tu aku sesat jauh jugak lah... Dalam teksi rancak sembang dengan pakcik teksi tu, sebab kitorang ni satu geng orang Perak utara. Dia Taiping, aku Parit Buntar. Kahwin dengan orang kat JB, bugis katanya. Siap promote orang Johor lagi kat aku.. Katanya orang Johor(bugis) ni ramah. Mungkin kot, sebab aku tengok family sebelah kakak ipar aku dia banyak di Johor, Diorang macam family banyak dan kamcing la antara diorang. Tengok abang aku pergi merata Johor rumah saudara mara. Banyak kat area kluang, Batu Pahat(Parit karjo, Parit Raja), Chaah, Yong Peng. Beraya sakan. Aku kat rumah dok Parit Buntaq ja.

Perjalanan balik kolej tu.. aku memang tak tahu. GPS henset ada, tapi naik motosikal ni susah la nak tengok selalu GPS, earphone pulak tak bawa. Yang aku tau kawasan kolej aku tuu kalau dari pusat bandaraya ni mesti kena cari signboard Tampoi, Kempas Baru atau Skudai. Tapi masalahnya tak ada. Jadi meredah signboard Kota Tinggi je memanjang... Memang akan sampai Kota Tinggi jugak lah kan. Akhirnya buka kejap GPS henset. Sah dah jauh dari kolej.

Sampai kolej, ikat helmet pada seat motosikal. Malam turun bilik nak naik motosikal, tengok2 aku helmet hilang. Jem. Depa ni ada elaun pun nak mencuri kebas orang lain punya ke. Apalah malang aku harini. Selama ni aku bawak moto kat Shah Alam, takde pulak orang nak mencuri bila letak kat Kolej Prindu tu. Kat Kolej ni, tak sempat sehari dah hilang helmet aku. Alahai.. nakal2 lah budak kolej ni. Tak semua lah yang macam tu... ada sesetengah ni lah. Tapi yang jenis kebas ni perangai buruk betul. Menyusahkan orang lain. Terpaksa suruh parent aku pos helmet satu lagi kat rumah. Elaun aku ni pun dah tinggal sikit.. cukup makan sampai elaun seterusnya. Nak beli helmet memang tak dapat la, nanti kacau duit makan. terpaksa lah pos jugak.

Friday, July 18, 2014

What will i do with my life?


"Sekarang aku dah tak kisah apa kata orang.
Pandangan mereka cuma pantulkan kisah mereka,
Jadi biarkan wujud kisah aku juga.
Pandangan dan pendirian diri sendiri"

Terlalu peduli dan mengikut pandangan orang, susah juga. Tiada ruang untuk diri sendiri. 

Bebaskan dirimu. Beri ruang pada diri sendiri, fikirkan. Bentuk identiti diri. Jangan biar ikutkan saja apa orang ramai kata. Tak dinafikan identiti kita terbentuk melalui pengalaman dan orang disekeliling juga.

Who am i? What am i about? What will i do with my life?

"A healthy identity is open to change as time goes on"

Sunday, June 22, 2014

Hospital Princeton-Plainsboro



Naik bas berwarna biru dari Kolej ke Hospital. Ini pengalaman pertama klinikal di hospital. Pagi itu semua bangun lebih awal dari kebiasaannya. Itu hari pertama kitorang pra-klinikal jadi aku pun seawal jam 5.00pagi dah bangun tidur dan bersiap-siap. Biasanya setiap hari, aku akan bangun dulu, kejutkan roomate dan bilik sebelah. Bangun awal ni senang, takde la aku nak berebut mandi. Bilik dan tandas kitorang kongsi 4 orang. Aku tak mahu lah bangun lewat sangat sebab nanti terpaksa bergegas bersiap. Menikmati pagi sebelum pergi bekerja adalah sesuatu yang menenangkan bagi aku. Sekurangnya korang feel dulu pagi tu dengan layan kopi panas dan mendengar lagu.

Semua akan tunggu bas di depan asrama masing-masing. Setiap pagi dalam pukul 6.00am-7.30am korang boleh nampak student menunggu di depan asrama masing-masing. Bagi aku Pembantu Perubatan, Pra-klinikal cuma 2 minggu je, Iaitu pada hujung semester. Kebanyakan semester ni aku cuma belajar dalam kelas teori dan bukannya pra-klinikal macam student jururawat. Diorang klinikal awal, lebih kurang pertengahan semester dah mula tinggalkan kelas dan berada di wad hospital. Aku semester 1-3 akan berada di kolej untuk kelas teori sepenuhnya. Semester 4-6 baru mula klinikal di hospital atau klinik.

Bas atau van akan datang berhenti depan asrama. Tak semua member kelas aku dihantar ke hospital sama. Hospital paling jauh pun dalam 45minit perjalanan. Aku dapat hospital dekat je. Hospital Princeton-Plainsboro(bukan nama sebenar). Ni bukan nama hospital betul, aku sengaja letak samaran lain... Princeton-Plainsboro ni hospital dalam Drama medikal, House. Antara drama yang aku suka tengok. haha

Semua macam bergaya dengan baju uniform masing2 dan bekerja dalam hospital. Istilah "bekerja" selalu digunakan, kitorang dah umpama pergi kerja lah. Sampai saja hospital, kitorang penuhi kawasan lobi, penuh dengan manusia berbaju uniform putih berseluar hitam di kawasan hospital. Tiba di hospital lebih kurang pukul 7 pagi. Masa ni belum lagi diagihkan ke wad masing-masing. Ada sesi orientasi dulu. Waktu kerja kitorang dalam jadual bermula pukul 7pg-2ptg, atau 2ptg-9mlm.


Apa yang suka... Kalau dulu aku cuma jadi pelawat di hospital shj. Nak masuk wad hospital pun kena tunggu waktu melawat. Di pintu masuk akan ada pengawal keselamatan yang akan berjaga dan korang tak boleh masuk sesuka hati. Tapi sekarang ni aku boleh keluar masuk sesuka hati. Rasa macam... Wow! Tandas yang cuma dibenarkan untuk Staff pun aku boleh guna. Rasa macam... aku dah jadi sebahagian daripada kakitangan.

Nak masuk kena ada kad yang menunjukkan korang ni kerja hospital, ataupun uniform hospital. Kadang bila turun bas atau jalan di hospital terasa diperhatikan. Kalau aku jadi pelawat kat hospital, aku pun akan tertanya...
 
 "yang pakai uniform putih, seluar hitam ni ape ye?", "Ni MA ke atau Nurse".

Sepanjang aku di Hospital... aku suka tengok gaya AMO(Assistant Medical Officer). Diorang ni nampak cool dan humble! Tanggungjawab diorang ni besar di Emergency department. Jawatan yang sekian lama disandang oleh gender lelaki sahaja. Sebab tu nampak awesome rasanya. haha.. tapi sekarang dah ada wanita dalam jawatan kerja ni. Agak baru shj lagi.

Perkara biasa... kadang bila aku pergi beli barang atau jalan2. Orang ramai yang lalu atau terserempak akan curi2 pandang kad yang aku pakai. Tertulis disitu "Pembantu Perubatan". Sekarang ni nama pembantu perubatan dah ditukar ke Penolong Pegawai Perubatan. Ini adalah nama jawatan kerja. Tapi kalau aku sekarang ni cuma sebagai pelatih sebab itu digelar Pembantu Perubatan, Kalau kerja nanti dinamakan AMO. Yang uniknya.. Kad pelatih aku tiada ditulis Pelatih contohnya macam student nursing "Jururawat Pelatih". Kadang orang yang tak tahu.. mungkin ingat kami ni Pembantu Perubatan atau MA yang professional. Tapi hakikatnya ilmu medikal ciput sangat, baru semester 1. Belajar pun asas shj.



Bila kerja di wad... setiap hari tengok orang sakit. Boleh buatkan kita insaf. Bersyukurlah ada kesihatan yang baik. Ada orang berusaha nak pulihkan kesihatan mereka. Ahli keluarga berharap orang yang mereka sayang dapat bersama dan sihat macam dulu. Orang meninggal dunia tu.. aku rasa kalau lagi lama aku berada di wad, boleh nampak berapa banyak orang meninggal dunia. Kadang aku melawat wad lain, member berbisik kat aku mengatakan ada pesakit mungkin hayatnya tak lama dah. Ada macam2 pesakit termasuk ada yang sakit tua. Tapi tugas kerja aku nanti bukan dalam wad, biasanya di kecemasan. Itu lagi lah... Selalu kritikal punya pesakit. Boleh jadi antara hidup dan mati. Ataupun kerja nanti di Klinik Kesihatan dan klinik di kawasan pendalaman dan kampung dimana tiada doktor. Yang aku dengar... MA ni kerja serba boleh. Bila bab perubatan AMO adalah sumber rujukan kedua di hospital selepas MO(medical officer)

Kerja aku masa praklinikal tak banyak... sebab masih baru, jadi banyak pantau je. Kadang aku datang ke katil pesakit tengok dia sakit ape, pastu cuba kaitkan dengan teori yang dah belajar. Ada jugak pesakit yang ingat aku doktor. Masa aku ke katil pesakit ni, tengok dia sakit apa dalam rekod catatan pesakit. Pastu aku dengar pesakit tu cakap, tapi aku tak faham dia cakap tentang apa sebab tak jelas...
Rupanya dia tanya dia sakit apa. Aku pun hairan lah, aku cakap itu kena tanya kepastian doktor duhulu.


Student nurse sebelah aku cakap
"Baju awak tuu pun dah macam doktor."
Barulah aku faham, rupanya pakcik tu ingat aku doktor. Aku rasa ada beza lab coat doktor dgn uniform aku. tapi warna dan design ada la hampir sama... tapi yang aku pasti memang tak sama langsung. hmmm

Yang paling ngeri setakat ni... aku tolong bantu dressing(cuci luka). Pesakit baru keluar dari ICU, Kaki dia keseluruhan sebelah kanan tiada, baru lepas dipotong. Aku tengok kawasan luka potong tu masih fresh. fuhhh... Aku tolong2 je. Aku rasa memang sakit luka tu. Kadang2 tu rasa macam tak sanggup tengok pun ada. Aku tarik nafas dalam2, cuba bagi rileks sikit, cuba jadi professional. Aku bukannya apa.. Cuma risau dia sakit je, kadang empati kita ni jadi tinggi, boleh feel orang macam mana. Aku gagahkan jugak tolong. Aku tengok senior nursing muka macam takda perasaan, itu yang buatkan aku hairan. Lepas balik, masa naik bas  aku berbual dan bertanya dia dalam bas. Dia cakap... Kesian tu memang lah kesian tapi kalau asyik fikir kesian je sampai bila kerja nak siap. Kerja kita nak tolong dan sembuhkan orang. Lama2 nanti akan biasa lah. Dalam wad aku banyak dibantu oleh student jururawat, diorang lah yang banyak ajar. Ada juga student jururawat dari Kolej lain. Dalam wad memang jarang akan nampak MA, sebab wad bukan kawasan kerja MA kebiasanya. Cuma kitorang ni 1st semester mungkin sekadar pengenalan dengan suasana hospital dan perawatan pesakit.

Apa yang aku suka... Dalam wad tu kita boleh jadi ramah dengan pesakit, dapat macam2 cerita. Berbual macam2 perkara. Kadang pesakit ni dia perlukan kekuatan emosi. Kesian jugak tengok yang mana tinggal sorang2 je dalam hospital, mungkin anak berkerja, isteri/suami kerja. Mungkin dia teringat pada anak dia, atau keluarga dia masa tu. Apa yang selalu diingatkan oleh pengajar aku, Kita layan pesakit macam mereka tu keluarga kita. Macam2 kisah diceritakan pengajar aku sepanjang kelas dia. Waktu dia bekerja dulu, bagaimana dia menyelamatkan keluarga kemalangan pada hari raya pertama. Setiap hari boleh dikatakan berhadapan dengan situasi hidup dan mati. Paling pengajar aku tak boleh tahan sebak, bila dia mendakap seorang bayi, bayi tu meninggal dunia dan tak dapat diselamatkan.


Apa yang aku boleh katakan, kerja hospital bidang kesihatan dan perubatan memang adventure dan memenatkan. Bila korang kerja niat ikhlas nak tolong orang, memang kerja tu jadi mudah dan menyeronokkan. Jadi memang perlu ada minat bidang ni. Tanggungjawab nanti melibatkan nyawa orang. Aku dengar sepupu aku yang kerja jadi AMO, dia agak sibuk. Kadang kakitangan tak cukup, dia terpaksa kerja lebih masa. Macam doktor, AMO tetap ada On call. Doktor(MBBS) lagi advance dan lebih susah belajarnya, mereka perlu diagnosa pesakit dengan lebih kompleks, sebab itu hingga 5 tahun masa diperlukan untuk habiskan belajar. Mungkin ada hikmahnya aku tak dapat jadi doktor masa dulu, Komitment kerja dan keluarga.

Seperti kata pengajar aku, "Apa yang doktor tahu, awak kena tahu". Ilmu perubatan ni meluas, tak rugi pun kalau korang belajar lebih mendalam, tak kira lah kita ni nurse, doktor, atau student bidang lain pun. tiada istilah ilmu yang dikatakan boleh merugikan kita. Walaupun ilmu bidang degree IT yang aku belajar dulu 2tahun, tapi tak habis. aku tak rasa rugi. Apa yang aku belajar sekarang ni sepenuhnya perubatan. Selalu orang dikelirukan antara jururawat dan pembantu perubatan. Skop kerja mereka berbeza. Antara Perubatan dan Perawatan. Antara mengubat dan merawat. AMO lebih kepada skop kerja perubatan.
Bidang perubatan merupakan minat aku sejak lepas SPM dulu. Aku suka kerja di hospital.

Kisah aku berminat nak jadi doktor bermula masa kejadian orang yang aku kenal pengsan di depan aku untuk kali kedua. Masa di kelas tuisyen form 3 dia pengsan di dalam kelas disebabkan masalah kesihatan. Dan masa Kelas tuisyen form 5 dia pengsan di dalam kelas matematik dengan cikgu tuisyen yang sama. Aku kenal dia sejak form 3, setelah sekian lama aku baru nampak dia masa tuisyen form 5... tetiba aku rasa useless sebab kali kedua tu aku tak dapat nak tolong apa2. Aku baru lepas beli roti di kedai bakery sebelah tempat tuisyen. Belum sempat nak buka pintu dan ternampak dia rebah dari kerusi di tempat duduk hadapan, aku nampak melalui cermin pintu kelas. Kelas jadi kelam kabut dengan cikgu yang kelam kabut jugak. Aku tak jadi nak masuk kelas dan duduk sorang2 di luar kelas, makan roti dibeli tadi dan tunggu dia keluar. Aku tak masuk sebab dia tu perempuan. Dalam kelas tu ada ramai lagi perempuan jadi diorang boleh tolong tengokkan. Kalau aku dalam kelas pun, tak dapat nak buat apa2 mungkin cuma mampu memerhati je keadaan dia. Itu boleh buatkan dia rasa malu jugak nanti sebab aku ni lelaki. Jadi aku tunggu je lah dia luar kelas, dan mungkin bertanya khabar bila dia dah stabil. Sejak itulah aku terfikir nak jadi seorang doktor. Tapi tak kesampaian. Sekurangnya aku masih dapat kerja di hospital dalam bidang perubatan dan kesihatan. Itu minat kerja aku.








Thursday, June 19, 2014

Penentangan menentang acuan biskut barat.

Aku tak menentang istilah boyfriend atau girlfriend. Tapi aku tak sedap dengan istilah couple. Ia ada kod etika yg diterima umum, dan tidak diterima pemikiran aku. Melibatkan etika dalam romatis, sosial, hidup, dan pengaruh perwatakan seharian. Entah kenapa aku tak sedap hati. Kalaulah boleh, aku definisikan istilah baru di Malaysia ni yang sesuai dan ikut perkembangan budaya dan agama. Sebab couple dimaksudkan terlalu arah nilai barat beserta unsur berdrama dan keperluan mematuhi etika tersembunyi yg aku serabut nak jiwai. If aku nak in relationship pun(setakat ni tak pernah lagi), aku akan kata " kami girlfriend dan boyfriend tapi kami tak "couple", kami sahabat setia dan planning nak kahwin". Mcm pening jugak bunyinya. Tapi simple. Sahabat jenis yang boleh terima baik buruk kau. If pmpn tu xleh terima diri kau, apa gunanya. Kenapa perlu berubah mengikut kemahuan pmpn itu, dia tak boleh terima diri kau skrg? Sebab nanti nak hidup bersama sampai mati. Untill jannah lah lebih kurang. Kot. Diakhiri, aku sendiri pun pening apa aku cerita. Konsentrasi fikiran tak cukup 100% untuk aku cuba sampaikan. Sangkut2.


Yang hampir benar: 

Gempaksher






Benda ni aku dah tulis lama, tapi simpan kat dalam henset. Aku pun dah lupa aku fikir pasal apa masa ni... Dan aku rasa nak letak dalam belog. Belasah.


Via mobile


Saturday, June 14, 2014

Just Be Yourself

Aku rasa... mungkin masih jenis pemalu dengan perempuan. Aku ingatkan aku dah tak kisah pasal benda2 tak cool macam ni. Teringat masa kat kolej. Meja makan penuh. Kafe kitorang memang problem, Meja letak sikit je disebabkan kafe pun tak besar. Ada satu meja ni cuma ada sorang perempuan je yang duduk, mungkin tunggu kawan dia beli makan lah agaknya. Budak ni satu batch, kenal2 setakat pernah nampak muka je lah, tapi tak pernah tegur pun... itu la first time aku tegur dia, cuma tanya meja ada orang ke tak. haha. Kolej aku student takde la banyak sangat, tambahan kalau sama semester 1 memang senang lah nak kenal.

Lepas dia kata meja takde orang, aku pun duduk la makan. Aku ajak member roomate aku yang baru lepas bayar makan duduk sekali. kemudian baru aku sedar... Aku makan memang betul2 mengadap dia. meja pulak takde lah besar mana, jadi jarak aku dengan dia tak jauh sangat. Entah macam mana jadi kekok, nervous. Patutnya boleh la aku tanya2 dia, untuk kenal ke... tanya orang mana... Tapi aku jadi terus senyap sepi... *krik krik krik~*. tunduk tengok makanan dalam pinggan. fokus makan lah bajet nya. Padahal aku risau nak pandang mana2 kot lah tetiba mata bertentang dengan dia... muka dia macam pandang ke arah aku, tapi mata mungkin tengok lain. Potensi bertentang mata tu memang tinggi. Aku jadi risau... Aku nak makan pun jadi tak selera. Lepas dia blah baru lah rasa lega, aman, damai... Lega?! macam lah teruk sangat... haha
Situasi macam ni kadang2 je. Ada masa aku buat tak kisah sape yang ade kat sekeliling. Buat umpama perempuan tu invisible macam mata aku ni tak boleh nak detect. Sampai kadang tu aku tak tahu sape ada dekat dengan aku.

Setakat ni... aku pernah dalam situasi macam ni sejak masa Asasi dulu. Aku akan jadi senyap, bila dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku tak tahu lah tengah segan ke apa... tapi memang macam tu. Better ada makanan kat meja sekurangnya ada alasan aku tak bercakap.

Dah umur macam ni... patut cuba la approach. kot boleh berkenal-kenal ke, sekurangnya kau boleh tahu ada macam2 jenis perempuan dalam Malaysia ni. Aku ni pulak macam tak kisah pulak pasal tu. Sampai bila? kemon lah. Kau nak kahwin lambat ke haa? haha

Baru-baru ni(mohon kakak aku tak cerita kat mak ye)... sepupu aku suggest seorang member dia kat mak aku. Sebab kawan dia cari lelaki yang pemalu. Sebelum ni, member dia tu suggest kat sepupu lelaki aku yang lain, tapi macam tak menjadi. Aku dengar je la tak cakap apa... serius ke main2? Tapi tengok gaya mak aku macam agak serius jugak. Bergantung pada aku jugak lah kan. Aku tak banyak respon tentang apa diorang bualkan. Kenapa orang macam tak percaya kalau aku cakap aku tak pernah ada kawan special(girlfriend). Memang tak pernah ada... rasanya normal lah kot. kan? Aku cuma mencari masa sesuai dimana aku rasa dah cukup sedia dan matang.
Memandangkan umur sekarang ni, aku patut fikir perkara untuk 2-3 tahun akan datang dah.




Just be Yourself

"You might as well just be who you are then if someone likes you, you don't have to pretend anything. This is just reminding you to be yourself at all times. The minute you start pretending is the minute you loose everything you stood for in life." - Ibelmopan2


Rumah KEDA

Pada waktu petang aku selalu jugak jalan-jalan naik motosikal.
Minyak motosikal yang tak sampai 1 liter dalam tangki, saje aku nak habiskan.
Hari jumaat Parit Buntar agak sesak terutama berdekatan Pekan Lama sebab ada pasar malam Jadi kena memandu dengan berhemah di kawasan ni.

Aku cuma lalu shj di kawasan Pekan Lama. Aku sekarang ni agak kurang suka ke Pasar Malam jumaat sebab perkara sama je setiap minggu lagipun aku tak suka tempat yang sesak dengan manusia. Jadi aku terus merentasi Jambatan Parit Buntar - Bandar Baharu. Laluan seperti biasa aku lalu setiap hari makan angin. Berdekatan Pusingan bulatan Bandar Baharu aku ternampak seorang pakcik melambai-lambai menahan kenderaan yang lalu... disebabkan aku baru je membelok keluar roundabout jadi tak sempat berhenti, lagipun aku bawa agak laju.

Sambil-sambil tu aku usha side mirror tengok pakcik tu... dia masih lagi menahan kenderaan. Aku pusing balik dan pergi ke Pakcik tu. Ok, aku tak berapa faham pakcik tu cakap apa, dia cakap loghat utara tetapi mungkin sebab dia tak ada gigi, jadi sebutan dia kurang jelas... aku mengagak dia nak tumbang kenderaan. dia terus duduk di belakang aku, sambil berpaut baju jaket aku... Aku cuba bertanya dengan pakcik tu, tapi macam diendahkan sambil dia cakap benda apa pun aku taktau.. Lagipun pakcik tu nampak uzur, mungkin pendengaran dia pun dah agak kurang... jadi aku hentikan bertanya dengan dia lagi.

Sambil aku bawa motosikal, tangan dia beri isyarat merata-rata.. ok, aku faham, dia nak tunjuk arah rumah dia. lagipun kalau dia cakap, mungkin aku tak faham... jadi lebih baik dia menghayun tangan dia merata-rata tunjuk arah, motosikal aku pun sekali dihayun ke kiri-kanan. bahaya betul...

Rumah dia agak jauh jugak bagi aku... dalam 500 meter. Bagi orang tua macam dia dengan keadaan fizikal yang uzur, jarak tu agak meletihkan... Mungkin tadi dia ke pasar malam atau mana2, sekarang nak balik ke rumah. dia berjalan pun tidaklah secergas mana. Nak sampai ke rumah jalan kaki memang lambat lah.

"Rumah felda, Ni rumah felda.... kampung felda"

Aku tak jelas dia cakap apa... aku dengar macam sebut "Rumah felda", "Rumah Keda", "Kampung Keda"... Perkataan "Keda" aku pernah dengar, lokasinya sekitar-sekitar bandar baharu. tapi aku tak pasti lokasi tepatnya. Aku 1st time lalu kawasan ni... Orang tua tu nampak macam dikenali kawasan tu... ada orang muda bermotosikal memberi isyarat pada dia.

Lepas dah sampai ke rumah dia... Aku still lagi tak berapa jelas dia cakap apa dengan aku. Aku pun merapu la sebut aku tinggal kat mane.... aishh... aku undurkan motosikal dan bersalam dengan dia. aku nak jugak berbual dengan dia tapi aku tak faham sangat dia sebut apa. Kalau setakat nak tumpang atau tolong2 aku tak kisah... kadang ada la jugak curiga dengan orang tak dikenali, biasalah. sekarang ni selalu dengar kes Pukau. aku risau jugak... Tapi Pakcik tu memang orang yang memerlukan pertolongan. memang tak ada curiga sangat, lagipun aku takde buat apa2 masa tu.. sekadar makan angin.

Dulu masa kat kampus Shah Alam, selepas habis kelas... Tempat letak motosikal ada orang luar bertanya kpd seseorang ni, mungkin orang ni baru nak balik rumah. Dia bertanya arah ke Menara SAAS. Kampus ni agak berbelok-belok dan berbukit. nak cakap arah memang agak susah sikit. Aku mulanya dengar je perbualan diorang... Selepas tu aku pergi pada dia... suruh dia follow motosikal aku ke menara SAAS. Setakat tunjukkan jalan ke menara tu takde la berat mana... minyak pun tak luak sangat lah... Lagipun lepas kelas, aku memang takde buat apa, bosan jugak.. aku masa tu pun duduk atas motosikal fikir-fikir nak buat ape balik bilik nanti. So Boring lah... kenapa macam boring je aku kat Shah Alam. Nasib baik ada motosikal. Motosikal modenas aku itu lah teman aku jalan2 kat Shah Alam.

Lawatan

Apa yang berlaku bulan januari hingga jun?
Sudah tentunya aku berada di Johor Baru dan belajar di sini. Menarik juga. Enjoy jugak lah life kat JB. itu bagi aku... ada jugak member yang sampai rasa tak sedap hati nak tinggalkan kolej. Rindu suasana kolej dengan member. Apa yang membuatkan dia ni rindukan kolej? Aku rasa sebab pengalaman bersama dengan kawan-kawan. Pahit manis kitorang bersama. Macam aku kata pengalaman belajar di sini tak sama macam universiti aku dulu. Sepanjang masa korang akan bersama dengan member kelas dari pukul 8pagi hingga 5petang di kelas. Kemudian malam di asrama pun dengan member sekelas sebab satu kelas kitorang tinggal di aras yang sama. Cuma ada la beberapa kerat kat aras lain.

Aku nak ambil beberapa kisah sepanjang aku kat JB. Tentang lawatan muzium anatomi. Aku ada pergi muzium anatomi. Tarikhnya aku dah tak ingat. terletaknya di UKM, Kuala lumpur. Kalau masuk muzium ni pastikan dah khatam buku anatomi. Kalau tak khatam, korang masuk dan semuanya akan jadi hambar, apa benda pun tak tahu. Mula2 masuk tu macam biasa je tak ada apa yang menarik... Bagi aku apa yang menarik adalah kadaver atau orang kata mayat. terletak di aras bawah muzium.

Staff mula dengan intro tentang kadaver dalam bilik tu, maklumat2 bagaimana ia boleh berada disini, latar belakang kadaver dan lain-lain.

Staff tu membuka plastik yang menutup sebuah meja besi. Meja dia macam stainless steel macam tempat mandi mayat. Pada mulanya memang diberi tahu awal-awal lagi... ini semua adalah mayat yang real. Bila dia buka plastik tu semua orang tengok. Aku pada mulanya macam... "hmmm macam takde ape pun". Bukanlah mayat yang ngeri ada darah apa semua. Ini digunakan tujuan pembelajaran, memang darah semua dah dikeluarkan. bahagian-bahagian banyaknya agak lembab, sebab dimandikan dengan formalin. Formalin ni agak memedihkan mata sikit. Lepas dah sentuh-sentuh perlu cuci tangan.

Kadaver yang pertama, bahagian yang ada cuma dari kepala hingga peha. Kadaver ni untuk tengok bahagian abdomen. Pada mulanya teragak jugak nak sentuh semua benda... bila fikirkan, ini mayat, dulu dia pernah hidup. Makin lama... makin seronok dan feel semua. Semua benda dipegang dengan yakin dan curious. Usus ditarik dan dibelek, perut dibelek. Bagi aku tak menarik pulak tengok abdomen je..

Pengajar beralih ke meja lain dan biarkan staff tu meja tadi... kami buka plastik meja kedua.. di dalamnya semua kepala sahaja. ini mulanya aku macam ngeri sikit... mula2 je la. Sebab kepala kadaver tu korang boleh rasa rambut dia. kepala dicukur botak. yang untungnya sebab kepala ni semua mata tertutup, kalau terbuka maunya seram jugak. Tapi kadaver ni semua tak ada bebola mata.. jadi semuanya mata tertutup. boleh nampak hidung mayat ni semua jatuh, macam orang mati. Seterusnya... kepala yang ada atas meja tu. dipegang, dikopek dua. .. kepala tu memang dah dipotong. Part yang aku suka pegang adalah otak. Masa tu macam warna kuning sikit. lembut je pegang. macam span pun ada. Otak antara part yang aku suka pegang dan belek2.

Selain otak, antara yang aku suka pegang adalah jantung. Jantung macam sedap genggam, dan macam kenyal sikit. Semua benda yang kitorang pegangn memang direct, takde pakai sarung tangan, jadi memang boleh feel betul2 macam mana permukaan setiap organ.

Semua ni tujuan pembelajaran. Dan lama ada dalam kelas belajar anatomi, jadi kali ni dapat sentuh yang real punya. Memang tak dapat dah pegang2 macam ni... mungkin kecuali lah nanti kerja berada di bilik mayat, atau autopsi, baru lah dapat.

Jauh lagi perjalanan aku dalam bidang ni... banyak lagi benda kena teroka. Walaupun dah habis belajar nanti, aku rasa memang pembelajaran tu akan berterusan hingga ke tempat kerja nanti.

Tuesday, March 25, 2014

Spec tak clear

Pukul 2 petang.
Lepak dalam library sementara nak tunggu kelas mula. Patut kelas mula pukul 2.00pm. Tetiba aku nampak Farah masuk dalam library. Hairan jugak kenapa dia masuk library? Patut dah nak masuk kelas dan dia seharusnya berada dalam kelas dah. Aku pun nak gerak masuk kelas dah. Mase tu aku rase malas nak masuk kelas. Sebab aku nak prepare untuk exam... Aku agak, Dia masuk library time tu mungkin sebab dibenarkan masuk library, sebab takde pengajar dalam kelas. Aku pun bergegas ke arah dia nak dapatkan kepastian. Kalau dapat lepak library memang best lah. Aku takde mood nak study dalam kelas... Tak selesa. Esok ada exam anatomy&fisiologi. 

Dalam jarak 10 meter gitu, aku cuba panggil nama dia... sebab tu jalan pun macam laju je. 
    "Farah, Farah" makin lama makin tinggi pulak suara aku. Kot lah dia tak dengar aku panggil. Aku ada dibelakang dia sambil panggil2 nama.. Kemudian makin hampir pun dia buat dek je. Hairan.. Dia pergi ke meja kawan dia, kemudian kawan dia macam sedar aku makin hampir... Bila dia beralih belakang.
      "Eh, silap orang" aku terus beralih dan tak tengok langsung. Blah dari library dan terus ke kelas. Hahah! 
Serius malu, sebab aku terlalu yakin panggil dia Farah... Aku ingatkan memang Farah budak kelas aku. Rupanya budak tu kelas occupational therapy(OT). Aku tak kenal, tapi aku tahu dia kos OT. Sebab perempuan yang akan pakai baju biasa cuma kelas aku dan OT je. Intake aku tak banyak pun, cuma 3 kos dalam 2 ratus lebih. Ada muka aku cam, ada muka aku tak cam sangat batch aku.

Perempuan melayu kelas aku cuma 6 orang. Jadi patutnya senang nak cam. Kalau nursing batch aku, diorang dah pakai baju uniform nurse dan akan mula kerja klinikal tak lama lagi. Pelatih OT pakai baju kurung biasa buat masa ni... Jadi disebabkan spec aku pun calar2 dan kurang power. Padah terlebih yakin menegur orang. Padahal nampak samar2 je. Di sini aku kurang nak bertegur dengan budak kos lain. Kos lain tu sudah tentu nursing la majoriti selain MA untuk intake aku. Sebab kelas aku pun ramai lelaki, so nak buat ape pun kenal dengan budak nursing ramai2. Cukup kenal dengan group orientasi haritu pun kira ok dah.

Pasal spec pulak... Aku ada 2. Spec lama dan spec baru. Pagi tadi spec aku entah hilang kemana aku letak. Jadi aku guna je sementara spec lama.. Padahal spec lama ni agal teruk cerminnya sebab calar. Kitorang masuk kelas tak boleh lambat. 7.30am biasanya aku dah gerak pegi kelas. Kalau lewat lebih dari pukul 8.00am, kalau tak bernasib baik, korang boleh kena tindakan tatatertib. Serius strict kat sini. Semua benda serius. Kitorang kena belajar biasakan semua perfect. Tak boleh sambil lewa. Kerja nanti kalau lambat bagi pertolongan, orang pun boleh hilang nyawa. Sebab itu kitorang disuruh belajar betul2.. kerja nanti melibatkan nyawa orang. Mungkin nanti aku akan disajikan dengan darah dan bau-bau darah di wad kecemasan. Itu perkara biasa bagi skop kerja aku. Apa yang pengajar aku cuba terapkan... korang kena feel semua benda2 ngeri ni.

Wednesday, March 5, 2014

Jimat

Sekarang ni belajar, aku banyak jimat duit. Dapat gaji pun takdek nak beli pakaian untuk bergaya. Gaji adalah istilah yang digunakan selain elaun. Kami dilatih macam kakitangan yg bekerja... Bila tepat tarikh masuk gaji, kami pun dapatlah gaji same.

Kalau dulu aku study di UiTM, Mungkin nak beli baju, seluar, kasut baru untuk pakai ke kuliah. Tapi sekarang setiap hari pergi kuliah pakai pakaian jenis yang sama, memang takleh nak bergaya... Kalau nak bergaya pun setakat ubah sikit rambut, spray perfume wangi2, Kasut kulit hitam yg mahal sikit, dan jam tangan. Buat masa ini aku pakai baju putih dan seluar hitam. Mengenakan tie.  Itulah pakaian hari-hari aku buat masa ini. Seluar jeans pun dah tak pakai macam pergi kuliah kat UiTM dulu...  Setakat nak keluar outing pun aku pakai tracksuit.  Seluar jeans dah lama tak usik.  Kalau aku pakai pun masa naik bas nak balik bercuti ke rumah.

Pakai tracksuit ni sebab selesa, senang nak jalan.  Seluar jeans ni biasalah, seluarnya kain keras sikit, bila berjalan tu ade la rasa ketat sikit, tak macam tracksuit.  Outing. macam kelakor jugak guna istilah outing. Dulu kat UiTM, bila2 masa nak keluar, belasah je keluar. Mana ada diterhadkan.  Disini aku boleh keluar seminggu sekali dan pada waktu petang hari rabu. Outing ohh!

Outing pun setakat pergi Mart yang terdekat. Nak jimat aku jalan kaki.  Dalam 20minit sampailah...  Tapi bila nak balik ke kolej aku ambil teksi, tambang 4ringgit untuk satu teksi. Nak jimat kongsi-kongsilah satu teksi empat orang, itupun kalaulah ade orang nak kongsi.  Mart itu je yang terdekat... Kalau nak jauh sikit pergi ke Plaza Angsana. Tempat angsana tu takde ape pun... aku nak beli ape lah sangat. Shopping baju? memang tak lah.! Kalau beli pun, aku nak pakai masa bila? Hari-hari pergi kelas pakai baju putih tuu je. Beli kasut? tak jugak... Nak bergaya kat manalah sangat. Jadi sejak belajar kat sini, aku mungkin akan beli lebih banyak sikit tracksuit. setakat nak pakai kat dalam kolej dan outing.

Duit gaji yang dapat setiap bulan, memang takde nak fikir beli ape2 sangat. Bagi semester 1 macam aku ni, ramai yang planning nak beli plan internet. Kat kolej ni takde sedia Wifi, jadi pandai-pandailah beli sendiri. Kemudian... setakat nak beli barang keperluan harian. Banyak jugak member yang target nak beli henset dan gajet2. Itu je kot yang terlintas dalam fikiran. Henset smartphone atau laptop penting bagi kitorang. Discussion atau assignment memang perlu ada internet. Pengumuman terkini kadang diberitahu melalui Mobile Apps macam wechat dan whatsapp.

Boleh dikatakan, student sini memang akan ada smartphone... semua guna duit gajilah. Perkara biasa.

Yang menghairankan... Walaupun takde benda nak beli. Gaji aku tetap cepat je mengalir keluar. Tetiba tengok tinggal sikit je. Aishhh! Aku kena pandai urus kewangan lepas ni. Ade jugak hajat dihati nak beli Tablet PC. muehehee~


Monday, March 3, 2014

Diet rendah kalori


Sekarang ni aku tengah cuti mid sem seminggu. Ade kat rumah. Ni gambor baked bean yang aku baru beli,... Tetiba teringin ngidam nak makan dengan telur. Makanan ni memang kegemaran aku masa tengah berdiet dulu2. Tak makan nasi, dan selalu makan masak dengan telur. 

Antara sebab aku selalu makan ni, senang nak kira kalori. Makanan ni kalori rendah... Dan ada tulis pada tin tentang kalori dan nutrisi. Orang yang berdiet rendah kalori biasanya kandungan ketone dlm darah akan jadi tinggi... Sebab banyak guna tenaga dari lemak dan otot. Aku ade study ni dalam biokimia. Nak explain lebih pun takleh lagi, sbb aku belum kaji dan revision lagi topik ni. Takut silap sampaikan ilmu pulak.

Benda ni masak dengan sikit minyak, dan telur. Bagi jadi kering2 sikit... Jgn buat basah, tak sedap. Boleh makan dengan roti, Sodap! Benda2 mcm ni la aku selalu makan kalau tengah diet rendah kalori. Senang nak kira kalori sbb ada ditulis kandungannya. Telur biasanya kalori 80kcal. Kena pandai2 la rancang makanan harian. Bagi cukup protein dan nutrisi. Sbb tu makan dgn telur barulah sedap dan khasiat.

Dgn senaman dan diet rendah kalori... Dlu aku dah hilang 20kg masa form4. Pastu sekarang ni, sejak masuk degree berat naik balikkk! Hahah makan pun dah tak kawal. Senaman pun tarak langsung... 

Boleh cuba kira2 pengambilan kalori, intresting bila experiment korg menjadi dan dapat hasil. Sekadar nak kongsi benda ni... Menu utama masa aku diet. Heheh.

Sunday, March 2, 2014

Bolehkah ini cara nak hilangkan mengantuk di dalam kelas?
Ini tak mengantuk, dan kompem tak fokus jugak.
 Agak kerap jugak mengantuk bila ada dalam kelas. Dulu takde pun macam ni.
sejak belajar disini(KSKB), mengantuknya bukan main hebat lagi...

Masih mencari jawapan kenapa aku mengantuk sangat.
macam2 cara dah cuba... what the...
blearghhh~ 

Monday, February 24, 2014

Bermula, Johor Bahru (Part 1)

Dah hampir 2 bulan aku belajar di Johor Bahru.
Pengalaman di sini amat lain dengan suasana belajar semasa di UiTM. Tahukah tempat aku belajar sekarang? Ia sebuah kolej dibawah kementerian kesihatan malaysia(KKM). Sepenuhnya dibawah KKM. Sangat berbeza dengan IPTA dan IPTS di malaysia ini... Sebab ia acuan sendiri Pusat latihan KKM. Kalau student Universiti dipanggil Pelajar, Mahasiswa, Siswa... Tapi berlainan pula disini. Kami dipanggil dengan gelaran Pelatih(Trainee). Bila dipanggil pelatih jadi kami memang betul-betul dilatih dengan suasana pekerjaan. Antara yang ketaranya... Waktu mula kuliah adalah pada jam 8.00pagi, Tamat pula pada pukul 5.00pagi. Diberi waktu rehat pada pukul 10.00am-10.30am dan 1.00pm-2.00pm... Pada mulanya aku fikir macam ok je masuk pukul 8.00am. Bila dimaksudkan pukul 8.00am bermakna korang kena ada dalam kelas sebelum 8.00am... Memang tiada alasan lambat walaupun sedikit. Jika tidak, tindakan akan dikenakan kepada korang.

Ini cabaran bagi aku. Sebabnya, dulu kalau kelas mula jam 8.30pm... Aku rilek lagi datang lewat 10-30minit. Tapi kat sini memang tak lah. Rehat pukul 1.00pm-2.00pm memang rehat yang singkat. Aku memang tak cukup masa kalau nak baring tidur. Jalan kaki, pergi makan, naik tangga dah 20 minit. Sebelum pukul 2.00pm dah kena ada dalam kelas... Jadi disini amat penting tentang ketepatan masa.

Aku takde gambar untuk aku kongsi tentang tempat ini... mungkin post akan datang aku akan update.

Harian aku setiap hari... Pukul 7.20am aku dah bersiap dan pergi ke kelas. Tapi awal ada sebabnye. Aku kena ambil barang Audio/Visual untuk kelas. Bilik IT buka pada pukul 7.30am... Ambil Laptop, LCD dan apa bagai semua jenis pasang dalam kelas. Kemudian aku belah pergi makan... Memang kena makan lelaju sebab aku kena ada dalam kelas sebelum pukul 8.00am.

Tentang orientasi aku... sempoi je. Best! Takde lah bosan macam UiTM... Kalau ikutkan aku dah join 3Minggu orientasi (MDS) UiTM... memang letih. Tapi masa aku orientasi di tempat baru ni... aktivitinya agak santai, tak letih sangat2.. Banyak Latihan dalam Kumpulan (LDK), Diorang nak bentuk bond(jalinan) antara kami... dan serius best lah jugak. Tertinggal lah sikit parut kat tangan aku... sebab ramai kena denda tekan tubi knuckle. Memang merah, melecet habis aku punya penumbuk... Sakitnya memang kaw kaww penumbuk atas lantai. Tapi kira ok lah.. orientasi ni dikira interesting dan best dibanding dgn 3 orientasi UiTM aku yang sebelum ini.

Nak belajar dekat sini... memang kena kuat fizikal dan mental. Orang yang betul-betul minat dengan apa yang dia belajar akan rasa OK. Sekadar OK je lah... sebenarnya banyak jugak yang tak suka dengan perkara-perkara disini sebab dianggap terlalu mengongkong. Tapi memang mengongkong pun. dan aku setuju sama. Kalau student lepasan SPM mungkin diorang tak kisah dengan suasana ni... Tapi bagi yang dah terbiasa suasana universiti, orangnya macam aku ni... memang akan rasa berat lah.

Aku tanak taip panjang2 sangat... nanti letih nak baca. Mungkin aku akan update post akan datang.


Tempat belajar aku sekarang di Johor Bahru.
Diberi nama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.




Dilatih untuk menjadi Seorang Penolong Pegawai Perubatan atau dalam gaya omputihnya, Assistant Medical Officer(AMO). Secara keseluruhan... memang sedang belajar perubatan sekarang ini 100%.

Aku minat medical sejak SPM... Diberi rezeki oleh Allah, Jadinya aku tetap dapat cari jalan ke arah minat aku. Walaupun dah tersasar sekejap beberapa tahun sebelum ini. Dulu nak jadi doktor takde rezeki... Sekarang jadi Medical Assistant pun ok lah... dapat jugak belajar medical dan kerja di hospital. kan? yeah aku memang minat nak kerja hospital. Suka nak berinteraksi dgn pelbagai golongan dan tolong orang. Nanti ia bukanlah suatu pekerjaan yang membosankan untuk aku. kan? :)



Drama House! Ini memang drama favourite aku.
Drama ini boleh dikata motivasi aku untuk study tentang medical
Minat, Passion dalam diri sendiri sebenarnya adalah motivator terbesar.










Monday, February 10, 2014

Fading Flower


Masa kerja kumpulan untuk lakonan bahasa inggeris.
Aku nampak ranting pokok bunga kertas dengan bunganya yang semakin layu.
Mengingatkan aku beberapa potongan lirik dari lagu Yuna.

"You may think you're pretty
But you'll see that beauty
Is a fading flower"

Kecantikan tiada yang kekal...
Tiada guna kalau kita memilih pasangan hidup kerana rupa paras sahaja.
Yang kekalnya cuma dia tetap dirinya.

Kalau korang jatuh hati pada seseorang dengan sekali pandang... mungkin kerana rupa parasnya yang menarik.. tetapi jika korang mula terpikat/jatuh hati dengan seseorang dalam tempoh tertentu dan pada saat sebelumnya korang kenal, tiada perasaan apa2 pun... mungkin ada sesuatu yang ada pada dirinya, anda jatuh hati.

Kadang rupa paras tak cantik/hensem pun... bila selalu kali kita jumpa dan kenal. Boleh jatuh hati juga... Mungkin ada something, value yang korang tertarik pada dirinya. kadang undefined. entah sebab apa... Hohh.

Tiada apa, sekadar berfikir shj.

7.05am. Kempas, Johor Bahru

Monday, January 27, 2014

Changes

"The more you avoid change, 
the more you hinder the process of growth 
in your life."





Gempaksher
AI Usher
Philiater

Via mobile phone

Thursday, January 16, 2014

Sekarang: Johor Bahru



Sekarang aku berada di Johor Bahru. Di suatu lokasi.
Beberapa bulan lepas aku dah takda di UiTM Kuala Pilah. Aku merantau ke selatan semenanjung dan study disini. 

Gambar diambil semasa sambutan maulidul rasul peringkat negeri johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Pengalaman sambutan Maulidil Rasul di masjid ni seronok, mungkin sebab buat kerja sukarela dan tolong menghidang makanan. Macam2 ragam manusia dapat dilihat, dan memang enjoy. 

Aku semakin hampir dengan minat.
'minat nak kerja di dalam Hospital'
Harap semua akan berjalan lancar. Pengalaman baru yang mungkin menyeronokkan dan mencabar bagi aku. Secara total sangat berbeza dengan pengalaman aku belajar dulu di UiTM. Serius sangat berbeza.

Gempaksher.blogspot.com
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.