Pada waktu petang aku selalu jugak jalan-jalan naik motosikal.
Minyak motosikal yang tak sampai 1 liter dalam tangki, saje aku nak habiskan.
Hari jumaat Parit Buntar agak sesak terutama berdekatan Pekan Lama sebab ada pasar malam Jadi kena memandu dengan berhemah di kawasan ni.
Aku cuma lalu shj di kawasan Pekan Lama. Aku sekarang ni agak kurang suka ke Pasar Malam jumaat sebab perkara sama je setiap minggu lagipun aku tak suka tempat yang sesak dengan manusia. Jadi aku terus merentasi Jambatan Parit Buntar - Bandar Baharu. Laluan seperti biasa aku lalu setiap hari makan angin. Berdekatan Pusingan bulatan Bandar Baharu aku ternampak seorang pakcik melambai-lambai menahan kenderaan yang lalu... disebabkan aku baru je membelok keluar roundabout jadi tak sempat berhenti, lagipun aku bawa agak laju.
Sambil-sambil tu aku usha side mirror tengok pakcik tu... dia masih lagi menahan kenderaan. Aku pusing balik dan pergi ke Pakcik tu. Ok, aku tak berapa faham pakcik tu cakap apa, dia cakap loghat utara tetapi mungkin sebab dia tak ada gigi, jadi sebutan dia kurang jelas... aku mengagak dia nak tumbang kenderaan. dia terus duduk di belakang aku, sambil berpaut baju jaket aku... Aku cuba bertanya dengan pakcik tu, tapi macam diendahkan sambil dia cakap benda apa pun aku taktau.. Lagipun pakcik tu nampak uzur, mungkin pendengaran dia pun dah agak kurang... jadi aku hentikan bertanya dengan dia lagi.
Sambil aku bawa motosikal, tangan dia beri isyarat merata-rata.. ok, aku faham, dia nak tunjuk arah rumah dia. lagipun kalau dia cakap, mungkin aku tak faham... jadi lebih baik dia menghayun tangan dia merata-rata tunjuk arah, motosikal aku pun sekali dihayun ke kiri-kanan. bahaya betul...
Rumah dia agak jauh jugak bagi aku... dalam 500 meter. Bagi orang tua macam dia dengan keadaan fizikal yang uzur, jarak tu agak meletihkan... Mungkin tadi dia ke pasar malam atau mana2, sekarang nak balik ke rumah. dia berjalan pun tidaklah secergas mana. Nak sampai ke rumah jalan kaki memang lambat lah.
"Rumah felda, Ni rumah felda.... kampung felda"
Aku tak jelas dia cakap apa... aku dengar macam sebut "Rumah felda", "Rumah Keda", "Kampung Keda"... Perkataan "Keda" aku pernah dengar, lokasinya sekitar-sekitar bandar baharu. tapi aku tak pasti lokasi tepatnya. Aku 1st time lalu kawasan ni... Orang tua tu nampak macam dikenali kawasan tu... ada orang muda bermotosikal memberi isyarat pada dia.
Lepas dah sampai ke rumah dia... Aku still lagi tak berapa jelas dia cakap apa dengan aku. Aku pun merapu la sebut aku tinggal kat mane.... aishh... aku undurkan motosikal dan bersalam dengan dia. aku nak jugak berbual dengan dia tapi aku tak faham sangat dia sebut apa. Kalau setakat nak tumpang atau tolong2 aku tak kisah... kadang ada la jugak curiga dengan orang tak dikenali, biasalah. sekarang ni selalu dengar kes Pukau. aku risau jugak... Tapi Pakcik tu memang orang yang memerlukan pertolongan. memang tak ada curiga sangat, lagipun aku takde buat apa2 masa tu.. sekadar makan angin.
Dulu masa kat kampus Shah Alam, selepas habis kelas... Tempat letak motosikal ada orang luar bertanya kpd seseorang ni, mungkin orang ni baru nak balik rumah. Dia bertanya arah ke Menara SAAS. Kampus ni agak berbelok-belok dan berbukit. nak cakap arah memang agak susah sikit. Aku mulanya dengar je perbualan diorang... Selepas tu aku pergi pada dia... suruh dia follow motosikal aku ke menara SAAS. Setakat tunjukkan jalan ke menara tu takde la berat mana... minyak pun tak luak sangat lah... Lagipun lepas kelas, aku memang takde buat apa, bosan jugak.. aku masa tu pun duduk atas motosikal fikir-fikir nak buat ape balik bilik nanti. So Boring lah... kenapa macam boring je aku kat Shah Alam. Nasib baik ada motosikal. Motosikal modenas aku itu lah teman aku jalan2 kat Shah Alam.
No comments:
Post a Comment