Sunday, June 22, 2014

Hospital Princeton-Plainsboro



Naik bas berwarna biru dari Kolej ke Hospital. Ini pengalaman pertama klinikal di hospital. Pagi itu semua bangun lebih awal dari kebiasaannya. Itu hari pertama kitorang pra-klinikal jadi aku pun seawal jam 5.00pagi dah bangun tidur dan bersiap-siap. Biasanya setiap hari, aku akan bangun dulu, kejutkan roomate dan bilik sebelah. Bangun awal ni senang, takde la aku nak berebut mandi. Bilik dan tandas kitorang kongsi 4 orang. Aku tak mahu lah bangun lewat sangat sebab nanti terpaksa bergegas bersiap. Menikmati pagi sebelum pergi bekerja adalah sesuatu yang menenangkan bagi aku. Sekurangnya korang feel dulu pagi tu dengan layan kopi panas dan mendengar lagu.

Semua akan tunggu bas di depan asrama masing-masing. Setiap pagi dalam pukul 6.00am-7.30am korang boleh nampak student menunggu di depan asrama masing-masing. Bagi aku Pembantu Perubatan, Pra-klinikal cuma 2 minggu je, Iaitu pada hujung semester. Kebanyakan semester ni aku cuma belajar dalam kelas teori dan bukannya pra-klinikal macam student jururawat. Diorang klinikal awal, lebih kurang pertengahan semester dah mula tinggalkan kelas dan berada di wad hospital. Aku semester 1-3 akan berada di kolej untuk kelas teori sepenuhnya. Semester 4-6 baru mula klinikal di hospital atau klinik.

Bas atau van akan datang berhenti depan asrama. Tak semua member kelas aku dihantar ke hospital sama. Hospital paling jauh pun dalam 45minit perjalanan. Aku dapat hospital dekat je. Hospital Princeton-Plainsboro(bukan nama sebenar). Ni bukan nama hospital betul, aku sengaja letak samaran lain... Princeton-Plainsboro ni hospital dalam Drama medikal, House. Antara drama yang aku suka tengok. haha

Semua macam bergaya dengan baju uniform masing2 dan bekerja dalam hospital. Istilah "bekerja" selalu digunakan, kitorang dah umpama pergi kerja lah. Sampai saja hospital, kitorang penuhi kawasan lobi, penuh dengan manusia berbaju uniform putih berseluar hitam di kawasan hospital. Tiba di hospital lebih kurang pukul 7 pagi. Masa ni belum lagi diagihkan ke wad masing-masing. Ada sesi orientasi dulu. Waktu kerja kitorang dalam jadual bermula pukul 7pg-2ptg, atau 2ptg-9mlm.


Apa yang suka... Kalau dulu aku cuma jadi pelawat di hospital shj. Nak masuk wad hospital pun kena tunggu waktu melawat. Di pintu masuk akan ada pengawal keselamatan yang akan berjaga dan korang tak boleh masuk sesuka hati. Tapi sekarang ni aku boleh keluar masuk sesuka hati. Rasa macam... Wow! Tandas yang cuma dibenarkan untuk Staff pun aku boleh guna. Rasa macam... aku dah jadi sebahagian daripada kakitangan.

Nak masuk kena ada kad yang menunjukkan korang ni kerja hospital, ataupun uniform hospital. Kadang bila turun bas atau jalan di hospital terasa diperhatikan. Kalau aku jadi pelawat kat hospital, aku pun akan tertanya...
 
 "yang pakai uniform putih, seluar hitam ni ape ye?", "Ni MA ke atau Nurse".

Sepanjang aku di Hospital... aku suka tengok gaya AMO(Assistant Medical Officer). Diorang ni nampak cool dan humble! Tanggungjawab diorang ni besar di Emergency department. Jawatan yang sekian lama disandang oleh gender lelaki sahaja. Sebab tu nampak awesome rasanya. haha.. tapi sekarang dah ada wanita dalam jawatan kerja ni. Agak baru shj lagi.

Perkara biasa... kadang bila aku pergi beli barang atau jalan2. Orang ramai yang lalu atau terserempak akan curi2 pandang kad yang aku pakai. Tertulis disitu "Pembantu Perubatan". Sekarang ni nama pembantu perubatan dah ditukar ke Penolong Pegawai Perubatan. Ini adalah nama jawatan kerja. Tapi kalau aku sekarang ni cuma sebagai pelatih sebab itu digelar Pembantu Perubatan, Kalau kerja nanti dinamakan AMO. Yang uniknya.. Kad pelatih aku tiada ditulis Pelatih contohnya macam student nursing "Jururawat Pelatih". Kadang orang yang tak tahu.. mungkin ingat kami ni Pembantu Perubatan atau MA yang professional. Tapi hakikatnya ilmu medikal ciput sangat, baru semester 1. Belajar pun asas shj.



Bila kerja di wad... setiap hari tengok orang sakit. Boleh buatkan kita insaf. Bersyukurlah ada kesihatan yang baik. Ada orang berusaha nak pulihkan kesihatan mereka. Ahli keluarga berharap orang yang mereka sayang dapat bersama dan sihat macam dulu. Orang meninggal dunia tu.. aku rasa kalau lagi lama aku berada di wad, boleh nampak berapa banyak orang meninggal dunia. Kadang aku melawat wad lain, member berbisik kat aku mengatakan ada pesakit mungkin hayatnya tak lama dah. Ada macam2 pesakit termasuk ada yang sakit tua. Tapi tugas kerja aku nanti bukan dalam wad, biasanya di kecemasan. Itu lagi lah... Selalu kritikal punya pesakit. Boleh jadi antara hidup dan mati. Ataupun kerja nanti di Klinik Kesihatan dan klinik di kawasan pendalaman dan kampung dimana tiada doktor. Yang aku dengar... MA ni kerja serba boleh. Bila bab perubatan AMO adalah sumber rujukan kedua di hospital selepas MO(medical officer)

Kerja aku masa praklinikal tak banyak... sebab masih baru, jadi banyak pantau je. Kadang aku datang ke katil pesakit tengok dia sakit ape, pastu cuba kaitkan dengan teori yang dah belajar. Ada jugak pesakit yang ingat aku doktor. Masa aku ke katil pesakit ni, tengok dia sakit apa dalam rekod catatan pesakit. Pastu aku dengar pesakit tu cakap, tapi aku tak faham dia cakap tentang apa sebab tak jelas...
Rupanya dia tanya dia sakit apa. Aku pun hairan lah, aku cakap itu kena tanya kepastian doktor duhulu.


Student nurse sebelah aku cakap
"Baju awak tuu pun dah macam doktor."
Barulah aku faham, rupanya pakcik tu ingat aku doktor. Aku rasa ada beza lab coat doktor dgn uniform aku. tapi warna dan design ada la hampir sama... tapi yang aku pasti memang tak sama langsung. hmmm

Yang paling ngeri setakat ni... aku tolong bantu dressing(cuci luka). Pesakit baru keluar dari ICU, Kaki dia keseluruhan sebelah kanan tiada, baru lepas dipotong. Aku tengok kawasan luka potong tu masih fresh. fuhhh... Aku tolong2 je. Aku rasa memang sakit luka tu. Kadang2 tu rasa macam tak sanggup tengok pun ada. Aku tarik nafas dalam2, cuba bagi rileks sikit, cuba jadi professional. Aku bukannya apa.. Cuma risau dia sakit je, kadang empati kita ni jadi tinggi, boleh feel orang macam mana. Aku gagahkan jugak tolong. Aku tengok senior nursing muka macam takda perasaan, itu yang buatkan aku hairan. Lepas balik, masa naik bas  aku berbual dan bertanya dia dalam bas. Dia cakap... Kesian tu memang lah kesian tapi kalau asyik fikir kesian je sampai bila kerja nak siap. Kerja kita nak tolong dan sembuhkan orang. Lama2 nanti akan biasa lah. Dalam wad aku banyak dibantu oleh student jururawat, diorang lah yang banyak ajar. Ada juga student jururawat dari Kolej lain. Dalam wad memang jarang akan nampak MA, sebab wad bukan kawasan kerja MA kebiasanya. Cuma kitorang ni 1st semester mungkin sekadar pengenalan dengan suasana hospital dan perawatan pesakit.

Apa yang aku suka... Dalam wad tu kita boleh jadi ramah dengan pesakit, dapat macam2 cerita. Berbual macam2 perkara. Kadang pesakit ni dia perlukan kekuatan emosi. Kesian jugak tengok yang mana tinggal sorang2 je dalam hospital, mungkin anak berkerja, isteri/suami kerja. Mungkin dia teringat pada anak dia, atau keluarga dia masa tu. Apa yang selalu diingatkan oleh pengajar aku, Kita layan pesakit macam mereka tu keluarga kita. Macam2 kisah diceritakan pengajar aku sepanjang kelas dia. Waktu dia bekerja dulu, bagaimana dia menyelamatkan keluarga kemalangan pada hari raya pertama. Setiap hari boleh dikatakan berhadapan dengan situasi hidup dan mati. Paling pengajar aku tak boleh tahan sebak, bila dia mendakap seorang bayi, bayi tu meninggal dunia dan tak dapat diselamatkan.


Apa yang aku boleh katakan, kerja hospital bidang kesihatan dan perubatan memang adventure dan memenatkan. Bila korang kerja niat ikhlas nak tolong orang, memang kerja tu jadi mudah dan menyeronokkan. Jadi memang perlu ada minat bidang ni. Tanggungjawab nanti melibatkan nyawa orang. Aku dengar sepupu aku yang kerja jadi AMO, dia agak sibuk. Kadang kakitangan tak cukup, dia terpaksa kerja lebih masa. Macam doktor, AMO tetap ada On call. Doktor(MBBS) lagi advance dan lebih susah belajarnya, mereka perlu diagnosa pesakit dengan lebih kompleks, sebab itu hingga 5 tahun masa diperlukan untuk habiskan belajar. Mungkin ada hikmahnya aku tak dapat jadi doktor masa dulu, Komitment kerja dan keluarga.

Seperti kata pengajar aku, "Apa yang doktor tahu, awak kena tahu". Ilmu perubatan ni meluas, tak rugi pun kalau korang belajar lebih mendalam, tak kira lah kita ni nurse, doktor, atau student bidang lain pun. tiada istilah ilmu yang dikatakan boleh merugikan kita. Walaupun ilmu bidang degree IT yang aku belajar dulu 2tahun, tapi tak habis. aku tak rasa rugi. Apa yang aku belajar sekarang ni sepenuhnya perubatan. Selalu orang dikelirukan antara jururawat dan pembantu perubatan. Skop kerja mereka berbeza. Antara Perubatan dan Perawatan. Antara mengubat dan merawat. AMO lebih kepada skop kerja perubatan.
Bidang perubatan merupakan minat aku sejak lepas SPM dulu. Aku suka kerja di hospital.

Kisah aku berminat nak jadi doktor bermula masa kejadian orang yang aku kenal pengsan di depan aku untuk kali kedua. Masa di kelas tuisyen form 3 dia pengsan di dalam kelas disebabkan masalah kesihatan. Dan masa Kelas tuisyen form 5 dia pengsan di dalam kelas matematik dengan cikgu tuisyen yang sama. Aku kenal dia sejak form 3, setelah sekian lama aku baru nampak dia masa tuisyen form 5... tetiba aku rasa useless sebab kali kedua tu aku tak dapat nak tolong apa2. Aku baru lepas beli roti di kedai bakery sebelah tempat tuisyen. Belum sempat nak buka pintu dan ternampak dia rebah dari kerusi di tempat duduk hadapan, aku nampak melalui cermin pintu kelas. Kelas jadi kelam kabut dengan cikgu yang kelam kabut jugak. Aku tak jadi nak masuk kelas dan duduk sorang2 di luar kelas, makan roti dibeli tadi dan tunggu dia keluar. Aku tak masuk sebab dia tu perempuan. Dalam kelas tu ada ramai lagi perempuan jadi diorang boleh tolong tengokkan. Kalau aku dalam kelas pun, tak dapat nak buat apa2 mungkin cuma mampu memerhati je keadaan dia. Itu boleh buatkan dia rasa malu jugak nanti sebab aku ni lelaki. Jadi aku tunggu je lah dia luar kelas, dan mungkin bertanya khabar bila dia dah stabil. Sejak itulah aku terfikir nak jadi seorang doktor. Tapi tak kesampaian. Sekurangnya aku masih dapat kerja di hospital dalam bidang perubatan dan kesihatan. Itu minat kerja aku.








11 comments:

  1. Beruntung la acap, 1st sem dah dapat mcm2 ilmu n pengalaman...
    keep it up ye.
    Selamat berbakti pd ummah.

    Btw, doktor dgn MA byk beza x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ni rezeki Allah bagi. :D
      MA mula gred diploma U29, MO mula gred ijazah UD41.
      Kebanyakan orang lebih kenal Nurse dan Doktor.. Bila MA jumpa pesakit Terutama di Klinik2, ada orang tak tahu dan diorang panggil itu doktor. sebab MA ada lakukan tugas2 sama macam doktor. Kalau org lama2 kat kampung dorg kenal MA ni dgn gelaran "dressar" atau HA Itu dari segi luaran lah. kadang tu doktor jugak dapat nama, MA ni orang kata macam unsung hero. http://www.sinarharian.com.my/rencana/tuan-dressar-main-peranan-penting-dalam-penjagaan-kesihatan-1.55619.

      Di unit khas hospital macam jabatan kecemasan, MA yang memberi rawatan awal, kemudian baru merujuk kepada doktor. Tugas2 Ketua pasukan ambulan dan beri rawatan kecemasan.

      Orang lebih kenal MA ni dikaitkan dengan unit khas jabatan kecemasan dan trauma dan klinik2 kesihatan.
      Dari segi ilmu perubatan, Doktor lebih mendalam diorg belajar, sebab tu ambil masa 5 tahun baru habis belajar. MA belajar diploma 3 tahun je... Bila bertugas tempat yg kurang doktor atau klinik desa/pendalaman yg takda doc, MA pengetahuan perubatan mmg perlu lebih. Kalau kes yg tak mampu handle, baru rujuk kepada doktor. Tugas2 kdg boleh jadi lebih meluas dan mencabar bila kerja di klinik yg tiada doktor terutama di kawasan pendalaman. Itulah shj yang acap tahu setakat ini. Mungkin akan datang insyaAllah pengalaman praklinikal di emergency department pulak. ^___^

      Delete
  2. Dulu belajar di UiTM Kuala Pilah ambik apa ye?
    Quit sebelum habis first sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil Dip.Mikrobiologi. Yup, quit sebelum habis 1st semester.
      Sempat beberapa minggu je di Kuala Pilah. :)

      Delete
  3. thanks 4 sharing pengalaman dan ilmu bro..insyaAllah saya juga akan melangkah ke arah bidang MA dan mulakan kehidupan untuk menjadi MA ni 12hb januari nanti..memang dah lama minat nak jadi MA sejak spm dulu tapi saya pendam dan terpaksa habiskan belajar diploma 3 tahun..habis je diploma tahun lepas, saya dapat tawaran untuk MA dan sambung degree dalam satu masa serentak..Alhamdulillah Allah bagi saya chance dapat MA dan saya tetap nak belajar diploma pembantu perubatan ni instead sambung degree walaupun terpaksa harungi diploma untuk sekali lagi..walaupun ramai kawan2 dan saudara mara lebih prefer saya untuk sambung degree tapi pilihan saya tetap nak ambik MA ni..harap dipermudah semuanya..:)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Info yang bagus dan perkongsian yg menarik. Act, dapat intake awal jan bg latihan jururawat, so im kinda nervous. Sebab tak pernah terfikir pun nak ambil kos ni and dari segi subjek mmg jauh beza dari apa yg belajar skrg dekat U.

    benda paling menarik sekali bila baca blog ni, adalah simple reminder,

    "Tiada istilah ilmu yang dikatakan boleh merugikan kita"

    moga pengorbanan berhenti U semata nak masuk SPA tidak rugi. I know i'll learn many things at there. I wish wherever you're keep the spirit, be the success AMO. Segala apa kita capai bukan untuk dunia semata tapi akhirat jugak. ^^

    ReplyDelete
  6. salam..nak tanya
    pakaian untuk pelajar berbeza kah untuk setiap sem?
    atau sama saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Pakaian tetap sama. Jika jururawat pelatih, pakai pakaian jururawat pelatih. Dan MA pakai uniform MA Pelatih. Dan semua akan sama sepanjang semester ikut bidang masing-masing seperti unifrom pelatih x-ray, terapi carakerja, farmasi, fisioterapi, makmal perubatan, IK, dan lain2.

      Cuma bagi jururawat dan MA akan ada penanda warna yg membezakan semester. Uniform tetap sama cuma bezakan warna pip dibahu, hijau(sem 2), biru(sem3,4), merah(sem 5,6). Dan MA dibezakan dengan warna nametag putih(sem 1,2,3), Hijau(sem 4), Biru(sem 5), Merah(sem 6)

      Delete
  7. Assalam nak tanya ni..klu nak jadi M.A kena mohon kat mana dan klu nak ambil M.A ni perlu ambik sns tulen ke time spm

    ReplyDelete