Wednesday, March 5, 2014

Jimat

Sekarang ni belajar, aku banyak jimat duit. Dapat gaji pun takdek nak beli pakaian untuk bergaya. Gaji adalah istilah yang digunakan selain elaun. Kami dilatih macam kakitangan yg bekerja... Bila tepat tarikh masuk gaji, kami pun dapatlah gaji same.

Kalau dulu aku study di UiTM, Mungkin nak beli baju, seluar, kasut baru untuk pakai ke kuliah. Tapi sekarang setiap hari pergi kuliah pakai pakaian jenis yang sama, memang takleh nak bergaya... Kalau nak bergaya pun setakat ubah sikit rambut, spray perfume wangi2, Kasut kulit hitam yg mahal sikit, dan jam tangan. Buat masa ini aku pakai baju putih dan seluar hitam. Mengenakan tie.  Itulah pakaian hari-hari aku buat masa ini. Seluar jeans pun dah tak pakai macam pergi kuliah kat UiTM dulu...  Setakat nak keluar outing pun aku pakai tracksuit.  Seluar jeans dah lama tak usik.  Kalau aku pakai pun masa naik bas nak balik bercuti ke rumah.

Pakai tracksuit ni sebab selesa, senang nak jalan.  Seluar jeans ni biasalah, seluarnya kain keras sikit, bila berjalan tu ade la rasa ketat sikit, tak macam tracksuit.  Outing. macam kelakor jugak guna istilah outing. Dulu kat UiTM, bila2 masa nak keluar, belasah je keluar. Mana ada diterhadkan.  Disini aku boleh keluar seminggu sekali dan pada waktu petang hari rabu. Outing ohh!

Outing pun setakat pergi Mart yang terdekat. Nak jimat aku jalan kaki.  Dalam 20minit sampailah...  Tapi bila nak balik ke kolej aku ambil teksi, tambang 4ringgit untuk satu teksi. Nak jimat kongsi-kongsilah satu teksi empat orang, itupun kalaulah ade orang nak kongsi.  Mart itu je yang terdekat... Kalau nak jauh sikit pergi ke Plaza Angsana. Tempat angsana tu takde ape pun... aku nak beli ape lah sangat. Shopping baju? memang tak lah.! Kalau beli pun, aku nak pakai masa bila? Hari-hari pergi kelas pakai baju putih tuu je. Beli kasut? tak jugak... Nak bergaya kat manalah sangat. Jadi sejak belajar kat sini, aku mungkin akan beli lebih banyak sikit tracksuit. setakat nak pakai kat dalam kolej dan outing.

Duit gaji yang dapat setiap bulan, memang takde nak fikir beli ape2 sangat. Bagi semester 1 macam aku ni, ramai yang planning nak beli plan internet. Kat kolej ni takde sedia Wifi, jadi pandai-pandailah beli sendiri. Kemudian... setakat nak beli barang keperluan harian. Banyak jugak member yang target nak beli henset dan gajet2. Itu je kot yang terlintas dalam fikiran. Henset smartphone atau laptop penting bagi kitorang. Discussion atau assignment memang perlu ada internet. Pengumuman terkini kadang diberitahu melalui Mobile Apps macam wechat dan whatsapp.

Boleh dikatakan, student sini memang akan ada smartphone... semua guna duit gajilah. Perkara biasa.

Yang menghairankan... Walaupun takde benda nak beli. Gaji aku tetap cepat je mengalir keluar. Tetiba tengok tinggal sikit je. Aishhh! Aku kena pandai urus kewangan lepas ni. Ade jugak hajat dihati nak beli Tablet PC. muehehee~


9 comments:

  1. wah bestnya dapat elaun.
    dari segi kos pengajian tu, siapa yang tanggung? student atau kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmenterian tanggung.. Cuma kolej Rm20 tiap bulan dan kokurikulum persemester shj kena byr...disebabkan hmpir smua ditanggung, kenalah beri komitmen 100%. mmg akan rasa terkongkong sgt.. gaining something, losing something. haha

      Delete
  2. Replies
    1. Err.. takde lah pakcik sgt lagi Aida. haha
      Umur. ermmm mcm nak rahsiakan je ni. Umur tak jejak sampai 28 lgi, tapi lebih dari 24 tahun. hihi umur range gitu lah.

      Delete
  3. Replies
    1. eh, tak lah Nur Aida. tak kahwin lagi.
      Belum sampai lagi rezeki jodoh. :)

      Delete
  4. wooooo , pakcik ada ws dak? kt sini susah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Aida, tak boleh bagi nombor wassap kat sini atas sebab privasi. :)
      Apapun Aida boleh add saya di FB: AI Usher.

      Delete
  5. takdak pon, kalau ada pon mcm tk pakai . add kt sini lah Nur Aida , profile ada gmba speck dgn Al-Quran :)

    ReplyDelete