Monday, September 9, 2013

Ride to Selama, Perak

Kali ini aku dah menjejak kaki ke tempat aku belum pernah pergi. Ini kali pertama.

Ini sebuah pekan di Selama, Perak. Kawasan ni terletak di bahagian utara perak bersempadan Daerah Kerian(tempat aku). Larut, Matang dan Selama diletak di dalam sebuah daerah. Pada awalnya aku agak keliru dengan kedudukan geografi tempat ni. Kenapa dipanggil dengan 3 nama iaitu Larut, Matang, dan Selama... Aku cuma tahu Selama sahaja sebelum ini. Sebenarnya Larut, Matang dan Selama cuma daerah2 kecil. Daerah-daerah kecil ini dirangkumkan sekali... dan antara yang aku tak sangka Pusat pentadbiran daerah ini di Bandar Taiping.

Aku yang dah lama menetap di Perak dan selalu pergi Taiping, baru je tahu maklumat ni... Selalunya aku cuma tahu Bandar Taiping dan aku tak pernah terfikir Taiping termasuk dalam daerah Larut dan Matang. Sebab contoh di kawasan aku, Daerah Kerian ditadbir Majlis Daerah Kerian, Pusat pentadbirannya di Parit Buntar. Jika Parit Buntar dinaik taraf menjadi Perbandaran, ia akan diberi nama Majlis Perbandaran Parit Buntar dan bukannya Majlis Perbandaran Kerian. Sama juga situasinya dengan Daerah Larut, Matang dan Selama... Taiping ditadbir Majlis Perbandaran Taiping dan tidak dipanggil dengan nama Perbandaran Daerah. Mungkin disebabkan selama ini dipanggil Perbandaran Taiping jadi aku tak tahu pun sebenarnya Taiping berada di dalam Daerah Larut Matang. Fail betul lah... Dulu geografi mase sekolah takde pulak cerita benda ni. arghh fail...


Daerah di dalam peta ini ditadbir dan diurus oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang dan Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Sejarahnya :

"Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerahkan Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1892 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama."

Aku mula2 agak keliru juga... Kawasan Selama ini sebenarnya terbahagi kepada dua negeri. iaitu Kedah dan Perak. Selepas aku sendiri pergi ke tempat ni, barulah aku tahu antara Selama Kedah dan Selama Perak. Dua kawasan ni dibahagikan dengan Sungai Kerian... Sungai Kerian merupakan tanda pemisah antara negeri Perak dan Kedah. Tadi aku ada lalu merentas sungai Kerian dan ternampak papan tanda Selama Perak dan Selama Kedah.

Untuk sampai ke Selama aku melalui Nibong Tebal dan menghala ke Serdang, Kedah...



Selama yang bertanda 'A' tu aku tak sampai lagi. Aku cuma sampai kawasan sempadan negeri (Sungai pemisah negeri) dimana terletaknya pekan Selama. Aku sebenarnya tak tahu jalan mana nak teruskan... Ada papan tanda tulis Taiping dan satu lagi Rantau Panjang... cuma masa tu aku terlupa nak hafal kedudukan peta jadi tak tahu Rantau Panjang menghala ke mana.

Sumber2 lain boleh didapati dari Portal Rasmi Daerah Selama.

~Al-kisah~

No comments:

Post a Comment