Tuesday, September 24, 2013

Meronggeng seorangan : Aller en Moto Part 3

                  Dalam perjalanan aku ke Telok Bahang, Laluannya agak berliku-liku sikit. Di sepanjang jalan dari Batu Feringgi ada sebuah motosikal yang penunggangnya perempuan. Dari segi pakaian di Nampak macam traveler dengan kasut sukan, Backpack, dan berseluar track. Mula aku sangka dia mungkin jalan-jalan makan angin macam aku, siap dengan santainya dia bawa, Minum makan apa semua. Jadi motosikal aku ikut sama kelajuan dengan dia… adakalanya aku perlahankan motosikal, menikmati suasana sekeliling yang aku lalu, mengamati pemandangan jalan berbukit berliku yang masih boleh Nampak laut. Sedang aku leka, aku masih lagi mengikut perempuan tadi… mungkin dia akan ke laluan Teluk Bahang. Selepas Pusingan bulatan, aku mengikut motosikal dia… kemudian dia masuk ke simpang sebuah Rumah! Kali ni aku tersilap masuk simpang lagi, disebabkan leka mengikut dia. Cehh, rupanya dia nak balik ke rumah. Pada pusingan bulatan tadi sepatutnya aku ikut arah jam 9. Papan tanda pun aku dah lupa nak tengok…  Aku dah sampai ke Taman Negara. Aku tak pasti taman Negara apakah… Duhulu semasa tingkatan 3, aku pernah datang ke sini dengan rombongan sekolah. Tempat untuk hiking. Teringin pulak nak hiking tempat ni, dah lama tak pergi… Tapi takkan lah nak pergi sorang-sorangg je. Hiking tempat sini ambil masa 2 jam sebelum sampai ke sebuah pantai disebalik bukit. Agak menarik jugak tempat hiking ni. Dah lama jugak tak hiking.

                  Aku teruskan perjalanan selepas bertanya pada pakguard di taman Negara untuk kepastian. Selepas beberapa minit aku sampai ke tempat tertulis signboard besar ‘Taman Rimba Teluk Bahang’ Bertentangan dengannya ada sebuah lagi signboard besar ‘Empangan Teluk Bahang’. Aku masuk ke Taman Rimba Teluk Bahang untuk meninjau kawasan. Tempat agak sunyi, mungkin dah lewat. Aku berhentikan motosikal berdekatan tandas awam dimana ada seorang pakcik.

          “Pakcik kat atas ni ada apa”
         
          “kat atas ni ada macam-macam, ayaq terjun, tempat main budak-budak, Tapi la ni orang dah takda dah.”

            Aku berbual-bual dahulu dengan pakcik ni, bertanya kawasan Taman Rimba dan Teluk Bahang. Tapi aku tak boleh sembang lama-lama, kalau ikutkan nak je aku lepak sembang dengan pakcik tu… Pakcik tu panjang lebar bercerita dengan aku, sehinggakan aku masuk tandas pun dia masih lagi bercerita. Aku pun dengar je dia cerita.

            “Pakcik kat kiri ni jalan pi Balik Pulau ka? Empangan boleh pi ka?”
           
             “Balik Pulau pi belah kiri ni, tapi jalan dia berbelok-belok. Hang nak pi Empangan tu boleh aih, hang letak moto, pastu jalan-jalan la kat tepi tu ada laluan”

             Pakcik tu bercerita macam nak suruh aku lepak dengan dia lama-lama. Aku tak boleh berhenti lama sebab aku Tanya pakcik tadi, jam dah pukul 7 petang. Kemudian jalan berbelok-belok yang dia kata tadi, sunyi tak ada orang. Aku kena minta diri dulu dengan pakcik tu, risau pulak nak lalu kawan berliku berbukit tu kalau dah gelap, Sunyi!

               Aku teruskan ke arah kiri dan menaiki bukit. Ada empangan Teluk Bahang dan aku berhenti sekejap ambil gambar. Tapi aku tak ada masa nak jalan-jalan sebab masa dah suntuk. Hari semakin gelap. Di kawasan empangan tu masih ada orang bersiar-siar.  Lebih kurang 5minit aku berada di situ, kemudian aku terus lagi perjalanan dan berhenti lagi bila aku Nampak pemandangan yang cantik. Empangan tu betul-betul di atas bukit. Boleh Nampak Laut dan Pekan Teluk Bahang di bawah sangat jelas. Matahari senja pun dah kurang kelihatan, mungkin sebab awan atau bukit melindung. Jadi pemandangan tidak seperti yang aku harapkan.





                Aku teruskan ke arah Balik Pulau. Laluan yang pakcik tu kata memang gila berbelok-belok. Ini pertama kali aku lalu kawasan macam ni. Memang gila! Motosikal aku memang susah nak capai 80km/j sebab banyak selekoh. Selekoh pulak banyak 180 darjah… Tapi disebabkan masa makin suntuk aku redah dengan selaju mungkin macam pelumba litar! Bila aku sampai ke kawasan bukit yang agak tinggi, kemudian aku ternampak laut dan kawasan pekan Sangat Cantik! Aku parking motosikal di kawasan selamat yang disediakan dan mula ambil gambar. Aku agak merisikokan diri dengan ambil gambar, sebab hari dah lewat. Kawasan sekitar dah semakin gelap. Aku berada betul-betul di dalam hutan yang sangat sunyi! Aku baru sedar kesunyian tu lepas aku tutup MP3 aku. Aku dalam kelam kabut nak mengambil gambar, tetiba aku terjatuh… kasut croc aku tercabut sebab turun laluan yang agak bercerun. Kemudian aku memandang sekeliling kalaulah ada sesuatu yang tak kena. Kawasan memang sunyi, dan aku yakin memang aku berada jauh dari orang sekarang ni… di tengah-tengah hutan. Aku ambil gambar dan menikmati suasana di hadapan aku. Aku berada di lereng bukit, Nampak semua yang ada di bawah bukit. Indah! Tapi sunyi yang amat dan senja membuatkan aku tak selesa berada lama, risau perkara tak diingini terjadi. Mana lah tahu ada harimau atau monyet ganas datang. Kalau ada hantu pun muncul pun, biarlah cantik-cantik sikit.

             Aku terus lalu di kawasan lereng bukit. Aku keluarkan kamera henset dan mula mengambil rakaman video sambil menunggan motosikal… Kadang aku akan lalu kawasan yang gila gelap sebab dilitupi pokok-pokok rimbun. Kurang lah rasa sunyi, sebab aku dah layan lagu MP3 kat telinga… sambil tu aku melayan juga suasana sekeliling.

“If I told you things I did before, told you how I used to be

Would you go along with someone like me

If you knew my story word for word, had all of my history

Would you go along with someone like me

 And we don't care about our own faults

Talking 'bout our own style

All we care about is talking

Talking only me and you

Usually when things has gone this far, people tend to disappear

No one will surprise me unless you do

I can tell there's something goin' on, hours seems to disappear

Everyone is leaving, I'm still with you” – Peter, Bjorn and John. Young Folks.



                  Akhirnya aku sampai ke kawasan Balik Pulau. Teruskan Perjalanan mencari papan tanda ke Bayan Lepas atau Telok Kumbar. Aku berhenti di sebuah Stesen Shell dan bertanya arah sama ada laluan aku betul atau tidak… Orang yang pertama aku Tanya, tak faham aku cakap apa. Mungkin orang Siam, atau myammar. Dia panggil seorang lagi rakan dia untuk menjawab soalan aku…






                  Selepas dapat kepastian laluan, aku teruskan sehingga sampai di Teluk Kumbar seteruskan Bayan Lepas.Berhenti di sebuah lampu isyarat dan aku mula keliru sebab Laluan terus tulis ‘Bayan Lepas’ dan laluan kanan “Butterworth” dengan simbol jambatan.

             “Jalan nak ke Jambatan ikut kanan ni ke?” aku bertanya dengan penunggang motosikal di sebelah
             “Kanan ni nak pi Jambatan boleh, straight ni nak pi jambatan pun boleh. Sama ja dua-dua”
             "Ok, terima kasih na" Sambil mengangkat tangan, Aku terus menggerakkan motosikal ke laluan sebelah kanan.

               Akhirnya aku ambil Laluan Kanan… Dan aku bernasib baik sebab aku lalu betul-betul di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Nampak lampu-lampu landasan kapal terbang, dan kapal terbang mendarat betul-betul di atas aku. Aku Nampak ada juga orang yang berhenti di sepanjang jalan… Mungkin Sekadar menikmati suasana? Tapi apakah yang menariknya? Malam tu Bulan sangat terang… Perjalanan aku malam tu lebih cerah dilimpahi cahaya bulan… Seperti biasa, mood aku membuak gembira bila ada bulan yang cantik. Hati rasa tenang dan senang.



               Di bayan lepas aku melalui kawasan kilang… ternampak juga di kilang-kilang masih lagi ada pekerja. Munkgin berkerja shif malam? Tak seperti kawasan kilang di tempat aku, kebanyakannya bekerja waktu siang, kurang yang bekerja waktu malam.

               Aku ikut arah ke jambatan untuk balik ke rumah. Melalui jambatan di waktu malam. Perjalanan waktu malam kena lebih berhati-hati. Kadang aku akan menyalakan Lampu signal jika ada kereta dibelakang. Sebab aku sendiri ada pengalaman memandu kereta di lebuhraya, ada sesetegah lampu motosikal Nampak samar-samar dari jauh. Motosikal aku tak pastilah lampunya terang atau tidak… untuk keselamatan jadi aku selalu nyalakan lampu signal supaya pengguna jalan raya lain tahu keberadaan aku, terutama kereta yang berdekatan dari arah belakang motosikal.





                 Berhenti di Hentian Juru untuk isi minyak, solat, dan berehat sekejap. 10 minit kemudian aku teruskan perjalanan… Secara keseluruhan penggunaan petrol lebih kurang RM8 ringgit. Lebih kurang 42km dengan seliter petrol.

                Akhirnya aku sudah mengelilingi pulau! Mungkin orang pulau pinang sendiri yang sibuk dengan kehidupan harian, tidak berkesempatan discover tempat mereka sendiri. Pulau Pinang tidaklah besar seperti perak, Jadi bolehlah Travel kesemua tempat. Kawasan negeri perak besar dan ada banyak pekan kecil jadi akan makan masa lama untuk travel ke semua tempat. Perjalanan aku agak singkat... aku terpaksa balik cepat sebab hari dah malam.






No comments:

Post a Comment