Beberapa hari lepas aku melakukan satu hobi biasa iaitu ‘ Touring’. Sama maksud dengan Explore, Discover atau Vacation. Matlamat aku kali ini adalah mengelilingi Pulau Pinang. Pulau pinang terbahagi kepada dua iaitu di bahagian tanah semenanjung dipanggil Seberang Perai dan bahagian Pulau dimana terletaknya Bandar Georgetown. Seberang Perai agak biasa bagi aku dan selalu pergi… tempat yang aku belum betul-betul explore adalah di bahagian pulau.
Pulau bahagian tumpuan aku selalu pergi di Batu Feringgi, Georgetown, Bayan Lepas tetapi aku tak pernah pergi di bahagian Timur Pulau. Di bahagian timur Pulau ada kawasan dinamakan Balik Pulau. Jadi untuk kali ini aku nak explore, discover, tour, dan vacation dengan motosikal. Motosikal aku sepatutnya tiada masalah untuk perjalanan jauh sebab aku biasa baca blog seorang perempuan ini dia menaiki motosikal Modenas Kriss yang dia selalu guna ulang-alik ke tempat kerja untuk touring hingga ke Pakse, Laos. Perjalanan dia dari KL- Laos Laos-KL ambil masa 10 hari… Bagi aku motosikal jenis Moped(underbone) dengan kapasiti enjin kurang 150cc tiada masalah teknikal touring jauh cuma kena jaga minyak enjin dan tayar. Motosikal kapcai(underbone) sesuai touring jauh seeloknya 120cc dan keatas. Antara motosikal yang aku cadangkan, Yamaha 135LC, Modenas GT128, Modenas Xcite130, Modenas efi118, Honda Future, Yamaha Fz150i. Bergantung kepada seseorang itu sama ada sanggup duduk lama2 atas motosikal kapcai atau tidak. Boleh dikatakan perjalanan jauh agak meletihkan dengan menunggang motosikal.
Melalui pengalaman aku sendiri menunggang motosikal jarak jauh ini ada kelainan dari memandu kereta. Ada satu kepuasan yang tiada pada kereta... Setiap suasana tempat yang kita lalui terasa lebih ‘live’ dan ‘real’. Kita boleh rasai deruan angin, perubahan suhu, bunyi dan suasana di setiap tempat kita lalui. Berbanding kereta, semua dinyatakan itu Cuma boleh dirasai diluar tingkap kereta dan kita dikurung di dalam sebuah kotak besi bepalang kaca, Melihat suasana berlalu pergi di luar tingkap tanpa dirasai. Setiap perjalanan jauh dengan motosikal umpama seperti sebuah percutian yang santai… Tak semua orang suka adventure bila mereka sudah terbiasa dengan keselesaan.
Perjalanan aku bermula dari rumah aku lebih kurang pukul 5 petang. Melalui Nibong tebal untuk Susur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan Jawi. Kalau diikutkan mahu adventure, patutnya aku lalu ikut Bandar dan pekan kecil dan bukannya highway. Tetapi memikirkan kondisi motosikal aku ‘air-cooled engine’ jadi aku memilih lebuhraya. Lagipun melalui pekan kecil dan Bandar boleh menyebabkan fikiran aku serabut melihat kenderaan dan kesesakan. Motosikal yang menggunakan penyejuk udara memerlukan aliran udara bagi penyejukan. Di kawasan Bandar dan pekan motosikal akan selalu berhenti disebabkan kesesakan dan juga lampu isyarat, enjin motosikal boleh bertambah panas jika terlalu kerap berhenti… Lebuhraya lebih selamat dengan motosikal bergerak sentiasa dan ada aliran udara yang berterusan. Ada sesetengah orang risau menggunakan kapcai untuk perjalanan jauh kerana fikir motosikal seperti ni enjinnya tidak tahan panas. Memang betul, ia tak sama seperti water-cooled engine tapi apa yang penting sentiasa memeriksa paras minyak pelincir enjin, sebab perjalanan jauh begini mungkin menyebabkan minyak enjin berkurang kerana kepanasan. Bergantung juga pada kondisi enjin motosikal kita sendiri. Motosikal ‘air-cooled engine’ sudah direka untuk membebas haba melalui sirip enjin dan motosikal ‘water- cooled engine’ tiada rekaan sebegini.
Aku keluar rumah cuma membawa telefon bimbit, dompet dan kamera Nikon. Kamera Nikon tu aku letak dalam beg plastik kemudian diletak dalam tempat simpan dalam motosikal. Dalam motosikal aku ada tuala, pam basikal,alatan mekanik, baju hujan dan ‘cacing’. Istilah ‘cacing’ ni sebenarnya penampal kebocoran tayar tubeless. Tapi sudah biasa dipanggil ‘cacing’ oleh umum. Aku sentiasa sediakan semua barang keperluan motosikal. Yang merisaukan jika tayar motosikal pancit di tengah jalan. Jadi alatan ini semua sangat penting aku simpan dalam motosikal. Pam tayar basikal tidaklah dapat pam tekanan kuat tapi sebagai langkah berjaga-jaga jika tayar motosikal pancit. Jika sudah ditampung dengan ‘cacing’ boleh juga aku isi angin tayar sementara waktu sebelum mendapatkan stesen petrol. Aku terfikir suatu perkara… Mungkin aku patut bawa sekali Spark plug motosikal. Manalah tahu boleh jadi dengan tiba-tiba spark plug rosak di tengah jalan.
Setiba aku di susur keluar tol Jawi aku mengambil henset dari poket seluar. Jam henset menunjukkan 4.20pm. Aku tahu jam henset aku memang tak tepat, mungkin lewat sejam. Henset pula dah rosak touch screen jadi ambil masa juga aku ketuk-ketuk touch screen sehingga boleh ‘unlock’. Untuk memastikan jadual perjalanan aku berjalan lancar, aku memecut motosikal selaju mungkin sebab aku sudah membuat kira-kira sepatutnya aku perlu sampai Batu Feringgi dalam masa sejam perjalanan.
Seperti biasa aku akan melalui susur keluar Batu Kawan. Pukul 5 hingga 6 petang boleh dikatakan lebuhraya sesak terutama di susur keluar Batu Kawan menghala ke selatan disebabkan orang ramai mula pulang dari kerja. Dari rumah aku ke Butterworth tidaklah jauh sangat, lebih kurang 40minit. Ada sesetengah orang bekerja di Butterworth(Seberang Perai) atau di bahagian Pulau berulang-alik dari rumah mereka di Batu Kawan dan Juru. Pada setiap petang boleh Nampak kesesakan di lebuhraya. Untuk meneruskan ke arah utara, Kenderaan perlu membayar di Tol Juru. Disini lah tempat yang sesak setiap petang sama ada menghala utara atau selatan. Untung aku naik motosikal, tak perlu bayar duit tol.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment