Kenderaan mula sesak bila tiba di persimpangan laluan antara Jambatan dan Butterworth. Kalau dari arah selatan ke laluan jambatan, kurang sesak. Tapi kalau dari arah utara ke laluan jambatan, sangat sesak sebab kenderaan dari seberang perai(butterworth) akan pulang kerja dan memasuki laluan jambatan. Dulu pertama kali aku lalu jambatan dengan motosikal aku sangkakan motosikal tidak dikenakan bayaran tol, rupanya motosikal pun kena bayar tol untuk melalui jambatan, Rm1.40. Jadi konklusinya setiap akses untuk memasuki pulau perlu membayar duit tak kira sama ada melalui jambatan mahupun feri. Eh, Feri aku tak sure. Masa nak bayar duit kat tol, aku tersilap masuk lorong tol… dah masuk je aku tengok tak ada pekerja kutip duit tol. Rupanya itu lorong touch & go. Aku terpaksa undur motosikal dan ke lorong sebelah. Tetiba ada motosikal di belakang aku, Bila aku pandang muka dia, dalam hati aku:
“eh, rilek la bro.. tersilap lorong je pun”
sebab aku tengok dia muka macam tak puas hati. Mungkin dia nak cepat balik rumah selepas kerja? Aku agak tergesa-gesa nak bayar tol, sebab aku tengok kebanyakan penunggang motosikal semua super fast mereka bagi duit dan belah. Mungkin mereka kebanyakan sudah biasa, jadi sudah disediakan duit kecil siap-siap. Aku terpaksa bagi sekeping RM10 dan 40sen. Mungkin agak menyukarkan kerja pekerja kutip duit tol tu, ternampak reaksi muka dia. Tapi nak buat macam mana… aku tak ada duit pecah.
Motosikal aku terus menyelusuri jambatan pulau pinang… matahari bersinar dengan terang. Motosikal dan kereta pun banyak di atas jambatan. Kalau dahulu Jambatan pulau pinang ni Cuma ada 2 lorong sahaja. Sekarang sudah dinaiktaraf menjadi 3 lorong sehala. Aku pernah terdengar dahulu ketika hendak buat jambatan ini ada satu parti politik tidak menyokong tindakan perdana menteri ketika itu dimana mencadang Jambatan pulau pinang dibina dengan 4 lorong, dianggap membazir. Tetapi sekarang Jambatan ini sangat sesak dengan kenderaan, 2 lorong memang tidak cukup. Akhirnya sekarang ditambah menjadi 3 lorong sehala. Mungkin perdana menteri ketika itu sudah menjangka perkara sebegini. Berpandangan jauh mungkin.
Di penghujug jambatan ada dua persimpangan. Laluan kearah Bayan Lepas dan Georgetown. Aku akan ambil laluan ke Georgetown iaitu menghala ke utara pulau. Pertama aku akan ke Batu feringgi dahulu. Batu feringgi tak susah nak cari, sebab sepanjang perjalanan ada papan tanda tulis “Batu Feringgi”. Kalau tak ada papan tanda yang tulis Batu Feringgi, mungkin akan ada tulis “Tanjong Bungah”. Tanjong bungah dan Batu Feringgi bersebelahan, sebelum lalu Batu Feringgi aku akan melalui Tanjong Bungah.
Bila sudah masuk pulau… serabut! Sesak yang amat pada waktu petang. Kalau naik kereta boleh tekanan jiwa. Aku yang naik motosikal ni pun kadang tersangkut tak boleh nak gerak kedepan lagi sebab ada kereta menghalang laluan. Kadang bila laluan sudah agak kurang sesak, aku akan memecut laju. Selain lampu isyarat, antara sebab lain jalan raya boleh sesak adalah sebab kereta bergerak terlalu perlahan sehingga mengganggu perjalanan kenderaan lain. Jadi bila jalan sudah kurang sesak, kena lajukan lah sikit kenderaan.
Jalan nak ke Batu Feringgi tak terlalu susah nak cari, jalan banyak terus. Cuma ada satu lampu isyarat, Arah Batu feringgi belok ke kanan… Sepanjang perjalanan aku kena peka dengan papan tanda. Aku tak belok ke kanan, aku terus selepas lampu isyarat tu disebab tak sedar ada papan tanda… Bila terus, rupanya aku dah sampai ke Taman botani. Yes! sesat pun sekurangnya aku dapat explore tempat baru. Aku pun baru tahu jalan ke Taman Botani. Tak lah jauh sangat Cuma kesesakan jalanraya tu yang menyebabkan perjalanan jadi lambat. Aku kurang pasti tempat aku tersesat tu sama ada Taman botani atau Bukit bendera.
Sampai di satu kawasan, Jalan raya mula beralun bermakna aku dah sampai ke kawasan agak berbukit… Jelas Nampak hotel Tanjong Bungah. Tanjong bungah dan Batu feringgi sangat dekat dengan kawasan pantai…
Motosikal aku bawa dengan lajunya sebab mengejar masa… tetiba ada motosikal lagi laju dari aku. Perh! Superbike! Terkagum pulak aku tengok kelajuan superbike tu. Teringin nak ada satu. Model superbike yang aku Nampak tu tak pastilah model apa. Ada 3 buah motosikal kuasa besar. Mungkin 600cc keatas. Aku kalau dapat 250cc pun kira cukup lah… Sekurangnya lesen B2 aku boleh guna untuk motosikal 250cc. motosikal 250cc keatas kena ambil lesen motosikal jenis B full. Paling murah motosikal 250cc boleh dapat dengan harga 15 ribu jenama NAZA Blade. Tahukah anda cukai eksais kenderaan motosikal di Negara kita? 30% Cukai eksais untuk motosikal. Kalau kereta lagilah gila tinggi cukai eksaisnya. Aku teringat ayat seorang warga asing ini dari USA :
“I thinkin to buy a new bike. Here in Malaysia, bike are retardly expensive because they rise the tax and hell out everything”
Kemudian dia Cuma mengatakan motosikal import sangat mahal di Malaysia. Tapi jika motosikal itu dipasang di Malaysia harganya lebih murah. Dia ni nak beli Motosikal Kawasaki ninja 250 terbaru. Jadi tidak terlalu mahal katanya lebih kurang 18 ribu keatas. Motosikal tu pada mulanya dia anggap harga berbaloi lah jugak jika motosikal Kawasaki ninja tu harga 18 ribu. Tapi kalaulah dia tahu harga sebenar Kawasaki ninja tu, 21 ribu keatas dan bukannya 18ribu… agak-agak dia akan kata mahal ke tak? Rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan harga sebegini, jadi aku tak pasti kalau di Negara luar bagaimana.
Sambung kisah perjalanan aku. Bila aku dah sampai di kawasan Batu Feringgi, tempat ni memang best. Tempat tumpuan pelancong. Pelancong dari Eropah dan Timur tengah kebanyakannya. Menyelusuri Jalan di Batu feringgi boleh Nampak di kaki lima ada gerai menjual macam-macam barangan. Sepanjang jalan tu lebih kurang macam night market lah jugak… Berdekatan dengan pantai, ada banyak pokok-pokok besar di tepi jalan. Suasana petang di sepanjang jalan Batu Feringgi memang best kalau dapat bersiar-siar.
Ternampak pelancong asing sekeluarga di dalam teksi semasa aku melintasi teksi tersebut… mereka di dalam teksi tu Nampak seperti sedang mengamati suasana sekeliling. Aku terfikir, apakah pandangan pelancong ni terhadap penunggang motosikal di Malaysia. Kalau di Negara mereka tiada motosikal jenis Kapcai(moped underbone), kebanyakan mereka gunakan motosikal besar, kalau berkuasa rendah pun mungkin motosikal scrambler atau Scooter. Aku pernah menonton di Youtube pandangan seorang warga asing tentang penunggang motosikal di Malaysia. Video di Youtube tu lebih kurang macam kategori Vlog tetapi dia menamakan vRide(Video Ride mungkin?). Dia bersiar-siar serata kawasan KL dan Selangor dengan motosikal, bercakap-cakap dan merakam setiap perjalanannya. Topik perbualannya agak random sepanjang perjalanan. Ketika berhenti di Lampu isyarat, dia melihat penunggan motosikal Malaysia yang lain… Berseluar pendek dan T-shirt biasa. Dia mengatakan kebanyakan penunggang kurang mengutamakan keselamatan sebab jika berlaku kemalangan impak jatuh di atas jalan raya, sangat sakit. Kulit mungkin akan sagat di atas jalan dan tercalar kemudian akan mengakibatkan pendarahan teruk. Hmm… fikirlah.
Sebelum sampai betul2 di kawasan Batu Feringgi, ada laluan beralun(windy road). Selekoh yang sangat tajam. Tapi bagi sesetengah penunggang motosikal, Jalan seperti inilah yang ditunggu-tunggu untuk cuba kemampuan mengendali motosikal. Tetapi aku pada masa itu ada kereta yang menghalang untuk aku lajukan motosikal, jadi aku terpaksa ikut kereta tu. Konsep aku bawa motosikal mestilah berhemah. Bila berhemah, aku tak suka cilok memotong kereta tak tentu arah dan boleh merbahayakan kereta lain... Kalau dilihat penunggang motosikal jalanraya, ada yang membawa dengan laju dan merbahaya. Tak dinafikan, aku pun bawa motosikal laju jugak tapi aku utamakan keselamatan dan berhati-hati. Aku selalu juga pandu kereta dan tahu bagaimana perasaan sebagai pemandu kereta, Bagaimana pemandu kereta melihat cara penunggang motosikal yang bawa motosikal kurang ajar dan merbahaya. Aku sentiasa utamakan keselamatan. Kalau nak laju pun biarlah keadaan betul-betul selamat.
Selepas aku melalui Batu Feringgi, aku akan mula melalui jalan yang aku tak pernah sampai lagi iaitu Telok Bahang. Disebabkan Batu Feringgi aku dah pernah pergi jadi aku tak berhenti di pantai sana. lagipun aku mengejar masa untuk mengelilingi pulau secepat mungkin. Aku tak mahu waktu senja melalui kawasan jalan yang sunyi di dalam hutan.
Sudah mencapai 70 Kilometer perjalanan...
Bersambung…
No comments:
Post a Comment