Thursday, September 26, 2013

Aku dah mula perlahankan penggunaan twitter.
Mungkin tak akan gunakan. Aku block banyak member.
Aku nak biarkan twitter aku sunyi Sebab aku dah banyak merapu dalam tu.
Kurang faedah sikit.

Facebook aku tamatkan untuk seketika.
Aku nak kurangkan interaksi maya.
Kurangkan sosial maya ini. aku nak kurangkan.
Aku nak menyendiri seketika.
Menghilangkan diri dari beberapa orang.

Sekarang, aku cuma aktif 3 Laman sahaja.
Blogger
Wordpress
Tumblr(jarang jugak)

Perkembangan terbaru, aku cuma akan update di 3 jenis platform blog ini.

Tumblr macam dah serabut... macam2 ada(Banyak reblog buat aku serabut).
Blogger pun macam serabut sikit. penulisan aku agak serabut.
Wordpress sahaja dalam keadaan terkawal. perfecto.

Aku nak kurangkan guna laman sosial
Aku nak lebihkan main games pulak. Muahahaha~
Nak habiskan games NEED FOR SPEED: PRO STREET. !!!!!!!!!
Jyeahhhh~

Interaksi maya yang dikatakan sosial itu sebenarnya membuatkan anda
lebih bersendirian kebanyakkan masanya..
Interaksi sosial yang REAL adalah yang terbaik.

Sebuah Nota lama. 2011


Dijumpai di dalam laci meja

Sebuah nota
Bertarikh 20 Mac 2011

Tuesday, September 24, 2013

Meronggeng seorangan : Aller en Moto Part 3

                  Dalam perjalanan aku ke Telok Bahang, Laluannya agak berliku-liku sikit. Di sepanjang jalan dari Batu Feringgi ada sebuah motosikal yang penunggangnya perempuan. Dari segi pakaian di Nampak macam traveler dengan kasut sukan, Backpack, dan berseluar track. Mula aku sangka dia mungkin jalan-jalan makan angin macam aku, siap dengan santainya dia bawa, Minum makan apa semua. Jadi motosikal aku ikut sama kelajuan dengan dia… adakalanya aku perlahankan motosikal, menikmati suasana sekeliling yang aku lalu, mengamati pemandangan jalan berbukit berliku yang masih boleh Nampak laut. Sedang aku leka, aku masih lagi mengikut perempuan tadi… mungkin dia akan ke laluan Teluk Bahang. Selepas Pusingan bulatan, aku mengikut motosikal dia… kemudian dia masuk ke simpang sebuah Rumah! Kali ni aku tersilap masuk simpang lagi, disebabkan leka mengikut dia. Cehh, rupanya dia nak balik ke rumah. Pada pusingan bulatan tadi sepatutnya aku ikut arah jam 9. Papan tanda pun aku dah lupa nak tengok…  Aku dah sampai ke Taman Negara. Aku tak pasti taman Negara apakah… Duhulu semasa tingkatan 3, aku pernah datang ke sini dengan rombongan sekolah. Tempat untuk hiking. Teringin pulak nak hiking tempat ni, dah lama tak pergi… Tapi takkan lah nak pergi sorang-sorangg je. Hiking tempat sini ambil masa 2 jam sebelum sampai ke sebuah pantai disebalik bukit. Agak menarik jugak tempat hiking ni. Dah lama jugak tak hiking.

                  Aku teruskan perjalanan selepas bertanya pada pakguard di taman Negara untuk kepastian. Selepas beberapa minit aku sampai ke tempat tertulis signboard besar ‘Taman Rimba Teluk Bahang’ Bertentangan dengannya ada sebuah lagi signboard besar ‘Empangan Teluk Bahang’. Aku masuk ke Taman Rimba Teluk Bahang untuk meninjau kawasan. Tempat agak sunyi, mungkin dah lewat. Aku berhentikan motosikal berdekatan tandas awam dimana ada seorang pakcik.

          “Pakcik kat atas ni ada apa”
         
          “kat atas ni ada macam-macam, ayaq terjun, tempat main budak-budak, Tapi la ni orang dah takda dah.”

            Aku berbual-bual dahulu dengan pakcik ni, bertanya kawasan Taman Rimba dan Teluk Bahang. Tapi aku tak boleh sembang lama-lama, kalau ikutkan nak je aku lepak sembang dengan pakcik tu… Pakcik tu panjang lebar bercerita dengan aku, sehinggakan aku masuk tandas pun dia masih lagi bercerita. Aku pun dengar je dia cerita.

            “Pakcik kat kiri ni jalan pi Balik Pulau ka? Empangan boleh pi ka?”
           
             “Balik Pulau pi belah kiri ni, tapi jalan dia berbelok-belok. Hang nak pi Empangan tu boleh aih, hang letak moto, pastu jalan-jalan la kat tepi tu ada laluan”

             Pakcik tu bercerita macam nak suruh aku lepak dengan dia lama-lama. Aku tak boleh berhenti lama sebab aku Tanya pakcik tadi, jam dah pukul 7 petang. Kemudian jalan berbelok-belok yang dia kata tadi, sunyi tak ada orang. Aku kena minta diri dulu dengan pakcik tu, risau pulak nak lalu kawan berliku berbukit tu kalau dah gelap, Sunyi!

               Aku teruskan ke arah kiri dan menaiki bukit. Ada empangan Teluk Bahang dan aku berhenti sekejap ambil gambar. Tapi aku tak ada masa nak jalan-jalan sebab masa dah suntuk. Hari semakin gelap. Di kawasan empangan tu masih ada orang bersiar-siar.  Lebih kurang 5minit aku berada di situ, kemudian aku terus lagi perjalanan dan berhenti lagi bila aku Nampak pemandangan yang cantik. Empangan tu betul-betul di atas bukit. Boleh Nampak Laut dan Pekan Teluk Bahang di bawah sangat jelas. Matahari senja pun dah kurang kelihatan, mungkin sebab awan atau bukit melindung. Jadi pemandangan tidak seperti yang aku harapkan.





                Aku teruskan ke arah Balik Pulau. Laluan yang pakcik tu kata memang gila berbelok-belok. Ini pertama kali aku lalu kawasan macam ni. Memang gila! Motosikal aku memang susah nak capai 80km/j sebab banyak selekoh. Selekoh pulak banyak 180 darjah… Tapi disebabkan masa makin suntuk aku redah dengan selaju mungkin macam pelumba litar! Bila aku sampai ke kawasan bukit yang agak tinggi, kemudian aku ternampak laut dan kawasan pekan Sangat Cantik! Aku parking motosikal di kawasan selamat yang disediakan dan mula ambil gambar. Aku agak merisikokan diri dengan ambil gambar, sebab hari dah lewat. Kawasan sekitar dah semakin gelap. Aku berada betul-betul di dalam hutan yang sangat sunyi! Aku baru sedar kesunyian tu lepas aku tutup MP3 aku. Aku dalam kelam kabut nak mengambil gambar, tetiba aku terjatuh… kasut croc aku tercabut sebab turun laluan yang agak bercerun. Kemudian aku memandang sekeliling kalaulah ada sesuatu yang tak kena. Kawasan memang sunyi, dan aku yakin memang aku berada jauh dari orang sekarang ni… di tengah-tengah hutan. Aku ambil gambar dan menikmati suasana di hadapan aku. Aku berada di lereng bukit, Nampak semua yang ada di bawah bukit. Indah! Tapi sunyi yang amat dan senja membuatkan aku tak selesa berada lama, risau perkara tak diingini terjadi. Mana lah tahu ada harimau atau monyet ganas datang. Kalau ada hantu pun muncul pun, biarlah cantik-cantik sikit.

             Aku terus lalu di kawasan lereng bukit. Aku keluarkan kamera henset dan mula mengambil rakaman video sambil menunggan motosikal… Kadang aku akan lalu kawasan yang gila gelap sebab dilitupi pokok-pokok rimbun. Kurang lah rasa sunyi, sebab aku dah layan lagu MP3 kat telinga… sambil tu aku melayan juga suasana sekeliling.

“If I told you things I did before, told you how I used to be

Would you go along with someone like me

If you knew my story word for word, had all of my history

Would you go along with someone like me

 And we don't care about our own faults

Talking 'bout our own style

All we care about is talking

Talking only me and you

Usually when things has gone this far, people tend to disappear

No one will surprise me unless you do

I can tell there's something goin' on, hours seems to disappear

Everyone is leaving, I'm still with you” – Peter, Bjorn and John. Young Folks.



                  Akhirnya aku sampai ke kawasan Balik Pulau. Teruskan Perjalanan mencari papan tanda ke Bayan Lepas atau Telok Kumbar. Aku berhenti di sebuah Stesen Shell dan bertanya arah sama ada laluan aku betul atau tidak… Orang yang pertama aku Tanya, tak faham aku cakap apa. Mungkin orang Siam, atau myammar. Dia panggil seorang lagi rakan dia untuk menjawab soalan aku…






                  Selepas dapat kepastian laluan, aku teruskan sehingga sampai di Teluk Kumbar seteruskan Bayan Lepas.Berhenti di sebuah lampu isyarat dan aku mula keliru sebab Laluan terus tulis ‘Bayan Lepas’ dan laluan kanan “Butterworth” dengan simbol jambatan.

             “Jalan nak ke Jambatan ikut kanan ni ke?” aku bertanya dengan penunggang motosikal di sebelah
             “Kanan ni nak pi Jambatan boleh, straight ni nak pi jambatan pun boleh. Sama ja dua-dua”
             "Ok, terima kasih na" Sambil mengangkat tangan, Aku terus menggerakkan motosikal ke laluan sebelah kanan.

               Akhirnya aku ambil Laluan Kanan… Dan aku bernasib baik sebab aku lalu betul-betul di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Nampak lampu-lampu landasan kapal terbang, dan kapal terbang mendarat betul-betul di atas aku. Aku Nampak ada juga orang yang berhenti di sepanjang jalan… Mungkin Sekadar menikmati suasana? Tapi apakah yang menariknya? Malam tu Bulan sangat terang… Perjalanan aku malam tu lebih cerah dilimpahi cahaya bulan… Seperti biasa, mood aku membuak gembira bila ada bulan yang cantik. Hati rasa tenang dan senang.



               Di bayan lepas aku melalui kawasan kilang… ternampak juga di kilang-kilang masih lagi ada pekerja. Munkgin berkerja shif malam? Tak seperti kawasan kilang di tempat aku, kebanyakannya bekerja waktu siang, kurang yang bekerja waktu malam.

               Aku ikut arah ke jambatan untuk balik ke rumah. Melalui jambatan di waktu malam. Perjalanan waktu malam kena lebih berhati-hati. Kadang aku akan menyalakan Lampu signal jika ada kereta dibelakang. Sebab aku sendiri ada pengalaman memandu kereta di lebuhraya, ada sesetegah lampu motosikal Nampak samar-samar dari jauh. Motosikal aku tak pastilah lampunya terang atau tidak… untuk keselamatan jadi aku selalu nyalakan lampu signal supaya pengguna jalan raya lain tahu keberadaan aku, terutama kereta yang berdekatan dari arah belakang motosikal.





                 Berhenti di Hentian Juru untuk isi minyak, solat, dan berehat sekejap. 10 minit kemudian aku teruskan perjalanan… Secara keseluruhan penggunaan petrol lebih kurang RM8 ringgit. Lebih kurang 42km dengan seliter petrol.

                Akhirnya aku sudah mengelilingi pulau! Mungkin orang pulau pinang sendiri yang sibuk dengan kehidupan harian, tidak berkesempatan discover tempat mereka sendiri. Pulau Pinang tidaklah besar seperti perak, Jadi bolehlah Travel kesemua tempat. Kawasan negeri perak besar dan ada banyak pekan kecil jadi akan makan masa lama untuk travel ke semua tempat. Perjalanan aku agak singkat... aku terpaksa balik cepat sebab hari dah malam.






Saturday, September 21, 2013

Meronggeng seorangan : Aller en Moto Part 2

               Aku teruskan menghala utara selepas melalui Tol Juru. Kelajuan motosikal 100km/h - 110km/h tapi disebabkan waktu petang terlalu berangin jadi agar sukar aku nak kekalkan kelajuan tinggi. Kadang-kadang aku terpaska menundukkan kepala dan merendahkan badan untuk melawan arus angin. Janganlah disangka orang yang buat aksi begitu nak berlumba(padahal tak laju pun), kadang mereka ni hendak melawan angin. Angin antara musuh penunggang motosikal, angin yang kuat boleh menyebabkan motosikal tidak stabil. Aku terpaksa merendahkan sikit badan, aku bukan bajet power di jalan raya. Kadang ada juga kenderaan yang saja follow motosikal yang laju. Ada sebuah Lori kecil ni memang tak jauh dari aku, kadang aku berada di hadapan, kemudian dia memotong, ada juga masa berada bersebelahan aku… Tak dinafikan, kadang aku sendiri bawa kereta, Aku pun suka follow motosikal yang bawa laju ni tambahan kalau perempuan yang bawak. Masa aku follow perempuan yang bawa laju tu di lebuhraya PLUS menghala selatan di kawasan Cangkat Jering, memang laju juga dia bawak, 120km/h. bagi aku kelajuan tu kira laju jugak lah bagi sebuah motosikal 135cc(Yamaha LC135). Kalau dilihat pada speedometer motosikal tu mungkin hampir cecah 150-160km/h. Motosikal kapcai ni, meter jenis ringan sikit jadi ada ralat. Motosikal aku pula ralat tak banyak macam kapcai lain, cuma +10km/h berdasarkan perbandingan dengan speed GPS. Kalau bawa motosikal aku pada kelajuan 120km/h, mungkin kelajuan sebenarnya Cuma 110km/h.

              Kenderaan mula sesak bila tiba di persimpangan laluan antara Jambatan dan Butterworth. Kalau dari arah selatan ke laluan jambatan, kurang sesak. Tapi kalau dari arah utara ke laluan jambatan, sangat sesak sebab kenderaan dari seberang perai(butterworth) akan pulang kerja dan memasuki laluan jambatan. Dulu pertama kali aku lalu jambatan dengan motosikal aku sangkakan motosikal tidak dikenakan bayaran tol, rupanya motosikal pun kena bayar tol untuk melalui jambatan, Rm1.40. Jadi konklusinya setiap akses untuk memasuki pulau perlu membayar duit tak kira sama ada melalui jambatan mahupun feri. Eh, Feri aku tak sure. Masa nak bayar duit kat tol, aku tersilap masuk lorong tol… dah masuk je aku tengok tak ada pekerja kutip duit tol. Rupanya itu lorong touch & go. Aku terpaksa undur motosikal dan ke lorong sebelah. Tetiba ada motosikal di belakang aku, Bila aku pandang muka dia, dalam hati aku:
     “eh, rilek la bro.. tersilap lorong je pun”

           sebab aku tengok dia muka macam tak puas hati. Mungkin dia nak cepat balik rumah selepas kerja? Aku agak tergesa-gesa nak bayar tol, sebab aku tengok kebanyakan penunggang motosikal semua super fast mereka bagi duit dan belah. Mungkin mereka kebanyakan sudah biasa, jadi sudah disediakan duit kecil siap-siap. Aku terpaksa bagi sekeping RM10 dan 40sen. Mungkin agak menyukarkan kerja pekerja kutip duit tol tu, ternampak reaksi muka dia. Tapi nak buat macam mana… aku tak ada duit pecah.
     
           Motosikal aku terus menyelusuri jambatan pulau pinang… matahari bersinar dengan terang. Motosikal dan kereta pun banyak di atas jambatan. Kalau dahulu Jambatan pulau pinang ni Cuma ada 2 lorong sahaja. Sekarang sudah dinaiktaraf menjadi 3 lorong sehala. Aku pernah terdengar dahulu ketika hendak buat jambatan ini ada satu parti politik tidak menyokong tindakan perdana menteri ketika itu dimana mencadang Jambatan pulau pinang dibina dengan 4 lorong, dianggap membazir. Tetapi sekarang Jambatan ini sangat sesak dengan kenderaan, 2 lorong memang tidak cukup. Akhirnya sekarang ditambah menjadi 3 lorong sehala. Mungkin perdana menteri ketika itu sudah menjangka perkara sebegini. Berpandangan jauh mungkin.

            Di penghujug jambatan ada dua persimpangan. Laluan kearah Bayan Lepas dan Georgetown. Aku akan ambil laluan ke Georgetown iaitu menghala ke utara pulau. Pertama aku akan ke Batu feringgi dahulu. Batu feringgi tak susah nak cari, sebab sepanjang perjalanan ada papan tanda tulis “Batu Feringgi”. Kalau tak ada papan tanda yang tulis Batu Feringgi, mungkin akan ada tulis “Tanjong Bungah”. Tanjong bungah dan Batu Feringgi bersebelahan, sebelum lalu Batu Feringgi aku akan melalui Tanjong Bungah.

             Bila sudah masuk pulau… serabut! Sesak yang amat pada waktu petang. Kalau naik kereta boleh tekanan jiwa. Aku yang naik motosikal ni pun kadang tersangkut tak boleh nak gerak kedepan lagi sebab ada kereta menghalang laluan. Kadang bila laluan sudah agak kurang sesak, aku akan memecut laju. Selain lampu isyarat, antara sebab lain jalan raya boleh sesak adalah sebab kereta bergerak terlalu perlahan sehingga mengganggu perjalanan kenderaan lain. Jadi bila jalan sudah kurang sesak, kena lajukan lah sikit kenderaan.

              Jalan nak ke Batu Feringgi tak terlalu susah nak cari, jalan banyak terus. Cuma ada satu lampu isyarat, Arah Batu feringgi belok ke kanan… Sepanjang perjalanan aku kena peka dengan papan tanda. Aku tak belok ke kanan, aku terus selepas lampu isyarat tu disebab tak sedar ada papan tanda… Bila terus, rupanya aku dah sampai ke Taman botani. Yes! sesat pun sekurangnya aku dapat explore tempat baru. Aku pun baru tahu jalan ke Taman Botani. Tak lah jauh sangat Cuma kesesakan jalanraya tu yang menyebabkan perjalanan jadi lambat. Aku kurang pasti tempat aku tersesat tu sama ada Taman botani atau Bukit bendera.

             Sampai di satu kawasan, Jalan raya mula beralun bermakna aku dah sampai ke kawasan agak berbukit… Jelas Nampak hotel Tanjong Bungah. Tanjong bungah dan Batu feringgi sangat dekat dengan kawasan pantai…

              Motosikal aku bawa dengan lajunya sebab mengejar masa… tetiba ada motosikal lagi laju dari aku. Perh! Superbike! Terkagum pulak aku tengok kelajuan superbike tu. Teringin nak ada satu. Model superbike yang aku Nampak tu tak pastilah model apa. Ada 3 buah motosikal kuasa besar. Mungkin 600cc keatas. Aku kalau dapat 250cc pun kira cukup lah… Sekurangnya lesen B2 aku boleh guna untuk motosikal 250cc. motosikal 250cc keatas kena ambil lesen motosikal jenis B full.  Paling murah motosikal 250cc boleh dapat dengan harga 15 ribu jenama NAZA Blade. Tahukah anda cukai eksais kenderaan motosikal di Negara kita? 30% Cukai eksais untuk motosikal. Kalau kereta lagilah gila tinggi cukai eksaisnya. Aku teringat ayat seorang warga asing ini dari USA :

           “I thinkin to buy a new bike. Here in Malaysia, bike are retardly expensive because they rise the tax and hell out everything”
         
              Kemudian dia Cuma mengatakan motosikal import sangat mahal di Malaysia. Tapi jika motosikal itu dipasang di Malaysia harganya lebih murah. Dia ni nak beli Motosikal Kawasaki ninja 250 terbaru. Jadi tidak terlalu mahal katanya lebih kurang 18 ribu keatas. Motosikal tu pada mulanya dia anggap harga berbaloi lah jugak jika motosikal Kawasaki ninja tu harga 18 ribu. Tapi kalaulah dia tahu harga sebenar Kawasaki ninja tu, 21 ribu keatas dan bukannya 18ribu… agak-agak dia akan kata mahal ke tak? Rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan harga sebegini, jadi aku tak pasti kalau di Negara luar bagaimana.

             Sambung kisah perjalanan aku. Bila aku dah sampai di kawasan Batu Feringgi, tempat ni memang best. Tempat tumpuan pelancong. Pelancong dari Eropah dan Timur tengah kebanyakannya. Menyelusuri Jalan di Batu feringgi boleh Nampak di kaki lima ada gerai menjual macam-macam barangan. Sepanjang jalan tu lebih kurang macam night market lah jugak… Berdekatan dengan pantai, ada banyak pokok-pokok besar di tepi jalan. Suasana petang di sepanjang jalan Batu Feringgi memang best kalau dapat bersiar-siar.

              Ternampak pelancong asing sekeluarga di dalam teksi semasa aku melintasi  teksi tersebut… mereka di dalam teksi tu Nampak seperti sedang mengamati suasana sekeliling. Aku terfikir, apakah pandangan pelancong ni terhadap penunggang motosikal di Malaysia. Kalau di Negara mereka tiada motosikal jenis Kapcai(moped underbone), kebanyakan mereka gunakan motosikal besar, kalau berkuasa rendah pun mungkin motosikal scrambler atau Scooter. Aku pernah menonton di Youtube pandangan seorang warga asing tentang penunggang motosikal di Malaysia. Video di Youtube tu lebih kurang macam kategori Vlog tetapi dia menamakan vRide(Video Ride mungkin?). Dia bersiar-siar serata kawasan KL dan Selangor dengan motosikal, bercakap-cakap dan merakam setiap perjalanannya. Topik perbualannya agak random sepanjang perjalanan. Ketika berhenti di Lampu isyarat, dia melihat penunggan motosikal Malaysia yang lain… Berseluar pendek dan T-shirt biasa. Dia mengatakan kebanyakan penunggang kurang mengutamakan keselamatan sebab jika berlaku kemalangan impak jatuh di atas jalan raya, sangat sakit. Kulit mungkin akan sagat di atas jalan dan tercalar kemudian akan mengakibatkan pendarahan teruk.  Hmm… fikirlah.

               Sebelum sampai betul2 di kawasan Batu Feringgi, ada laluan beralun(windy road). Selekoh yang sangat tajam. Tapi bagi sesetengah penunggang motosikal, Jalan seperti inilah yang ditunggu-tunggu untuk cuba kemampuan mengendali motosikal. Tetapi aku pada masa itu ada kereta yang menghalang untuk aku lajukan motosikal, jadi aku terpaksa ikut kereta tu. Konsep aku bawa motosikal mestilah berhemah. Bila berhemah, aku tak suka cilok memotong kereta tak tentu arah dan boleh merbahayakan kereta lain... Kalau dilihat penunggang motosikal jalanraya, ada yang membawa dengan laju dan merbahaya. Tak dinafikan, aku pun bawa motosikal laju jugak tapi aku utamakan keselamatan dan berhati-hati. Aku selalu juga pandu kereta dan tahu bagaimana perasaan sebagai pemandu kereta, Bagaimana pemandu kereta melihat cara penunggang motosikal yang bawa motosikal kurang ajar dan merbahaya. Aku sentiasa utamakan keselamatan. Kalau nak laju pun biarlah keadaan betul-betul selamat.

               Selepas aku melalui Batu Feringgi, aku akan mula melalui jalan yang aku tak pernah sampai lagi iaitu Telok Bahang. Disebabkan Batu Feringgi aku dah pernah pergi jadi aku tak berhenti di pantai sana. lagipun aku mengejar masa untuk mengelilingi pulau secepat mungkin. Aku tak mahu waktu senja melalui kawasan jalan yang sunyi di dalam hutan.

Sudah mencapai 70 Kilometer perjalanan...






Bersambung…

Friday, September 20, 2013

Meronggeng seorangan : Aller en Moto Part 1

             Beberapa hari lepas aku melakukan satu hobi biasa iaitu ‘ Touring’. Sama maksud dengan Explore, Discover atau Vacation. Matlamat aku kali ini adalah mengelilingi Pulau Pinang. Pulau pinang terbahagi kepada dua iaitu di bahagian tanah semenanjung dipanggil Seberang Perai dan bahagian Pulau dimana terletaknya Bandar Georgetown. Seberang Perai agak biasa bagi aku dan selalu pergi… tempat yang aku belum betul-betul explore adalah di bahagian pulau.

             Pulau bahagian tumpuan aku selalu pergi di Batu Feringgi, Georgetown, Bayan Lepas tetapi aku tak pernah pergi di bahagian Timur Pulau. Di bahagian timur Pulau ada kawasan dinamakan Balik Pulau. Jadi untuk kali ini aku nak explore, discover, tour, dan vacation dengan motosikal. Motosikal aku sepatutnya tiada masalah untuk perjalanan jauh sebab aku biasa baca blog seorang perempuan ini dia menaiki motosikal Modenas Kriss yang dia selalu guna ulang-alik ke tempat kerja untuk touring hingga ke Pakse, Laos. Perjalanan dia dari KL- Laos Laos-KL ambil masa 10 hari… Bagi aku motosikal jenis Moped(underbone) dengan kapasiti enjin kurang 150cc tiada masalah teknikal touring jauh cuma kena jaga minyak enjin dan tayar. Motosikal kapcai(underbone) sesuai touring jauh seeloknya 120cc dan keatas. Antara motosikal yang aku cadangkan, Yamaha 135LC, Modenas GT128, Modenas Xcite130, Modenas efi118, Honda Future,  Yamaha Fz150i. Bergantung kepada seseorang itu sama ada sanggup duduk lama2 atas motosikal kapcai atau tidak. Boleh dikatakan perjalanan jauh agak meletihkan dengan menunggang motosikal.

               Melalui pengalaman aku sendiri menunggang motosikal jarak jauh ini ada kelainan dari memandu kereta. Ada satu kepuasan yang tiada pada kereta... Setiap suasana tempat yang kita lalui terasa lebih ‘live’ dan ‘real’. Kita boleh rasai deruan angin, perubahan suhu, bunyi dan suasana di setiap tempat kita lalui. Berbanding kereta, semua dinyatakan itu Cuma boleh dirasai diluar tingkap kereta dan kita dikurung di dalam sebuah kotak besi bepalang kaca, Melihat suasana berlalu pergi di luar tingkap tanpa dirasai. Setiap perjalanan jauh dengan motosikal umpama seperti sebuah percutian yang santai… Tak semua orang suka adventure bila mereka sudah terbiasa dengan keselesaan.
           
               Perjalanan aku bermula dari rumah aku lebih kurang pukul  5 petang. Melalui Nibong tebal untuk Susur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan Jawi. Kalau diikutkan mahu adventure, patutnya aku lalu ikut Bandar dan pekan kecil dan bukannya highway. Tetapi memikirkan kondisi motosikal aku ‘air-cooled engine’ jadi aku memilih lebuhraya. Lagipun melalui pekan kecil dan Bandar boleh menyebabkan fikiran aku serabut melihat kenderaan dan kesesakan. Motosikal yang menggunakan penyejuk udara memerlukan aliran udara bagi penyejukan. Di kawasan Bandar dan pekan motosikal akan selalu berhenti disebabkan kesesakan dan juga lampu isyarat, enjin motosikal boleh bertambah panas jika terlalu kerap berhenti… Lebuhraya lebih selamat dengan motosikal bergerak sentiasa dan ada aliran udara yang berterusan. Ada sesetengah orang risau menggunakan kapcai untuk perjalanan jauh kerana fikir motosikal seperti ni enjinnya tidak tahan panas. Memang betul, ia tak sama seperti water-cooled engine tapi apa yang penting sentiasa memeriksa paras minyak pelincir enjin, sebab perjalanan jauh begini mungkin menyebabkan minyak enjin berkurang kerana kepanasan. Bergantung juga pada kondisi enjin motosikal kita sendiri. Motosikal ‘air-cooled engine’ sudah direka untuk membebas haba melalui sirip enjin dan motosikal ‘water- cooled engine’ tiada rekaan sebegini.

           Aku keluar rumah cuma membawa telefon bimbit, dompet dan kamera Nikon. Kamera Nikon tu aku letak dalam beg plastik kemudian diletak dalam tempat simpan dalam motosikal. Dalam motosikal aku ada tuala, pam basikal,alatan mekanik, baju hujan dan ‘cacing’. Istilah ‘cacing’ ni sebenarnya penampal kebocoran tayar tubeless. Tapi sudah biasa dipanggil ‘cacing’ oleh umum. Aku sentiasa sediakan semua barang keperluan motosikal. Yang merisaukan jika tayar motosikal pancit di tengah jalan. Jadi alatan ini semua sangat penting aku simpan dalam motosikal. Pam tayar basikal tidaklah dapat pam tekanan kuat tapi sebagai langkah berjaga-jaga jika tayar motosikal pancit. Jika sudah ditampung dengan ‘cacing’ boleh juga aku isi angin tayar sementara waktu sebelum mendapatkan stesen petrol. Aku terfikir suatu perkara… Mungkin aku patut bawa sekali Spark plug motosikal. Manalah tahu boleh jadi dengan tiba-tiba spark plug rosak di tengah jalan.

            Setiba aku di susur keluar tol Jawi aku mengambil henset dari poket seluar. Jam henset menunjukkan 4.20pm. Aku tahu jam henset aku memang tak tepat, mungkin lewat sejam. Henset pula dah rosak touch screen jadi ambil masa juga aku ketuk-ketuk touch screen sehingga boleh ‘unlock’. Untuk memastikan jadual perjalanan aku berjalan lancar, aku memecut motosikal selaju mungkin sebab aku sudah membuat kira-kira sepatutnya aku perlu sampai Batu Feringgi dalam masa sejam perjalanan.

            Seperti biasa aku akan melalui susur keluar Batu Kawan. Pukul 5 hingga 6 petang boleh dikatakan lebuhraya sesak terutama di susur keluar Batu Kawan menghala ke selatan disebabkan orang ramai mula pulang dari kerja. Dari rumah aku ke Butterworth tidaklah jauh sangat, lebih kurang 40minit. Ada sesetengah orang bekerja di Butterworth(Seberang Perai) atau di bahagian Pulau berulang-alik dari rumah mereka di Batu Kawan dan Juru. Pada setiap petang boleh Nampak kesesakan di lebuhraya. Untuk meneruskan ke arah utara, Kenderaan perlu membayar di Tol Juru. Disini lah tempat yang sesak setiap petang sama ada menghala utara atau selatan. Untung aku naik motosikal, tak perlu bayar duit tol.




Bersambung....

Thursday, September 19, 2013

Solo Rider : Pulau

170 kilometer.
Fuel consumption approximately Rm7.00

Solo ride mengelilingi pulau dengan motosikal 130cc
Satu kepuasan. 

Ada satu laluan antara Telok Bahang dan Balik Pulau sangat2 berliku.
Jalan Telok Bahang. Sepanjang laluan memang jarang dapat speed 70km/h.
Terlalu banyak selekoh dan menyeramkan sebab di tengah2 hutan dan sangat sunyi.
Bila sampai di selekoh aku terpaksa bunyikan hon, risau ada kereta membelok makan jalan.
Kereta dihadapan memang susah nak nampak sebab jalan berliku-liku di lereng bukit.
Tapi serius Best!

Tambahan pulak hari makin gelap jadi aku bawa selaju mungkin.
Layan corner.

Sebelum memulakan perjalanan... Aku dah ingat peta dan laluan akan aku lalu.
Semua dah berimaginasi dalam kepala, hasil tengok Google Maps.
Bila melalui sesuatu kawasan, aku akan mula ingat balik Maps yang aku tengok tadi.
Untuk pastikan arah destinasi itu betul... Aku akan lihat matahari.
Dah jadi kebiasaan aku akan selalu tengok dimana arah matahari...
Macam dalam peta ada timur dan barat, utara dan selatan...
Jadi aku akan mudah recall lokasi peta.


"You see things vacationing on a motorcycle in a way that is completely
different from any other. In a car you're always in a compartment, and
because you're used to it you don't realize that through that car window
everything you see is just more TV. You're a passive observer and it is all
moving by you boringly in a frame."

"On a cycle the frame is gone. You're completely in contact with it all. You're
in the scene, not just watching it anymore, and the sense of presence is
overwhelming. That concrete whizzing by five inches below your foot is the
real thing, the same stuff you walk on, it's right there, so blurred you can't
focus on it, yet you can put your foot down and touch it anytime, and the
whole thing, the whole experience, is never removed from immediate
consciousness."

- Robert M.Pirsig, Zen and the Art of Motorcycle Maintenance.

Robert Maynard Pirsig is an American writer and philosopher, 

and the author of the philosophical novels Zen and the Art of Motorcycle Maintenance

Credits :
Copyright
Background Music:
Peter, Bjorn and John - Young Folks

Wednesday, September 18, 2013

Falsafah itu mudah/rumit

Philosophy... "Philosophia"
"Love of Wisdom"

Cinta kepada hikmah.

Setiap orang boleh ada falsafah mereka sendiri.
Mungkin sekarang ini sudah ada cuma tidak sedar?
Falsafah hidup
Membantu memandu mereka mengikuti jalan-jalan hidup yang mereka tetap

Seperti post sebelum ini... Falsafah sangat abstrak, ada konsep.
Otak Hard disk.

Falsafah memerlukan persoalan
Soalan yang sentiasa rumit. memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh.
Falsafah tidak akan memberi jawapan tepat kepada persoalan... tetapi cara berfikir.

Persoalan boleh timbul.
"Apakah itu ingatan?"
"Apakah kesedihan?"
"Apakah masa hadapan?"
"Apakah akan terjadi pada hari esok"
"Apakah kesedihan?"

Aku suka travel... Memerhati dan merasai suasana sekeliling aku di sepanjang perjalanan.
Disitu aku boleh dapatkan pemikiran... aku sentiasa berfikir, mendapatkan hikmah. Wisdom.
Setiap perkara dilihat, dapat difikir, Walaupun seekor semut kecil di dalam koloni mereka.

Pernah dengar kisah ini, Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia?
Habil dan Qabil... Kisah bagaimana Qabil menguburkan mayat saudaranya.
seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah...
Lihat bagaimana Qabil mendapat pengajaran diberikan oleh burung gagak.

"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (Al-Maidah 5:31)"

Sebenarnya kita boleh berfikir apa sahaja melalui pengalaman dan pemerhatian...
Termasuklah aku merapu tentang 'Otak Hard Disk'
Tapi disebabkan aku malas hendak berfikir lebih menggila dalam... jadi Otak Hard disk malas nak fikir.
Boleh dikategori merapu.. mungkin tidak bagi sesiapa memahami.

Kita tak boleh paksa orang mengikuti apa falsafah kita... Setiap orang ada fikiran falsafah berbeza. Mungkin kena dengan pemikiran hidup orang lain dan mungkin tidak. Sama juga ideologi politik... Mungkin diterima di sesetengah negara dan mungkin tidak.

Ada seorang ahli falsafah terkenal... membukukan penulisan falsafahnya dikaitkan dengan motosikal... Bagaimana cara dia berfikir... Art of motorcycle Maintenance

"Technology is blamed for a lot of this loneliness, since the loneliness is certainly associated with the newer technological devices... TV, jets, freeways and so on... but I hope it's been made plain that the real evil isn't the objects of technology but the tendency of technology to isolate people into lonely attitudes of objectivity. It's the objectivity, the dualistic way of looking at things underlying technology, that produces the evil. That's why I went to so much trouble to show how technology could be used to destroy the evil. A person who knows how to fix motorcycles... with Quality... is less likely to run short of friends than one who doesn't. And they aren't going to see him as some kind of object either. Quality destroys objectivity every time."

Tuesday, September 17, 2013

Otak Hard disk

Aku fikir...
Otak kita hard disk.
Walau hendak dipadam... dihapuskan juga memori pada Recycle Bin.
Memori itu tetap ada
walau tidak lagi dapat dilihat.
Memori itu tetap ada pada Hard Disk...

Orang yang bijak komputer...
Boleh Recover semua memori sehingga dapat kelihatan kembali.
Walau disangka sudah dihilangkan tadi.

Fikir otak macam Hard Disk...
Memori tidak akan hilang... Selagi dapat diingati.
Cuma boleh berpura-pura lupa.

Bagaimana hendak hapuskan memori ini?
Ia tidak dapat dihapuskan...
Memori kekal di dalam Hard Disk
Selagi tiada memori baru diganti di tempatnya memori lama.

We can't remove the data, but change the data.

Kalau sesiapa ada belajar bahasa komputer
Kita tak boleh hilangkan data pada array
Cuma hanya mampu gantikan data walaupun ia adalah 'default value'.

Ada 1000 data itu teruk, sekurangnya dapat diganti data yang bagus.
walau bukan kesemua 1000 data itu.

Memori.

Kadang cuba lupakan

Gantikan yang lama dengan yang baru
Gantikan kesedihan dengan kegembiraan
Gantikan duka dengan suka
Gantikan muram dengan senyuman

Walau ia silih berganti...
Itulah kitaran

Kehidupan.


Sekian aku merapu di tengah malam.

Friday, September 13, 2013

Panik

Situasi panik... Tetiba aku panik terkejut.
Aku terserempak seseorang, yang aku tak sangka dia akan berada di situ.
Setiba shj aku berhenti di hadapan kedai makan tu dengan motosikal, Aku lihat betul2 di hadapan ada seseorang yang aku kenal... Dengan segera aku panik dan nak hidupkan enjin motosikal balik. Tapi terhenti seketika dan aku menunduk ke bawah dengan helmet di kepala....

"Acap, kenapa weyh??"

Member aku yang ada sekali tertanya-tanya... Kami sebenarnya nak lepak minum sekejap.
Aku panik, dan seperti nak beredar dari situ dengan segera tanpa diketahui. Dalam panik tu aku seperti tercunggap umpama satu kejutan ya amat... sesuatu kejutan yang amat sangat. Aku umpama seperti sangat pasti bahawa orang yang aku lihat itu dia... Aku kata pada member aku di sebelah, ada seseorang aku kenal ada dihadapan... Dia cadangkan beredar seketika sebelum kembali balik ke kedai tu. Adakah aku betul2 pasti itu adalah dia??

selepas aku dapati situasi selamat... Aku tukar gear motosikal dan beredar dari situ.
Kenapa aku mesti panik terserempak dengan dia?
Kenapa?

Kalau ditakdir aku akan terserempak dia disitu, kenapa aku mesti elak?
Aku sendiri keliru kenapa aku panik tadi... Macam ada sesuatu.
Kemon lah Asyraf... kenapa mesti panik. Bukan nampak hantu yang seram di petang hari.
Aku patut lebih bersedia...
Mungkin tersilap nampak orang. haha

Thursday, September 12, 2013

Pengalaman Main Ragbi

Ragbi ni sebenarnya permainan yang menarik... Sukan yang agak kasar.
Dulu kalau aku main, aku diletakkan di posisi 2nd row. Disebabkan badan aku agak tinggi jadi sesuai diletak pada bahagian 2nd row.

Inilah scrum... Memang akan menggunakan sekuat tenaga yang ada untuk menolak pihak lawan ke belakang. Bola akan digolek ditengah-tengah kemudian pemain akan berebut mendapatkan bola dengan menolak pihak lawan ke belakang. Bila dapat tolak player lawan ke belakang... kaki aku akan kuis bola ke belakang sebab Player nombor 8 akan ambil bola tu.

Aku akan berada di posisi 2nd row. Posisi nombor 4 atau 5...
Tapi ada juga semasa perlawanan  aku diletak jadi flanker... Flanker ni macam membantu mengawal arah mana semua player ketika scrum digerakkan...

Aku main ragbi masa tingkatan 5... Tingkatan 4 ada main sekejap, kemudian berhenti.
Masa tingkatan 5, sekolah aku dapat nombor 2 di dalam daerah kerian... Main ragbi ni perlu latihan. Mula2 memang tak berapa reti main, bila dah dilatih hari2 barulah lah cekap..

Dulu masa aku main, badan aku agak besar sikit... jadi momentum ada banyak. Pertengahan tingkatan 4 aku dah mula kurang berat badan, 20kg. Badan dah tinggi, bila kurus nampak lagi tinggi... Tapi masa aku nak kurangkan berat tu, feveret aku jogging... Aku biasa jongging selama sejam tanpa henti... Konsep aku jongging, kalau semalam dapat jog 30minit, esok mesti jog lebih lagi... aku cuba memaksa sejauh mana ketahanan stamina... Aku kurang berat masa tingkatan 4.

Tingkatan 5 aku mula join ragbi... Stamina memang awesome lah masa tu... Badan kurang rasa letih, boleh terus berlari-lari tanpa cepat rasa penat. Tapi satu je kekurangan aku... Aku kurang lari pecut. tak berapa laju untuk lari pecut.. cuma boleh maintain kelajuan biasa dalam tempoh lama.

Perkara yang menarik tentang ragbi ni... Bila jumpa pihak lawan... Muka kena ketat sikit. Badan berdiri kena lurus tunjuk hebat, mendada. Ini lawan secara psikologi... semua muka ganas-ganas macam pukul orang. haha. Biasa sekali lawan sekolah teknik... Aku main masa tu. Satu konsep main ragbi ni, Sakit tolak tepi.. Badan kena tahan segala jenis pressure. Main memang kena ganas tak boleh sopan2.

Aku biasa nak tackle seorang pihak lawan ni... nak halang dia mara ke depan. tapi mungkin teknik aku tak betul... umpama macam kereta datang langgar korang. Aku pun tergolek-golek kena langgar dia. hahaha. Teknik tackle ni memang nak bagi jatuh orang, jadi memang tiada belas kasihan... Kalau boleh angkat dan hempuk je dia atas tanah. Aku biasa kena hempuk masa latihan... Member aku tu badan takde la besar mana, mungkin teknik dia betul... dia angkat aku, hempuk kat tanah... perhhh... tulang belakang aku dekat2 punggung sakit gila... terus aku sesak nafas masa tu... aku buat rilek je. takde cerita kat cikgu. Nak sembuh sakit tu ambil masa lama jugak.. mungkin retak? tak pasti lah. Lepas kena tu memang aku rasa sesak nafas.

Bila main, Sakit korang kena letak tepi. Kena jadi Jantan lah... takde nak sopan2. Tackle dia lebih kurang macam sumo. korang rempuh dia dengan bahu, kemudian tarik kaki dan hempuk dia ke tanah... Nasib la kalau sakit... itu perkara biasa.

Selepas sekolah aku dah tak aktif sukan... aku cuma main ragbi dan badminton. Bola aku kurang sikit.
Ragbi aku dah mula stop... nak belai badan. taknak sakit2 dah. hahaha... sebab tu berat aku naik gila2 sekarang ni.

Monday, September 9, 2013

Ride to Selama, Perak

Kali ini aku dah menjejak kaki ke tempat aku belum pernah pergi. Ini kali pertama.

Ini sebuah pekan di Selama, Perak. Kawasan ni terletak di bahagian utara perak bersempadan Daerah Kerian(tempat aku). Larut, Matang dan Selama diletak di dalam sebuah daerah. Pada awalnya aku agak keliru dengan kedudukan geografi tempat ni. Kenapa dipanggil dengan 3 nama iaitu Larut, Matang, dan Selama... Aku cuma tahu Selama sahaja sebelum ini. Sebenarnya Larut, Matang dan Selama cuma daerah2 kecil. Daerah-daerah kecil ini dirangkumkan sekali... dan antara yang aku tak sangka Pusat pentadbiran daerah ini di Bandar Taiping.

Aku yang dah lama menetap di Perak dan selalu pergi Taiping, baru je tahu maklumat ni... Selalunya aku cuma tahu Bandar Taiping dan aku tak pernah terfikir Taiping termasuk dalam daerah Larut dan Matang. Sebab contoh di kawasan aku, Daerah Kerian ditadbir Majlis Daerah Kerian, Pusat pentadbirannya di Parit Buntar. Jika Parit Buntar dinaik taraf menjadi Perbandaran, ia akan diberi nama Majlis Perbandaran Parit Buntar dan bukannya Majlis Perbandaran Kerian. Sama juga situasinya dengan Daerah Larut, Matang dan Selama... Taiping ditadbir Majlis Perbandaran Taiping dan tidak dipanggil dengan nama Perbandaran Daerah. Mungkin disebabkan selama ini dipanggil Perbandaran Taiping jadi aku tak tahu pun sebenarnya Taiping berada di dalam Daerah Larut Matang. Fail betul lah... Dulu geografi mase sekolah takde pulak cerita benda ni. arghh fail...


Daerah di dalam peta ini ditadbir dan diurus oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang dan Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Sejarahnya :

"Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerahkan Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1892 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama."

Aku mula2 agak keliru juga... Kawasan Selama ini sebenarnya terbahagi kepada dua negeri. iaitu Kedah dan Perak. Selepas aku sendiri pergi ke tempat ni, barulah aku tahu antara Selama Kedah dan Selama Perak. Dua kawasan ni dibahagikan dengan Sungai Kerian... Sungai Kerian merupakan tanda pemisah antara negeri Perak dan Kedah. Tadi aku ada lalu merentas sungai Kerian dan ternampak papan tanda Selama Perak dan Selama Kedah.

Untuk sampai ke Selama aku melalui Nibong Tebal dan menghala ke Serdang, Kedah...



Selama yang bertanda 'A' tu aku tak sampai lagi. Aku cuma sampai kawasan sempadan negeri (Sungai pemisah negeri) dimana terletaknya pekan Selama. Aku sebenarnya tak tahu jalan mana nak teruskan... Ada papan tanda tulis Taiping dan satu lagi Rantau Panjang... cuma masa tu aku terlupa nak hafal kedudukan peta jadi tak tahu Rantau Panjang menghala ke mana.

Sumber2 lain boleh didapati dari Portal Rasmi Daerah Selama.

~Al-kisah~

Monday, September 2, 2013

Reunion kali kedua

Reunion kali kedua dengan rakan kelas Asasi Sains. Aku dah 3 hari berada di Ampang, rumah makcik aku... alang2 berada di Ampang, aku lajak pergi ke Sunway untuk hadir reunion... Dalam 3 hari tu ada terdetik nak pergi ke UIAM kampus Gombak, tapi tak sempat pulak... lagipun pelajar ijazah belum mula kuliah lagi. Kali ini reunion agak hambar sebab tak ramai yang sertai. Master planner pun tak datang, waduh. Dirancang berkumpul di Restoran Johhny Sunway piramid. TAPI kat Sunway takde Johhny, eh? Yang hadir pada hari tersebut cuma 7 orang. disebabkan tiada restoran Johhny di sunway piramid, jadi kami belasah hidangan Popeye's.

Popeye's adalah restoran makanan segera. Merupakan kali pertama aku makan di restoran ni. lebih kurang macam KFC, MarryBrown, A&W. Ayam goreng Popeye's rasa macam ayam gorang di MarryBrown. Side dishes agak menarik jugak...

Antara sebab aku rasa hambar pada hari tersebut... mungkin disebabkan aku sendiri. Aku membisu di meja makan. Sebab pemalu? tak juga rasanya. Lelaki cuma ada 3 orang termasuk aku... Aku cuma selesa berbual dengan member lelaki-lelaki ini. Rakan perempuan selebihnya, entah kenapa lidah aku kelu, mulut berat nak berkata-kata. Tambahan pula aku berada agak jauh dari dua orang member lelaki ni disebabkan aku order makanan di kaunter lambat dan terpaksa duduk tempat yang ada kosong... Serius aku rasa hambar. Bukan tak biasa dengan member kelas perempuan semua... Cuma, aku tak tahu apa nak dibualkan. Idea cuma datang bila aku nak berbual dengan member kelas lelaki ni, ada banyak jugak perkara boleh dibualkan...

Aku mohon maaf jika aku agak hambar dengan mereka... aku agak segan pada hari tersebut. Aku sangat fokus dengan makanan atas meja. Aku tak tahu nak bualkan apa jadi aku cuma dengar mereka berbual... Aku antara yang paling cepat habis makanan walaupun aku belasah 3 ketul ayam... Mata dah tak tahu nak pandang apa.. jadi makanan tersebutlah jadi sasaran aku. Kadang2 perbualan samar-samar kedengaran, aku endahkan.... Perut kosong perlu diisi sebaik mungkin dahulu.
Pada hari aku yang kekok dan aku yang hambar... Aku tak tahu aku dimana.

Aku dah mula terasa aku semakin jauh daripada mereka... semakin menjauh.
Aku terhenti sebentar dalam perjalanan
Mereka terus berjalan menjauh ke laluan masing-masing.

Tak pasti annual reunion masa akan datang aku akan sertai ataupun tidak... Aku dah terasa jauh.






Kenaikan harga petrol.

2 september 2013

"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel"

Sumber: AstroAwani

Kenaikkaan harga petrol boleh menjejaskan banyak perkara. Kos semua sektor yang melibatkan bahan api petrol dan diesel akan naik... Tiket Bas dan Harga barang kemungkinan akan naik. Jika kenaikan harga bahan api ini selaras dengan pasaran minyak mentah dunia, Aku harap jika berlaku pengurangkan harga bahan api ini pada masa akan datang... Harga barangan dan kos semua sektor berkaitan dapat dikurangkan kembali ke asal...Bukannya dikekalkan! itu sahaja. Mereka patut ambil kira perkara ini sebelum keputusan menaikkan harga minyak... Aku harap perkara ini sudah diambil kira dengan sewajarnya.

Kos penggunaan Ron95 pada kenderaan motosikal aku akan berubah.
Jika sebelum ini, untuk penuhkan 3.8liter tangki perlu Rm7.22 tetapi sekarang ia memerlukan Rm7.98.
Aku harap harga petrol dan diesel dapat diturunkan pada masa akan datang dengan segera bersama dengan harga barangan dan sektor berkaitan bahan api.

Harga petrol naik = Kos pengangkutan naik = Harga barangan dan makanan naik... ermm gaji tak naik?

Walaupun 20sen seliter kenaikan... Sedar atau tidak kos kehidupan untuk sebulan akan meningkat menghampiri RM100 dari kebiasaan selepas ini. Cuba hitung perbelanjaan korang selepas ini. Bagaimana kos pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya?