Thursday, March 14, 2013

Sekarang Single ke?

'Single' ini istilah orang zaman sekarang merujuk kepada tidak ada teman istimewa berlainan jantina dipanggil girlfriend/boyfriend atau awek/pakwe dan sebagainya... juga merujuk termasuk golongan belum kahwin secara istilah formalnya.

untuk dicerita... aku tak pernah ada girlfriend. ini aku bercerita dalam bahasa budak zaman sekarang lah kan. kalau ikutkan boleh je aku nak cari awek/girlfriend... tapi hati taknak. kalau describe secara lebih islamik sikit, boleh je aku nak cari calon isteri tapi hati tak berapa nak lagi. haa! gitulah kot. aku ni agak menjaga batas bila dengan perempuan, so aku tak berani nak cakap sebarangan je.

kadang2 type yang aku boleh sangkut... biasanya bukan dalam kategori perfect dari rupa paras cantik, baik hati budi, sopan santun, lemah lembut.
aku biasanya sangkut dengan perempuan yang ada kesukaran menyelubungi mereka. aku maksudkan 'mereka' itu secara umum dan bukan banyak pun... dalam seorang dua je pun. yang lain tu suka setakat rupa paras dan perwatakan sahaja. tiada apa.

kalau ikut suka ini... kita tak boleh nak describe sebab apa dan bagaimana ciri2 yang aku boleh sukakan seseorang perempuan ini. itu datang secara semula jadi. lebih kurang macam kau ambil berat dan kisah tentang dia. bukan kau nak dia sebab-sebab dia cantik... itu bukan datang secara normal bagi aku.

buat masa sekarang aku taknak fikir lagi semua tu... tapi ade la seorang dua yang aku boleh katakan perasaan suka itu datang secara semula jadi tanpa sebab yang aku boleh terangkan. dan aku biarkanlah... tak boleh buat apa pun. itu perkara biasa dalam lumrah sebagai manusia... tapi sebelum ia merebak lebih dari seorang-dua... jadi aku lebih suka avoid banyak interaksi dengan perempuan sepanjang aku di kampus. kalau boleh aku taknak serabutkan kepala tentang hal ini memandangkan belum cukup ilmu di dada..

Nak kata avoid dengan perempuan tu macam mana? boleh dikatakan kalau ada sekumpulan perempuan berdekatan aku. aku tak sure muka diorang... aku lebih suka layan diri sendiri, mungkin aku layan lagu mp3 lebih OK la. avoid pandangan dengan sekumpulan ini. kadang classmate perempuan ada sebelah pun aku tak perasan... biarlah, aku tak berapa rapat pun dengan diorang. jadi tak berapa kisah.

jadi kebanyakan masa aku enjoy dengan diri aku sendiri... enjoy lah bro sementara kau bujang dan sebagai pelajar. dah kawin esok mana nak rase semua ni.

aku tak ambil kisah kalau ada perempuan cun pun lalu depan aku... mungkin.
kira aku ni anti trend budak2 zaman sekarang couple lah kot... tapi tak anti lah nak cari calon buat bini. cuma bukan pada masa lagi...
jauhhhh lagi perjalanan. ilmu pun tak cukup nak amik anak dara orang...
So enjoylah diri sendiri. belajar dan kemudian kerja biar berduit sikit... beli ape yang aku nak. then mungkin baru fikir kot.

Life is Simple. korang akan ikut sistem ini. belajar, kerja dan kahwin. kitaran yang berulang dari generasi ke generasi.
btw kalau nak kata suka...bukan masa sesuai nak layan perasaan. stay cool dan teruskan hidup macam biasa.
boleh aku kata sekarang...
aku terus layan diri aku dan enjoy sendiri sepanjang di kampus. perkara yang aku paling suka ofkos la balik rumah dan bersama family. itu lah yang mewarnai hidup aku.

apa yang aku cerita ni, cuma setakat ini... kita tidak dapat melihat masa depan macam mana. mungkin akan berubah... mungkin kita boleh berjanji untuk masa kini, tapi tak mustahil tidak dapat ditunaikan pada masa hadapan. ada banyak faktor akan mempengaruhi masa depan. sekian

"Cinta yang sebenar adalah cinta yang tidak ada sebab langsung"

Horommmm aku jiwang.
Ok. apa salahnya?
Horommm.... gatai ka?
apa salahnya?
Aku manusia

tak, Kau Alien tak sama dengan manusia, sebab tu tak faham... &7981%*%(*&$(@

sekarang aku buat apa?  12.01am menghabiskan masa membaca buku di library sorang2 sambil dengar lagu RadioHead dalam youtube. layan gila.

No comments:

Post a Comment