12.07am
aku baru balik lepas merayap naik motor sebab bosan.
minggu pertama tak berjalan dengan lancar. Kolej aku sangkakan dapat tapi tergendala.
aku dalam status rayuan... aku menunggu keputusan rayuan tak jugak dapat.
akhirnya aku pergi ke Pejabat untuk kepastian. diberi tahu aku tidak aktif, sebab aku cuma hadir 3 aktiviti.
gila. ini gila. aku dah datang macam-macam aktiviti dan 16 kupon aku tempek kat kad aktiviti.
akhirnya dia cari dan check kad aktiviti aku... memang banyak kupon aku lekat. kalau tak dapat memang cari pasal.
kemudian dia suruh aku gunting rambut. grrr.. menyampah pulak aku rasa. susah betul nak dapat kolej, macam2 dugaan datang. aku dah 2 hari tidur di hotel sebab aku tak dapat keputusan rayuan lagi... aku jangkakan keputusan akan keluar hari rabu... tapi tiada pembaharuan status rayuan aku. aku tangguh lagi duduk di hotel untuk satu hari. Hari khamis aku ambil keputusan pergi tengok kat pejabat kolej tentang status aku yang tak berubah dari semalam... hangin jugak bila dia cakap aku cuma ada 3 aktiviti je. penat aku tempek kupon kat kad aktiviti. manusia ada banyak ralat. buat sistem canggih sikit aku rase ok gak.
lepas aku dah gunting rambut kat saloon yang agak mengerikan... bukan ngeri gila2. orang yang potong rambut kat situ seorang pondan/bapok yang agak veteran. dah tua tapi still gila jugak pondan dia... rambut dia panjang curl dan perang macam perempuan. aishh... tapi sepanjang aku gunting rambut. ok la jugak dia potong... cuma aku tak perasan kat rambut belakang aku dah macam ada ekor rambut sikit. Rambut aku sebelum potong memang panjang jugak... dah berbulan tak potong.
disebabkan ekor rambut tu... aku terpaksa potong sendiri kat pejabat kolej. sebab staff tu still tak berpuas hati sebab ada ekor rambut. penat penat penat... nak dapat kolej pun macam2. setiap kali semester barang kena kemas, pastu angkat balik barang masuk kolej... renyah jugak dok kolej ni. sabar je laa...
bak kata orang... bersyukurlah dapat kolej. owrite... owrite...
aku berkenalan dengan roomates baru.
malam aku kebosanan gila... aku call Aizat, tapi dia agak sibuk malam ni.
kemudian aku bersiap pukul 10.30 dan keluar naik motor...
1st aku pergi library renew buku dan pulangkan. denda RM1.80, 3 buku lewat pulang selama 3hari.
2nd aku keluar dari pintu utama kampus dan menuju ke seksyen 7. aku saje keluar ikut jauh, sebab nak makan angin. sampai kedai runcit, beli pengetip kuku... pastu ronda2 lagi kat seksyen 7... akhirnya berhenti kat Old Town. makan sorang2 kat sana... aku teringin nak rase Tomyam with crabstick. tapi habis pulak. tukar menu ke Mee Curry OldTown... Mee pulak tak cukup... jadi curry aku tu bercampur mee separuh dan Meehun separuh... terbaik lah sangat =.=
dan aku balik bilik lampu semua dah tutup. roomate semua dah nak rebah badan. aku memang saje ronda2... dah kena angin malam nanti balik bilik terus tidur je.
minggu pertama agak serabut dengan permohonan kolej aku. memang merosakkan mood semester baru aku... tapi bak kata orang... bersyukurlah dapat kolej. Owrite Owriteee...
Ehhh.. dah tuko lagu
ReplyDeleteLagu ni jiwang gila, tapi bleh layan laa.. haha Lagu ni teringat kat satu tempat dulu2. saje tuko. ;)
ReplyDelete