Wednesday, March 20, 2013

LIbrary tempat untuk tidur

5.00am
aku dengan Aizat lepak library. aku sepatutnya buat Data Mining.. tapi... soalan tutorial Data Mining tak boleh belah langsung. aku tak dapat nak jawab.

akhirnya aku baring di celah2 rak buku dan tidur. ini first time aku tidur kat karpet library ni, lena jugak. Sebab ada Aizat je aku berani macam tu. ada la orang jaga barang aku. sepanjang library ni ade la sorang perempuan, dia ada la dok sengeh2 ke arah aku, perasaan aku je kot. tapi dia gerak turun tingkat bawah... time nak turun nampak dia, dia pun nak belah kot.. dah pukul 4.30am dah... macam biasa je la aku jalan. aku pun tengah lalok baru bangun tido.

time kat parking moto nak belah dan ternampak dia dengan member dia naik motor melintas... aku pun cakap "bye-bye" aku rase suara aku dah slow... aku pun macam bengong mengantuk, so otak aku macam gila-gila sikit, suka hati je aku tegur sape2 entah aku tak kenal. sekali dia beralih belakang time atas moto tu tengok aku.... mungkin dengar lah kot suara aku cakap "bye-bye" tu... then aku xtau nak buat apa... kenapa dia usha lama sangat... apehal lah dia pandang lama sangat. akhirnya dengan spontan aku lambai tangan dengan kesengihan aku yang tak boleh blaa... muka tengah poyo mengantuk atas moto. perhhhh! takleh bla otak gila aku time lalok mengantuk. takpa hidup perlu diteruskan. harap dia tak cam muka aku. dan harap dia budak fakulti tak sama dengan aku. bye-bye awak. hahaha

Monday, March 18, 2013

Kelas Programming

Aku dah mula ragu-ragu dengan kewujudkan pensyarah untuk kelas aku ni.
Kelas kosong
Web Programming

Aku masuk kelas dan termenung.
budak2 kelas networking ni takde pun dalam kelas.
"takde kelas lagi... hmmm..."
Online facebook.
Dengar lagu RadioHead.
lentok2 kejap atas meja.
duduk berfikir kat luar pintu kelas.
Pastu aku belah pergi makan kat OldTown.





Ini kos elektif yang aku ambil.
dan aku ambil atas keinginan sendiri.
takde member kelas aku yang join.
aku sorang2 gabung dengan budak Networking.


Friday, March 15, 2013

Aku eksiden Lori Kampung Jawa

.... hilang mood aku harini.
pada mulanya aku keluar sampai ke seksyen 32 Shah Alam. jauh jugak tu aku redah jalan.
aku nak cari kedai pokok bunga sebenarnya... tapi tak jumpa lah pulak. aku google search ada kat seksyen 30. tak jumpa jugak.

tekanan gak lalu kat kawasan situ. kawasan jalan macam kampung je... tapi kereta punya lah banyak.
aku mencari-cari tak jugak jumpa. aku nak beli pokok bonzai letak kat atas meja study aku. pokok bonzai kecik je... tapi benda malang pulak jadi harini.

aku tengah naik motosikal jalan straight je... tetiba lori ni menyeberang masuk dari simpang tepi. aku dah la tengah laju motosikal. memang aku kena brek gila-gila lah... kalau tidak aku memang akan berlanggar dan terperosok kat belakang lori.

bila jadi situasi macam ni... ada banyak kebarangkalian akan terjadi. kita kena fikir macam mana nak selamat. kena fikir keputusan apa nak buat... dalam masa kurang dari 2 saat. aku ambil keputusan untuk lajakkan motosikal aku ke tepi jalan.
sebab kalau aku brek gila2 pun nanti mungkin motosikal aku akan melajak langgar belakang lori atau mungkin aku akan terbabas atas jalan sebab brek kuat2 dan kereta dari belakang langgar aku. jadi aku ambil keputusan lajak motosikal ke bahu jalan...

tapi malangnya apehell lobang lopak gila besaq kat bahu jalan... besaq dan berair. memang lumpur habis kat situ. aku pun dah redah situ.. tayar depan dah masuk lubang dan aku terbabas dengan bergayanya dan lembut merebah bumi. dah lumpur kat situ! jatuh tak rasa sakit... sebab situ macam lumpur gila,berumput dan berair.

motosikal aku berasap. ahhh sudah... aku angkat cepat2. nasib baik pemandu lori tu dua orang berhenti tolong. kalau tidak memang aku sumpah seranah lori tu..
Aku tak tahu kenapa... aku ni jenis tak suka nak marah2. aku rilek lagi, cool dengan orang lori tu...
diorang betulkan tepat pijak gear aku yang dah bengkok... pastu tempat electric starter yg dah terbenam kedalam entah kenapa. diorang betulkan. aku tengok handle macam senget sikit. aku risau tayar depan je... aku nak balik Shah Alam. takut jadi apa2 nanti roda tu.

Aku nak marah... tapi xleh lah.. aku cool lagi time tu. nak mintak suruh ganti rugi dengan nada tinggi pun macam teragak-agak. aku cuma mengeluh je la dengan dorang. aku suruh dorang ikut aku gi bengkel terdekat betulkan handle. pastu aku belah la gi bengkel... harommm diorang ikut aku. tapi aku dah buat aduan LPKP bila dah sampai Shah Alam. no.plat aku dah ambil.

kat kedai moto dia hentam Rm5 betulkan tongkat. macam kjahgdlkjahslk apa ja. kau ketuk sekali je kat situ.. pastu kau naik moto aku ronda2 test.. kemudian settle. kena bayar Rm5. siot laa... aku xleh nak buat apa2 situ kawasan banyak india pulak. bukan kawasan aku tuu. tokey dia pun india. haishhh

lepas dah basuh sikit motosikal aku sebab selut dan basuh sikit seluar aku yang penuh selut dan lumpur. settle aku cao balik Shah Alam... geram lak ngn tokey tu.. dia memang taknak pahala tolong, kira nak duit je. haihh!

aku dalam perjalanan balik dalam pukul 7pm gitu laa... cari jalan balik Shah Alam berpusing-pusing lak tersilap jalan. aku benci gila jalan motosikal... diorang buat jalan mengelirukan. dalam 20minit gak la baru aku jumpa jalan betul balik Shah Alam seksyen 2. ini semua gara-gara jalan motosikal yang gilo serabut.

aku ternampak ada orang motosikal tayar pancit tepi jalan... aku berhenti la.. tapi dia macam risau lak dengan aku. aku bukan nak paw kau pun.. aku nak tolong. kot la boleh tolong sebab dalam motosikal aku ade tempat tampal tayar Tubeless dan Pam tayar. memandangkan dia punya tayar bukan tubeless. jadi bye2 la.. dari tadi dok buat muka slack dengan aku. aku pun annoying gila jadinya... last2 aku tanya dia jalan balik uitm Shah Alam. bye2! selamat menolak motosikal dengan member kau. niat nak tolong nanti aku kena cap nak merompak... baik aku belah.

tekanan gila laa... hilang mood aku. sepanjang jalan bila tersilap masuk simpang.. aku jerit "taikkkk lahhhh!" serius keliru simpang jalan motosikal nieh. menyusahkan. habis aku sumpah seranah sape yang buat jalan motosikal ni...

asalkan aku selamat kira ok la.. motosikal aku je la kotor penuh lumpur... seluar aku penuh lumpur basah. henset dlm poket bleh tercampak keluar lak masa eksiden tu... nasib baik aku perasan. aku ambil gambar lori untuk dapatkan nombor plat... pastu sampai kolej aku buat aduan LPKP. serius bahaya la lori tu.. suka hati dia je nak keluar simpang. jangan pandang rendah ingat motosikal semua lembab... kalau kat highway motosikal kapcai memang lembab. kereta-kereta takyah lawan la. aku akui memang bawak laju tadi... tapi dah memang jalan aku dan aku tak bahayakan pemandu jalan raya lain pun. hmmm....

Thursday, March 14, 2013

Sekarang Single ke?

'Single' ini istilah orang zaman sekarang merujuk kepada tidak ada teman istimewa berlainan jantina dipanggil girlfriend/boyfriend atau awek/pakwe dan sebagainya... juga merujuk termasuk golongan belum kahwin secara istilah formalnya.

untuk dicerita... aku tak pernah ada girlfriend. ini aku bercerita dalam bahasa budak zaman sekarang lah kan. kalau ikutkan boleh je aku nak cari awek/girlfriend... tapi hati taknak. kalau describe secara lebih islamik sikit, boleh je aku nak cari calon isteri tapi hati tak berapa nak lagi. haa! gitulah kot. aku ni agak menjaga batas bila dengan perempuan, so aku tak berani nak cakap sebarangan je.

kadang2 type yang aku boleh sangkut... biasanya bukan dalam kategori perfect dari rupa paras cantik, baik hati budi, sopan santun, lemah lembut.
aku biasanya sangkut dengan perempuan yang ada kesukaran menyelubungi mereka. aku maksudkan 'mereka' itu secara umum dan bukan banyak pun... dalam seorang dua je pun. yang lain tu suka setakat rupa paras dan perwatakan sahaja. tiada apa.

kalau ikut suka ini... kita tak boleh nak describe sebab apa dan bagaimana ciri2 yang aku boleh sukakan seseorang perempuan ini. itu datang secara semula jadi. lebih kurang macam kau ambil berat dan kisah tentang dia. bukan kau nak dia sebab-sebab dia cantik... itu bukan datang secara normal bagi aku.

buat masa sekarang aku taknak fikir lagi semua tu... tapi ade la seorang dua yang aku boleh katakan perasaan suka itu datang secara semula jadi tanpa sebab yang aku boleh terangkan. dan aku biarkanlah... tak boleh buat apa pun. itu perkara biasa dalam lumrah sebagai manusia... tapi sebelum ia merebak lebih dari seorang-dua... jadi aku lebih suka avoid banyak interaksi dengan perempuan sepanjang aku di kampus. kalau boleh aku taknak serabutkan kepala tentang hal ini memandangkan belum cukup ilmu di dada..

Nak kata avoid dengan perempuan tu macam mana? boleh dikatakan kalau ada sekumpulan perempuan berdekatan aku. aku tak sure muka diorang... aku lebih suka layan diri sendiri, mungkin aku layan lagu mp3 lebih OK la. avoid pandangan dengan sekumpulan ini. kadang classmate perempuan ada sebelah pun aku tak perasan... biarlah, aku tak berapa rapat pun dengan diorang. jadi tak berapa kisah.

jadi kebanyakan masa aku enjoy dengan diri aku sendiri... enjoy lah bro sementara kau bujang dan sebagai pelajar. dah kawin esok mana nak rase semua ni.

aku tak ambil kisah kalau ada perempuan cun pun lalu depan aku... mungkin.
kira aku ni anti trend budak2 zaman sekarang couple lah kot... tapi tak anti lah nak cari calon buat bini. cuma bukan pada masa lagi...
jauhhhh lagi perjalanan. ilmu pun tak cukup nak amik anak dara orang...
So enjoylah diri sendiri. belajar dan kemudian kerja biar berduit sikit... beli ape yang aku nak. then mungkin baru fikir kot.

Life is Simple. korang akan ikut sistem ini. belajar, kerja dan kahwin. kitaran yang berulang dari generasi ke generasi.
btw kalau nak kata suka...bukan masa sesuai nak layan perasaan. stay cool dan teruskan hidup macam biasa.
boleh aku kata sekarang...
aku terus layan diri aku dan enjoy sendiri sepanjang di kampus. perkara yang aku paling suka ofkos la balik rumah dan bersama family. itu lah yang mewarnai hidup aku.

apa yang aku cerita ni, cuma setakat ini... kita tidak dapat melihat masa depan macam mana. mungkin akan berubah... mungkin kita boleh berjanji untuk masa kini, tapi tak mustahil tidak dapat ditunaikan pada masa hadapan. ada banyak faktor akan mempengaruhi masa depan. sekian

"Cinta yang sebenar adalah cinta yang tidak ada sebab langsung"

Horommmm aku jiwang.
Ok. apa salahnya?
Horommm.... gatai ka?
apa salahnya?
Aku manusia

tak, Kau Alien tak sama dengan manusia, sebab tu tak faham... &7981%*%(*&$(@

sekarang aku buat apa?  12.01am menghabiskan masa membaca buku di library sorang2 sambil dengar lagu RadioHead dalam youtube. layan gila.

Wednesday, March 13, 2013

Ini Sem Baru yang tidak berulang.

Semester baru tak berulang macam semester lepas.
Aku yang super tekanan dan murung dengan kelas macam tu. setiap kali berjumpa mereka-mereka aku rasa murung dan kurang semangat.
Kali ini tidak berulang untuk beberapa kelas sebab aku dah daftarkan diri aku ke dalam kelas2 yang tidak berjumpa mereka. cuma ada lah 2 kelas terpaksa dengan mereka ini sebab memang aku akan kelas sekali mereka. Mereka itu ramai dalam 10-11 orang.

untuk kelas lain... aku terpaksa pulak keringkan hati, poyokan diri, ringan mulut. sebab aku join kelas budak course lain. aku seorang mahluk asing dalam kelas tersebut. diorang bukan kenal aku. jadi salam perkenalan aku perlu mulakan. terpaksa ringankan mulut dan senyuman yang kadang dah letih nak buat hari2. tapi setakat ini... nampaknya semuanya OK. serius. situasi ini aku lebih suka sikit. cuma aku akan sorang2 dan fokus 100% dalam kelas.

"kau tak rase kekok ke masuk kelas lain sorang2? member classmate pun takde sekali..."

Sunday, March 10, 2013

Barangan Jualan murah

Apa guna kita tertarik pergi ke Mall yang ada Sales tapi pergi beli barang yang takde Discount. Zzzz...
bila aku dah masuk tempat yang ada Sales, tumpuan aku akan pada Discount 20%, 40%, 50%, 70%. kalau barang takda discount buat apa beli... macam harga biasa je la.

ini yang paling best tengok.

kadang2 tu bila pergi kat barang yang ada 70% discount, harga tetap mahal jugak sebab barang branded gilo... aku akan fikir berbaloi atau tidak nak beli barang dengan harga tersebut.
btw... sebenarnya tadi aku baru pergi Setia City Mall. akhirnya aku sampai jugak tempat ni. memang ramai gila orang hari Ahad. mungkin tak kurang ramai jugak student yang datang. haha

barang yang aku elak untuk beli buat masa ni... seluar. antara sebabnya. saiz pinggang aku mungkin akan berubah makin kecik. aku dalam proses kurang berat. jadi beli seluar pun tak berbaloi kalau dalam 1-2 bulan lagi seluar tu dah longgar.

Jadi bila ada Sales, cubalah ambil peluang beli barang yang ada potongan harga yang banyak... beli barang keperluan, tapi jangan sehingga membazir... sekian.

Motosikal dan UpTown Shah Alam

Bila sampai hujung minggu. awal semester. takde ape nak buat.
aku pada awal pagi dah bangun... Search internet, bukak Sosial Network, Guling2 atas katil...
aku google map kawasan sekitar Shah Alam... aku tertarik dengan lokasi Setia City Mall. aku memang takde keje nak buat. kalau aku pergi Setia City Mall, macam biasalah sorang2 naik motor ke sana. Usha dulu peta jalan nak ke Setia Alam. dah nak pukul 11.00am aku msg Aizat, sebab dia kata nak pergi cari Motosikal baru... dan Akhirnya aku keluar dengan Aizat pukul 11.00am pergi cari motosikal.

Dari Seksyen 6 kami terus ke jalan nak pergi ke UpTown. Aizat nak borong barang keperluan kat sana... tapi malangnya uptown cuma buka waktu malam 9.30 malam dan ke atas. Aizat ingat uptown dah bukak waktu tengah hari. jadi kami terus patah balik... dalam perjalanan balik ke Seksyen 7 nak cari kedai motor, terjumpa sebuah kedai motor dalam perjalanan yang sangat banyak motosikal kat luar kedai... Aizat yang bawak motor aku, sebab aku masih lagi lesen L. dari tempat duduk belakang aku tunjuk ke arah kedai motor yg belambak-lambak motor kat luar kedai.

lepas dah tengok2 kedai tu... Aizat buat pilihan amik motosikal Suzuki Shogun 125 Sport. motor second hand je... kitorang student tak mampu beli motosikal mahal2... kecuali la kalau ada parent banyak duit support. minggu depan baru boleh amik motosikal tu. dibeli dengan Tunai. aku dok usha motosikal besar kat dalam kedai tu... aku cakap kat Aizat

"suatu hari nanti aku dah kerja aku terus beli motosikal tu sebijik, perhh syok oh"
Aizat lak tak berapa setuju... dia cakap
"hang kena ada kereta dulu untuk family... bila dah ada kereta baru hang beli  motosikal camtu"

ok... aku tak terfikir aku kerja, kahwin, beli kereta... aku cuma fikir aku kerja nanti hidup bujang, dan enjoy dengan motosikal camtu. haha mungkin aku tak perlu fikir lagi tentang calon atau kahwin selagi tak kerja dan dapat motosikal besar camtu.

Aizat beli macam moto aku jugak... bukannya motosikal baru.. aku pun beli 2nd hand jugak... tak mampu nak beli mahal2. cukuplah keperluan sebagai Student Universiti.

Suzuki Shogun 125 Sport


lepas habis bayar deposit motosikal, kami pun lepak makan seksyen 7... pastu balik ke seksyen 6 lepak rumah sewa Aizat... kemudian aku pun chow lepas habis tengok Prison Break kat Laptop Aizat.

mungkin bosan kot dok bilik Kolej, jadi aku malas balik bilik lagi... bila dah chow dari rumah Aizat, aku berhenti lak kat Plaza Alam sentral Mall. aku pun taktau nak buat apa, saje mencari barang. akhirnya beli Pam Tayar dan kain Lap motosikal.. dah habis kat Plaza Alam sentral Mall, aku pergi lak Giant Seksyen 7. hahah
di Giant baru aku beli barang2 keperluan sikit.

Malam lepak ngan Aizat dan 2 Orang Housemate dia ke Up Town Shah Alam... Aizat mau borong barang kat sana. aku pun takde ape nak buat, jadi ikut lah Aizat...


aku dok usha Jaket motosikal je teringin gak nak ada satu... tapi aku ni jenis susah nak keluar duit. kalau barang tu betul2 murah baru aku beli. dan kebanyakan barang aku suka beli yang murah, berkualiti dan berjenama. kalau mahal dan aku rase tak berbaloi memang aku takkan beli. Kalau bab makan aku tak kisah mahal atau murah... kalau aku rase macam nak makan, aku makan je.

Ayaq Kelapa Rm4. kelas Besor punye...


Hujung minggu kat UpTown memang penuh orang! sangat sesak... sape yang naik kereta pergi Uptown memang silap lah.. sesak gila nak masuk ke Uptown. untung kami yang student ni naik motosikal je. senang je cilok jalan dan cari parking.


Kat Uptown aku tak beli ape pun... just saje jalan2.
dan aku sampai kolej dalam pukul 2.30 pagi lepas dah hantar Aizat ke rumah dia....


Friday, March 8, 2013

Minggu Pertama Sem4 (Part 2)

8.38am

Pagi tadi kelas Database Management System, berjumpa dengan puan S dalam kelas. dia terkejut tengok muka aku dalam kelas. "oh my... my previous semester student."
sebenarnya... ada cerita disebaliknya. dia agak kenal muka aku dalam kelas sebelum ni. tapi aku takde nak cerita lah. heheh

kemudian sambung kelas Data Mining... sebelum sambung kelas Data Mining aku merayap dulu di kawasan fakulti, terjumpa dengan Shahir yang nak pergi ambil baucer buku... dia ajak aku gi ambil baucer sekali. tapi aku dah nak masuk kelas
"takpe la lain kali aku amik, aku ade kelas ni nak masuk"

bila masuk dewan, gelap je dewan tu... rupanya kelas pukul 10.30am, aku pulak datang pukul 10.00am... tadi kelas DBMS habis awal sebab itu lah baru pukul 10.00am. jadi sementara nak tunggu kelas pukul 10.30am aku pergi bahagian kewangan nak jumpa Shahir yang tengah nak amik baucer... bila tengok orang beratur, takde la banyak sangat. Dalam 5 orang je.. tapi aku ni jenis malas nak beratur. lain kali lah aku beratur... aku just tunggu je situ berdiri tak tahu nak buat ape. kemudian aku nampak Luqman tengah berdiri kat koridor tunggu nak masuk kelas.. aku lepak2 la sembang dengan dia.

kalau aku nak cerita kesemua aktiviti aku, memang tak banyak masa aku lepak dengan classmate sendiri. Shahir tu budak kos sains komputer. Luqman kos Artificial intelligent. budak kos aku, aku sendiri tak pasti...
sembang2 dengan Luqman... dia kata kelas Data Mining yang aku ambil ni susah. memang aku pun tak tahu pun ape tu Data Mining... aku tak fikir susah atau senang masa daftar online tu.. aku cuma fikir "ambil subjek ini, nanti senang la nak dapat kerja" itu je dalam fikiran aku. kebanyakan subjek yang aku amik fokus pada apa aku nak kerja nanti.

dalam dewan lecture... aku sorang je budak CS224. yang lain budak CS230(sains Komputer) jadi aku mungkin agak terpinggir disitu... aku tetapkan dalam hati "aku datang nak belajar" aku ulang ayat ni dalam kepala. setiap kali rase macam takley blaa dalam kelas "aku datang nak belajar" aku ingat ini je. kebanyakan orang yang pilih subjek semester, diorang akan ikut member... aku ni jenis tak berapa ada member kat fakulti... kalau kat Dungun, Senior, dan kawan satu fakulti lah member satu Kos yang aku ada.. tapi kat shah alam ni senior pun aku taktau





Minggu pertama Sem4

12.07am
aku baru balik lepas merayap naik motor sebab bosan.
minggu pertama tak berjalan dengan lancar. Kolej aku sangkakan dapat tapi tergendala.
aku dalam status rayuan... aku menunggu keputusan rayuan tak jugak dapat.
akhirnya aku pergi ke Pejabat untuk kepastian. diberi tahu aku tidak aktif, sebab aku cuma hadir 3 aktiviti.
gila. ini gila. aku dah datang macam-macam aktiviti dan 16 kupon aku tempek kat kad aktiviti.
akhirnya dia cari dan check kad aktiviti aku... memang banyak kupon aku lekat. kalau tak dapat memang cari pasal.
kemudian dia suruh aku gunting rambut. grrr.. menyampah pulak aku rasa. susah betul nak dapat kolej, macam2 dugaan datang. aku dah 2 hari tidur di hotel sebab aku tak dapat keputusan rayuan lagi... aku jangkakan keputusan akan keluar hari rabu... tapi tiada pembaharuan status rayuan aku. aku tangguh lagi duduk di hotel untuk satu hari. Hari khamis aku ambil keputusan pergi tengok kat pejabat kolej tentang status aku yang  tak berubah dari semalam... hangin jugak bila dia cakap aku cuma ada 3 aktiviti je. penat aku tempek kupon kat kad aktiviti. manusia ada banyak ralat. buat sistem canggih sikit aku rase ok gak.

lepas aku dah gunting rambut kat saloon yang agak mengerikan... bukan ngeri gila2. orang yang potong rambut kat situ seorang pondan/bapok yang agak veteran. dah tua tapi still gila jugak pondan dia... rambut dia panjang curl dan perang macam perempuan. aishh... tapi sepanjang aku gunting rambut. ok la jugak dia potong... cuma aku tak perasan kat rambut belakang aku dah macam ada ekor rambut sikit. Rambut aku sebelum potong memang panjang jugak... dah berbulan tak potong.

disebabkan ekor rambut tu... aku terpaksa potong sendiri kat pejabat kolej. sebab staff tu still tak berpuas hati sebab ada ekor rambut. penat penat penat... nak dapat kolej pun macam2. setiap kali semester barang kena kemas, pastu angkat balik barang masuk kolej... renyah jugak dok kolej ni. sabar je laa...
bak kata orang... bersyukurlah dapat kolej. owrite... owrite...

aku berkenalan dengan roomates baru.
malam aku kebosanan gila... aku call Aizat, tapi dia agak sibuk malam ni.
kemudian aku bersiap pukul 10.30 dan keluar naik motor...
1st aku pergi library renew buku dan pulangkan. denda RM1.80, 3 buku lewat pulang selama 3hari.
2nd aku keluar dari pintu utama kampus dan menuju ke seksyen 7. aku saje keluar ikut jauh, sebab nak makan angin. sampai kedai runcit, beli pengetip kuku... pastu ronda2 lagi kat seksyen 7... akhirnya berhenti kat Old Town. makan sorang2 kat sana... aku teringin nak rase Tomyam with crabstick. tapi habis pulak. tukar menu ke Mee Curry OldTown... Mee pulak tak cukup... jadi curry aku tu bercampur mee separuh dan Meehun separuh... terbaik lah sangat =.=

dan aku balik bilik lampu semua dah tutup. roomate semua dah nak rebah badan. aku memang saje ronda2... dah kena angin malam nanti balik bilik terus tidur je.

minggu pertama agak serabut dengan permohonan kolej aku. memang merosakkan mood semester baru aku... tapi bak kata orang... bersyukurlah dapat kolej. Owrite Owriteee...