Aku mula pada hari Khamis 24hb Januari di Kedai SEC Parit Buntar.
kedai ni jual macam2 jenis barangan elektrik. Aku kerja ni sebenarnya ada Sales Chinese New Year. Harga barangan semua memang dah diturunkan. Aku bukan nak kerja sangat... tapi abang aku yang suruh aku kerja.
Tak lama pun kerja... cuma 5 hari, 24hb-28hb januari. abang aku supervisor jadi dia ambil kerja untuk Sales CNY kat kedai SEC.
ada la pengalaman baru... tak mudah sebenarnya bila kita kerja dengan melibatkan banyak interaksi dengan orang. Kedai tu ada jual macam2 jenama barangan elektrik. Aku kena layan setiap customer yg datang terutama di bahagian khemah promotion.
Mesti lah bila customer datang kita kena layan dengan menjawab pertanyaan diorang. Kalau ada customer datang aku akan beritahu harga barang, jenama barang. Kalau setakat beritahu harga dan jenama mudah lah jugak sebab ada tulis kat kertas.
Tapi bab yang susahnya bila customer tanya macam2. Aku kena tahu jawapan untuk diorang tu.
"jenama apa ni?"
"harga berapa?"
"harga asalnya berapa?"
"jenama ni negara mana punya?"
"elok ke Jenama ni?"
"macam mana barang ni berfungsi?"
Pada hari pertama kerja tu... Aku belek2 semua barang display kedai tu. tengok harga setiap barang dan compare brand mana yang murah.
Tentang fungsi jenis2 barang ni aku tak pakar sangat.
Slow Cooker. ha? untuk apa slow cooker ni? aku memang tak tahu. yang aku tahu cuma Rice Cooker masak nasi. Slow Cooker nak masak apa.. aku just explain
"ini slow cooker, ade boleh kawal temperature 'high' dgn 'slow', boleh guna nak masak sup"
Kemudian Multicooker. Aku cakap je la boleh masak ape2 termasuk goreng makanan. Dah nama pun "Multi" mesti macam2 boleh.
Pastu ada pulak Blender ada macam2 fungsi. Hingga ada 4 bekas blender, harga Rm345... Aku cuma explain apa yg tulis kat kotak la dalam bahasa inggeris. Nak translate bahasa kampung tak reti, aku bukannya selalu masak.
Untuk hari pertama aku memang kompius nak terangkan jenama yang mana elok. Pada awalnya memang tak berapa pandai sangat nak cerita. Antara yang aku tahu jenama Philips, LG, Panasonic merupakan brand yang kualiti ada la.. kadang2 ada jenama aku tak tahu... jenama dari Malaysia dan China.
Bila ada sesetengah jenama harga murah ada customer akan tanya "elok ke barang jenama ni?"
ehemm bagi aku sendiri la.. dah harga pun murah, paham2 la kualiti macam mana. kalau nak kualiti elok cari la barang berjenama sikit macam LG ke, Philips ke, Electrolux ke... yang agak mahal sikit.
Barang jenama Quayle memang murah tapi aku xsure boleh tahan macam mana. Setakat ni cuma ada satu barang Quayle aku pernah beli. TV kat dalam bilik aku ni jenama Quayle, Setakat ni dah bertahun elok je. kalau diorang tanya elok ke tak.. Aku cakap "boleh la jenama ni, kalau nak elok lagi jenama Philips atau LG".
Pada hari pertama aku boleh la dapat sikit jualan.. tapi aku tak ingat berapa barang aku jual haha. aku hentam jual je... Antara barang yg agak murah dijual
Vacum Cleaner jenama Morgan, Rm129
Rice Cooker 3.0L, Rm59.
Table Fan jenama Midea 16", Rm69
MultiCooker Jenama Morgan 4.5L, Rm89
USB FlashDrive 8Gb Jenama Toshiba, Rm13.90! pendrive ni memang serius murah. selalu aku tengok PCFair jual 8Gb dalam Rm16-18 je. yg ni Rm14. kire murah lah tu.
Jadi nak cakap kat sini jenama Morgan, Faber dan Midea antara yang murah untuk Sales CNY ni.
Brand lain pun ade jugak Potongan harga, cumanya potong harga pun tetap harga tinggi sebab Brand bagus.
akan bersambung...
heater & toaster ada jual ke? nk beli ...
ReplyDeleteWater Heater Rm39 je jenama Faber. Toaster pun harga 39 gak... tapi tempoh Sales CNY dah habis laa. hahah
ReplyDeleteaduh...
ReplyDeleteawat x habaq awal2..... tgh mncari ni...