Punya lama baru aku nak sambung part 2 ni haha
selepas sehari bekerja ada perkara menarik berlaku.
aku berkenalan dengan seseorang promoter Astro Cina di tempat aku kerja.
mula aku takde expect apa2 tengok dia, aku cuma tengok dia mcm promoter biasa.
lepas tu baru aku sembang2 dengan dia... rupanya dia tu belajar Master in Pharmacy. perhh!
aku macam tertanya jugak.. mcm mana dah belajar sampai Master tapi kerja jadi promoter Astro pulak. jadi aku bersembang lah dengan dia... rupanya dia dah habis buat research dan cuma untuk present research dia je. sebelum ni dia jadi research assistant kat USM. dia tolong2 lecturer tapi ada la upah diberi.
Walaupun dia dapat biasiswa rupanya perbelanjaan harian tidak ditanggung biasiswa... gitu rupanya...
jadi dia kena kerja sementara buat research tu. masa dia jadi Promoter dua hari tu dapat la dalam Rm100 sehari. banyak jugak tu. dia jadi promoter dalam dua hari kat kedai SEC aku kerja tu. bila aku berbual tanya macam2. aku tanya apa kelayakan nak sambung master... dia cakap pointer 3 keatas boleh dah sambung. tapi selepas habis degree kat USM dia kerja dulu dalam setahun kemudian baru sambung master. oh, umur dia sekarang 27 tahun.
antara yang menarik lainnya... dlm masa sama sekarang dia belajar benda lain. dia belajar tentang Statistik ekonomi? statistik yang melibatkan penggunaan komputer. aku pun taktau. dia cuma belajar suka2 sendiri kat rumah, takde sape ajar kat dia. selain tu dia belajar Programming. Wow... rajin oh dia nak belajar.
dalam bulan Mac nanti dia akan tolong lecturer kat UUM, sambil2 tu dia belajar tentang statistik kat sana. belajar saja suka2. aku ada cerita aku ada belajar programming...
kemudian dia macam tertarik nak tahu pasal kos aku.
dan Dia Minat Business! dia agak berminat dengan kos aku amik sekarang. Business Computing... dia nampak kos ni macam ada banyak kelebihan. lagipun dia minat nak belajar programming... Programming Pearl. aku xtau itu programming apa... aku just belajar C++ dan object oriented programming. kemudian aku bagi la softcopy nota2 programming C++ kat dia... pastu aku tunjuk website yg boleh dia belajar web programming... W3school.com
pastu dia ada cerita pasal buat perniagaan dari apa yg dia tengok sendiri orang cina selalu buat... tapi dia cakap orang melayu jarang buat. lepas aku bagi nota proramming, bersungguh gila dia nak belajar lepas tu.
aku tertarik dia minat nak belajar sendiri benda yang bukan dlm bidang dia...
dan dia cakap belajar sampai master... lama2 minat belajar tu dah takda sangat.
sampai masa belajar tinggi2 kadang kita dah bosan belajar. Master tu pun hujung2 dia macam takde minat dah.
Nama dia aku dah lupa... aku selalu cepat lupa nama orang. LOL
No comments:
Post a Comment