Aku sehingga sekarang masih sukakan dia. Aku tak tahu kenapa.
Dan aku sendiri tidak tahu bagaimana ini bermula.
Dan mungkin aku bukan lagi pilihan dia apabila sudah bertahun berlalu tanpa bertanya khabar.
Dan mungkin dia sudah ada yang lebih baik dari aku yang boleh menjaga.
Dan mungkin aku sudah dilupakannya atau cuba dilupakan.
Dan mungkin dulu kerana rupa aku.
Dan mungkin dulu aku kurang bijak dgn biarkan sahaja masa berlalu?
aku dapat rasakan bukan aku lagi. dia pasti sudah beralih perhatian.
kenapa. aku tak tahu. aku sendiri tak tahu kenapa masih sukakan seseorang ini.
Aku bukan jenis senang mudah melihat perempuan dan terpikat.
perkara seperti itu mengambil masa bagi aku. bukan mudah.
belum pernah dalam hidup aku, selalu memikirkan seseorang gadis.
tak tahu kenapa. kenapa dia. kenapa dia? aku tak dapat beri jawapan. maaf.
Dan akhirnye, sy tidak tertipu ngan feed.. ade pun entry =D
ReplyDeleteHahaha! ;)
ReplyDelete