Saturday, January 5, 2013

Belajar. Kerja. kahwin


Berada di suatu tempat makan bersama dengan sepupu aku.
di Shah Alam seksyen 17.

suasana restoran yang tak riuh dgn terlalu ramainya orang.
ada orang makan bersama kawan-kawan...
tak kurang jugak makan bersama kekasih masing-masing.
restoran yang agak menarik dari segi hiasan dalamannya.
harga makan boleh tahan laa... aku pun rambang mata tengok menu.
ada banyak jenis makanan terutama berasaskan nasi.
semuanya nasi goreng bla bla blaa...

aku pun dah tak tahu nak makan apa. orang kata bila kita diberi banyak pilihan, itu akan membuatkan kita makin sukar untuk membuat keputusan. akhirnya aku cuba masakan yang aku tak pernah dengar. Nasi goreng Lawang sari. yup itu nama dari restoran yang aku makan. cuma tambah sikit ramuan pada masakan...  yeahhh terhasil nama masakan baru. bezanya dengan nasi goreng USA cuma dia tambah udang goreng celup tepung.

aku sempat berbual ceritakan sepanjang aku belajar di kampus Shah Alam... kami belajar tempat sama, cuma kadang-kadang jarang berjumpa. bezanya dia belajar di seksyen 17, aku di kampus induk. aku sempat bercerita masalah aku sepanjang di Shah Alam.

"rashie, kamu lepas habis belajar ni nak sambung lagi ke belajar?  aku rase macam nak sambung lagi... aku rase macam tak puas belajar lagi. tapi mungkin kerja dulu baru sambung."

"tak kot... aku lepas belajo ni, kerje, pastu kawin... selesai. pastu baru fikir lain"

jawapan dari rashie agak ringkas... dlm hati aku terfikir "betul jugak ea... bila masanya aku nak kahwin?"
aku dapat lihat disitu... satu cycle kitaran hidup orang muda dah lengkap. diakhiri dengan kahwin. umur aku beza dengan sepupu aku setahun. Dan mungkin kami akan tamat dan graduasi bersama nanti memandangkan kami ada 4 semester lagi nak habis.

sekarang... aku berfikir. aku tak juga nak kahwin lambat mahupun terlalu awal.
sebab aku tak mahu bazirkan masa untuk membesarkan anak-anak aku bila dah kahwin nanti. kahwin lambat nanti pada umur lewatlah jugak dapat anak. dan itu bukan perkara yang bagus... aku tak mahu dilanjut usia 60-an aku masih terpaksa menyara pendidikan anak-anak lagi. sepatutnya aku sudah berehat dan beribadat di rumah sahaja.

kalau nak kata kami sudah ada calon... sebenarnya sorang pun takda. entah bila baru ada.
kami muda lagi... tapi tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. mungin.
ada calon, tapi tak berani lagi nak kata calon. mungkin itu jawapan mudah aku dalam hati.
tak berani jugak nak diluahkan. mungkin tunggu calon itu diambil orang lain?
melepaslah kamu nanti asyraf...
...

biarlah... aku nak belajar dulu di Shah Alam ni.
hal ni fikir kemudian.
......
kemudian.




7 comments:

  1. Nape eh.. ade entry yg kuar kt feeds sy tp tak leh bukak.. sungguh double standard, ok! =p

    ReplyDelete
  2. Hahah.. nak kene bgtau ke? Nnt sy copy dia nye synopsis kt feeds =p

    ReplyDelete
  3. Tahun 2006. Akal remaja mahu sahaja diikut perasaan. Cinta katanya. hah, remaja dah mengenal Cinta. sekadar melihat filem dan drama dalam TV, Remaja mengenal apa itu Cinta? tapi, aku tidak faham... kenapa ada lelaki kata dia cintakan gadis itu. Kalau cintakan gadis tu, kemudian apa? Lihat perkataan tertulis di hadapan pintu kelas aku, '2 Bestari' Tingkatan dua di sekolah menengah. aku turut tak terlepas dari perkataan cinta itu. Darjah 6! lafaz sahaja 'Cinta' tapi aku tetap muka selamba... ikut dialog drama di televisyen agaknya. aku tidak hiraukan itu semua, aku masih kanak mahu bersero <-- Heheh.. hambikkkk~ =p

    ReplyDelete
  4. Hahaha! hadehhh~ XD
    post, dah delete2~ ok, sinopsis tergantung tu ye.. haha

    ReplyDelete
  5. parent aku dah 60 lebih tp still sara aku study n diorg ttap bley beribadat jgk...no worries~

    ReplyDelete
  6. ok laa ok laa... aku kawin umur 30 nanti. berehh berehh.. XD

    ReplyDelete