Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu
(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku
Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul
Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu
(ulang korus 2x)
lagu Tilu-ku bukan aku, ni sebenar sejak dahulu lagi dah jadi favourite aku letak dalam blog ni.
tapi sejak baru-baru ni aku tak letak lagu dalam blog.
Lagu 'ku bukan aku' ni ada banyak kenangan setiap kali aku dengar.
rentak lagunya yang agak santai.
setiap pagi, aku lihat ke luar tingkap. secawan nescafe panas sentiasa ada di tangan pada pagi yang sejuk itu. |
kadang2 ada mase aku akan duduk dekat dgn tingkap tu sambil usha pemandangan luar. luar tingkap di tepinya tu ada ruang, jadi boleh la aku duduk bersila kat situ. |
sebab apa lagu ni ada banyak kenangan?
sebab dulu kadang2 aku akan update blog pada waktu malam dalam pukul 1-2 pagi di UiTM Puncak Alam.
semasa semester dua aku tinggal seorang dalam bilik. jadi lagu ni memang aku dengar dalam bilik sambil update blog.
sambil menaip, sambil online facebook malam-malam... banyak juga yang aku tulis ke dalam blog semasa Asasi.
lagu ni dah jadi kebiasaan setiap malam, dan setiap kali aku bukak blog. sambil secawan nescafe panas di tepi meja tu aku hirup perlahan-lahan. angin lembut malam aku dapat rasakan di dalam bilik dgn tingkap yang terbuka luas tu. aku melihat ke luar tingkap... sambil berfikir. minuman nescafe tu dah jadi perkara wajib ada malam2 macam tu. haha
sehinggalah sekarang aku masih ingat lagi suasana di UiTM Puncak Alam setiap kali dengar lagu ni. walaupun sekarang aku dah ade di UiTM Dungun.
ini pula tingkap bilik yang menghadap ke arah barat, setiap hari bila senja, boleh la nampak matahari semakin menghilang di sebalik awan. |
Di UiTM Dungun pula. sambil online aku lihat ke luar tingkap... -______-" Zzzz... ngantok.
pemandangan aku terbatas dengan bangunan kolej di hadapan. haha
bezanya dalam bilik ni UiTM dungun bukan aku seorang, tetapi empat orang.
~al-kisah~
No comments:
Post a Comment