Sunday, January 8, 2012

Kisah Semester 1 (Part 2)

Aku sedang menulis entry ini pada malam 8 januari 2012. aku baru je lepas habis Paper Ekonomi(ECO415) antara mata pelajaran yang aku kurang gemari. 
pada pagi pendaftaran aku bersiap di Hotel UiTM Dungun dan pergi mendaftar lebih kurang pukul 9.00 pagi, 6 september 2011.
antara gambar yang aku sempat tangkap pada awal hari pendaftaran guna kamera Nikon abg aku.

sambung kepada cerita aku 'Kisah semester 1 (Part 1)' sebelum ini.
dungun tidak lah menyeronokkan macam UiTM Puncak Alam aku sebelum ni, dimana pada hujung minggu kalau ade mase lapang aku akan ke Shah Alam atau KL. nak kesana pengangkutan lebih mudah naik Bas rapid KL. tapi kat dungun aku tertanya kat mane student UiTM ni pergi di hujung minggu. itulah fikiran aku pada awalnya sebelum mendaftar.

Pada awal pendaftaran, aku tiada kawan terdekat yang dikenali, aku cuba mencari kawan. orang yang pertama aku kenal masa mendaftar, fathurahman, halimi, dan seorang kawan yg pertama kalinya kenal melalui facebook iaitu muhd thaufiq yg merupakan pelajar Asasi sains mcm aku jugak dulu.

awalnya aku cuba dapat sebilik dengan dia, tetapi tersilap tak bagi tahu awal kepada pihak pengurusan kolej semasa mendaftar. dah akhirnya kami berbeza bilik, tapi bilik dia dan aku berhadapan.
aku orang pertama yang masuk ke bilik, dan diikuti fathurahman.


yup, memang bilik aku ni tak selesa dan cantik macam UiTM Puncak Alam aku dulu. belasah je laa...
sepanjang MDS, macam biasa laa.. saat yang paling membosankan bagi aku. dengan keletihnya lagi.
dalam masa tu aku cuba kenal pasti Classmate aku yang amik kos sama. tapi tak jumpa. aku admin group Intake uitm dungun september, dan gagal juga dapat cari classmate yang sama kos dgn aku.
sampailah satu saat tu apabila pembantu mahasiswa(PM) memanggil mengikut kursus pengajian, aku terkejut dalam masa dalam dewan tu. aku nampak cuma ada 3 orang sahaja.

lepas tu... baru lah aku tahu, classmate business computing aku cuma 4 org termasuk aku. hmmm...
agak mengejutkan. satu-satunya intake business computing yg ada di seluruh uitm cuma 4 orang.
kami mula mengenali, dan aku cuba  buat cool dengan semua classmate aku, dan cuba untuk ringankan mulut untuk bercakap dan berbual dengan mereka.
mereka ialah, Syimir faiq-bachok,kelantan. radziah-sungai buloh, selangor. sri nurasyikin-kajang, selagor.
mungkin aku akan ceritakan tentang mereka dalam post akan datang.
cerita tentang semuanya yang terlintas di fikiran selama 1 semester di UiTM Dungun.
~al-Kisah~









inilah Kolej Kediaman Gemia, yang menjadi Kolej Kediaman aku untuk satu semester di UiTM Dungun.

No comments:

Post a Comment