Thursday, January 26, 2012

Kisah Semester 1 (Part 4)




Sambungan post yang sebelumnya.

pada mulanya 3 orang Classmate aku. kyn, radziah, syimir.
aku ni selalu memerhati dalam diam... cewahhh~
ada sesetengah orang boleh membaca tingkah laku seseorang dari segi melihat matanya, lenggok badannya, dan cara percakapannya.

classmate aku ade 3 orang je. jadi aku cuba untuk mengenali mereka bukan setakat berhadapan. tetapi cara dorang interaksi dengan orang lain termasuk facebook. hehe.
dalam berkumpulan 4 orang tu. Aku lihat bagaimana cara interaksi antara A dgn B, A dgn C, C dgn B, B dgn A.
senang cerita ada 4 orang. interaksi antara mereka termasuk aku 4C2=6, 6x2!=12.

ade masuk matematik lak. hahaha
tapi kadang2 inilah cara aku berfikir. aplikasikan ape yg dah aku belajar.
tapi ade 2 cara interaksi antara A dgn B, B dgn A aku nampak ada sedikit kelainan.
mungkin dorang mula nak ada skandal kot. haihhh... baru masuk semester 1 dah ade skandal. advance betul~
macam mane aku dapat tau? tengok pun dah tau laaa...

aku tak tahu la macam mane boleh sangkut. haihhh...
xyah cakap laa.. mmg dari awal aku dapat baca dia ni P*****Y. 
yang sorang ni. aku ingatkan dia saje layan kerenah mamat ni. rupanya memang sangkut betul. adoyai~
aku tengok je la dorang ni tahan sampai bile.

tentang 3 orang Classmate yang muncul kemudian dalam kemasukan kedua ijazah.
Saiful, Nurina, maisarah.

Saiful- dia ni orang kelantan, dia ni nampak senang bergaul. tapi aku la yg ringan mulut dulu dengan dia. adoi. dia berat mulut sket mase mula2 tu. walaupun dia dari kelantan tapi takde masalah sangat, tak nampak dia terlalu ke arah kelantannya. mungkin sebab dia dah biasa sekolah asrama di Negeri sembilan dan bergaul dengan orang serata negeri jadi xde masalah. ade sesetengah tu, seumur hidup dari lahir sampai 19tahun cakap kelantan je, sebab tak pernah keluar dari kelantan. haha

nurina- dia dari selangor... sungai besi kot. aku dah lupe. haha. pada mulanya dia nampak macam lost mula2 datang tu. mungkin sebab tak kenal dengan Classmate lagi dan tak biasa dengan keadaan tempat ni.

maisarah- orang kelantan jugak. aku pelik gak dengan dia ni mula2. aku rase macam dia ni tersesat, sebab walaupun dia second intake tapi dia masuk lambat beberapa minggu. dia ni suka buat serabut dan kelam kabut. kelakar la jugak aku tengok. suka dok melatah sebut kambing. -_-"... pada mulanya aku fikir dia suka sebut kambing mungkin sebab rumah dia ade bela banyak Kambing kott...



jadi classmate aku ade 3 org dari kelantan. dan 3 orang dari selangor.   aku sorang je perak.
....................................................................
aku takde ape nak type harini. bosan.
tengah bercuti akhir semester di rumah. Enjoy~ hidup belajar letih juga. dapat cuti guna sebaiknya. 

aku teringkat pesan seorang kawan asasi sains aku. "mase ni la kau nak cari kawan ramai"
tu dia cakap masa aku Asasi. tapi masa Degree ni mungkin aku patut buat juga. berkawan biar beribu.

~al-kisah~


No comments:

Post a Comment