sekarang ini aku sedang menghadapi peperiksan akhir semester di UiTM Dungun.
aku ni suka mengimbas kembali apa yang dah berlaku. sepanjang di UiTM Dungun ni ada menyeronokkan dan ada yang sukar aku terima.
Pada hari pertama menjejakkan kaki di Dungun.
pada 6 september aku tinggal di Hotel UiTM Dungun bersebelahan dengan kampus. setelah sekian lama perjalanan naik kereta selama 12 jam dari Parit Buntar,perak akhirnya sampai juga. pukul 5ptg sampai dan check-in ke hotel.
pertama kali aku tengok kawasan berdekatan UiTM Dungun... nampaknya kawasan ini nyaman dan aman dengan angin laut dan bunyi ombak. Pokok rhu ditanam di sepanjang tepi laut.
aku berdebar gak nak mendaftar sebagai pelajar uitm Dungun ni, dah la gile jauh dari rumah. sebelah pantai timur ni aku takde langsung sedara mara. aku tertanya macam mane la rupa classmate aku nanti, harap2 program pengajian yang aku ambil ni tak membosankan aku. sememangnya hati aku sejak dari mulanya dengan Subjek berkaitan Sains. setengah daripada program pengajian aku ambil sekarang ada subjek yang aku benci iaitu Business.
kawasan dungun, xde ape2 yang menarik, kawasan pembangunannya agak berselerak dan tidak setempat. maksudnya kawasan perniagaan tidak diletak di satu kawasan strategik. walaupun diiktiraf sebagai bandar tetapi aku tengok masih banyak kampung di sini. tidak lah membangun dengan pesat disini. dengan kondisi jalan yang agak teruk di sesetengah tempat.
No comments:
Post a Comment