Aku baru je habis exam MAT422, Logic and Proving technique. fuhh legaa! serabut la aku study sepanjang malam. Rumah sewa yang aku tumpang ni pun berselerak dengan Nota Math. classmate lelaki kos aku ade 2 orang. jadi sepanjang malam aku study dengan dorang, pukul 1pagi pegi McD study kejap. hehe
aku nak cerita tentang classmate aku. pada mulanya 4 orang termasuk aku. dua oranng perempuan dan seorang lelaki.
aku tak boleh la nak Post gambar dorang kat sini, sebab tak kurang elok lah tanpa pengetahuan dorang, terutama kalau perempuan.
Classmate yang pertama, Syimir: dia ni dari bachok, kelantan. loghat kelantannya memang tak lekang dari mulut. sentiasa akan dengar loghat kelantan. dah la Classmate aku tak ramai, tambahan dia sorang je lelaki.
pada mulanya aku rasa susah nak rapat dengan orang kelantan, kena ambil masa, sebab kebanyakan yg aku tengok, mereka ni lebih selesa bergaul dengan orang senegeri. tapi sekarang ok jah. berehh boh~ xde hal lah.
Empat orang, Business Computing
Classmate yang kedua, Sri nurasyikin: dia dari Kajang selangor. pada mulanya aku tengok dia cepat bergaul dengan classmate. apa yang aku lihat. dia seorang yang berani, berani mendekatkan diri dengan sesiapa walaupun baru kenal. keberanian menegur, bergaul itu kadang2 perlu dikurangkan sikit mengikut keadaan dan orang yerr... tak semua orang baik tak semua orang jahat. just perlu besederhana dalam mengenali seseorang yang kita baru kenal. :)
Classmate yang ketiga, Radziah: dia dari sungai buloh selangor. diaa... aku tengok mula-mula dengan sri nurasyikin tu je la mula-mulanya. kemana-mana diorang pergi, ke kelas pun berdua, sebab itu shj la Classmate perempuan. nasib baik la dorang tak dapat Classmate 2 org lelaki macam Commath. aku dengan syimir mudah ramah lah kot.. tapi ramah aku selalunya dengan perkara yang perlu dan penting.
Kami pergi ke kelas 4 orang, pergi makan sama-sama. pergi makan kat KFC, McD, ke bandar... berempat itu sahaja lah..
selepas beberapa minggu dalam sebulan rasanya. muncullah lagi 3 orang Classmate baru. 2 orang dari kemasukan kedua Ijazah. dan seorang lagi entah muncul dari mana... dia datang agak lewat sedikit dari kemasukan kedua Ijazah.
secara jujurnya aku kecewa pada mulanya bila dapat tau ade Classmate 4 orang je... dah la aku masuk ke UiTM dengan Program business Computing tanpa pilihan ape2 dan paksa rela. semuanya sebab kelalaian pengurusan Asasi UiTM yang tak Update Pointer aku di dalam UPU.
Result UPU yg lepas aku tak dapat sambung degree! sebab dorang tak update pointer dlm UPU. pointer aku jadi cgpa 0.00. mana tak Kecewa. apa guna pointer aku tu. kawan aku dengan pointer rendah dari aku dapat sambung degree. aku tergendala dengan masalah macam ni. serabut aku tunggu sebulan dekat rumah dan berharap dapat sambung belajar. akhirnya Bahagian pengambilan pelajar(BPP) uitm bagi aku Kos business Computing. Kos ape pun aku tak tau. yang pastinya aku tak suka ' business' tapi aku gagahkan diri datang daftar kat UiTM Dungun.
dapat tau pulak 4 orang je Classmate. Wth... aku terfikir, Kos ape la Bahagian pengambilan pelajar(BPP) UiTM bagi Kos kat aku ni? suka hati campak student Asasi UiTM dorang ke merata kos Kosong.
sedih oh mulanya. tapi aku berusaha jugak redah Kos ni.
mungkin ada Hikmahnya. Aku dah mula Yakin dengan Kos aku ni. InsyaAllah, Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku.