Disini eksiden dengan lori kampung jawa.
Motosikal aku baru sahaja lesen L. Tapi aku dah mula tahu bawa motosikal dah 10 tahun lepas sejak sekolah menengah. Kisah aku eksiden dulu disebabkan situasi lori yang dengan tiba-tiba masuk lorong.
Contoh situasi macam video ni.
Situasi aku cuma ada 2 lorong yg bertentang arah. Lori tu masuk lorong lebih kurang macam kereta dalam video ni... Lori tu bukan asalnya dari sebelah kiri macam dalam video tetapi dari sebelah kanan bermakna dia merentasi dua lorong. Kelajuan aku lebih kurang sama macam dalam video ni(80-90km/h).
Jalan sangat sempit, cuma ada 1 lorong sehala. Dalam situasi tu... aku cuma ada 2 saat untuk berfikir. Jarak antara lori tu kurang 50 meter. kelajuan lori tu anggaran cuma 15km/h ketika merentasi lorong. aku pula 80-90km/h. Sempatkah aku kurangkan kelajuan 80km/h kepada 5km/h dalam jarak kurang 50meter? Kalau aku bawa sebuah kereta mungkin aku akan sempat brek, aku dah biasa dengan kereta. tetapi motosikal aku sendiri tak pasti sebab aku tak pernah brek kecemasan. Dan bagaimana kondisi brek motosikal aku pun aku tak pasti. Jadi aku tak dapat mengagak secara tepat... ini melibatkan nyawa. Langgar kereta dengar macam ok lagi. Kalau langgar lori? Maunya aku terperosok masuk bawah lori... Kisah ni ada berlaku di tempat aku. takziah kepada keluarga mangsa.
Macam aku tadi aku perlu berhenti sepenuhnya dalam 50 meter dan pada kelajuan aku ketika itu 90km/h. Kalau dilihat pada rujukan ni mungkin sempat berhenti. Tetapi macam mana agaknya kondisi motosikal aku? jadi aku tak berani mempertaruhkan... Apa yang aku buat ketika itu ialah membelok ke tepijalan yang dipenuhi lopak lecah yang berair lumpur. Kemudian aku terjatuh ke dalam lubang lopak tu. Bermandi lah sedikit lumpur pada motosikal dan baju aku.. pedal gear bengkok, side mirror bengkok, butang starter patah. hmmm... Alhamdulillah... asalkan aku selamat. cuma ada la sikit lebam pada kaki.
Jalan agak sempit, jadi itu sahaja pilihan yang aku nampak. Perkara ni pun aku pernah buat ketika di Dungun. aku hampir melanggar belakang kenderaan masa bawa kereta kancil... Lampu isyarat baru sahaja kuning, aku ingatkan kereta di hadapan akan terus sebelum lampu merah tapi rupanya dia brek mengejut... Aku brek dan sempat pusing setereng ke lorong sebelah. Nasib baik selamat. Kalaulah aku cuma brek sahaja tanpa tukar haluan kereta memang akan langgar. Perkara kecemasan macam ni kita kena fikir dengan cepat.
Walaupun korang dah lepas lesen motosikal... Tapi perlu latihan brek kecemasan. kadang2 lain jenis motosikal lain ragamnya. Jadi kena biasakan dengan motosikal yang korang selalu bawak. Mula2 biasakan dengan kelajuan 40-50km/h dan brek kecemasan. bila dah biasa tingkatkan lagi hingga 80-100km/h.
brek motosikal mempunyai 70-90% cengkaman brek di bahagian hadapan.. selebihnya brek belakang. brek belakang kurang dapat memberhentikan motosikal. Jadi caranya. pada permulaan tekan kedua-dua brek hadapan dan belakang. Jangan tekan brek depan sepenuhnya iaitu menyentap dengan kuat sebab korang boleh buat wekang(tayar belakang terangkat) nanti. Bila motosikal sudah dirasa perlahan sedikit, barulah tekan brek hadapan dengan sepenuhnya. Berhenti dengan selamat. Yang penting jangan brek ketika motosikal sedang selekoh, korang memang akan terbabas nanti. Dan juga jangan brek dengan memusingkan handle motosikal ke arah lain, itupun korang akan terbabas jatuh... Kalau jalan basah, kurangkan brek hadapan terlalu kuat, lebihkan brek belakang.
Walaupun brek nampak seperti perkara mekanikal yang mudah... tapi sebenarnya perlukan penekanan setiap riders. Ini merupakan keselamatan menunggang. Bila kita sudah terlatih dan terbiasa dengan brek motosikal sendiri, suatu hari nanti jika kecemasan berlaku kita tidak jadi gelabah sampai tak tahu nak buat apa. akhirnya terbabas ataupun melanggar sesuatu...
Aku biasa dilanggar kereta dipandu (mungkin)seorang perempuan masa naik motosikal dengan kawan... ketika dia membelok masuk lorong, dia langgar dengan sangat selamba rock. tanpa sikit pun tekan brek. walaupun dah langgar, steady je kereta dia bergerak slow2 sejak awal hinggalah akhir...dia dah melanggar bahagian sisi motosikal dan patah nombor plate belakang motosikal member aku. haishhhh.... aku agak dia dah gelabah sampai apa pedal pun dia tak tekan... Aku dan saiful masa tu redah je terus, tak berhenti sebab ingatkan tak ada apa2. Kalaulah tahu nombor plate patah, memang Saiful berhenti jugak minta ganti rugi. :(
Ini sebuah video tentang tips menggunakan brek motosikal dengan baik.

Di jalanraya diharapkan tak kira membawa motosikal atau kereta, hormatilah antara satu sama lain... Jangan disebabkan motosikal ini nampak kecil, mereka diendahkan di jalanraya... Ada sesetengah kenderaan besar, mereka tidak pedulikan motosikal kerana menganggap yang kecil patut mengalah. Jika masing2 ada rasa hormat-menghormati pengguna jalanraya yang lain, tak kira kenderaan kecil atau besar, perkara kemalangan teruk tidak akan terjadi.
No comments:
Post a Comment