Thursday, October 3, 2013

Mencari lokasi menarik.

          Aku mencari tempat-tempat yang ada pemandang menarik dalam lingkungan 100-120km dari Parit Buntar. Beberapa hari lepas pergi ke Ban Pecah sorang2. feeling habis dok kat sana layan sunset...
Memandang laut yang sejauh mata memandang, sunset dan angin lembut yang tak berapa nak kencang.
Sambil tu aku layan lagu yang agak2 feeling laut dan nelayan sikit. kadang tu jalan2 naik motosikal sepanjang tepi laut... agak panjang jugak laluannya lebih kurang 4-5km. Laluan sesetengahnya ada banyak batu kerikil, jadi untuk selamat aku kurangkan angin tayar motosikal. Risau pancit nanti.

Lagunya: Mawar Putih Tanda Perpisahan. Nyanyian Monoloque & Amirah Asraf.
Disebabkan aku download lagu ni dari youtube dan tukar ke format MP3, jadi ade lah sedikit dialog drama terselit sekali. Tudiaaahhh layan jugak ohhh dok tepi laut macam ni. Takde keje gi usha ketam kecik2 kat celah batu... Aku datang dekat je terus hilang. Tak dilupa juga ternampak beberapa orang yang bercanda romantik. aishhh...

          Lalu kawasan pekan tanjung piandang waktu senja. tetiba aku tertarik dengan suasana pekan tu waktu senja. Meriah semacam je... pekan tu banyak orang Cina dan Melayu. Bagi yang melayu ni mungkin bersiap ke surau untuk solat maghrib. Kebanyakan kaum cina pula sedang berehat di kedai2 makan dan bersiar-siar. Mungkin melepas penat selepas bekerja.

           Aku dah pusing mengelilingi pulau di penang. Sasaran aku untuk sampai ke Teluk Bahang iaitu di kawasan empangan.... jadi tempat menariknya masa tu yang sempat aku berhenti cuma dari Batu Feringgi hingga ke Teluk Bahang... Balik Pulau tak sempat melihat suasana sebab hari dah gelap. Jadi aku nak cepat balik rumah.

           Kolam Bukit Merah aku dah pergi. Takda yang menarik sangat sebab aku dah biasa ke Bukit Merah. Selama, Perak aku dah pergi. tempat tu kawasan bandar yang agak berbukit sikit... sekadar makan angin naik motosikal ke Selama je

Seterusnya... mungkin nak ke Suatu tempat yang pernah popular di sebuah lagu rock jiwang dulu2.

"Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai"

Lagu Cinta Pantai Merdeka oleh kumpulan Tropika.

Tanjung dawai atau Pantai Merdeka?
Aku rasa tempat tu dinamakan Pantai Merdeka, mungkin lebih kurang kawasan tanjung dawai.
Aku ni main teka clue dalam lagu tu je. haha
tempatnya 30 minit dari Bandar Sungai Petani.

             Aku tak pasti apa yang menarik di Pantai Merdeka... Kawasan2 pantai di sebelah barat ni tak banyak yang menarik seperti pantai di sebelah kawasan pantai timur. Di kawasan laut barat ni dah popular dengan geografinya yang banyak tumbuhan paya bakau, Tapi ade je pantai2 yang cantik. Macam aku study di Dungun dulu, Angin laut sana memang best! Suasana pulak meriah ramai orang kat depan pantai UiTM Dungun. Di pantai cahaya bulan pun best jugak. Aku suka pasir di PCB berbanding di pasir pantai di sekitar Dungun yang agak kasar.

              Buat masa ni... aku masih lagi google2 dan usha peta lokasi yang menarik. Mungkin lingkungan 120km paling jauh sebab aku kekurangan bajet... Kalau ada bajet banyak siap boleh bermalam mungkin boleh lagi jauh dengan motosikal aku ni. hingga merentasi sempadan thailand? Motosikal aku bukanlah jenis enjin kapasiti besar tapi kalau setakat cruising 300km sehari rasanya tak ada masalah. Santai sahaja. Touring, Discover, Explore. Vacation..?


4 comments:

  1. Ly pernah pi pasar kt tg piandang dgn family angkat.
    hmm....tp mcm xbest la...mmg orang cina ramai sgt kt stu.
    aritu nk cari barang dapur pun rasa mcm nak xnk je beli. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan pekan dia ramai orang cina, kalau ly lalu kwsn pekan kuala kurau lagi ramai nelayan cina... Lain kalau tngok kwsn pekan majoriti melayu, waktu senja akan sunyi, semua masuk rumah atau bersiap pergi ke surau..

      pekan2 lama kt sini ramai peniaga cina.. mgkin dah perniagaan diwarisi turun-temurun dan majoritinya nelayan. Kawasan sekitar Kerian, barang basah mcm ikan2 bnyk hasil dari kwsn2 nelayan ni. :)

      Delete
  2. Mengapekah mcm bnyk je entry tp sume 'post not found'!?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeehe~ post dah delete. boleh bace ke?
      Tetibe rase nak padam balik. >.<

      Delete