Monday, October 14, 2013

Limit

            Aku sejak masuk tingkatan 4, Aliran Sains tulen, sejak itu aku mula minat dengan Sains. Masuk Asasi Sains, aku dah ada matlamat, bila masuk degree nanti aku boleh sambung belajar sains. Aku sangat suka sains sebab ia sangat hebat. Bila aku belajar sains, aku umpama semakin hari banyak yang aku dah discover pasal ciptaan Allah. Sangat hebat. Aku tak suka belajar Business, management atau apa2 yang melibatkan konsep ciptaan manusia. Sebab itu, sejak sambung Bizcom aku agak sedikit terkilan. Aku harapkan periodic table dalam kimia tu, aku boleh ingat kesemua element bila dah sambung degree. Hampir2 70% ingat kesemuanya sejak aku belajar kimia kat Asasi. tapi itu semua tergendala.

Aku belajar Biologi. Ciptaan Allah sangat hebat. dari sekecil cell hingga ke organ dan organisma kehidupan di bumi.

Aku belajar Kimia. Betapa hebat ciptaan Allah, semua elemen yang wujud di bumi mempunyai kebaikan dan hikmah untuk diteroka dan dikaji manusia.

Aku belajar fizik. Allah maha besar, Ciptaannya sangat hebat hampir tidak terjangkau akal manusia di dasar laut dalam hingga di penghujung alam semester. Ia membuatkan aku semakin dekat untuk mengenal tuhan.

             Dalam tanggapan aku sejak awal, aku tak suka business. Umpama bagi aku, belajar perniagaan seperti sesuautu yang mementingkan diri sendiri. Belajar untuk mencari apa sahaja peluang untuk keuntungan diri dan organisasi. Kapitalisme?. Tapi belajar business tidaklah seteruk mana, cuma aku dah bentuk negatif thought sejak dari awal. Bila dapat surat tawaran Komputer perniagaan, memang terduduk terus. kelu. rasa sangat gelap.

             Sejak apa dah berlaku... Aku nak belajar apa yang aku mahu dan minat. Tak kisah jika suatu hari nanti aku cuma kerja jadi cashier atau promoter. Tapi itu tetap rezeki Allah. Sekurangnya aku tidak bekerja dalam bidang yang aku sangat tidak suka, seumur hidup.

            Walaupun aku cuba untuk minat Business dan Komputer. Semester 1 nampak ada harapan disitu, tapi sejak mula hilang classmate, aku pun dah semakin hilang motivasi untuk minat. Situasi dan suasana belajar tidak mengizinkan. Aku dah cuba sedaya upaya. mungkin sampai setakat ini sahaja yang aku mampu.

No comments:

Post a Comment